daun ketum

27

Upload: bastami-zakaria

Post on 05-Jul-2015

3.591 views

Category:

Education


12 download

DESCRIPTION

Informasi tentang daun ketum.

TRANSCRIPT

Page 1: Daun Ketum
Page 2: Daun Ketum

DAUN KETUMDAUN KETUMDAUN KETUMDAUN KETUM

Page 3: Daun Ketum

Pokok KetumPokok Ketum

• Nama saintifik – Mitragyna Speciosa Korth• Dikenali sebagai daun ketum atau biak di

Malaysia; kratom, ithang, kakuan, thom di Thailand

• Tumbuhan daripada Famili Rubiacaea (sepertimana pokok kopi)

• Didapati di kawasan tropika Asia khususnya Utara dan Pantai Timur Sem. Malaysia dan di Tengah dan Selatan Thailand

• Tumbuh di kawasan subur, lembap dan teduh

• Ketinggian pokok sehingga 50 kaki • Pembiakan – dari benih segar atau keratan

Page 4: Daun Ketum

Pokok Ketum …Pokok Ketum …sambungsambung

• Batang pokok mempunyai kualiti kayu yang baik

• Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil

• 2 jenis dedaun – tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)

• Daun banyak digunakan – sebagai ubat tradisi dan drug narkotik

Page 5: Daun Ketum

Unsur-unsur AktifUnsur-unsur Aktif• Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif,

lebih daripada 25, tetapi mitraginin merupakan alkaloid yang utama

• Mitraginin memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu

• Alkaloid mitraginin dipencilkan pada tahun 1907

• Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964– Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin

dan voakangin (voacangine)– Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-

based psychedelic drugs’ seperti psilosibin dan LSD

Sumber: Murple, 2000

Page 6: Daun Ketum

Berbagai Cara Mengambil KetumBerbagai Cara Mengambil Ketum

• Daun segar dikunyah bersama sirih• Daun kering dihisap bersama

tembakau, candu• Direbus dan minum sebagai sirap/

teh• Daun segar/ kering ditumbuk halus

dan dimakan diikuti dengan air suam. Serbuk juga diletakkan pada lidah untuk kesan gian

• Ekstrak resin mentah dibentukkan kepada gentel kecil yang ditelan atau dicairkan dalam air panas

Page 7: Daun Ketum

Profail PenggunaProfail Pengguna

• 2 kelompok pengguna: – pengguna sebenar (ubat tradisional) – golongan yang menyalahgunakan ketum (narkotik)

• Petani, peladang kecil, buruh, nelayan• Jarang diguna oleh perempuan• Umur permulaan penagihan:

– 30an di Thailand – kalangan remaja di Malaysia (drug gantian untuk ganja)*

• Pengguna baru perlu beberapa helai daun sahaja• Pengguna kronik perlu 10-30 helai daun sehari

* Sumber: SS Yoga, 2004

Page 8: Daun Ketum

Penggunaan TradisionalPenggunaan Tradisional

• Diguna semenjak berzaman-zaman• Ubat tradisional bagi:

– merawat cirit birit, demam dan batuk, – mengelakkan dari penyakit cacing, – meningkatkan selera makan, – menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja

berat, – diadun dengan herba lain – penawar kepada

penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah

Page 9: Daun Ketum

Lain-lain KegunaanLain-lain Kegunaan

• Detoksifikasi penagihan metadon (seperti di New Zealand). Pesakit melaporkan kesan mimpi yang sangat jelas (vivid hypnagogic dreams).

• Sebagai stimulan – mempengaruhi mood dan tahap kegelisahan

• Sebagai analgesik – berkesan sebagai ubat pelali seperti morfin

Page 10: Daun Ketum

Lain-lain Kegunaan…sambungLain-lain Kegunaan…sambung

• Drug narkotik – menghasilkan kesan bak-narkotik dan euforia bak-heroin

• Drug gantian untuk candu• Penyembuhan sementara untuk penagihan candu

kerana ia menghalang gejala tarikan opiat (Ridley,1897).

• Ketum digunakan untuk menghentikan penggunaan drug narkotik secara beransur-ansur; penagih akan berhenti mengambil dadah, keinginan (gian) dan gejala tarikan akan diredakan melalui pengikatan alkaloid mitraginin kepada reseptor delta (Kajian perintis di National Institute of Thai Traditional Medicine, 1999).

Page 11: Daun Ketum

Kesan FarmakologiKesan Farmakologi

• Bertindak dalam masa 5-10 minit setelah mengambil dan tahan selama 6 jam

• Mengurangkan ketegangan otot• Menindas sistem saraf pusat• Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly

addictive)• Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil

Page 12: Daun Ketum

Mekanisme TindakanMekanisme Tindakan

• Ketum mempunyai beberapa tindakan pindah-silang kepada reseptor mu mungkin berhubungkait dengan ciri-ciri ketagih daun ketum– Iaitu reseptor kappa dan delta tidak berubah

dengan penggunaan kronik agonis opiat, tetapi reseptor mu akan terubah dengan teruk (down-regulated), dan seterusnya menyebabkan tolerans dan penagihan.

