definisi catan
Embed Size (px)
DESCRIPTION
memberi makna kepada maksud catanTRANSCRIPT

ANIMATION CONCEPT AND IDEA
NAMA : NURUL FARAHAIN BINTI ABDUL JALIL
NO MATRIK : 2009839598
KOD PROGRAM : CT 227
KOD KRUSUS : CTA452
PENSYARAH : CIK NURKHAZILA IDRIS

LUKISAN
PENGENALAN:
Lukisan adalah salah satu cara untuk mereka sesuatu objek atau imej, ia
merupakan proses membuat tanda pada sesebuah permukaan dengan menambahkan
sesuatu tekanan pada rupa bentuk imej atau menggerakkan peralatan pada permukaan.
Setiap tanda mempersembahkan sesuatu yang seseorang artis tersebut lihat ketika
melakar, mengigati atau berimaginasi atau pemindahan atau melakar dengan secara
spontan. Dalam proses entoptic graphomania di mana sesuatu titik diwujudkan dan
disambungkan menjadi satu garisan yang bersambung pada titik yang berlainan.
Terdapat teknik utama yang digunakan di dalam proses lukisan ini iaitu line drawing,
crosshatching, random hatching, scribbling, stippling dan blending.
Peralatan lukisan yang lazimnya digunakan adalah seperti pensil, kapur, charcoal,
crayons, pastel dan pen bersama dakwat. Kebanyakkan media tidak berasaskan air atau
cecair dan minyak dan media untuk lukisan hampir keseluruhannya adalah media
kering. Walaubagaimanapun terdapat juga penggunaan air dalam media kering seperti
watercolor pencils di mana penggunaan warna pensil digabungkan atau dicampurkan
dengan air dengan menggunakan berus yang basah untuk mendapatkan kesan yang
memberansangkan. Selain daripada itu terdapat juga oil-based pastels dan wax-based
crayon. Kadang kala juga sesetengah pengiat seni menggunakan invisible ink tetapi
penggunaan media seperti ini tidak ramai yang mengamalkannya.
Terdapat perbezaan yang terdapat dalam lukisan dan catan, seorang pangkarya
yang menggamalkan teknik lukisan menggunakan warna asli atau asal dan tidak akan
dicampurkan bersama warna lain sebelum membuat penambahan warna ke atas warna
asal yang digunakan pada permulaan proses. Kesan ton warna yang timbul melalui
pecampuran warna daripada pensil warna akan kelihatan tidak bercampur dengan sebati tetapi
sesebuah objek itu akan dibentukkan melaui teknik blending atau membuat lapisan ke atas
warna asal.

MEDIA
KAPUR
Kapur adalah media yang lembut, putih, sebahagian daripada batu kapur yang mengandungi
mineral calcium carbonate.
Karya Mazli Mat Som, Yati pada tahun 1963 menggunakan media kapur.
CRAYON
Crayon tergolong daripada lilin, charcoal, kapur dan media lain yang digunakan untuk menulis
dan melukis. Crayon diperbuat dalipada minyak kapur atau cat minyak.
CHARCOAL
Charcoal adalah berbentuk hitam dan seperti arang, dan ia mengandungi karbon dengan
memperolehinya melalui pemindahan air dan lain2 yang terdapat dalamnya.
←

CATAN
PENGENALAN:
Catan merupakan hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata dan
penghasilannya tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Seni catan adalah salah satu hasil
yang menggunakan media basah yang disapukan satu permukaan. Seni catan
kontemporari pelbagai permukaan ia juga boleh digunakan pada permukaan besi. Catan
membolehkan pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan dan
merakamkan gambaran yang dirasa, diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak dan
dilihat dalam bentuk imej visual.
Catan juga membolehkan pelukis membuat penerokaan yang jauh dan mendalam
tentang gaya persembahan yang asli dan tersendiri. Lazimnya catan wujud dalam bentuk
2 dimensi, penggunaan warna dan berus amat ditekankan bagi menghasilkan karya yang
bagus. Seorang pelukis terkenal iaitu Wassily Kandinsky pernah menyatakan “setiap seni
mempunyai bahasa yang tersendiri, iaitu satu cara khusus bagi setiap catan”. Setiap seni
merupakan sesuatu yang lengkap dengan sendirinya dan hidup dalam alamnya yang
tersendiri”.
Sejarah catan telah mengambil jangka waktu yang panjang. Kemajuan dari segi
tekni, gaya dan juga pendekatan telah dapat dilihat dan menjadi ikutan dan amalan bagi
sesuatu golongan. Catan telah mengalami perubahan aliran pada setiap zaman, tetapi
kualiti keseniannya tetap sama kerana hasil seni besar muncul pada setiap masa.
Biasanya, sesuatu aliran seni itu adalah ciri-ciri pernyataan perasaan pada zaman tersebut.

