dalam jilid ini: masalah pendengaran & kualiti hidup menyelesaikan masalah pendengaran ... ·...
TRANSCRIPT
Jilid 2
SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI KESIHATAN PENDENGARAN
DALAM JILID INI:
Masalah Pendengaran & Kualiti Hidup
Menyelesaikan Masalah Pendengaran dengan
Alat Bantu Pendengaran
Jika anda merupakan salah seorang yang mengalami masalah pendengaran di tahap yang ringan, sederhana ataupun teruk, anda patut mempertimbangkan faedah-faedah pemakaian alat bantu pendengaran. Alat bantu pendengaran berpotensi untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik.Rasa berkeyakinan
Komunikasi dalam perhubunganHubungan yang erat dalam keluargaLancar dalam berkomunikasiKestabilan emosiPeka terhadap peristiwa-peristiwa hidupPersepsi terhadap fungsi mentalKesihatan fizikalPembabitan dalam kumpulan social
Kelebihan penggunaan awal alat bantu dengar:
Kajian oleh National Council on Aging (US), menunjukkan lebih daripada 2,000 orang yang mempunyai masalah pendengaran termasuk ahli keluarga terdekat mereka, mengakui dengan penggunaan alat bantu pendengaran jelas meningkatkan keyakinan, kebebasan, hubungan kekeluargaan dan hidup secara keseluruhan.
Deria pendengaran dianggap sebagai deria yang dianaktirikan berbanding dengan deria penglihatan oleh kebanyakan masyarakat kini. Individu yang mempunyai masalah pendengaran melengahkan keputusan untuk mendapatkan bantuan pendengaran kerana mereka tidak sedar bahawa dengan menerima rawatan awal untuk masalah pendengaran sebenarnya dapat mengubah hidup mereka.
Diskriminasi terhadap orang yang mempun-yai masalah pendengaranTingkah laku akibat dari masalah pendenga-ran (i.e berpura-pura dapat mendengar)Marah dan kecewa dalam perhubunganKemurungan dan simptom murungPerasaan paranoidKebimbanganFobia sosialKritikan terhadap diri sendiri
Kesan-kesan daripada masalah pendengaran yang tidak dirawat:
Page 1
MASALAH PENDENGARAN &
KUALITI HIDUP
Mencari profesional dalam bidang penjagaan kesihatan pendengaran adalah langkah pertama yang penting dalam menyelesaikan masalah kehilangan pendengaran. Audiologis akan membantu anda mencari alat bantu pendengaran yang tepat, memastikan ianya diselaraskan mengikut keperluan anda, serta membimbing sepanjang proses penyesuaian.
MEMILIH PROFESIONAL
Penggunaan alat bantu pendengaran membantu ketika berkumpul bersama rakan dan keluarga, lebih berkeyakinan ketika bekerja dan menikmati wayang, muzik serta program TV. Alat bantu pendengaran membuat anda hidup dengan lima deria kembali.
Audiologis merupakan seorang professional yang akan menilai tahap dan jenis masalah pendengaran serta membincangkan kaedah untuk menyelesaikan masalah. JIka alat batu pendengaran merupakan sebahagian daripada kaedah penyelesaian, Audiologis akan memperkenalkan tentang jenis dan teknologi alat bantu pendengaran mengikut kesesuaian dan gaya hidup anda.
Page 2
Alat bantu pendengaran terkini lebih kecil, selesa dan menarik selain tidak memberi impak kepada penampilan anda. Malah, ianya sukar dilihat oleh orang lain apabila dipakai.
ALAT BANTU PENDENGARAN TERKINI YANG SUKAR DILIHAT DAN DIKESAN
MENYELESAIKAN MASALAH
PENDENGARAN DENGAN
ALAT BANTU PENDENGARAN
Walaupun anda menandakan satu kotak, ia menunjukkan pendengaran anda perlu diperiksa. Mengabaikan kesihatan pendengaran akan membawa kepada banyak masalah di masa akan datang. Hubungi Nessa sekarang dan kami akan membimbing anda untuk menjalankan ujian pendengaran yang mudah dan selesa di pusat pendengaran kami atau di rumah anda.
Anda terlepas beberapa perkataan dalam perbualan
Anda sering meminta pengulangan daripada orang lain
Anda sering kali terganggu apabila berbual di tempat yang bising
Anda perlu menguatkan kelantangan TV
Orang yang rapat dengan anda menyatakan anda tidak lagi menumpukan perhatian kepada mereka
Anda merasakan bunyi trafik terlalu kuat dan tidak selesa
Anda mempunyai masalah untuk mendengar apabila ada orang berbisik kepada anda
Anda berasa cepat letih dalam acara yang melibatkan ramai orang atau anda mengelak daripada menghadirinya
PENILAIAN DIRI SENDIRI
Page 3
Berapa kotak yang anda tanda?
Adakah anda berkemungkinan
mengalami masalah pendengaran?