definisi tamadun (autosaved) (autosaved) (autosaved)

Download DEFINISI TAMADUN (Autosaved) (Autosaved) (Autosaved)

Post on 19-Dec-2015

29 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BUKU SKRIP TITAS

TRANSCRIPT

DEFINISI TAMADUNARABMaddana Perbuatan membuka Bandar atau kota serta memperhalus budi .Madani Sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.Membawa maksud kehidupan di Bandar yang mesti dikaitkan dengan satu corak hidup yang maju & dilengkapi pelbagai kemudahan dan mengambarkan kehidupan bertamadun.

Bahasa Inggeris

Berasal dari perkataan Latin City dan civitas.Bandar atau kota yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya hidup dan kemajuan kebendaan.

Bahasa Melayu

Tamadun - Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikran , social , budaya, politik , Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran , budaya atau cara hidup. Kubudayaan berasas daripada perkataan budaya yang bermaksud cara hidup , cara berfikir dan cara bertindak sesuatu kelompok bermasyarakat . Peradaban Bermaksud tingkah laku atau tata susila yang baik dan terpuji yang diamalkan oleh masyarakat.

Bahasa TamilTamadun yang dikenali sebagai nakarikam yang berasal dari kata nakar dengan memberi maksud kota atau Bandar dan juga simbolik tentang penjelmaan Tuhan Siva iaitu Tuhan yang menciptakan Bandar.

Bandar CinaTamadun dikenali sebagai wen ming yang berasal dari kata asal ming bermaksud cerah , terang atau bercahaya .

Tamadun Menurut Sarjana

#Oswald Spenglar Memementingkan kebendaan kerana kebendaan itu kemajuan.#J.K Fiebleman kepandaian mengeksplotasi materialoleh masyarakat.#E.B Taylor suatau rangkaian unit yang merangkumi keilmuan , kepercayaan , kesenian , nilai-nilai moral , perundangan , tradisi , bakat dan kebolehan dihasilkan masyarakat.#Said Hawa Terbahagi kepada zaman Jahiliah dan zaman Islam . Tamadun Jahiliah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil aspek moral . Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya releven dengan kebudayaan itu.#Rasyid Redha - Berpendapat agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual ) akan mendorong kebangkitan fizikal. #Abu Bakar Hamzah Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya samada sesuatu yang berupa abstrak mahupun material.#Wan Hashim Wan Teh Pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek kesenian,tatas susila iaitu adab , budi pekerti serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sesebuah kerajaan yang demokratis.#Abdullah AlwI Hassan peradaban dalam pengertian Islam ialah sebagai pencapaian umat Islam dalam akidah , dyariah dan ketinggian akhlak seiiring dengan kemajuan kebendaan yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

Hubungan Tamadun Dengan Agama , Budaya dan Bangsa. Agama#Mencorakkan nilai , pandangan semesta, tingkah laku dan budaya sesuatu tamadun.#Menjadi keperluan manusia.#Perkara asas yang wujud dalam diri setiap manusia.#Memebentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan.#Dorongan sifat semula jadi iaitu rasa takut yang membawa kecenderungan unutk mendapatkan keselamatan dan perlindungan daripada Tuha..Budaya.#Dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik , ekonomi , kesenian , seni bina, pakaian , agama dan lain-lain pencapaian manusia. #Membangunkan insan untuk mencapai taraf hidup yang lebih maju di dunia ini.Bangsa#Tidak begitu ketara walaupun ada.#Wujud kerana kewujudan sesebuah tamadun tidak berdasarkan batasan geografi , budaya dan kebangsaan.

Tamadun berbeza daripada budaya dengan dua keadaan1. Pengaruh daripada natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh daripada natijah budaya .Ini bermaksud natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun.2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalu dikaitkan dengan Negara atau wilayah tertentu .

Ciri-Ciri Asas Pembinaan , Perkembangan , Kemerosotan , Kejatuhan Tamadun

Kewujudan Petempatan#Manusia memerlukan suatu kawasan bagi menjalankan segala aktiviti harian mereka , seperti ekonomi , kemasyarakatan dan tempat tinggal. #Petempatan itu mesti kekal untuk membolehkan sesebuah masyarakat hidup menetap di kawasan yang membekalkan hasil ekonomi , makanan asas dan keperluan mereka.

Peningkatan kualiti hidup#Berlaku peningkatan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya.#Ini berlaku melalui peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil.

Strafikasi dan organisasi social#Pengkelasan dalam masyarakatberdasarkan kelas dan status merupakan ciri yang berlaku dalam perkembangan sesebuah tamadun.#stratifikasi social sesuatu masyarakat biasanya bermula dengan pemilikan tanah pertanian yang dianggap mempunyai kududukan tinggi dalam masyarakat sementara golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi golongan pekerja atau buruh mahupun kelas yang lebih rendah iaitu hamba. Kemunculan bahasa, tulisan , seni dan sastera

#masyarakat memerlukan komunikasi untuk berinteraksi bagi memberi dan menerima maklumat.#munculnya satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu system tulisan yang tersendiri menjadi perantaraan komunikasi dalam pelbagai bidang ilmu.#kewujudan system tulisan merupakan ciri tamadun yang paling penting bagi perkembangan sesebuah tamadun dalam jangka masa panjang.

