dakwah fardiyah full

Upload: muhammad-syahriza-syarifuddin

Post on 06-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    1/15

    Dakwah Fardiyah FULL

    Tuesday, July 5, 2011 8:29:58 AM

    Muqaddimah

    Memilih untuk bersama gerombolan dakwah adalah satu pilihan yang paling tepat. Namundengan hanya menjadi ahli gerakan dakwah tidak memberikan kita tempat yang istimewa disisi Allah sehinggalah kita menjadikan diri kita sebagai ahli dakwah yang mewaqafkankehidupan kita untuk memikul risalah Allah SWT ini.

    Dakwah adalah bahagian utama daripada tarbiyyah yang sedang kita lalui. Diri kita tidak akanterus meningkat sehinggalah kita menjadikan dakwah itu sebahagian dari diri kita sendiri.Dakwah adalah sudut amaliyah tarbiyyah yang menjadikan kita lebih memahami dan lebihmerasai hakikat Islam sebenar bahkan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah SWT.

    Bagaimana sahabat-sahabat awal (awwalun) yang kebanyakannya ummi (tidak tahu membacadan menulis) dan membesar dalam suasana jahiliyyah mampu muncul sebagai peribadi-peribadihebat bahkan mampu berdepan dengan ujian-ujian yang begitu hebat dan berat; rahsianyaterletak kepada penterjemahan segala didikan yang mereka perolehi dari Rasulullah melaluimedan amaliyah dakwah.

    Salah satu dari medan dakwah adalah dakwah fardiyah iaitu membinakan hubungan individu(Ittisal fardi) dengan seseorang dengan tujuan mengubahnya dari seorang yang jauh dari Islamkepada ahli dalam gerakan dakwah yang kita pelopori.

    Objektif kita ialah supaya kebanyakan mereka yang aktif di dalam masyarakat berada di bawah

    pengaruh dan bimbingan kita sebagai pendokong Islam dan beramal bersama kita dalam gerakkerja yang terancang dan terlaksana secara jamaie.

    Kesan dari dakwah fardiyah ini, madu (objek dakwah) kita akan menjadi pendokong Islamdengan kelayakan sebagai akh atau sekurang-kurangnya menjadi penyokong yang setidak-tidaknya bersimpati dan mempunyai wa'. Mereka percaya pada jalan kita, memberi sokongan,menyukai Islam dan sanggup bersusah payah kerananya.

    Dakwah Fardiyah Dan Realiti Ummat

    Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (di sini kita hanya

    membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah).Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup jahiliyyah yangmenguasai mereka pada hari ini kepada realiti hidup yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT.Sebahagian besar dari mereka hidup dengan kefahaman yang salah, malas beramal untuk Islam,bersikap keterlaluan, mengambil hanya sebahagian dari Islam dan lain-lain. Kita hendaklahmemindahkan mereka kepada suasana kehidupan yang baru; kehidupan yang memahami Islamdengan kefahaman yang lengkap(syamil) sempurna (kamil) sebagaimana yang dibawa olehRasulallah SAW. Kita juga perlu memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    2/15

    sempurna dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna danbetul.

    Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati beberapa kelemahanbesar terutamanya kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa dan tidak memahami hakikat

    Islam dengan sebenarnya. Serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaummuslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yangmembolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kudatunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari atau tidak.

    Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripadamereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu.Dengan itu iman yang hidup ini akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahamiIslam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat paraamilin yang sholeh.

    Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib dalam menaikitangga menuju martabat para amilin adalah suatu yang pasti dan sangat penting. Ini keranatanpanya boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lalu mengambil sikap berdiam diri danduduk berpangku tangan.

    Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansurmempertingkatkannya dari satu marhalah ke satu marhalah sehingga ia sanggup menyerahkansegala yang dimilikinya untuk menggerakkan amal Islami yang diimaninya.

    Walaupun keadaan ummat begitu parah dan jauh dari Islam yang sebenar namun padahakikatnya, terdapat individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah. Orang yang sepertiinilah yang patut dijadikan sasaran dakwah dan diberikan keutamaan demi menjimatkan waktudan usaha.

    Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepadaAllah SWT dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedangnyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar merekasekiranya mereka masih lagi tidur.

    Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur danmenyedari apa yang berlaku di sekeliling tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedangmembakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyaktidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada apiyang akan membinasakan itu. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur daribahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. Mereka tidakakan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur. Jadi merekamestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan.

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    3/15

    Keperluan Kepada Dakwah Fardiyah

    Merekrut manusia ke jalan Allah SWT ini merupakan amal yang mahal dan tidak cukup dengandakwah ammah yang bersifat umum. Setiap individu perlu didekati dan dibina dari satu tahap kesatu tahap hingga mereka sanggup bersama kita mendepani onar dan serangan yang dilancarkan

    oleh musuh-musuh Islam serta sanggup bersusah payah mengejutkan manusia lain yang masihtidur.

    Daie perlu masuk kedalam kehidupan mereka dan menjadikan dirinya bahagian penting darikehidupan mereka. Lalu mereka dengan mudah menerima dakwah kita hingga akhirnya merekamenjadi sebahagian dari arus dakwah yang menggerakkan manusia untuk kembali kepada AllahSWT.

    Hal ini dapat dilakukan dengan berbagai macam cara, di antaranya melalui dakwah fardiyahdalam ruang lingkup 7 marhalah yang akan dibincangkan nanti.

    Fokus Dakwah FardiyahSecara umumnya pendekatan dakwah fardiyah ialah membina kefahaman madu terhadap 4perkara iaitu:

    Mafhum Tarbawi; iaitu memberi kefahaman dan mendekatkan madu kepada kepentingan,keperluan dan komitmen kepada tarbiyyah untuk membina ciri-ciri mukmin pada dirinya.

    Mafhum Dawi; iaitu memberi kefahaman mengenai keperluan dakwah bagi menyelesaikansegala permasalahan ummah dan merawat segala kerosakan yang berlaku dalam kehidupaninsan.

    Mafhum Haraki; untuk memberi kefahaman dan menjelaskan kepada mereka akan keperluankepada satu bentuk tarbiyyah yang khusus (tarbiyyah Harakiyyah) untuk mempertahan danmembangunkan Islam dalam suasana tidak adanya Khilafah Islamiyyah dan suasana dimanajahiliyyah menguasai.

    Mafhum Jamaie; untuk memberi kefahaman dan menekankan keperluan kepada jamaah bagimempertahan dan mencapai matlamat Islami.

    Modal utama dari gerak kerja dakwah fardiyah ini ialah keperibadian mukmin dengan segalakeindahan budi pekertinya serta jiwa yang kuat persandaran, tawakkal dan pengharapan kepadajanji-janji dan pertolongan Allah SWT.

    Uslub Dan Marhalah Dalam Dakwah Fardiyah

    Berikut ini adalah uslub praktikal dakwah fardiyah sebagaimana yang dikemukakan oleh AsSyeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya Dakwah Fardiyah. Ringkasan uslubnya sebagaiberikut:

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    4/15

    LANGKAH PERTAMA:

    Ditahap ini kita perlu berupaya untuk membina hubungan dan mengenali setiap orang yanghendak didakwahi dan membangunnya dengan baik. Upaya ini untuk menarik simpati darinyaagar hatinya lebih terbuka dan siap menerima perbincangan yang dapat diambil manfaat

    sehingga pembicaraan berikutnya dapat berlangsung terus. Pembinaan hubungan dengannyadilakukan secara intensif sehingga objek dakwah atau madunya mengenali orang yangmengajaknya itu sebagai pilihan terbaik untuk dipergauli dan dicontohi.

    Kata Abbas As Siisi Tabiat dakwah kita adalah saling mengenal dan saya yakin bahawa suatuketika dakwah kita akan dapat menghimpun orang-orang yang berjiwa baik dan berkeperibadianmulia.

    Oleh itu seorang daie perlulah memiliki kekuatan untuk membina hubungan dengan anggotamasyarakat yang berada disekitarnya. Ia mestilah seorang peramah, mesra, tahu menghormatidan menghargai orang lain, mengambil berat dan peka dengan keadaan masyarakatnya. Dr Ali

    Abd Halim Mahmud meletakkan 2 syarat minimum untuk menjadi seorang pendakwah ataudaie iaitu: 1. Suka bergaul dengan masyarakat, 2. Peka dengan penyakit yang melandamasyarkat.

    Pembinaan hubungan ini bermula dengan husnul ikhtiar (melakukan pemilihan yang baik), taarufsehinggalah daie mampu memenangi hati dan ketsiqahan objek dakwahnya.