SEJARAH
Catan mempunyai sejarahnya yang tersendiri mengikut zaman dan stail di mana
catan itu diamalkan. Sejarah catan pada zaman prasejarah dan purba bermula pada zaman
pertengahan yang tidak bersifat individu, karya tidak diletakkan nama pengkaryanya.
Mempunyai subjek yang mengutamakan keagamaan yang terdapat dalam penceritaan
kitab agama contohnya kitab bible, lazimnya dilukis pada kulit binatang dengan
menggunakan media seperti cat air, dakwat dan tempera.
Pada zaman renaissance telah menggalami perkembangan yang pesat pada abad
ke-15 dan ke-16. Catannya dihasilkan pada gereja, bangunan awam dan rumah-rumah
persendirian. Subjek utamanya ialah figura manusia dan imej agama kristian dengan
menggunakan teknik utama iaitu Chioroscuro yang menghasilkan kesan cahaya yang
seolah-olah datang dari luar kanvas, latar yang gelap dan kesamaran menimbulkan kesan
3 dimensi di ruang atmosfera. Teknik Sfumato ialah olahan cahaya terang gelap,
kekaburan cahaya dan penggunaan warna lembut. Teknik perspektif linear pula gambaran
horizon secara sistematik untuk mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan
sudut pandangan mengikut aras mata dan perspektif. Media yang digunakan ialah fresco,
cat minyak dan tempera.
Borque pula telah menggunakan subjek utama iaitu imej keagamaan yang bersifat
ilusi atau bersifat khayalan untuk membawa audiens ke syurga, figura manusia dan latar
belakang seperti landskap. Menggunakan teknik Tenebrism yang menghasilkan kontra
terang gelap yang tinggi dan memberi kesan kepada bentuk, ruang dan kesan ke atas
cerita. Contohnya kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan. Media yang telah
digunakan ialah fresco, cat minyak dan tempera.

Rokoko subjek utama yang digunakan ialah seni hiasan istana yang
melambangkan kemewahan dan percintaan, diolah daripada petikan cerita-cerita hikayat
agama dan landskap serta potret individu. Contohnya di taman-taman bunga dan dalam
istana. Teknik yang digunakan ialah Secco Su Fresco dan media yang digunakan ialah cat
minyak. Contoh karya ialah The Swing (1766) dihasilkan oleh Tragonard.
Neo-klasik (1770-1820) wujud pada penghujung abad ke-18 dan berkembang
pada awal abad ke-19. Ia memperjuangkan moral dan kisah tentang patriotik. Selain
daripada itu ia juga memperjuangkan suara rakyat melalui anutan fahaman humanisme
dan idealismenya. Subjek utama ialah berkaitan dengan sejarah dan hikayat yunani dan
romawi. Media yang digunakan adalah cat minyak. Contoh karya ialah Death Of Marat
(1793) dihasilkan oleh Jacques-Louis David.
Romantissisme (1880-1850) merujuk kepada kemuliaan. Sentiment terhadap wira
daan kepujian terhadap sesuatu. Ia tidak merujuk kepada perkataan asal ‘romance’ yang
mengisahkan percintaan. Subjek yang digunakan ialah imej sejarah, keindahan landskap,
perasaan simpati, kejujuran dan suasana perang. Selain daripada itu, ia mementingkan
ketepatan gambaran dari segi perasaan, emosi dan suasana perang. Penggunaan warnanya
yang kelam dan murung menimbulkan kerya yang lebih dramatik. Media yang digunakan
adalah cat minyak. Contoh karya ialah Liberty Leading the people (1830) dihasilkan oleh
Delacorik.
Realisme (1850-1880) menolak gambaran secara tradisional dan fiksyen. Subjek
yang digunakan ialah rakaman alam semulajadi, kehidupan harian dan benda di
persekitaran. Teknik yang digunakan ialah rakaman imej secara realistic dan
mementingkan ketepatan dan kebenaran apa yang dilihat oleh mata. Media yang
digunakan ialah cat minyak dan contoh karya ialah The Cleaners (1857) oleh Jean-

