dasar etika perniagaan - wood group · pdf fileditetapkan dalam dasar etika perniagaan dan...

28
Dasar Etika Perniagaan BagaimanaApa yang patut saya buat?SekiranyaDasar Wood Group Mei 2016

Upload: lyngoc

Post on 07-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Dasar Etika Perniagaan

“Bagaimana…”

“ Apa yang patut saya buat?”

“Sekiranya…”

Dasar Wood GroupMei 2016

Page 2: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

01 Pengenalan 02 Objektif 03 Kepada siapa dasar ini dikenakan? 04 Apa yang diharapkan dari kami05 Melaporkan Ketidakpatuhan yang disyaki

06 Integriti Perniagaan dan Peribadi 07 Rasuah dan Sogokan 07 Bayaran Pemudahan09 Penggunaan perantara komersial 09 Konflik Kepentingant 11 Keraian 11 Sumbangan Amal 11 Sumbangan Politik

12 Perdagangan Nasional dan Antarabangsa 13 Pematuhan perdagangan dan Sekatan Ekonomi 15 Persaingan/Peraturan Antitrust

16 Tanggungjawab Kewangan 17 Sistem dan Prosedur Perakaunan 17 Rekod Perniagaan17 Fraud 18 Pengubahan Wang Haram18 Maklumat Dalaman dan Urusan Dalam 19 Kerahsiaan

20 Harta Intelektual 21 Privasi Data 22 Indeks23 Nombor Akses Talian Bantuan24 Penerimaan dan Pengakuan

Kandungan

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 3: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 01

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Nilai Teras Wood Group adalah nadi perniagaan kita kerana ia mentakrifkan siapa kita, cara kita bekerja, apa falsafah kita dan apakah pegangan kita. Nilai Teras kita menetapkan cara kita bertindak dan bagaimana kita mahu dilayan sebagai sebahagian daripada Wood Group dan memberi asas yang kukuh untuk membuat keputusan.

Pengenalan

Dasar Etika Perniagaan menyediakan asas untuk Nilai Teras Integriti kita. Ia menjadi bahan bacaan syarat untuk semua warga Wood Group dan diwujudkan bagi membantu ketua semua “melakukan perkara yang betul”. Kita mahu semua orang mematuhi standard amalan perniagaan beretika yang ditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau tindakan yang tidak konsisten dengan reputasi Integriti kita yang kukuh.

Semua warga Wood Group perlu mengamalkan standard etika, perundangan dan perniagaan yang tinggi di mana-mana sahaja kita berurusan di dunia. Kita juga mahu mereka yang berurusan dengan kita memegang nilai dan standard yang sama. Kita memahami cabaran yang bakal dihadapi. Bekerja untuk organisasi yang dinamik, beroperasi di pasaran global dengan pelanggan, rakan perniagaan dan operasi yang berbeza di serata dunia bukan selalunya mudah. Pertalian rakan niaga baharu diwujudkan, pasaran baru diterokai dan undang-undang baharu diperkenalkan yang memberi kesan kepada cara perniagaan dilaksanakan. Cabaran perniagaan dan semangat untuk berjaya boleh membuatkan sesiapa antara kita membuat keputusan yang boleh menjejTanyaan Integriti kita. Kita hendaklah sentiasa bertegas ketika menghadapi cabaran sebegini, walaupun ia mungkin memberi kesan kepada perniagaan kita dalam jangka yang pendek.

Soalan tentang etika dan integriti boleh menjadi rumit dan kami mengalu-alukan soalan tentang Dasar Etika Perniagaan dan aplikasinya. Setiap Unit Perniagaan Strategik Wood Group mempunyai Pegawai Bertanggungjawab yang dilantik untuk memastikan, antaranya dasar dan prosedur dalam perniagaan yang berkaitan adalah konsisten dengan Dasar Etika Perniagaan serta menjawab sebarang soalan. Di sesetengah negara

di mana kita beroperasi kita juga ada Pegawai Etika Perniagaan Negara untuk menyokong Pegawai yang Bertanggungjawab. Soalan berkaitan Dasar boleh dibawa kepada Pematuhan atau Perundangan Wood Group.

Anda perlu melaporkan sebarang pelanggaran atau potensi pelanggaran Dasar Etika Perniagaan yang anda sedari – sama ada yang berkait dengan anda, orang yang melapor terus dengan anda atau orang lain. Laporan boleh dibuat kepada Pematuhan atau Perundangan Wood Group, Jabatan Sumber Manusia, Pegawai yang Bertanggungjawab atau Pegawai Etika Perniagaan Negara yang berkaitan. Anda mungkin memilih untuk membuat laporan secara sulit melalui Talian Bantuan Etika Perniagaan, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat bebas, atau melalui e-mel kepada:

[email protected] Kita berbangga dengan reputasi Integriti Wood Group yang sudah sekian lama wujud. Kami tahu anda turut berbangga. Walau bagaimanapun, kesilapan seorang individu boleh memberikan kesan kepada Wood Group secara keseluruhan, dan menjejTanyaan reputasi kita serta boleh mendatangkan kesan kewangan yang besar. Kita semua berkongsi tanggungjawab mengamalkan Nilai Teras dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dasar Etika Perniagaan adalah untuk membantu kita melakukan perkara dengan betul. Terima kasih atas sokongan anda.

Robin Watson, CEO

“ Di Wood Group kami memiliki budaya integriti yang kukuh. ”

“ Rasa bangga bekerja dengan syarikat yang bermaruah. ”

“ Saya gembira kita menguatkuasakan dasar ini, dan bangga bekerja dalam organisasi ini. ”

Page 4: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

02 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Objektif …

Dasar Etika Perniagaan mempunyai objektif berikut: » Untuk mengekalkan dan melindungi reputasi

integriti dan etika perniagaan yang Wood Group dan Kakitangan Wood Group bina dengan semua pihak yang berurusan dengan mereka.

» Untuk memastikan Kakitangan Wood Group menjalankan semua aktiviti perniagaan mereka dengan integriti dan beretika, dan mencerminkan Nilai Teras Integriti Kumpulan.

» Untuk memastikan Kakitangan Wood Group mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai pada aktiviti perniagaan mereka di semua negara mereka beroperasi.

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 5: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 03

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Dasar ini dikenakan kepada semua “Kakitangan Wood Group” yang terlibat bekerja dengan“Wood Group” di seluruh dunia.