    Husnul Ikhtiar( ); Pemilihan yang baik

    Daiie perlu membuat pemilihan yang baik (Husnul Ikhtiar) supaya gerak kerjanya lebih terfokusdan menjimatkan masa.

    Kadangkala hanya terdapat 1 atau 2 orang di sekeliling, maka di sini kita tidak ada pilihan. Adamasanya terdapat bilangan yang ramai, mungkin 50 orang di satu-satu tempat. Di sini kitabolehlah membuat pemilihan. Cuba memilih yang terbaik supaya akhirnya mereka akan menjadiahli atau penyokong yang bermutu. Kita mencari beberapa sifat-sifat tertentu pada pemilihan kitaseperti;

    Mereka yang rapat dengan kita. Oleh itu kita dapat singkatkan masa untuk mengajaknya,

    'Amil (pekerja). Mereka yang bekerja iaitu orang yang apabila dia melihat sesuatu salah, diamahu memperbetulkannya, jika melihat sesuatu yang terabai maka dia ingin menyiapkannya.Apabila dia ada pendapat yang berlainan, dia cuba untuk menyakinkan.

    Mujahid. Iaitu mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup mengorbankan masanyauntuk perjuangan.

    Muntij (produktif). Iaitu mereka yang boleh menghasilkan. Hasil yang paling baik bagi kita ialahmanusia itu sendiri. Ahli jamaah yang produktif ialah seseorang yang dapat menarik ramai orangyang baik ke dalam jamaah.

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    5/15

    Mufakkir (kreatif). Iaitu mereka yang sentiasa memikirkan perkara-perkara yang baru. Apabilasesuatu gagal, dia selalu memikirkan cara lain untuk melaksanakan kerjanya.

    Sifat-sifat umum yang baik seperti pemurah, berani, setia, jujur, benar dan Iain-lain.

    Selalulah cuba untuk memilih dengan teliti, supaya mereka dapat menjadi ahli yang baikakhirnya dan kita juga dapat mengurangkan masa mengajaknya.

    Attaaruf (); Berkenalan

    Beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian semasa bertaaruf:

    Latarbelakang

    Kita cuba mengenali mereka yang kita dekati dengan mengetahui nama, latar belakang keluarga,

    tempat tinggal, pekerjaan, pelajaran dan kefahamannya tentang Islam. Juga kajilah siapa kawan-kawannya, sejauh mana pengaruh mereka padanya, bagaimana masanya diisi dan Iain-Iain.Semua ini adalah penting.

    Mengikuti Perkembangan di Tempat Lain

    Kita lihat di zaman Rasulullah saw, baginda biasa mengikuti perkembangan orang-orang ditempat lain walaupun baginda tidak pemah bersua muka dengan mereka. Pernah satu ketika,terdapat dua orang dari Madinah, Kaab bin Malik dan Bura' bin Maaruf yang datang ke Mekahuntuk berjumpa baginda buat pertama kali. Mereka pun menanya orang ramai lalu diberitahubahawa baginda ialah orang yang ada bersama Al Abbas di Kaabah.

    Lalu mereka menuju ke Kaabah, memberi salam dan Rasulullah saw pun bertanya Al Abbas,"Kamu kenalkah dua orang ini?". "Ya, Bura' bin Maaruf ialah pemimpin kaumnya dan seoranglagi ialah Ka'ab bin Malik." Jawab Al Abbas. Ka'ab bin Malik masih ingat akan ketika ini dimana baginda menambah, "(Ka'ab) seorang penyair itu?"

    Rasulullah mengetahui Kaab bin Malik adalah seorang penyair di Madinah walaupun tidakpernah bertemu dengannya kerana baginda mengikuti perkembangan berita.

    Contoh lain ialah ketika baginda pergi ke Taif untuk menyampaikan Islam. Namun baginda telahdilayan dengan buruk dan dilontar batu oleh kanak-kanak sehinggalah baginda sampai ke kebunkepunyaan dua orang Quraisyh, 'Utbah dan Syaibah. Bagindapun duduk berdekatan sebatangpokok. 'Utbah dan Syaibah merasa simpati melihatkan keadaan baginda lalu menyuruh hambaNasrani mereka, 'Addas, menghantar anggur pada baginda.