Franscois Millet dan karya tempatan ialah Poetret Diri menggunakan media kapur (1904-
1995) oleh Hossien Enas.
Impressionisme (1870-1880) menolak gambaran secara tradisional dan khayalan
dalan keagamaan. Subjek yang digunakan ialah rakaman alam semulajadi, kehidupan
harian dan benda di persekitaran. Kegiatan melukis diluar, memperkenalkan catan
menggunakan kekuda. Teknik yang digunakan ialah merakam imej yang mementingkan
rakaman cahaya dan campuran warna yang menggambarkan kesan cahaya yang jatuh
pada sesuatu imej yang dilukis. Media yang digunakan ialah cat minyak dan contoh karya
ialah Manneporte at Etretat oleh Claude Monet dan karya tempatan pula ialah Bumi
Bahagia (1960) menggunakan cat air oleh Abdullah Ariff (1904-1962).
Post-impressionisme (1880-1905) menolak gambaran secara tradisional dan
khayalan dalam keagamaan damn mula bersifat emosi individu. Subjek yang digunakan
ialah rakaman alam semulajadi, kehidupan harian dan benda persekitaran. Teknik yang
digunakan ialh gabungan warna mementingkan kepada kajian bentuk ekspresi emosi
melalui gabungan warna dan bersifat individu seperti gambaran perasaan takut, tegang
dan misteri. Media yang dugunakan ialah cat minyak. Contoh karya ialah Stary Night
(1889) oleh Vincent Van Gogh.
Fauvisme (1905) subjek yang digunakan ialah rakaman pelbagai imej yang
menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda. Teknik yang
digunakan ialah kespontanan, penggunaan warna yang terang dan cerah. Tidak
mementingkan ruang sebenar tetapi mementingkan perasaan emosi yang lahir ketika imej
dilukis. Warna tidak natural, menggunakan warna terus daripada tiub warna. Contoh
kerya ialah The Red Room (1908) oleh Hendri Mattise menggunakan cat minyak.

Ekspressionisme (1905) subjek yang digunakan ialah rakaman pelbagai imej yang
menggambarkan potret, figura manusia, landskap dan alam benda. Teknik yang
digunakan ialah imej yang dipermudahkan, diolah secara perspektif, sapuan warna yang
kasar dan garang, melahirkan luahan perasaan seperti kemarahan, menakutkan, emosional
dan imej diolah secara abstrak. Menekankan pernyataan emosi dan dilukis secara spontan
mengikut naluri perasaan dengan tenaga yang datang dari alam. Bentuk awal objek tidak
jelas kelihatan sebaliknya warna, jalinan, garisan dan bentuk diutamakan. Media yang
digunakan ialah cat minyak dan media campuran dan contoh karya ialah Trasversa Line
(1923) oleh Kindinsky dan karya tempatan pula ialah Kelambu (1964) yang
menggunakan media kapur dihasilkan oleh Dzulkifli Buyung.
Kiubisme (1907) subjek yang digunakan ialah rakaman pelbagai imej yang
menggambarkan imej potret, figura manusia, landskap dan alam semulajadi. Teknik yang
digunakan ialah pencarian baru dan kefahaman dalam seni tampak. Subjek dipecahkan
kepada pelbagai satah dan kiub. Menimbulkan ilusi 3 dimensi yang lut sinar serta
gambaran pergerakan dan mengutamakan kesan warna yang bertenaga jalinan yang
pelbagai dan cara ekpresi yang bebas. Media yang digunakan ialah cat minyak dan media
campuran, contoh karya ialah Weeping Woman (1937) dan karya tempatan ialah Jalan Di
Kota (1956) oleh Chia Yu Chian.
Futurisme (1910) subjek yang digunakan ialah rakaman imej yang berkaitan
dengan perkembangan teknologi,gerakan manifestasi kemajuan, teknologi dan sains.
Media yang digunakan ialah cat minyak dan media campuran, contoh karya ialah Forces
of A Street (1911) oleh Boccioni.
Dadaisme (1917) subjek yang digunakan ialah gerakan yang lahir akibat Perang
Dunia Pertama, menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman.
Teknik yang digunakan ialah melahirkan imej yang seolah-olah tidak bermakna, iaitu
gambaran kepada gambaran suasana akibat peperangan dan kehidupan manusia menjadi

