dasar pakatan rakyat
DESCRIPTION
Muafakat RakyatPakatan Rakyat menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing. Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari faham perkauman sempit, politik adu domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau. Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggembleng tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.Malah kami yakin; kita mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu. 19 Disember 2009TRANSCRIPT
Dasar Pakatan Rakyat
Pakatan Rakyat menyediakan suatu rencana
dasar dan kebijakan untuk membawa keluar
bangsa dan negara dari kemelut yang semakin
meruncing.
Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir
akibat dari faham perkauman sempit, politik adu
domba dan “demokrasi otoritarian”. Ekonomi
merudum akibat dari keruntuhan akal budi,
kerakusan rasuah dan kebijakan-kebijakan usang
yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang
dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.
Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan
melebarnya jurang antara golongan kaya dengan
miskin, antara bandar, desa dan pendalaman
antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.
Peningkatan jenayah mengancam keselamatan
nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis
disalahgunakan untuk tujuan politik sempit.
Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman
terus digasir oleh campur tangan politik dan
kepentingan perniagaan.
Setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat
sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan
manakala rakyat dari pelbagai kaum
mempamerkan semangat baru meleburkan
kerangka pemikiran usang dan jumud,
menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah,
merompak khazanah negara dan menginjak hak
rakyat.
Menginsafi semangat rakyat tersebut maka
Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam kami
untuk menghayati dan melaksanakan agenda
politik baru ke arah menggembleng tenaga
rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya
yang dilihat sebagai satu kekuatan.
Malah kami yakin; kita mampu berubah dari
dasar perkauman sempit kepada kerukunan
hidup beragama, nilai kemanusiaan,
berlandaskan prinsip akhlak dan etika hak asasi,
prinsip negara hukum tanpa memilih darjat,
kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak
dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan
prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin
keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem
kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak
asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela
dan dimartabatkan.
Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi
Malaysia mampu dipacu dengan lebih pantas
melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi
yang mengarah kepada pembangunan manusia
seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan
Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan
yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh
dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah
pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi
kelompok miskin dan terpinggir.
Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka
ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah
kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi
memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar
menindas yang hanya memperkayakan segelintir
perlu digantikan dengan sebuah dasar yang
memastikan bantuan kepada golongan miskin di
Malaysia tanpa mengira kaum.
Berdasarkan latar belakang ini kami mengajak
rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru
yang berteraskan keadilan untuk semua dan
prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda
yang mesti dilakukan untuk mengembalikan
maruah bangsa, kebebasan rakyat dan
kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua
rakyat akan makmur dan bersatu padu.
19 Disember 2009
Y.B. Dato’ Seri Anwar IbrahimKetua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Y.B. Lim Kit SiangKetua Ahli Parlimen
Democratic Action Party (DAP)
Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi AwangPresiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 September 2008
PAKATAN RAKYAT MENJUNJUNG PRINSIP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Sekian, terima kasih.
Dasar Pakatan Rakyat
1 Demokrasi Telus dan Tulena Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang 6b Pemisahan Kuasa 7c Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil 8
2 Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adila Ekonomi Kemahiran Tinggi 9b Ekonomi Demokratik dan Telus 10c Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri 11d Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan 12e Tenaga Kerja 13f Jaringan Perlindungan Sosial 14g Perumahan 15h Prasarana dan Kemudahan Awam 16i Alam Sekitar 17j Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau 18
3 Keadilan Sosial dan Pembangunan Insana Perpaduan dan Keadilan Sosial 19b Agama 20c Pendidikan 21d Wanita dan Institusi Keluarga 23e Golongan Muda 24f Keselamatan 25g Kesihatan 26h Kebudayaan 27
4 Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negaraa Sistem Persekutuan 28b Sabah dan Sarawak 29c Dasar Luar Negara 30
6
Mempertahankan i. Perlembagaan
Persekutuan, Islam sebagai agama
bagi Persekutuan dan agama-agama
lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana di negara
ini serta melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak
negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak dan kepentingan
sah kaum-kaum lain sejajar dengan
Perkara 153.
Mempertahankan ii. peranan dan
tanggungjawab institusi raja
berperlembagaan.
Memartabatkan iii. pengunaan Bahasa
Melayu selari dengan Perkara 152
Perlembagaan dan memperluaskan
Bahasa Melayu sebagai lingua
franca serantau, melindungi dan
memperkukuhkan penggunaan
bahasa ibunda semua kaum.