Bagi tujuan Dasar Etika Perniagaan, ‘Wood Group’ meliputi badan hukum berikut (sama ada perbadanan, perkongsian berhad atau struktur perniagaan lain):

• Kumpulan John Wood PLC (Syarikat Awam Berhad)

• Anak Syarikat Kumpulan John Wood PLC

• Syarikat Usaha Sama atau konsortium di bawah pengurusan harian Kumpulan John Wood PLC

Orang-orang berikut adalah dianggap KakitanganWood Group:

• Pengarah dan Pegawai Wood Group

• Pekerja Wood Group

• Kontraktor, Pakar Runding, Wakil, Orang Tengah dan Ejen yang dikekalkan oleh Wood Group

Untuk membantu dalam pelaksanaan dan pentadbiran Dasar Etika Perniagaan, ‘Pegawai yang Bertanggungjawab’, dan di sesetengah negara, ‘Pegawai Etika Perniagaan Negara’ telah dilantik. Pegawai yang Bertanggungjawab biasanya adalah CEO/Presiden atau eksekutif kanan Unit Perniagaan Strategik. Mereka bekerja rapat dengan Jabatan Undang-Undang Wood Group dan bertanggungjawab bagi melaksanakan, berkomunikasi dan mentadbir Dasar Etika Perniagaan dan akan memastikan dasar, prosedur dan latihan di dalam setiap perniagaan Wood Group selaras dengan Dasar ini. Pegawai Etika Perniagaan Negara memainkan peranan sebagai pemudah, menyediakan sokongan tempatan kepada Pegawai yang Bertanggungjawab di negara tugasan masing-masing

Kepada siapa Dasar ini dikenakan?

Page 6: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

04 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Apa yang diharapkan dari kami?

Kakitangan Wood Group diharapkan untuk menjalankan dan bekerja dengan jujur dan integriti dan mematuhi semua undang-undang yang terpakai dalam perjalanan aktiviti perniagaan mereka, sama ada atau tidak dirangkumi oleh Dasar Etika Perniagaan ini atau Dasar Wood Group lain.

Sebagai salah seorang Kakitangan Wood Group anda mempunyai tanggungjawab sendiri untuk mematuhi standard kelakuan dan keperluan lain Dasar Etika Perniagaan sama ada atau tidak standard dan keperluan ini juga dikenakan oleh undang-undang.

Bagi pekerja Wood Group, pencabulan atau ketidakpatuhan pada undang-undang yang terpakai atau dasar Wood Group akan menyebabkan tindakan disiplin, termasuk, jika bersesuaian, penamatan perkhidmatan.

Bagi bukan pekerja seperti kontraktor, pakar runding, wakil, orang tengah atau ejen yang menjalankan perniagaan bagi pihak Wood Group, pencabulan atau ketidakpatuhan pada undang-undang yang terpakai atau dasar Wood Group akan mengakibatkan penamatan sebarang hubungan dengan Wood Group.

“ Bagaimana dengan undang-undang yang berbeza di negara yang berlainan? ”

“ Wood Group menjalankan perniagaan di seluruh dunia, dan ini bermakna anda tertakluk pada undang-undang dan peraturan yang berlainan. Dasar ini mewujudkan prinsip bagi kelakuan perniagaan yang diguna pakai di seluruh Wood Group, tanpa mengira tempat.Jika perbezaan wujud akibat undang-undang atau peraturan tempatan – mana satu anda mesti menggunakan sama ada Dasar ini atau keperluan tempatan yang menetapkan standard kelakuan yang tertinggi ”

Page 7: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 05

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Berhenti! Fikir! Tanya!Dasar ini tidak boleh menangani setiap keadaan. Biasanya undang-undang atau dasar akan memberikan jawapan dengan jelas, tetapi sering kali situasi memerlukan interpretasi untuk memutuskan tindakan yang bersesuaian.

Apabila membuat keputusan, berhenti, fikir dan tanya diri anda tentang:

• Apakah anda berasa situasi/tindakan itu betul atau salah?

• Apakah tindakan yang dicadangkan sejajar dengan undang-undang dan Dasar ini?

• Apakah keputusan atau jalan tindakan anda menjejaskan orang lain? Contohnya pekerja, pelanggan, pembekal, kontraktor, pesaing kami, masyarakat atau pemegang saham Wood Group?

• Bagaimanakah pandangan orang lain tentang keputusan atau jalan tindakan anda? Kadang-kadang tindakan yang tidak bermaksud apa-apa boleh dianggap sebagai kesalahan.

• Sudahkah anda meneliti sepenuhnya akibat keputusan anda? Apakah nasihat tambahan berguna? Adakah Pegawai yang Bertanggungjawab, Pegawai Etika Perniagaan Negara atau Jabatan Undang-Undang atau Pematuhan Wood Group boleh membantu?

• Jika anda tidak pasti, minta nasihat daripada Pegawai yang Bertanggungjawab, Pegawai Etika Perniagaan Negara, Jabatan Undang-Undang atau Pematuhan Wood Group, atau laporkan kebimbangan anda kepada Talian Bantuan Etika perniagaan pada bila-bila masa.

Melaporkan Ketidakpatuhan yang disyakiAnda mesti melaporkan sebarang pelanggaran atau pelanggaran berpotensi Dasar yang anda ketahui.

Perkara ini boleh dilaporkan melalui:

• Jabatan Pematuhan atau Undang-Undang Wood Group

• Pegawai yang Bertanggungjawab atau Pegawai Etika Perniagaan Negara (jika berkaitan)

• Sumber Manusia

• Menghubungi Talian Bantuan Etika

• E-mel ke Talian Bantuan Etika di [email protected]

Sebarang isu yang menimbulkan kebimbangan boleh dilaporkan secara sulit atau, jika mahu, tanpa nama melalui Talian Bantuan Etika Wood Group.

Laporan atau pertanyaan yang diterima melalui Talian Bantuan Etika akan ditangani secara profesional dan sulit. Perkara yang berkaitan dengan Dasar biasanya ditangani oleh Jabatan Undang-Undang dan/atau Sumber Manusia Wood Group. Semua komunikasi tersebut akan dikendalikan secara rahsia hingga sejajar dengan penyiasatan yang bersesuaian di bawah undang-undang yang terpakai.

Kegagalan untuk melaporkan pencabulan Dasar yang diketahui atau gagal untuk membantu atau bekerjasama dalam penyiasatan ketidakpatuhan yang dilaporkan boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil terhadap anda.

Tiada tindakan balas, hukuman atau penindasan dalam apa jua bentuk terhadap individu yang melaporkan secara jujur pencabulan Dasar yang disyaki atau membantu dalam penyiasatan, walaupun laporan itu tersilap dan/atau fakta didapati tidak betul atau tidak menyebabkan sebarang tindakan lanjut. Mana-mana individu yang bertindak balas dengan apa juga cara terhadap seseorang yang secara jujur melaporkan pencabulan atau pencabulan yang disyaki pada Dasar ini akan tertakluk pada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan perkhidmatan.

Page 8: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

06 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Mendapat wang dengan cara mudah …

Wood Group dengan jelas melarang membuat, menawarkan, membenarkan atau menerima pembayaran yang tidak wajar (atau peruntukan atau penerimaan apa-apa barangan lain yang bernilai), dalam semua urusan perniagaan, di mana-mana negara di seluruh dunia.

Wood Group dan Kakitangan Wood Group mestilah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, tidak membuat atau bersetuju untuk membuat pembayaran yang menyalahi undang-undang, memberi rasuah atau bayaran rasuah lain mahupun menerima, menawarkan, membenarkan pemberian, atau menerima apa-apa barangan lain yang bernilai.

Wood Group dengan jelas melarang pembayaran bagi Bayaran Pemudahan atau bayaran “menyogok” atau “membolehkan” lain bagi mempercepatkan urus niaga rutin (seperti pemeriksaan kastam, memproses visa dan sebagainya), walaupun ia akan menyebabkan kelambatan atau terlepasnya peluang perniagaan.