    Bagindapun mula memakan anggur itu dengan membaca "Bismillah." Lalu hamba itu berkata,"Tiada sesiapapun di sini yang berkata sedemikian."

    Rasulullah saw mendapat peluang yang sangat baik lalu bertanya untuk bertaaruf dengannya,

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    6/15

    "Dari mana asalmu dan apakah agamamu?""Nama saya Addas dari Ninawar"."Dari kampung orang salih, Yunus bin Matte(Nabi Yunus)?"

    "Bagaimana kamu tahu?"Hamba itu tahu baginda datang dari Mekah, maka dia merasa hairan bagaimana baginda bolehmengetahui tentang Ninawar yang sangat jauh dari situ. Lalu Baginda menjawab, "Dia adalahsaudaraku. Saya juga seorang Rasul sepertinya."

    'Addas pun terus mencium kaki dan tangan Baginda. Utbah dan Syaibah yang melihat peristiwaini dari jauh pun berkata, "Dia (Muhammad) telah berjaya mempengaruhinya."

    Sekembalinya 'Addas, mereka bertanya mengapa dia berbuat demikian pada Muhammad saw.Addas menjawab, "Dia memberitahuku sesuatu yang tidak diketahui orang melainkannya dan

    tidak ada dalam dunia ini yang lebih baik darinya." Mereka menyuruhnya melupakan perisliwaitu dan mengatakan agama 'Addas lebih baik dari agama Muhammad saw.

    Mengingati Nama

    Berkenalan dengan seseorang adalah sangat mustahak dan antara perkara yang diperlukan ialahmengetahui dan mengingati nama. Seseorang akan merasakan dirinya dihargai dan dihormatiapabila namanya diingati. Bahakan kita melihat ada orang yang begitu sensitif apabila namanyadisebut dengan sebutan yang salah. Ini adalah fitrah manusia yang sentiasa ingin dikenali dandihargai.

    Kadangkala agak sukar untuk mengingati nama terutama bila usia semakin meningkat. Apabilaseseorang memberitahu namanya, ulangkan kembali dalam fikiran dan cuba kaitkan nama itupada sesuatu. Jika namanya Muhammad, cuba ingatkan saudara kita yang bernama Muhammaddan nyatakan yang mereka ada nama yang sama. Bila kita bertemunya kembali, berilah salamdan sebutkan namanya. la akan menjadi mesra dengan kita.

    Imam Al Banna rahimahullah juga selalu cuba mengingat nama-nama. Satu masa, pengakap-pengakap dari bandar lain datang melawat ibu pejabat Ikhwan. Mereka lalu di hadapan Imam AlBanna dan memberi salam padanya. Imam Al Banna pun menjawab salam dengan menyebutnama-nama mereka sekali. Pengakap-pengakap itu kehairanan kerana mereka belum pernahbertemu beliau sebelum ini lalu bertanya beliau bagaimana beliau mengetahui nama mereka.Menurut Imam Al Banna, beliau mengenali mereka menerusi kad keahlian. Apabila beliau tahumereka akan ke mari, beliau cuba bersungguh-sungguh mengingat dan mengaitkan di antaranama dan gambar mereka.

    Apabila kita ingat nama seseorang ia akan meninggalkan kesan yang besar pada dirinya. la tidakakan melupakan hakikat ini. Tetapi jika seseorang tahu kita tidak ingat namanya, dia merasakankita tidak ambil berat tentangnya lalu hubungan tidak akan meningkat.

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    7/15

    Kasbu Mawaddatihi wa tsiqatihi ( ); Memenangi kasih dan

    kepercayaannya.

    Setelah kita membuat pilihan dan mengenalinya, cuba pula mengadakan persahabatan yang baikhingga dia mula kasih dan percaya atau yakin terhadap kita.

    Kadangkala orang tertarik dan menerima fikrah kita kerana mereka kasih pada kita, bukan keranakita meyakinkan mereka. Apabila seseorang kasih kepada seseorang yang lain, dia juga akan ikutmengambil jalannya. Adalah sangat penting orang di sekitar kasih dan yakin pada kita. Keranaitulah terdapat sebuah kata-kata berbunyi,

    "Kasbul qulub aula min kasbil muwaaqif." (Memenangi hati lebih utama dari memenangiperdebatan.)