Memansuhkan iv. Akta Keselamatan
Dalam Negeri dan undang-undang
yang membenarkan tahanan tanpa
dibicara. Serentak dengan itu
mengesyorkan pembatalan semua
pengisytiharan Darurat yang masih
berkuatkuasa.
Memansuhkan v. atau meminda semua
akta dan undang-undang yang zalim
serta melanggar hak asasi.
Menjamin vi. semangat persekutuan
serta hubungan yang adil di antara
Persekutuan dengan negeri-negeri,
terutama Sabah dan Sarawak.
Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang
merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan
budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat
dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat akan:
a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
1. Demokrasi Telus dan Tulen
7
Memulihkan i. kewibawaan sistem
kehakiman dan menjamin ketelusan
serta kebebasan sepenuhnya
Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
Menyusun ii. semula perjalanan
Parlimen untuk menjadikannya
lebih telus, demokratik dan dapat
menjalankan peranan kuasa semak
dan imbang.
Menjamin iii. pertanggungjawaban
badan-badan seperti Suruhanjaya
Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia, Petronas, Khazanah dan
sebagainya secara langsung kepada
Parlimen.
Mewajibkan iv. perlantikan jawatan-
jawatan seperti Ketua Polis Negara,
Peguam Negara, Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
dan Ketua Audit Negara mendapat
kelulusan Parlimen.
Mewujudkan v. Jabatan Hisbah Negara
(Ombudsman).
Mengukuhkan vi. demokrasi kerajaan
tempatan dan meningkatkan
kecekapan serta keberkesanan
sistem penyampaian dan menjamin
ketelusan di semua peringkat secara
demokratik.
Membebaskan vii. media, meminda
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
1984, menggubal Akta Kebebasan
Maklumat dan memastikan
kebebasan Internet.
Mempertingkatkan viii. prestasi sektor
perkhidmatan awam serta menjamin
kebajikan anggotanya. Memastikan
institusi tersebut berkecuali dan
menjalankan tanggungjawabnya
secara cekap.
Memberdayakan ix. dan memugar
masyarakat madani atau sivil.
Menyemarakkan penyertaan rakyat
melalui dialog dan perundingan.
Keberkesanan amalan sistem demokrasi bergantung kepada keutuhan pelaksanaan
doktrin pemisahan kuasa. Integriti sesebuah kerajaan bergantung kepada kebebasan,
kebolehpercayaan dan kewibawaan institusi-institusi yang diamanahkan untuk menjamin
keseimbangan antara cabang eksekutif, kehakiman dan legislatif.
Pakatan Rakyat akan:
b. Pemisahan Kuasa
8
Membolehkan i. setiap rakyat berusia
18 tahun ke atas mengundi melalui
pendaftaran secara automatik.
Menghapuskan ii. kelemahan
dalam sistem pengundian dengan
membersihkan senarai pengundi,
memansuhkan undi pos bagi
pengundi dalam negeri, memastikan
semua rakyat di luar negara dapat
mengundi dan menggunakan dakwat
kekal.
Memastikan iii. media massa memberi
ruang kepada semua parti politik
secara adil dan saksama, tempoh
kempen yang munasabah dan
pengendalian serta perjalanan
pilihanraya yang bersih dan bebas.
Menentukan iv. persempadanan
kawasan undi dibuat dengan
mencerminkan prinsip Satu Rakyat,
Satu Undi demi menjamin perwakilan
yang lebih adil dan saksama.
Memperuntukkan v. belanja kempen
kepada parti-parti politik berdasarkan
peratusan jumlah undi yang
diperolehi pada pilihanraya umum.
Menggubal vi. undang-undang
yang lebih berkesan bertujuan
menghukum calon atau parti politik
yang terbabit rasuah atau amalan
membeli undi.
Kewibawaan sistem pilihanraya yang tempang mesti dipulihkan. Kuasa keramat rakyat untuk
memilih pemimpin negara mesti dipertahankan daripada sebarang kecurangan yang membuka
ruang kepada penyelewengan. Makanya adalah penting untuk kita mengkaji semua akta yang
berkaitan dengan pilihanraya.
Pakatan Rakyat akan:
c. Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil
9
Menjamin i. peluang pendidikan tinggi
dan latihan berteraskan ketrampilan
dibekalkan dalam seluruh sektor
perkhidmatan pembuatan dan
pertanian.
Memastikan ii. warga kerja diberi
peluang meningkatkan kemahiran
serta diberi latihan berterusan untuk
terus meningkatkan produktiviti.
Menggalakkan iii. warga negara yang
professional dan berkemahiran yang
bermastautin di luar negara kembali
ke tanah air dengan menyedaikan
suasana kerja yang professional dan
menarik.