Integriti Perniagaan dan Peribadi

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 9: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 07

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Rasuah dan Sogokan

Adalah penting semua ejen dan wakil pihak ketiga lain yang berinteraksi bagi pihak Wood Group dengan Pegawai Kerajaan mematuhi Dasar Etika Perniagaan ini.

Bagi tujuan Dasar Etika Perniagaan, ‘pembayaran yang tidak wajar’ digunakan bagi menerangkan pelbagai jenis pembayaran wang atau apa-apa yang bernilai (termasuk sogokan, rasuah atau tumbuk rusuk) yang dibuat, ditawarkan, dibenarkan atau diterima dalam percubaan untuk mempengaruhi keputusan yang melibatkan Wood Group atau untuk keuntungan peribadi individu.

Wood Group dan Kakitangan Wood Group mungkin tertakluk pada undang-undang anti rasuah, seperti Akta Amalan Rasuah Luar Negeri Amerika Syarikat 1977 atau Akta Rasuah United Kingdom 2010. Undang-undang ini tertumpu pada pemberian rasuah oleh Pegawai Awam atau Pegawai Kerajaan.Walau bagaimanapun, undang-undang UK berkaitan dengan pemberian rasuah oleh pegawai awam dan juga ejen perdagangan atau pekerja di sektor swasta.Undang-undang tersebut melarang pemberian rasuah walaupun dilakukan di luar sempadan negara-negara ini.

Mana-mana Kakitangan Wood Group yang didapati memberi atau mengambil rasuah atau menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa jua keuntungan kewangan atau lain secara tidak wajar, sama ada secara langsung atau tidak langsung, akan tertakluk pada: (i) dalam kes pekerja, tindakan disiplin yang boleh menyebabkan pemecatan atau (ii) dalam kes kontraktor, perunding, wakil, perantara atau agen, penamatan perkhidmatan mereka. Jika bersesuaian, perkara tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa jenayah yang berkaitan.

Bayaran PemudahanWood Group tidak membezakan antara rasuah dan apa yang dipanggil bayaran “pemudahan” atau “menyogok” atau “membolehkan” untuk mencepatkan atau mendapatkan urus niaga. Kakitangan Wood Group (termasuk semua kontraktor, pakar runding, wakil, orang tengah dan ejen) hendaklah tidak memberi rasuah atau membuat bayaran pemudahan bagi pihak Wood Group.

Satu-satunya pengecualian bagi perkara ini adalah dalam keadaan adanya ancaman nyata dan pasti pada kesihatan, keselamatan, keselamatan peribadi atau kebajikan mana-mana pekerja atau ahli keluarganya atau rakan sekerja atau harta Wood Group hilang. Contohnya, Pegawai Kerajaan meminta bayaran dengan ancaman jika bayaran tidak dibuat dia akan ditahan. Jika, pada awalnya anda enggan memberi bayaran, kemudian dengan ancaman tersebut anda memutuskan untuk memberikannya maka keadaan luar biasa ini mestilah dilaporkan dengan segera secara bertulis kepada Jabatan Undang-Undang Wood Group dan Pegawai yang Bertanggungjawab anda. Wood Group akan melaporkan kejadian pemerasan wang atas Kakitangan Wood Group kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

“ Bagaimana jika saya tidak membuat sebarang kesalahan dan saya diminta secara paksa dan kekerasan untuk memberikan wang atau sesuatu yang bernilai kepada Pegawai Kerajaan (Polis, Pegawai Imigresen atau Pegawai Angkatan Bersenjata, dll)?Jika saya tidak memberikan apa-apa saya takut saya akan dicederakan atau ditangkap atau harta saya atau Wood Group ditahan, dimusnahkan atau dirosakkan. ”

“ Anda boleh memberikan Pegawai Kerajaan tersebut apa yang dikehendakinya bagi mengelakkan anda dicederakan atau ditangkap. Sebaik sahaja jika boleh dilakukan selepas kejadian tersebut, anda hendaklah melaporkan perkara ini kepada Jabatan Undang-Undang Wood Group dan Pegawai yang Bertanggungjawab. ”

Page 10: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

08 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Berasa tidak selesa?Wood Group mempunyai peraturan dan proses yang mengawal penglibatan ejen luar dan wakil serupa pihak ketiga (perantara komersial).

Kelulusan Pengurusan dan Jabatan Pematuhan Wood Group adalah diperlukan sebelum menentukan ejen atau wakil serupa pihak ketiga.

Kakitangan Wood Group mesti memastikan yang semua fi dan komisen yang dibayar kepada ejen dan pihak ketiga yang lain berkaitan dengan hasil jualan atau urus niaga perniagaan lain dengan Wood Group adalah bersekadar dan sah dalam bidang kuasa yang berkaitan.

Integriti Perniagaan dan Peribadi bersambung

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 11: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 09

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Penggunaan perantara komersialAmalan perniagaan dan syarat lain di negara tertentu memerlukan penggunaan ejen atau wakil serupa pihak ketiga untuk mewakili kepentingan Wood Group. Dalam kebanyakan kes, ejen ini boleh mengadakan perundingan dan memberi perkhidmatan yang lebih efisien. Ejen dan wakil mestilah dipilih dengan teliti kerana kelakuan mereka yang tidak wajar boleh merosakkan reputasi Wood Group dan mendedahkan Wood Group dan Kakitangan Wood Group pada liabiliti undang-undang.

Semua kontrak mestilah menyatakan dengan jelas bahawa bayaran yang tidak wajar atau tidak sah hendaklah tidak dibuat, ini termasuk sebarang bentuk bayaran pemudahan.Ejen dan wakil mesti diberikan salinan Dasar Etika Perniagaan dan diminta untuk mengesahkan penerimaan dan kepatuhan mereka pada terma yang dikenakan padanya.

Wood Group akan menamatkan perhubungan dengan mana-mana ejen stau wakil pihak ketiga yang melanggar peruntukan rasuah dan sogokan Dasar Etika Perniagaan ini.

Konflik KepentinganKakitangan Wood Group mestilah mengelakkan konflik kepentingan di antara aktiviti peribadi atau kepentingan peribadi mereka dengan tanggungjawab dan tugas mereka kepada Wood Group.

Kakitangan Wood Group hendaklah memaklumkan sebarang konflik kepentingan berpotensi kepada Pengurus, Hubungan Sumber Manusia atau Pegawai Bertanggungjawab.

Anda mestilah tidak menerima (secara langsung atau tidak) sebarang bayaran, perkhidmatan atau pinjaman peribadi dari pesaing, pelanggan, pembekal atau kontraktor sebarang Wood Group (tidak termasuk mana-mana bank, syarikat perkhidmatan kewangan atau penasihat profesional yang berurusan dengan Wood Group).

Konflik kepentingan termasuklah sebarang kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan sifat keadilan anda dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan tugas anda.

Berhenti! Fikir! Tanya!Walaupun anda tidak bermaksud untuk melakukan kesalahan adalah penting untuk mempertimbangkan tindakan anda untuk mengelakkan persepsi konflik kepentingan.

Apabila anda menghadapi konflik kepentingan, berhenti, fikir dan tanyakan diri anda perkara berikut:

• Apakah pekerja lain atau orang luar fikir ia akan menjejaskan cara saya membuat kerja saya?