seolah-olah tidak bermakna. Media yang digunakan ialah cat minyak dan media
campuran, contoh karya ialah Nude-Descending-Staircase (1912).
Surelisme subjek yang digunakan ialah imej khayalan, bawah sedar dan lam
mimpi bersifat simbolik. Media yang digunakan ialah cat minyak dan media campuran.
Imej yang tiada kena mengena atau tidak berhubung kait diletakkan bersisi dalam suatu
situasi yang tidak dijangkan. Contoh karya ialah Sleep (1937) oleh Salvado Dali dan
karya tempatan pula ialah Mimpi Di Pengembaraan (1979) oleh Ali Rahamad.
Abstrak Ekspresionisme (1940) menggunakan gerakan aliran Perang Dunia,
dalam menentang peperangan dan kezaliman serta protes terhadap kezaliman. Meluahkan
idea dan perasaan yang dilahirkan melalui sapuan berus yang spontan dan bebas dengan
melibatkan aksi dan pergerakan badan dalam penghasilan karya. Banyak menggunakan
symbol untuk menyampaikan mesej imej abstrak dan realistic. Mengutamakan unsur
warna, bentuk dan garisanserta menggunakan teknik dan media. Media yang digunakan
ialah cat minyak, contoh karya ialah Guardians Of Secret (1943) oleh Jacson Pallock dan
karya tempatan pula ialah Harapan (1962) oleh Syed Ahmad Jamal.
Seni pop (1960) menggunakan gerakan yang lahir pertengahan tahun 50an dan
lahir di Britain dan Amerika Syarikat. Subjek yang digunakan ialah imej popular seperti
artis, pemimpin, tampak iklan, benda komersial seperti minuman coka-cola dan lain-lain.
Mitos dan konsep berdasarkan budaya kota raya dan berhubungkait dengan zaman sains
dan teknologi. Media yang digunakan ialah cat minyak dan media campuran. Contoh
karya ialah Twenty-five Colored Marilyns (1962) 0leh Andy Warhol dan karya tempatan
pula ialah Mengapa kau Begitu (1969) oleh Ibrahim Hussien.

CONTOH KARYA CATAN
Karya Abdullah Ariff, Bumi Bahagia pada tahun 1960 dengan menggunakan media cat air.
Karya Tay Hooi Keat, Jalan Pinang pada tahun 1957 dengan menggunakan cat minyak.

PENGGUNAAN MEDIA CATANJENIS MEDIA CATAN
BAHANTARA TEKNIK KESESUAIAN PERMUKAAN
KESAN SAPUAN
CATAN CAT AIR
AIR BASAH ATAS KERING
KERING ATAS KERING
BASAH ATAS BASAH
KERTAS (KHUSUS UNTUK CATAN AIR)
LUT SINARGELAP
CAT MINYAK
TURPENTINE/MINYAK LINSID
TITIK/ POINTILISME
SAPUAN TEBAL/ IMPASTO
CAT TEPAT/ HARD EDGE
MELEMBUT/ SCUMBLING
KILAUAN/ GLAZING
KAIN KANVAS
LEGAPBERKILATKASAR
(MENGIKUT TEKNIK)
CAT POSTER
AIR CAMPURAN WARNA TEBAL ATAU NIPIS
BOLEH MENDAPATKAN KESAN SEPERTI TEKNIK CAT MINYAK
KERTAS LEGAP
CAT GUACE
AIR CAMPURAN WARNA TEBAL ATAU NIPIS
BOLEH MENDAPATKAN KESAN SEPERTI TEKNIK CAT MINYAK
KERTAS LEGAP
CAT ARKRILIK
AIR CAMPURAN WARNA TEBAL ATAU NIPIS
BOLEH MENDAPATKAN KESAN SEPERTI TEKNIK CAT MINYAK
KAIN KANVAS
KAIN KAPAS
KERTAS
LEGAP
CAT TEMPERA
AIR CAMPURAN WARNA TEBAL ATAU NIPIS
BOLEH MENDAPATKAN KESAN SEPERTI
KAIN KANVAS
KERTASPAPAN
LAPIS (PLY
LUT SINARLEMBUT

TEKNIK CAT MINYAK WOOD)
BIBLIOGRAFI
ABU SAREH HARON 2006. “TEKS SUPLEMEN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSM, FIGURA DALAM SENI HALUS”, PENERBITAN SASBADI SDN. BHD.
HASSAN MOHD GHAZALI. “TEKS KREATIF PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4 & 5”, PENERBITAN CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD.
ZAILANI YAACOB, AZIMAH A.SAMAH. “TEKS LENGKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4 & 5”, PENERBITAN FAJAR BAKTI SDN. BHD.
KATHLEEN CHEE. “FOKUS e-MASTERI SPM PENDIDIKAN SENI VISUAL”, PENERBITAN PELANGI SDN. BHD.
MARHANIM A. RAZAK, MOHD. SHAHRIZAL DOLAH. “ACE AHEAD TEKS STPM SENI VISUAL”, PENERBITAN OXFORD FAJAR SDN. BHD.
THE STAR 2008, FRIDAY 19 SEPTEMBER .