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki
pertumbuhan mapan. Pemunggahan sumber-sumber dan khazanah negara secara cekap
dalam pelaburan dibidang-bidang dan sektor-sektor utama dan strategik adalah penting bagi
menjamin daya saing negara.
Merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta
menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan bakal menjadikan ekonomi berdaya
maju dan berdaya tahan.
Pakatan Rakyat beriltizam untuk ‘Merakyatkan Ekonomi Negara’ bagi memastikan
kemakmuran dan kekayaan yang terhasil dikecapi oleh seluruh lapisan rakyat. Sekaligus
merapatkan kesenjangan diantara kaya-miskin serta mengatasi ketidakseimbangan
pembangunan wilayah akibat pengurusan tempang yang tidak mendahului kepentingan rakyat
ramai.
2. Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil
Paksi kepada ekonomi berprestasi tinggi adalah tenaga kerja yang berpengetahuan,
berketerampilan dan berkemahiran. Pakatan Rakyat akan membuat segala pelaburan
yang diperlukan untuk membekalkan kewujudan warga kerja berproduktiviti tinggi ini bagi
melonjakkan nilai tambah dalam kegiatan ekonomi negara.
Pakatan Rakyat akan:
a. Ekonomi Kemahiran Tinggi
10
Merombak i. sistem tender supaya
adil, telus, terbuka dan memberi nilai
terbaik untuk wang rakyat.
Menolak ii. penswastaan yang
membebankan. Merunding semula
konsistensi dan kontrak yang bersifat
menguntungkan kroni dan tidak
adil kepada rakyat, termasuk yang
melibatkan IPP, tol lebuhraya dan
prasarana air.
Melaksanakan iii. sistem cukai progresif
serta menolak sebarang cukai yang
membebankan rakyat termasuklah
cadangan perlaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST)
sehinggalah rakyat serta negara
bersedia.
Pakatan Rakyat beriltizam melaksanakan dasar-dasar pengurusan ekonomi yang bebas rasuah,
penyalahgunaan kuasa dan kronisme bagi meningkatkan kepertanggunjawaban, ketelusan dan
urus tadbir yang baik.
Kebejatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah melenyapkan kekayaan dan mengekang
pertumbuhan mampan serta menghakis daya saing negara.
Pakatan Rakyat akan:
b. Ekonomi Demokratik dan Telus
11
Melaksanakan i. formula geran
pembangunan dan kesamaan
berdasarkan faktor jumlah penduduk,
kadar kemiskinan, kawasan
pembangunan, kos, pembangunan
modal insan dan indeks pendapatan
kasar per kapita akan turut diberikan
bagi memastikan negeri yang miskin
tidak ketinggalan.
Mengagihkan ii. kuasa pentadbiran
ekonomi dan perlaksanaan kerja
prasarana kepada kerajaan negeri,
misalnya hak rundingan saksama
dalam menentukan reka bentuk dan
jaringan pengangkutan awam.
Menjana iii. pembangunan kawasan
yang lebih seimbang, sekali
gus mencipta bandar sekunder
yang produktif di seluruh negara
demi mengurangkan pemusatan
pembangunan di Lembah Klang.
Mengutamakan iv. dasar-dasar
penjanaan pertumbuhan tinggi
serta berjangka panjang, berasaskan
pemahaman ekonomi di mana
kerajaan negeri berada dalam
kedudukan terbaik untuk menentu
serta melaksanakan strategi sosio-
ekonomi.
Selaras dengan semangat persekutuan untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan,
keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, maka pelaksanaan dasar pembangunan dan
ekonomi yang meluas perlu diagihkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan masing-
masing.
Desentralisasi mampu mendorong perubahan struktural dalam kerangka ekonomi bagi
lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam
perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi
negara.
Pakatan Rakyat akan:
c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri
12
Menjamin i. bantuan ekonomi dan
pengagihan adil kepada semua
berdasarkan keperluan.
Membantu ii. golongan terpinggir dari
semua kaum.
Memberi iii. bantuan tunai secara
terus kepada kumpulan sasar untuk
menghapuskan golongan miskin
tegar.
Menyediakan iv. biasiswa pendidikan
berdasarkan keperluan dan merit.
Menjamin v. mobiliti sosial dengan
memastikan peluang ekonomi yang
lebih adil dan sama rata untuk semua.
Menggunakan vi. penjimatan dari
ketirisan dan pembaziran serta jihad
menentang rasuah sebagai sumber
tambahan bagi program membasmi
kemiskinan.