• Adakah ia boleh mempengaruhi sebarang keputusan yang mungkin saya buat di Wood Group?

• Adalah saya atau keluarga saya akan mendapat sesuatu dari hubungan saya dengan pihak ketiga yang berurusan dengan Wood Group atau sebaliknya?

• Adakah saya berasa bertanggungjawab atas perhubungan saya dengan pihak ketiga yang menjalankan perniagaan dengan Wood Group?

• Apakah saya akan malu jika sesiapa pun dari dalam atau luar Wood Group mengetahui tentang keadaan ini?

• Bagaimanakah pandangan pelanggan atau pembekal tentang situasi ini – apakah mereka akan mempersoalkan tentang adakah mereka dilayan dengan adil?

Jika jawapan pada mana-mana soalan di atas adalah ‘ya’ atau ‘mungkin’, anda mempunyai konflik kepentingan yang perlu anda dedahkan dan bincangkan dengan Pengurus, Hubungan Sumber Manusia atau Pegawai yang Bertanggungjawab.

“ Saya fikir saya mempunyai konflik kepentingan. Apakah yang patut saya buat? ”

“ Jika anda berpendapat yang anda mempunyai konflik kepentingan, atau orang lain mungkin percaya yang aktiviti atau hubungan yang anda jalin adalah konflik kepentingan, anda mestilah mendedahkan perkara ini dengan segera kepada Pengurus, Hubungan Sumber Manusia atau Pegawai yang Bertanggungjawab.

Kebanyakan Konflik Kepentingan boleh diselesaikan dengan cara yang boleh diterima, tetapi ia mestilah ditangani. Kegagalan untuk mendedahkan konflik kepentingan boleh menyebabkan tindakan disiplin. ”

Page 12: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

10 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Terima kasih … adakah ini untuk saya?Pemberian dan/atau keraian sama ada diberikan atau diterima oleh Kakitangan Wood Group mestilah tidak meletakkan penerima di bawah sebarang kewajipan dan hendaklah tidak boleh disalahertikan atau mewujudkan penampilan percubaan yang tidak wajar untuk mempengaruhi keputusan perniagaan.Pemberian dan/atau keraian sama ada diberikan atau diterima oleh Kakitangan Wood Group mestilah:• tidak dimaksudkan untuk mempengaruhi urus niaga perniagaan

secara tidak wajar atau tidak sah, tidak kira berapa nilainya

• berkaitan dengan tujuan perniagaan

• hanya diberikan atau diterima jika di dalam had amalan perniagaan yang diiktiraf

Pemberian wang tunai tidak boleh diterima.

Pemberian yang diberi atau diterima bernilai lebih daripada US$500 perlu kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Pegawai yang Bertanggungjawab. Pemberian kepada Pegawai Kerajaan bernilai melebihi US$100 perlu kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Pegawai yang Bertanggungjawab dan Jabatan Undang-Undang Wood Group.

Integriti Perniagaan dan Peribadi bersambung

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 13: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 11

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Pemberian dan KeraianTidak kira apa nilainya, Kakitangan Wood Group mestilah tidak menawarkan atau menerima pemberian atau keraian dari atau kepada sebarang pelanggan Wood Group, atau dari atau kepada sebarang orang atau syarikat yang mempunyai urusan semasa atau prospektif dengan Wood Group seperti pembekal atau kontraktor, jika pemberian atau keraian itu bernilai lebih daripada nilai nominal.

Hadiah atau hiburan (yang ditawarkan atau diterima secara wajar) yang jatuh dalam bidang amalan perniagaan yang diterima adalah dibenarkan, dengan syarat nilainya tidak melebihi US$500 seorang (atau jumlah lebih kecil yang ditetapkan oleh Wood Group) apabila berkaitan dengan organisasi bukan kerajaan, dan US$100 seorang apabila berkaitan dengan Pegawai Kerajaan atau Organisasi Kerajaan. Kakitangan Wood Group yang mahu memberi hadiah atau hiburan juga perlu memastikan bahawa penerimaan bakal penerima tidak melanggar dasar organisasi mereka.

Walau bagaimanapun, Wood Group menyedari bahawa ada banyak keadaan yang sesuai daripada segi budaya untuk menerima sesuatu dari pelanggan atau pembekal yang melebihi nilai nominal, sama ada pemberian atau keraian (contohnya perlawanan golf atau sukan lain) dengan tujuan perniagaan yang berkaitan. Dalam keadaan tersebut anda mestilah melengkapkan borang Permohonan Kelulusan yang berkenaan bagi mendapatkan kebenaran bertulis dari Pegawai yang Bertanggungjawab anda. Jabatan Undang-Undang Wood Group akan dikehendaki untuk menyemak dan meluluskan borang Permohonan Kelulusan berkaitan dengan sebarang pemberian atau keraian melebihi $100 yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan atau organisasi kerajaan.

Istilah ‘Pegawai Kerajaan’ mempunyai makna yang luas dan ini termasuk mana-mana pegawai atau pekerja syarikat minyak negara, calon jawatan kerajaan, pegawai organisasi antarabangsa awam (seperti Bank Dunia), pegawai cukai, pegawai kastam, organisasi tentera atau polis dan ahli keluarga diraja yang mungkin tiada kuasa ‘rasmi’ tetapi mengekalkan kepentingan hak milik/pengurusan dalam enterpris kerajaan. Bagi definisi penuh sila rujuk halaman Etika Perniagaan pada intranet Wood Group (bahagian Hadiah dan Hiburan). Jika pada bila-bila masa anda tidak pasti sama ada anda berurusan dengan Pegawai Kerajaan (atau organisasi kerajaan) sila hubungi Jabatan Pematuhan Wood Group.

Sumbangan AmalSumbangan amal adalah sebahagian daripada penglibatan kemasyarakatan kita dan menjadi antara cara yang membolehkan kita membawa kesan positif ke dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu sumbangan amal boleh dianggap sebagai rasuah.

Jabatan Pematuhan Wood Group dikehendaki untuk meluluskan semua sumbangan amal yang disyorkan oleh Pegawai Awam atau Kerajaan yang berurusan dengan Wood Group.

Sumbangan Politik Sumbangan politik termasuk apa-apa yang bernilai yang diberikan bagi tujuan mempromosikan, menyokong atau mempengaruhi sebarang proses politik, organisasi politik atau pemilihan jawatan kerajaan di mana-mana peringkat. Wood Group (atau Ejen atau Wakilnya) mestilah tidak membuat sebarang sumbangan yang bertujuan untuk memperoleh pengaruh politik.

Dana dan sumber Wood Group tidak boleh digunakan untuk menyumbang pada mana-mana parti politik atau calon politik

“ Saya tidak pasti sama ada pelanggan yang saya mahu jemput ke majlis makan malam perniagaan dianggap sebagai Pegawai Kerajaan? Apakah yang perlu saya lakukan. ” “ Jika tidak pasti dan nilai

makan malam boleh melebihi $100 seorang sila dapatkan kelulusan Pegawai yang Bertanggungjawab atau Jabatan Pematuhan Wood Group. ”

Berhenti! Fikir! Tanya!Apabila memberikan atau menerima pemberian atau keraian, berhenti, fikir dan tanya diri anda perkara berikut:

• Adakah saya berasa selesa memberitahu orang lain mengenai pemberian/keraian ini? Pelanggan dan pembekal lain? Pekerja lain? Pengurus saya? Keluarga saya? Pihak media?