Page 13: Daun Ketum

Mekanisme Mekanisme Tindakan…sambungTindakan…sambung

Penggunaan Penggunaan harian membawa harian membawa toleranstolerans

Seterusnya dos Seterusnya dos perlu perlu ditambahkan ditambahkan

Pada Pada dos tinggidos tinggi mitraginin mitraginin bergabung dengan bergabung dengan reseptor mureseptor mu

Menambahkan Menambahkan risiko risiko penagihanpenagihan

Menghasilkan Menghasilkan kesan euforia kesan euforia sepertimana sepertimana morfinmorfin

Pada Pada dos rendahdos rendah mitraginin mitraginin bergabung dengan bergabung dengan reseptor deltareseptor delta

Menghasilkan Menghasilkan kesan analgesiakesan analgesia

Page 14: Daun Ketum

Kesan mengikut tahap dosKesan mengikut tahap dos

• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif

• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod

• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu

Sumber: www.mitragyna.com/usage.php

Page 15: Daun Ketum

Kesan Dos RendahKesan Dos Rendah

• Menghalang motivasi

• Ketiadaan minat

• Bosan

• Malas

Page 16: Daun Ketum

Kesan pada tahap stimulanKesan pada tahap stimulan(dos sederhana)(dos sederhana)

• Minda tangkas

• Peningkatan tenaga fizikal dan batin

• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau kerja yang membosankan

• Suka bercakap, ramah, suka bergaul

• Mudah runsing

Page 17: Daun Ketum

Pada tahap sedatif-euforik-analgesikPada tahap sedatif-euforik-analgesik(dos tinggi)(dos tinggi)

• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi

• Berasa tenang

• Hilang dalam alam mimpi

• Merasa gatal atau berpeluh

• Anak mata menjadi sempit

• Merasa loya

Page 18: Daun Ketum

Kesan Sampingan Akut Kesan Sampingan Akut (penggunaan singkat)(penggunaan singkat)

• Mulut menjadi kering• Kerap kencing• Kehilangan selera makan (anoreksia)• Sembelit

Page 19: Daun Ketum

Kesan sampingan kronik Kesan sampingan kronik (penggunaan lama)(penggunaan lama)

• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan

• Jaundis (penyakit hati)

• Insomnia (payah tidur)

• Psikosis (gila)

• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi

Page 20: Daun Ketum

Kesan Penggunaan BanyakKesan Penggunaan Banyak(10-30 helai daun atau lebih dalam sehari)(10-30 helai daun atau lebih dalam sehari)

• Banyak tidur

• Hilang keupayaan untuk bekerja

• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)

• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)

Page 21: Daun Ketum

Gejala TarikanGejala Tarikan

• Hidung dan mata berair• Cirit birit• Sakit pada otot dan tulang• Masalah pergerakan anggota kaki dan

tangan• Sintakan otot (muscle jerking)• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap

bermusuhan)• Mudah meradang• Hilang keupayaan bekerja

Page 22: Daun Ketum

RisikoRisiko

• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran

• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang

• Jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin, dos besar kafein kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

Page 23: Daun Ketum

PerundanganPerundangan

• Diharamkan di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand

• Hukuman keras untuk pemilikan• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak

tahun 1943 memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan.

Page 24: Daun Ketum

Perundangan…sambungPerundangan…sambung

• Di Malaysia sejak Ogos 2004, pemilikan daun ketum, pemprosesan atau jualan boleh dituduh di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952, dan didenda sehingga RM10,000 dan/ atau dipenjarakan selama 4 tahun.

• Akibat tindakan polis, harga pasaran gelap untuk daun ketum meningkat; – minuman dari RM1 ke RM2 se paket (tahun 2004)– 1 kg daun ketum dari RM10 ke RM16 (tahun 2004)

Page 25: Daun Ketum

RampasanRampasan

• Bilangan rampasan:– 2 pada Julai 2004 – 45 pada Januari 2005

• Rampasan tersebut melibatkan:– 1,000kg daun ketum dan – 236,000 liter sirap daun ketum

• 99 kes didapati semenjak daun ketum diharamkan dan hanya 29 kes telah didakwa

Sumber: Jabatan Narkotik, Polis Diraja Malaysia

Page 26: Daun Ketum

RujukanRujukan

1. Shellard EJ. The alkaloids of Mitragyna with special reference to those of Mitragyna speciosa, Korth. Bulletin on Narcotics, 1974 issue 2.

2. Atthakor P. Role Seen For Traditional Herbal Stimulant. Bangkok Post November 27, 1999.

3. S.S. Yoga, 2004

4. Shaman Australis. Mitragyna speciosa catalog entry: http://www.shaman-australis.com/Website/Mitragynaspeciosa.htm

5. http://sagewisdom.org/kratomguide.html

6. Bhargava, H.N. Multiple opiate receptors of brain and spinal cord in opiate addiction. General Pharmacology, 1991;22(5):767-72.

7. www.erowid.org/plants/kratom/kratom_journal3.shtml 24 September 2005.

Page 27: Daun Ketum

YA TIDAK