Pakatan Rakyat memperakui bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat bantuan
berdasarkan keperluan tanpa mengira latar belakang. Pakatan Rakyat bertekad untuk
merakyatkan ekonomi negara, agar khazanah negara dapat dinikmati dengan adil oleh semua.
Pakatan Rakyat akan:
d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan
13
Memperkenalkan i. gaji minima untuk
semua pekerja Malaysia.
Mempertahankan ii. hak pekerja
untuk membentuk kesatuan sekerja
mengikut kesesuaian dan pilihan
pekerja sendiri dan memastikan
mereka diberi hak dan perlindungan
selaras dengan piawaian
antarabangsa.
Memperkenalkan iii. Akta Peluang
Saksama untuk memastikan peluang
pekerjaan terbuka kepada semua.
Menyokong iv. pengusaha dan peniaga
Perusahaan Kecil dan Sederhana
dengan menyediakan capaian
kepada pinjaman dan prasarana yang
mencukupi serta mengurangkan
karenah birokrasi.
Mempermudahkan v. bantuan kepada
nelayan dan petani untuk memacu
peningkatan produktiviti.
Menyusun vi. dasar pekerja asing yang
bersepadu dan mengurangkan
kebergantungan negara kepada
pekerja asing.
Menyediakan vii. sistem sokongan
kepada golongan terbabit dalam
sektor ekonomi informal seperti
peniaga kecil, penjaja, petani dan
mereka yang bekerja sendiri.
Tenaga kerja adalah tunjang kepada kemakmuran negara yang berterusan. Pakatan Rakyat
akan menjamin semua pekerja Malaysia dilayan dengan adil serta memastikan kebajikan dan
kesejahteraan pekerja dipelihara.
Pakatan Rakyat akan:
e. Tenaga Kerja
14
Memperkukuhkan i. sistem Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja dan
memperkenalkan sistem pencen
untuk setiap pekerja sektor swasta.
Menubuhkan ii. Dana Penamatan Kerja
untuk pembiayaan sementara rakyat
yang hilang pekerjaan, subsidi untuk
latihan semasa kerja dan latihan
semula pekerja.
Memperkenalkan iii. usia tamat tempoh
perkhidmatan 60 tahun bertujuan
memberi peluang kepada mereka
yang ingin terus menyumbang
kepada masyarakat.
Setiap rakyat Malaysia harus menikmati hidup yang bermaruah pada setiap masa. Rakyat yang
hilang mata pencarian, warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpendapatan rendah
mesti dilindungi dan diberi peluang untuk turut menikmati faedah pembangunan ekonomi
negara.
Pakatan Rakyat akan:
f. Jaringan Perlindungan Sosial
15
Menubuhkan i. Perbadanan
Perumahan dengan mandat untuk
menambahkan bilangan rumah
mampu milik dan mencapai matlamat
Satu Keluarga, Satu Rumah.
Mengatasi ii. masalah ‘setinggan/
peneroka bandar’ sebaiknya melalui
pembangunan perumahan in situ dan/
atau perkongsian tanah dan melalui
syarat-syarat pinjaman yang murah
bagi membantu setinggan membeli
rumah mereka.
Menyelaraskan iii. sistem perundingan
antara ‘setinggan/peneroka bandar’,
pemaju dan pihak berkuasa untuk
mencapai penyelesaian menang-
menang bagi perkara-perkara
berkaitan perumahan dan tanah;
Menyediakan iv. bantuan bagi menaik
taraf rumah kos rendah dan PPR
untuk memenuhi penambahan
bilangan isi rumah;
Melabur v. dalam kemudahan awam di
sekitar pangsapuri bagi memastikan
keseimbangan dan persekitaran yang
sihat.
Menggalakkan vi. ketelusan dan
persaingan dalam sektor kewangan
untuk membuat pinjaman perumahan
lebih mudah dan mampu dinikmati.
Bekerjasama vii. dengan kerajaan negeri
untuk menyemak dasar perumahan
dan memastikan perumahan kos
rendah mampu milik disediakan
untuk mereka yang memerlukannya.
Rumah merupakan keperluan asas manusia. Hakikatnya sebahagian besar rakyat Malaysia
tidak berkeupayaan memiliki rumah sendiri terutama mereka yang berpendapatan rendah dan
sederhana. Maka Pakatan Rakyat akan:
g. Perumahan
16
Menjamin i. bekalan air bersih dan
tarif elektrik dengan harga yang
berpatutan kepada setiap keluarga di
Malaysia.