• Adakah saya berasa supaya tertekan memberikan bantuan khusus sebagai balasan bagi pemberian/keraian ini (atau saya menekan seseorang untuk memberikan bantuan?)

• Adakah saya pasti pemberian ini tidak mencabuli sebarang undang-undang atau peraturan perniagaan?

• Adakah pemberian atau keraian melebihi tahap batas kelulusan $100/$500? Jika melebihi, anda perlu mengisi borang Permohonan Kelulusan (bolehdidapati pada halaman Etika Perniagaan di intranet Wood Group) dan mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Pegawai Bertanggungjawab dan jika perlu, Jabatan Undang-UndangWood Group.

Page 14: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

12 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016 2013

Ada sesuatu yang perlu diisytiharkan … Saluran Merah atau Hijau?

Wood Group mestilah mematuhi semua undang-undang kawalan import dan eksport dan sekatan ekonomi apabila menjalankan perniagaan antarabangsa.

Sekatan ekonomi mencegah orang-orang dengan kewarganegaraan tertentu daripada terlibat secara langsung dalam atau membantu orang lain yang terlibat dalam urusan yang dilarang dengan negara, kerajaan, orang atau aktiviti yang dikenakan sekatan. Contohnya, Kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan beberapa Sekatan Ekonomi yang melarang rakyat mereka (termasuk bukan warganegara Amerika Syarikat yang bekerja untuk syarikat Amerika Syarikat atau sesiapa jua yang tinggal di Amerika Syarikat) daripada membuat sebarang urus niaga bagi negara tertentu “yang disekat”.

Kawalan Import dan Eksport mengawal barang, perisian dan teknologi tertentu dan eksport atau eksport semula dari satu negara ke negara lain. Contohnya, Kerajaan UK dan Amerika Syarikat meletakkan kawalan eksport pada eksport dan eksport semula produk buatan UK dan Amerika Syarikat. Barang-barang mungkin memerlukan lesen untuk di eksport berdasarkan jenis produk, penggunaan akhir atau pengguna akhir produk.

Perdagangan Nasional dan Antarabangsa

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 15: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 13

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

“ Saya mempunyai pelanggan baru yang berpotensi di negara yang syarikat saya tidak pernah beroperasi sebelum ini. Bagaimana saya mengetahui yang Wood Group boleh berurus niaga dengan mereka. ”

“ Jabatan Undang-Undang Wood Group perlu dihubungi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.Wood Group akan mematuhi semua undang-undang kawalan eksport dan sekatan ekonomi terpakai apabila menjalankan perniagaan antarabangsa. ”

Kawalan Eksport dan Sekatan Ekonomi

Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah serta Amerika Syarikat dan United Kingdom (dan negara-negara lain) mengenakan sekatan eksport dan menyekat urusan dengan negara, entiti dan individu tertentu. Penalti berat – denda, pembatalan permit untuk mengeksport dan bahkan pemenjaraan – boleh dikenakan jika undang-undang ini tidak dipatuhi.

Kombinasi kawalan eksport dan sekatan ekonomi sering kali bermakna pengehadan terhadap:

• Import barangan ke negara-negara yang memerlukan tarif import atau duti kastam.

• Eksport dan eksport semula barang, teknologi dan perisian ke negara, entiti dan individu tertentu dan untuk penggunaan akhir tertentu.

• Pendedahan teknologi dan kod sumber perisian tertentu kepada rakyat negara yang dilarang.

• Keterlibatan rakyat negara yang mengenakan sekatan dalam sebarang urusan perniagaan dengan negara yang dikenakan sekatan atau dengan orang-orang di dalam negara yang dikenakan sekatan.

• Pelaburan baru atau urus niaga lain dengan negara yang dikenakan sekatan, orang-orang di dalam negara yang dikenakan sekatan dan individu yang dikenakan sekatan.

Wood Group boleh dikenakan penalti, denda yang besar dan menghadapi risiko perundangan dan reputasi yang lain jika kita melanggar undang-undang dan peraturan pematuhan perdagangan atau sekatan ekonomi.

Sebelum Wood Group bersetuju untuk melakukan sebarang usaha atau membekalkan peralatan kepada pelanggan, adalah mustahak agar kita mengetahui negara destinasi terakhir dan pengguna akhir bagi perkhidmatan dan produk yang akan dibekalkan.

Jika kerja anda melibatkan penjualan, penghantaran, pemindahan elektronik atau pendedahan maklumat teknikal, perisian, barang atau perkhidmatan merentasi sempadan negara di antara Wood Group atau dengan pihak ketiga, anda perlu arif dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Di samping itu, Wood Group mengekalkan satu senarai negara yang dalam perhatian berhubung dengan kerja yang tidak boleh diteruskan tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Jabatan Undang-Undang Wood Group.

Jabatan Undang-Undang Wood Group hendaklah dihubungi untuk maklumat lanjut dan dapat memberikan latihan yang diperlukan.

Page 16: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

14 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Aturan yang adilbagi semua …Wood Group tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti atau amalan perniagaan, yang melanggar sebarang undang-undang persaingan yang terpakai dan atau undang-undang antitrust.

Wood Group komited untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara terbuka dan kompetitif. Sebarang aktiviti yang menjejaskan komitmen ini tidak boleh diterima.

Perdagangan Nasional dan Antarabangsa bersambung

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 17: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 15

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Peraturan Persaingan / AntitrustUndang-undang Persaingan atau Antitrust berkuat kuasa atas setiap peringkat perniagaan dalam kebanyakan negara yang Wood Group beroperasi.Undang-undang tersebut berkuat kuasa bukan hanya dengan Wood Group tetapi juga dengan pesaing, pembekal dan pelanggan kami. Adalah penting untuk kami menyedari akan undang-undang ini, bukan saja untuk mengelak pelanggaran tetapi juga untuk memastikan pembekal atau pelanggan tidak terlibat dalam aktiviti anti persaingan yang boleh merosakkan perniagaan Wood Group.

Beberapa undang-undang persaingan, seperti undang-undang Amerika Syarikat (US) dan Pertubuhan Eropah (EU), boleh berkuat kuasa meskipun semasa pengendalian berlaku di luar sempadan negara berkaitan.

Walaupun undang-undang tersebut berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara, contoh berikut menggambarkan beberapa aktiviti persaingan yang menyalahi undang-undang dan antitrust yang paling biasa:

• Penetapan harga dan manipulasi bidaan, seperti perjanjian dengan pesaing tentang harga yang dikenakan kepada pelanggan atau bakal pelanggan.

• Persetujuan antara pesaing mengenai pembekal atau pelanggan yang mereka tidak akan berurusan.

• Persetujuan antara pesaing untuk mengurangkan pengeluaran atau output.

• Persetujuan antara pesaing untuk tidak bersaing bagi pelanggan atau akaun tertentu, atau di kawasan geografi tertentu.