Sistem politik , pemerintahan dan system perundangan yang teratur#Peringkat awal perkembangan sesuatu tamadun lazimnya sistem politik dan corak pemerintahan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan dan darah dalam membentuk sebuah masyarakat sebenar.# namun apabila mencapai tahap tamadun yang tinggi maka sistem politik dan pentadbirannya menjadi semakin kompleks.#hubungan antara individu bukan lagi berasaskan kepada hubungan darah tetapi bentuk pemerintahan bermula dengan ketua sebagai kuasa pemerintah tertinggi.#organisasi politik di bawah kuasa pemerintah tertinggi ini muncul sejak tahap awal sesebuah tamadun masyarakat mencapai tamadun.

Kelahiran dan peningkatan daya cipta#Kepesatan kemajuan sains dan teknologi perlulah selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat kerana ini akan memartabatkan sesbuah tamadun dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

#ilmu pengetahuan dan sains teknologi merupakan dua perkara penting dalam menentukan perubahan kehidupan manusia ke arah kemajuan.#kemajuan material selalunya berpunca daripada kemajuan pemikiran dan keilmuan sesuatu bangsa iaitu taraf pemikiran yang tinggi ini diterjemahkan dalam bentuk realiti bersifat benda , alatan dan teknologi. Sistem agama dan kepercayaan#agama memainkan peranan yang penting dalam mengasaskan pembentukan tamadun kerana agama mampu dan boleh mengubah corak kehidupan masyarakat selain mempengaruhi cara pemikiran dan pandangan semesta mereka.#sebelum masyarakat menganut sebarang agama kehidupan mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan animisme yang dikaitkan dengan mempercayai benda-benda ghaib dan unsur alam seperti bukit , sungai , batu dan sebagainya yang mempunyai kuasa ke atas manusia.#manifestasi agama dan kepercayaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada lahirnya masyarakat yang bersopan santun dan baik tetapi juga melalui pembinaan bangunan-bangunan keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat urbanisasi dan muncul pula Bandar-bandar yang dikatakan sebagai kemunculan tamadun . Terdapat banyak Bandar awal tamadun silam muncul di sekitar pusat-pusat upacara agama.FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTON DAN KEJATUHAN TAMADUNBerlaku ketidakadilan dan perbezaan jurang#Ini berlaku secara sangat ketara terutama antara golongan kayu dan miskin.#Contohnya , pada zaman Greek , golongan miskin ini ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya menyebabkan timbul rasa tidak rasa puas hatidan pemberontakan di kalangan golongan tertindas.

Penindasan Dan Kezaliman#Kehidupan bertamadun juga tidak bermakna apabila system kenegaraan dan perundangan tidak dihormati serta dicabuli dengan sewenang-wenangnya.#Contohnya , semasa era Dinasti Sui(589 618), Maharaja Yang Ti(604 617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejam ke atas rakyatnya.Beliau telah memaksa rakyatnya membina istana raja sehingga rakyat tidak berpuas hati sehingga rakyat tidak berpuas hati sehingga akhirnya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut.

Pengabaian terhadap agama dan kepercayaan#Berlakunya pengabaian terhadap agama dan lepercayaan menyebabkan keruntuhan moral dan nilai berlaku dalam masyarakat terutamanya dikalangan pemimpin-pemimpin merupakan tanda musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia.#Contohnya , dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah telah berlaku perpecahan di kalangan puak Syiah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit di samping pemimpin mereka yang suka berpoya-poya , zalim , tamak kuasa dan sebagainya.

Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan #Sesebuah tamadun tidak boleh bersikap bertutup dan tidak mahu merima perubahan terutamanya dari segi teknologi , struktur ekonomi , politik mahupun social kerana boleh membawa kepaa kemerosotan dan kejatuhan tamadun.#Ini kerana sikap tertutup akan merencatkan daya kreativiti dan inovatif sesebuah masyarakat seterusnya menjadikan mereka berada dalam keadaan beku atau jumud berpanjangan .Malapetaka Dan Bencana Alam#Berlakunya bencana alam dan malapetaka yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran juga boleh menjadi penyebab kepada kemerosotan dan kejatuhan tamadun.Tamadun Islam #Muncul ketika masyarakatnya hidup dalam kejahilan .#Allah S.W.T. telah mengutuskan Nabi Muhamaad S.A.W untuk menyebarkan agama Islam.#Bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dan didirikan oleh Orang Islam.

Tamadun Melayu#Didirikan oleh bangsa Melayu di Gugusan Kepula