Merunding ii. semula segala perjanjian
tol dan mengkaji pembelian balik
lebuhraya PLUS dengan matlamat
melupuskan tol dalam jangka masa 7
tahun.
Meningkatkan iii. kecekapan
sistem pengangkutan awam
melalui penubuhan Suruhanjaya
Pengangkutan Awam yang terdiri
daripada pihak kerajaan dan wakil
masyarakat.
Memperkenalkan iv. sistem separuh
tambang bagi warga emas, orang
kurang upaya, pelajar dan pesara
untuk semua jenis pengangkutan
awam.
Menyemak v. semula pemberian
permit teksi kepada syarikat-syarikat
besar dengan keutamaan kepada
pengusaha individu dan persatuan
mereka.
Menyediakan vi. perkhidmatan talian
jalur lebar tanpa wayar yang cekap
secara percuma untuk mengurangkan
jurang digital.
Penyediaan dan penyelenggaraan prasarana awam yang baik merupakan tanggungjawab
kerajaan. Perlaksanaannya mestilah tidak membebankan rakyat atau menguntungkan
kroni tertentu. Prasarana dan kemudahan awam yang baik membolehkan rakyat Malaysia
meningkatkan pendapatan boleh belanja dan produktiviti mereka.
Pakatan Rakyat akan:
h. Prasarana dan Kemudahan Awam
17
Membudayakan i. amalan kitar semula
dengan menyediakan prasarana dan
sistem yang menyeluruh.
Memastikan ii. segala aktiviti
pembalakan dan penebangan hutan
dijalankan secara terkawal.
Membina iii. asas dan kemahiran
teknologi bagi untuk melicinkan
peralihan kepada penggunaan
sumber tenaga alternatif.
Mengawal iv. sebarang pembinaan di
lereng bukit dan kawasan-kawasan
berbahaya.
Merendahkan v. kadar pelepasan
karbon selaras dengan piawaian
antarabangsa dan meningkatkan
daya sistem ekologi untuk menyerap
karbon.
Alam sekitar merupakan khazanah negara yang wajib dipelihara untuk kelestarian hidup
generasi masa depan. Mendepani krisis perubahan iklim, Pakatan Rakyat beriltizam:
i. Alam Sekitar
18
Memperkenalkan i. prasarana yang
moden, lengkap dan sesuai untuk
ekonomi karbon rendah, termasuk
sistem pengangkutan awam
berintegrasi bertaraf dunia dan
sistem kitar semula yang menyeluruh.
Membangunkan ii. industri-industri
yang berasaskan teknologi hijau
seperti pembuatan panel suria dan sel
fuel hidrogen.
Memimpin iii. pembangunan sistem
sumber tenaga alternatif dan tenaga
keterbaharuan di rantau Asia.
Mengukuhkan iv. sektor pertanian
dengan kaedah dan teknologi terkini
demi memastikan jaminan bekalan
makanan negara.
Pakatan Rakyat bertekad menjadikan ekonomi hijau sebagai teras kepada era kemakmuran
baru yang lestari dan saksama untuk Malaysia. Penyediaan prasarana dan perkembangan
industri baru sejajar dengan peralihan ke arah ekonomi hijau akan menjadi enjin penjanaan
pertumbuhan ekonomi yang dinamik.
Pakatan Rakyat akan:
j. Pertumbuhan Lestari dan Pembangunan Hijau
19
Memberi i. tumpuan kepada usaha
memperbaiki hubungan kaum dan
agama yang telah rosak.
Mengembeling ii. tenaga semua
pihak yang berkepentingan untuk
menyuburkan sikap baik-sangka,
saling hormat dan mempercayai yang
memang telah begitu lama diamalkan
rakyat berbilang kaum dan agama di
Malaysia.
Menggubal iii. Akta Perhubungan
Kaum bagi menjamin kerukunan dan
keharmonian rakyat serta tiadanya
lagi diskriminasi antara kaum.
Pakatan iv. Rakyat akan menjana
sokongan setiap peringkat
masyarakat supaya berpegang teguh
kepada segala prinsip dan petunjuk
yang wajar dipegang oleh sebuah
masyarakat yang terbuka.
Menghapuskan v. amalan politik
perkauman melalui pelbagai cara
termasuk pendidikan, media massa,
dialog dan perundingan.
Memupuk vi. budaya Malaysia
berasaskan nilai moral dan citra
unggul yang boleh diterima semua
kaum. Ini memerlukan sikap terbuka
terhadap kepelbagaian budaya
yang dianuti pelbagai kaum dan
puak di Malaysia. Pakatan Rakyat
akan melakukan semua ini dengan
mengambil kira sejarah dan evolusi
negara ini.