• Salah beri gambaran tentang kemampuan produk atau perkhidmatan pesaing..

“ Bagaimana saya boleh pastikan pematuhan pada undang-undang Persaingan dan Antitrust? ”

“ Jangan bersetuju dengan pesaing untuk membuat sasaran pada pelanggan, produk, perkhidmatan atau kawasan geografi tertentu. ” “

Jangan bincangkan penentuan terma atau harga sebarang bidaan Wood Group dengan pesaing. ”

“ Jangan bersetuju dengan harga produk yang akan dijual semula kepada pihak ketiga. ”

Jangan bersetuju untuk memboikot pelanggan atau pembekal. ”

“ Jangan bersetuju dengan pesaing untuk mengehadkan jumlah barangan atau perkhidmatan yang berada di pasaran. ” “

Elakkan sebarang perhubungan dengan pesaing tentang mana-mana taktik atau rancangan anti persaingan. ”

Jelaskan objektif anda dalam mana-mana perbincangan atau perjanjian anti persaingan dan laporkan sebarang insiden berkaitan perkara ini kepada Jabatan Pematuhan Wood Group. ”

Page 18: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

16 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Hargai khazanah kita…Anda mestilah melindungi dan memelihara aset dan sumber Wood Group dan membantu Wood Group dalam usahanya untuk mengawal kos.Penggunaan aset dan sumber Wood Group bagi keuntungan kewangan peribadi adalah dilarang keras.Penggunaan aset dan sumber Wood Group untuk apa jua tujuan selain urusan Wood Group memerlukan kebenaran bertulis yang nyata dari Pegawai Yang Bertanggungjawab atau kakitangan Jabatan Pematuhan atau Undang-Undang Wood Group.

Tanggungjawab kewangan

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 19: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 17

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Sistem dan Prosedur Perakaunan

Setiap Wood Group akan menyenggara sistem dan prosedur perakaunan yang sentiasa membolehkan syarikat dan pihak-pihak berkaitan yang lain mendapat gambaran benar dan saksama mengenai aset dan liabiliti, untung rugi serta aliran tunai syarikat.

Semua akaun dan rekod Wood Group mestilah direkodkan dengan cara yang mengenal pasti dan menerangkan dengan jelas jenis sebenar transaksi perniagaan, aset atau liabiliti, serta mengklasifikasi dan merekodkan entri dengan betul dan segera selaras dengan prinsip dan piawai perakaunan yang diterima umum.

Rekod perakaunan mestilah disimpan selagi diperlukan oleh undang-undang atau amalan yang diterima umum.

Rekod Perniagaan

Semua rekod perniagaan Wood Group perlu direkodkan dengan cara yang jelas mengenal pasti dan menerangkan sifat sebenar transaksi perniagaan.

Wood Group akan bertindak menurut undang-undang, sebarang syarat kerajaan serta standard teknikal dan profesional yang terpakai untuk semua aspek laporan.

Kakitangan Wood Group tidak boleh sekali-kali berkompromi dengan integriti sebarang rekod perniagaan dengan secara sedar memasukkan kenyataan yang tidak benar atau tidak tepat (sebagai contoh laporan pemeriksaan atau ujian) atau mempengaruhi sesiapa sahaja untuk melakukan sedemikian.

Fraud

Wood Group tidak akan bertolak ansur dengan fraud dan telah menetapkan prosedur untuk mencegah, mengesan, melapor dan menyiasat fraud yang disyaki.

Pada dasarnya, fraud melibatkan dusta, pencurian, pemerdayaan, atau membuat pernyataan palsu, pecah amanah dan niat salah dengan tujuan untuk mendapat wang atau keuntungan lain.

Perbuatan fraud boleh mempunyai akibat yang sangat besar bagi Wood Group dan individu yang terbabit, termasuk hilangnya jualan dan akses pada pembiayaan, penarikan balik lesen, litigasi dan reputasi buruk.

Fraud termasuk, tetapi tidak terhad pada:

• Ketidakjujuran, penggelapan wang atau perbuatan fraud.

• Pelesapan aset Wood Group, pelanggan, pembekal atau kontraktor.

• Penggunaan peribadi atas wang tunai, bekalan atau sebarang aset Wood Group.

• Pengurusan atau pelaporan transaksi perniagaan Wood Group tanpa kebenaran.

• Pemalsuan rekod atau penyata kewangan Wood Group.

• Salah nyata tentang produk dan perkhidmatan Wood Group.

• Gagal untuk mendedahkan maklumat apabila ada kewajipan undang-undang untuk berbuat demikian.

Jika anda mengesyaki aktiviti fraud, anda mestilah melaporkan dengan segera kepada Jabatan Pematuhan atau Undang-Undang Wood Group atau anda boleh menggunakan Talian Bantuan Etika Wood Group.

“ Kepada siapa patut saya laporkan rasa syak saya mengenai perbuatan fraud? ”

Rasa syak sedemikian hendaklah dilaporkan supaya boleh disiasat. Anda boleh melaporkan kepada JabatanUndang-Undang Wood Group atau gunakan Talian Bantuan Etika Wood Group.Ingat – tidak ada tindakan balas atau hukuman terhadap sesiapa yang melaporkan sesuatu dengan niat baik. ”

Page 20: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

18 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Pengubahan Wang Haram

Wood Group tidak akan memaafkan, memudahkan atau menyokong pengubahan wang haram. Wood Group mematuhi semua undang-undang dan peraturan kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan yang meliputi pengubahan wang haram.

Pengubahan wang haram adalah istilah generik yang digunakan untuk menggambarkan proses yang membabitkan individu atau syarikat yang cuba menyembunyikan wang haram atau wang gelap (termasuk hasil jenayah) dalam perniagaan mereka supaya wang ini kelihatan sah. Perundangan Pengubahan Wang Haram dirancang untuk membantu dan melindungi perniagaan sah dari digunakan oleh penjenayah untuk tujuan tersebut.

Kebanyakan negara tempat Wood Group beroperasi mempunyai perundangan anti pengubahan wang haram.Perundangan tersebut boleh meletakkan liabiliti korporat jenayah atas Wood Group, begitu juga liabiliti perseorangan jenayah atas mana-mana Kakitangan Wood Group yang terbabit.

Anda mestilah menghubungi Jabatan Pematuhan atau Undang-Undang Wood Group dan melaporkan sebarang transaksi, aktiviti atau kejadian yang menimbulkan kesangsian mengenai pengubahan wang haram.

Maklumat Dalaman dan Urusan Dalam

Kakitangan Wood Group dilarang menjual beli saham atau sekuriti lain dalam Wood Group atau mana-mana syarikat perdagangan awam berdasarkan “maklumat dalaman”.

Kebanyakan negara mempunyai undang-undang yang melarang penggunaan atau pendedahan maklumat peka harga yang material, bukan awam dan belum diterbitkan atau “maklumat dalaman” – maklumat yang biasanya tidak disediakan untuk orang awam yang boleh, jika diketahui umum, menjejaskan harga pasaran saham Wood Group (atau salah satu pelanggan).

Anda hendaklah tidak mengendalikan saham dalam Kumpulan John Wood PLC berdasarkan “maklumat dalaman” mengenai Wood Group, atau mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang mungkin menggunakannya untuk mengendalikan saham tersebut atau menggalakkan pihak ketiga untuk menjalankan sebarang pengendalian dalam saham tersebut. Seterusnya, Kakitangan Wood Group yang mungkin memiliki maklumat dalaman berkaitan syarikat pegangan awam (termasuk pelanggan, pembekal dan pesaing), melalui pekerjaan mereka dengan Wood Group, adalah dilarang daripada berdagang dalam saham syarikat tersebut. Jika anda tidak pasti sama ada maklumat yang anda miliki dianggap sebagai ‘maklumat dalaman’, hubungi Jabatan Pematuhan atau Undang-undang Wood Group.

Kerahsiaan

Tanggungjawab kewangan bersambung

Awas!Contoh-contoh transaksi yang menimbulkan

kesangsian termasuk:

• Sebarang transaksi yang anda tidak tahu atau tidak dapat mengesahkan pihak-pihak yang membuat transaksi tersebut.

• Kesanggupan satu pihak untuk membayar lebih daripada harga pasaran.

• Pembayaran dibuat dalam mata wang yang lain daripada yang ditentukan dalam invois.

• Pembayaran dibuat oleh seseorang yang bukan pihak dalam kontrak (kecuali dibenarkan).

• Pembayaran ke/dari akaun yang lain daripada akaun hubungan perniagaan yang biasa.

• Permintaan untuk bayaran lebih.

• Permintaan untuk bayaran ke bidang kuasa seberang laut tanpa ada kaitan dengan pihak transaksi atau yang meminta.

• Permintaan pembayaran dalam bentuk tunai.

Page 21: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 19

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Kakitangan Wood Group mestilah melindungi maklumat sulit, maklumat proprietari dan rahsia perdagangan yang dalam pemilikan mereka dari penggunaan atau pendedahan yang tidak dibenarkan, termasuk sebarang maklumat sulit yang berkaitan dengan pelanggan, pembekal, kontraktor, pekerja dan pihak ketiga lain.

Wood Group mematuhi peruntukan dan akujanji kerahsiaan yang mereka sertai, termasuk yang berkaitan dengan sasaran pemerolehan potensi, pemberhentian pelaburan, usahasama, pengaturan permuafakatan atau peluang perniagaan potensi.

Maklumat sulit, secara umum, boleh didefinisikan sebagai maklumat teknikal berkenaan produk dan perkhidmatan, maklumat proses pembuatan dan pengembangan, reka bentuk, lukisan dan susun atur kejuruteraan, kod perisian, kepandaian, permohonan paten yang belum selesai, penyataan pendedahan rekacipta dan yang seumpamanya.

Maklumat sulit juga termasuk maklumat perniagaan bukan awam seperti maklumat kewangan bukan awam, maklumat pekerja (termasuk senarai e-mel), analisis, ramalan, senarai pelanggan dan pembekal, perancangan strategik dan kendalian, perancangan organisasi korporat, bahan atau laporan audit, pendapat dan nasihat undang-undang, maklumat mengenai litigasi atau litigasi potensi, transaksi yang dicadangkan dan yang seumpamanya.

Pelepasan (sengaja atau tak sengaja) sebarang maklumat sulit kepada pihak ketiga tanpa kawalan dan/atau perlindungan yang sewajarnya boleh merosakkan nama baik Wood Group dan dalam beberapa kes, mencabuli undang-undang.

Kakitangan Wood Group mestilah tidak mendedahkan kepada pihak ketiga sebarang bahan bukan awam.Jika kerja anda memerlukan anda untuk membincangkan maklumat tersebut dengan orang luar (sebagai contoh merundingkan transaksi), perbicangan tersebut mestilah berlaku dengan perlindungan perjanjian kerahsiaan atau ketakdedahan bertulis. Perjanjian ini boleh disediakan oleh Jabatan Pematuhan atau Undang-Undang Wood Group.

Wood Group juga mempunyai kewajipan berhubung dengan maklumat sulit pelanggan, pembekal dan pihak ketiga lain yang ada hubungan perniagaan dengan kami. Pengendalian yang tidak wajar mengenai maklumat perniagaan sensitif, kewangan, atau teknikal, atau idea asal yang diberikan kepada Wood Group oleh pelanggan, pembekal dan pihak ketiga lain boleh mengakibatkan kehilangan kepercayaan dan juga tuntutan undang-undang terhadap Wood Group bagi ganti rugi.

Berhenti! Fikir! Tanya!• Berhati-hati jika

membincangkan perniagaan syarikat di restoran, kapal terbang, lif atau telefon bimbit di tempat awam.

• Fikir dua kali sebelum menghantar bahan sulit melalui internet atau e-mel dan gunakan kata laluan yang dilindungi di mana saja mungkin.

• Bincangkan maklumat sulit hanya dengan pekerja yang mempunyai keperluan yang munasabah untuk mengetahui.

• Jika anda terlihat maklumat sulit Wood Group ditinggalkan tanpa jagaan atau sebaliknya dimanfaatkan oleh orang yang tidak sepatutnya memilikinya (meskipun pekerja Wood Group lain), laporkan dengan segera kepada Pengurus atau Pegawai Yang Bertanggungjawab.

• Pastikan sebarang naskhah maklumat sulit Wood Group ditanda “RAHSIA WOOD GROUP” dengan jelas dan konsisten.

• Dedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga hanya jika terdapat alasan perniagaan yang mendesak untuk berbuat demikian dan terma kerahsiaan bertulis diatur.

Page 22: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

20 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Ilmu adalah kuasa …Hak harta intelektual (HI) termasuk hak paten, hakcipta, hak reka bentuk, hak pangkalan data, tanda perdagangan dan tanda perkhidmatan dalam semua rekacipta, dokumen, logo, reka bentuk dan program komputer yang dicipta, direka atau diusahakan oleh Kakitangan Wood Group adalah kepunyaan Wood Group.

Wood Group memiliki hakcipta (atau hak harta intelektual lain) dalam semua kerja yang Kakitangan Wood Group cipta bagi pihak Wood Group.

Harta Intelektual

Talian Bantuan Etika Perniagaan

[email protected]

Klik sini untuk Nombor Akses Talian Bantuan

Atau pergi ke muka surat 23 e-buku ini untuk senarai penuh Nombor Akses Negara

Page 23: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 21

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

“ Bolehkah saya mengambil dokumen dan laporan yang saya buat jika saya meninggalkan Wood Group? ” “

Tidak! Wood Group memiliki harta intelektual dalam keseluruhan hasil kerja anda dan anda tidak boleh mengambil sebarang dokumen kepunyaan Wood Group — sama ada dalam bentuk kertas atau elektronik — tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Jabatan Undang-Undang Wood Group. ”

“ Saya baru saja bekerja dengan Wood Group selepas bekerja dengan syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang membuat proses tertentu dengan cara yang berbeza. Bolehkah saya menggunakan buku panduan dari majikan lama saya untuk membantu rakan sekerja baru saya dari Wood Group? ”

Tidak! Majikan terdahulu kamu memiliki hakcipta atau harta intelektual lain dalam buku panduan tersebut. Penggunaannya, tak kira dapat membantu atau dilakukan dengan niat baik sekalipun, boleh mengwujudkan masalah undang-undang bagi Wood Group. ”

Untuk mengetahui lebih banyak tentang dasar Wood Group mengenai Penggunaan Sistem IT, sila lihat Dasar Kumpulan di intranet Wood Group.