Meningkatkan vii. kebajikan Orang Asli,
Orang Asal dan golongan minoriti lain
di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak selain mempertahankan hak
asasi, ekonomi dan sosial mereka.
Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat
berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan
kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama. Pakatan
Rakyat berjanji membina semula sebuah masyarakat berbilang kaum yang padu, di mana
kaum-kaum yang berbeza itu hidup dalam aman dan harmoni.
Pakatan Rakyat akan:
a. Perpaduan dan Keadilan Sosial
3. Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan
20
Mempertahankan i. kedudukan agama
Islam sebagai agama persekutuan
dan menjamin hak kebebasan
beragama setiap rakyat Malaysia.
Menganjur ii. dialog dan rundingan
antara peradaban untuk
mengukuhkan persefahaman.
Menubuhkan iii. mekanisme yang
menyeluruh untuk memberi
penyelesaian yang adil dalam kes-
kes yang melibatkan pertindihan
sistem perundangan sivil dan syariah,
termasuk sebuah Suruhanjaya
Diraja untuk mengkaji semua isu-isu
berkaitan dengan mendalam.
Memperkukuhkan iv. pengurusan
institusi Islam seperti Baitul Mal dan
Tabung Haji bagi memastikan ia
dikendalikan dengan berkesan, cekap
dan memenuhi matlamat.
Memastikan v. kawasan yang sesuai
untuk tempat ibadat dan pusara bagi
semua penganut agama.
Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan
berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat. Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ke dalam
kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan
kerana berlainan agama. Tidak sewajarnya ada pertikaian mengenai hakikat bahawa Malaysia
adalah sebuah negara yang menganuti sistem demokrasi di mana agama Islam menduduki
tempat istimewa sebagai agama persekutuan sementara hak agama-agama lain dijamin.
Pakatan Rakyat berikrar:
b. Agama
21
Menjadikan i. sekolah kebangsaan
sebagai peneraju sistem pendidikan
negara. Memastikan sokongan dan
pembiayaan secara adil kepada
sekolah-sekolah agama rakyat,
sekolah kebangsaan Cina dan
Tamil, sekolah mubaligh, sekolah
vokasional dalam usaha bersama
untuk meningkatkan taraf pendidikan
negara.
Mengimbangi ii. penekanan kepada
sistem peperiksaan dengan sistem
pembelajaran berasaskan pemikiran
kritis dan analitikal dengan matlamat
mencari kebenaran.
Memastikan iii. setiap pelajar yang
berkelayakan mendapat tempat di
institusi pengajian tinggi awam tanpa
mengira latar belakang.
Meminda iv. Akta Universiti dan Kolej
Universiti 1974 demi mewujudkan
iklim yang kondusif dalam bentuk
jaminan kebebasan akademik
dan autonomi universiti ke arah
mempertingkatkan mutu pendidikan
setanding dengan negara-negara
maju.
Memastikan v. perlantikan naib
canselor, rektor, dan lain-lain
penjawat tertinggi akademik
dilakukan berdasarkan kelayakan dan
kelulusan Majlis Senat.
Memperbaiki vi. mutu dan kemudahan
sekolah yang daif di pedalaman di
Sabah dan Sarawak;
Meningkatkan vii. mutu pendidikan
guru bagi setiap peringkat sekolah
dan menambah jumlah guru terlatih
mengikut permintaan.
Pendidikan seharusnya bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
rohani, jasad dan intelek. Melalui sistem pendidikan negara, Pakatan Rakyat bertekad untuk
menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu dan menjamin peluang yang
saksama kepada rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
c. Pendidikan
22
Menyediakan viii. peluang latihan peringkat
tinggi untuk guru dan pensyarah
supaya pengetahuan dan kemahiran
profesional mereka sentiasa selaras
dengan masa.
Mengkaji ix. kembali skim perkhidmatan
guru dan menambah skim rangsangan
bagi mereka yang mengajar di
pedalaman.
Menyediakan x. biasiswa berasaskan
merit dan bantuan kewangan lain
berasaskan keperluan dengan
keutamaan kepada pelajar miskin dari
kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menekankan xi. betapa mustahaknya
pelajar menguasai pelbagai bahasa
termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,
Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa
utama dunia dan juga bahasa-bahasa
ibunda.
Menyediakan xii. tempat dan latihan
kepada mereka yang keciciran.
Meluaskan xiii. skop Lembaga Pentauliahan
Kebangsaan untuk memantau dan
mencadangkan pengiktirafan sijil,
diploma dan ijazah dari dalam dan
luar negara yang memenuhi piawaian
akademik yang boleh diterima
termasuklah sijil UEC dan Diploma
Muadalah (diploma berkembar).
23
Menggubal i. akta bagi memastikan
golongan wanita mendapat layanan
dan yang adil dalam segala bidang.
Memberi ii. penekanan ke arah
meningkatkan Kadar Guna Tenaga
bagi Wanita kepada tahap 60%
dalam tempoh 10 tahun akan datang
berbanding 46% sepanjang tempoh
20 tahun yang lalu.
Memperuntukkan iii. 30% perwakilan
wanita dalam semua barisan
pimpinan politik dan kerajaan.
Menangani iv. segala bentuk keganasan
terhadap wanita dan anak-anak
dengan hukuman yang lebih berat
dijatuhkan ke atas pesalah serta
memastikan keberkesanan pusat
krisis di setiap hospital dan balai polis.
Memastikan v. kewujudan sistem
sokongan dan bantuan seperti pusat
jagaan kanak-kanak dan sebagainya
untuk ibu yang bekerja di pejabat
kerajaan dan sektor swasta.
Memberikan vi. bantuan untuk
meringankan beban keluarga
ibu tunggal yang miskin dan
memerlukan.
Mengambil vii. kira perspektif gender
dalam merangka belanjawan dan
dasar-dasar negara.
Memperkenalkan viii. program kepekaan
jantina ke dalam kurikulum sekolah.
Mengiktiraf ix. peranan suri rumah
di dalam pengukuhan institusi
keluarga dan sumbangannya kepada
pembangunan masyarakat dan
negara.
Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan,
pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin
kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari
penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh
diabaikan.
Pakatan Rakyat akan:
d. Wanita Dan Institusi Keluarga
24
Menjamin i. peluang dan hak sama
rata serta adil untuk golongan muda
dari seluruh lapisan masyarakat bagi
merealisasikan potensi diri.
Memastikan ii. supaya tiada seorang
belia akan dibiarkan mengakhiri
pendidikannya tanpa peluang
memperolehi kelayakan atau
latihan yang secukupnya untuk
menyumbang terhadap ekonomi
kemahiran tinggi negara.
Mengiktiraf iii. kepentingan peranan
dan sumbangan oleh golongan muda
melalui perkongsian pendapat secara
jujur dengan gerakan-gerakan belia,
khususnya dalam isu berkepentingan
ke atas kehidupan mereka serta hala
tuju negara.
Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai
generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan
yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.
Pakatan Rakyat akan:
e. Golongan Muda
25
Menjadikan i. polis bebas dan
profesional serta mengembalikannya
kepada misi asal untuk mencegah
jenayah dan memastikan
keselamatan awam.
Merombak ii. pengagihan tenaga
polis supaya bilangan tenaga polis
yang cukup ditugaskan untuk
membanteras jenayah.
Melengkapkan iii. pihak polis dengan
peralatan dan latihan yang terkini
dalam usaha membanteras jenayah.
Melaksanakan iv. semua saranan
Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan
Perjalanan dan Pengurusan Polis,
termasuk penubuhan IPCMC dan
penambahbaikan kebajikan polis
yang giat berbakti kepada negara.
Memperbaiki v. keadaan perkhidmatan
pasukan polis khususnya peringkat
bawahan bagi meningkatkan prestasi
dan moral.
Memperkukuhkan vi. peranan
masyarakat dalam pencegahan dan
pembanterasan jenayah melalui
program komuniti.
Menangani vii. dengan strategik dan
tuntas segala masalah sosial yang
menjadi punca kepada jenayah.
Terdapat peningkatan jenayah dan rasa tidak selamat di negara ini. Walhal rakyat Malaysia
seharusnya berhak merasa selamat dan bebas dari ancaman jenayah pada setiap masa.
Pakatan Rakyat bertekad memastikan pihak polis diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih
baik untuk menjadikan mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama yakni menentukan
setiap kawasan dan rakyat Malaysia berada dalam keadaan aman dan selamat.
Pakatan Rakyat akan:
f. Keselamatan
26
Menimbangkan i. penubuhan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
bertujuan meningkatkan kualiti
perkhidmatan kesihatan awam
supaya lebih setanding dengan
perkhidmatan sektor swasta.
Menjamin ii. perkhidmatan kesihatan
awam yang cekap, meluas dan
bermutu kepada semua rakyat, pada
kadar yang munasabah.