Harta Intelek

Wood Group menghormati hak harta intelektual sah pihak ketiga dan tidak akan melanggar hak tersebut dengan sengaja.

Pengurus Perniagaan Wood Group adalah di bawah tugas umum untuk memastikan semua kontrak pekerjaan atau kontrak perkhidmatan yang berkaitan membenarkan pemilikan hak harta intelektual berkaitan oleh Wood Group.

Penggunaan harta intelektual orang lain tanpa kebenaran boleh mendedahkan Wood Group dan Kakitangannya kepada tuntutan undang-undang dan ganti rugi.

Privasi Data

Wood Group mematuhi perundangan perlindungan data berkaitan yang melibatkan pemerolehan, penyenggaraan dan penggunaan data peribadi, sama ada maklumat tersebut disimpan sacara elektronik atau sebaliknya.

Kakitangan Wood Group yang mengakses data peribadi mestilah menggunakannya hanya untuk tujuan mengumpul dan berpegang teguh pada tingkat kerahsiaan yang tinggi semasa menggunakannya.

Page 24: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

22 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

AAntitrust – 14 dan 15 Aset – 16 dan 17

BBayaran Pemudahan – 06 dan 07

DDana – 07, 11 dan 18Derma Amal – 11

EEjen – 03, 04 dan 08

FFraud – 17 dan 18

HHarta Intelektual – 20 dan 21

KKawalan Eksport – 12Keluarga – 07, 09 dan 11Kerahsiaan – 19 dan 21Keselamatan Diri – 07Konflik Kepentingan – 09Kontraktor – 03, 04, 05, dan 19

MMaklumat Dalaman – 18

OOrang Hubungan Jabatan Undang-Undang – 09 dan 21

PPegawai Kerajaan – 07 dan 10Pegawai Yang Bertanggungjawab – 01, 03, 05, 07, 09, 10, 11, 16, 19 dan 22Pegawai Negara - 01, 03, 05 dan 22Pembayaran – 06, 07, 09 dan 18Pemberian – 10 dan 11Pengubahan Wang Haram – 18Penggunaan Sistem IT – 21Perantara Komersial – 08, 09 dan 11Privasi Data – 21

RRahsia Perdagangan – 21Rasuah – 07 dan 09Rekod Perniagaan – 17

SSekatan Ekonomi – 12 dan 13Sistem Perakaunan – 17Sogokan – 07 dan 09Sumbangan Amal – 11Sumbangan Politik – 11

TTindakan Balas – 05 dan 17Tunai – 10, 17 dan 18

UUndang-Undang Persaingan – 14 dan 15Urusan Dalam – 11

Indeks

Senarai Pegawai Yang Bertanggungjawab dan Etika Perniagaan Negara, Orang Hubungan Jabatan Undang-Undang Wood Group dan Semua Nombor telefon Talian Bantuan Etika Wood Group tersedia Di halaman Etika Perniagaan dalam intranet Wood Group.

Page 25: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group 23

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

Nombor Hubungan Talian Bantuan

Talian Bantuan Am untuk semua negara lain: +44 1249661808

Apabila menggunakan nombor talian Bantuan am, pemanggil mendail operator negara mereka meminta panggilan pindah bayaran antarabangsa atau caj balikan ke +44 1249661808. Operator Negara akan mendail nombor dan bercakap dengan operator Talian Bantuan yang akan menerima caj balikan. Operator Negara menyambungkan pemanggil ke Talian Bantuan dan meninggalkan panggilan. Perbualan Talian Bantuan kemudiannya berjalan seperti biasa.

Semua Kakitangan Wood Group bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang potensi pelanggaran Dasar Etika Perniagaan. Talian Bantuan Etika Perniagaan Wood Group dikendalikan oleh Expolink, sebuah syarikat bebas, dan membolehkan kebimbangan dilaporkan secara rahsia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dalam lebih 100 bahasa yang berbeza. Panggilan anda boleh dibuat secara sulit dan tidak akan dirakamkan. Kebimbangan boleh dilaporkan sama ada melalui e-mel ke [email protected] atau melalui salah satu daripada nombor telefon berikut:

“ Talian membuka 7 hari seminggu, dalam lebih 100 bahasa yang berbeza. ”

Page 26: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

Wood Group Dasar Etika Perniagaan

24 Wood Group INT/B/1.4 Mei 2016

Dasar Etika Perniagaan

Penerimaan dan Perakuan

Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami Dasar Etika Perniagaan Wood Group

Saya faham bahawa setiap pekerja Wood Group employee, ahli Lembaga Pengarah, kontraktor dan perunding, perantara dan agen yang diambil oleh Wood Group bertanggungjawab mengetahui dan mematuhi prinsip dan standard Dasar Etika Perniagaan.

Tanda tangan: _____________________________________________________________________________________

Nama huruf besar: _________________________________________________________________________________

Unit Perniagaan Strategik: ___________________________________________________________________________

Jawatan: _________________________________________________________________________________________

Lokasi: ___________________________________________________________________________________________

Tarikh: ____________________________________________________________________________________________

Dasar Etika Perniagaan Wood Group terdapat secara dalam talian dalam sembilan bahasa melalui intranet Wood Group (www.woodgroup.net) atau laman web Wood Group (www.woodgroup.com).

“ Sila tandatangan borang ini dan kembalikan kepada Sumber Manusia dalam salinan atau melalui e-mel. ”

Page 27: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

INT/B/1.4 Mei 2016 Wood Group

Direka bentuk dan dihasilkan oleh www.akadesignltd.co.uk

Dasar ini berhasrat untuk membantu menggalakkan amalan terbaik di seluruh Wood Group.Ia tidak memberikan pihak ketiga hak untuk mengaudit pematuhan atau mengambil tindakan terhadap Wood Group pada asas perkara-perkara yang ditetapkan dalam Dasar ini.

Mana-mana perbuatan Kakitangan Wood Group yang melanggar undang-undang atau dasar Wood Group adalah di luar bidang kuasa kakitangan terbabit dan ia bukannya perbuatan oleh atau bagi pihak Wood Group.

© John Wood Group PLC 2013Keizinan untuk menghasilkan semula mana-mana bahagian penerbitan ini hendaklah diperolehi dari Kumpulan John Wood PLC. Keizinan lazimnya akan diberi, dengan syarat sumber diperakui.

Page 28: Dasar Etika Perniagaan - Wood Group · PDF fileditetapkan dalam Dasar Etika Perniagaan dan menegur tingkah laku atau ... nilai dan standard yang ... • Syarikat Usaha Sama atau konsortium

John Wood Group PLC15 Justice Mill LaneAberdeenAB11 6EQUK

Tel +44 1224 851 000

www.woodgroup.com

17325 Park RowSuite 500HoustonTX77084USA

Tel +1 281 828 3500

“Bagaimana…”

“ Apa yang patut saya buat?”

“Sekiranya…”