Meningkatkan iii. skim ganjaran untuk
kakitangan perubatan di hospital
awam.
Memeriksa iv. dengan teliti keadaan
kemudahan penjagaan kesihatan
yang telah diswastakan bagi
melindungi kepentingan rakyat.
Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati perkhidmatan kesihatan awam yang terbaik pada kos
yang berpatutan. Oleh yang demikian, perkhidmatan kesihatan awam sewajarnya diperkasakan
secara tuntas, sekaligus menjamin perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
g. Kesihatan
27
h. Kebudayaan
Menjamin i. kebebasan pengucapan
penghasilan karya melalui semua
medium.
Hak ii. untuk mengadakan
persembahan atau pertunjukan
seni-budaya tanpa sekatan dengan
keyakinan awal bahawa setiap
pengkarya ada tanggungjawab diri
dan sosial mereka.
Pautan iii. utuh terhadap akar
kemurnian kebudayaan tradisi
sendiri wajar ditambahkuat dengan
kesediaan menjadi tidak canggung
untuk menerima unsur murni
kebudayaan luar yang bersifat sejagat
daripada bangsa, benua dan faham
kepercayaan manapun.
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan
masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.
Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil bertanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan
potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada
mana-mana sosok budaya yang lain. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan
negara yang kemudiannya perlu digilap menjadi Muafakat Kebudayaan Baru lanjutan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (1971).
Tiga cabaran utama yang wajar disedari adalah dengan:
28
Menjamin i. royalti sebanyak 20%
daripada hasil petroleum kepada
kerajaan negeri dengan matlamat
membasmi kemiskinan di kalangan
rakyat.
Memulangkan ii. sebahagian daripada
kutipan cukai dari setiap negeri
kepada negeri tersebut berdasarkan
pengagihan yang adil.
Menambah iii. geran per kapita untuk
negeri-negeri.
Hak negeri-negeri untuk membuat pilihan mengikut kesesuaian sendiri mengenai strategi
pembangunan negeri mesti dihormati. Teras kepada hak ini adalah peruntukan kewangan
yang secukupnya kepada negeri-negeri berdasarkan sumbangan terhadap persekutuan serta
keperluan rakyat.
Pakatan Rakyat akan:
a. Sistem Persekutuan
4. Hubungan Persekutuan- Negeri dan Dasar Luar Negara
29
Memastikan i. khazanah negeri
Sabah dan Sarawak dinikmati
sepenuhnya oleh rakyatnya dengan
memperuntukkan royalti 20%
daripada pendapatan petroleum
mereka.
Menubuhkan ii. Suruhanjaya Diraja
demi mencari jalan penyelesaian
terbaik untuk isu pendatang asing.
Menjamin iii. hak Tanah Adat Orang
Asal tidak dicabuli oleh mana-mana
pihak.
Menghentikan iv. dengan serta-merta
penindasan terhadap rakyat kawasan
pedalaman akibat kegiatan ekonomi
yang tidak beretika.
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan dijadikan asas kepada hubungan adil antara
Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak. Di samping memulihkan imbangan kuasa yang
memihak kepada kerajaan pusat, Pakatan Rakyat berjanji membuat penilaian yang adil dan
terbuka mengenai persoalan pokok yang kini menghalang kemajuan politik dan sosioekonomi
di kedua-dua negeri di Malaysia Timur.
Pakatan Rakyat akan:
b. Sabah & Sarawak
30
c. Dasar Luar Negara
Kepimpinan Malaysia di kalangan negara-negara dunia mesti dipertingkatkan. Adalah menjadi
matlamat kita untuk merangka satu dasar luar yang berasaskan prinsip keadilan sejagat,
penyelesaian melalui perundingan, dialog antara peradaban demi keselamatan, keamanan dan
kemakmuran.
Pakatan Rakyat akan:
Memelihara i. kepentingan negara
dengan menjadi warga dunia
yang bertanggungjawab di dalam
menghormati hak asasi, memelihara
prinsip-prinsip demokrasi dan
menjunjung permuafakatan,
perjanjian, pengisytiharaan dan
persetujuan antarabangsa, yang
sejajar dengan nilai-nilai keadilan.
Aktif ii. menjadi pelopor dan peneraju
dialog antara peradaban.
Mengukuhkan iii. kerjasama diplomatik
dan perdagangan antarabangsa
dengan rakan-rakan serantau
terutamanya anggota-anggota
Asean.
Memperkukuhkan iv. lagi peranan
Malaysia dalam organisasi-organisasi
antarabangsa.