    Katakan kita ada perdebatan dengan seseorang. Jika kita menang dan menyebabkan dia tidak

    menyukai kita, maka sebenarnya kitalah yang kalah. Adalah lebih baik untuk kita mendapatkasihnya dari menang berdebat dan terus menunjukkan kesilapannya. Dapatkan kasih dankeyakinannya dahulu agar mudah untuk mengajaknya kemudian. Setelah itu barulah dia akanmencontohi kita pula (dan menyedari kesilapannya).

    Kebanyakan dari peraturan Islam boleh membantu usaha memenangi kasih ini. Berikut adalahsebahagian darinya:

    Memberi dan menjawab salam.

    Salam adalah satu cara yang sangat baik untuk menuju hati orangramai terutamanya bila kitamenjawab lebih dari salam yang diberi. Jika dijawab dengan wa'alaikumussalam, diberi 10kebaikan; jika di tambah lagi dengan warahmatullah, diberi 20 kebaikan dan jika disambungdengan wabarakatuh pula, mendapat 30 kebaikan.

    Memberi dan menjawab salam adalah satu jalan untuk memulakan persahabatan. Rasulullah sawtelah bersabda,

    "Hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain adalah 5 perkara: menjawab salam, menziarahipesakit, mengikuti jenazah, menerima undangan dan mengucapkan rahmat ke atas Orang yangbersin."

    Semua perkara yang disebut itu, jika dibuat akan benar-benar mengukuhkan hubungan.

    Memberi hadiah dan menghulur pertolongan.

    Sabda Rasulullah saw dari Abi Hurairah,

    "Tiap anggota badan dari manusia wajib atasnya melakukan sedekah tiap har! apabila terbitmatahari; engkau mendamaikan antara dua orang (yang berselisih), itu adalah sedekah dan

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    8/15

    menolong orang yang berkenaan dengan tunggangannya (kenderaannya) engkau mengangkatnyaatau mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangannya itu adalah sedekah. Dan kata-katayang baik itu adalah sedekah, dan setiap langkah berjalan untuk sembahyang adalah sedekah,dan menyingkirkan sesuatu rintangan dari jalan adalah sedekah."

    Jelas di sini ada banyak cara untuk sedekah dan kesemuanya menpereratkan hubungan. Bagiorang yang baru tiba ke negara ini buat pertama kali, dia akan sentiasa ingat siapa yangmenyambut dan mencarikan kerja atau tempat tinggal untuknya. Seringkali jika kitalah yangpertama menghulurkan bantuan, mereka akan terikat dan turut bersama-sama dengan kitaakhimya.

    Umar telah berkata bahawa dua perkara yang akan mengukuhkan hubungan persahabatan ialahmemberi salam dan meluangkan tempat dalam majlis.

    Bersikap lemah lembut.

    Allah telah berfirman,"Maka disebab rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranyakamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (AllImran: 159)

    Jika kita bertemu seseorang yang mula berjinak-jinak dengan Islam, dia seharusnya dialu-alukan,diberi dorongan dan dilayan dengan baik agar merasa selesa. Dengan cara ini dia akan semakindekat dan apabila dia sudah kasih pada kita, maka tidak ada masalah lagi untuk membimbingnyake jalan yang lurus.

    Semua yang telah kita lakukan ialah terhadap orang-orang Islam. Orang-orang kafir pulamemerlukan kaedah yang lain. Lazimnya kita berdepan dengan ramai orang Islam, malah kitatidak ada masa untuk mengajak orang kafir kepada Islam. Ini disebabkan apabila kita memiiihsasaran, kita memiiih mereka yang terdekat dengan da'wah (iaitu di kalangan orang Islamsendiri). Setelah kita selesai dengan mereka semua, barulah kita pergi kepada orang-orangKristian, Yahudi dan sebagainya. Seandainya, di tempat kita tidak ada seorang Islampun,contohnya di tempat kerja di mana kita menghabiskan banyak masa bersama-sama orangKristian, maka cubalah dekati mereka itu.

    Memperlihatkan contoh yang baik.

    Contoh yang baik adalah mustahak. Manusia tidak akan percaya pada kita jika percakapan kitamenyalahi perbuatan. Kita adalah sepertimana yang telah diucapkan oleh Nabi Syuaib a.s,

    "...Dan aku tidak berkehendak manyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang telah aku larangkamu daripadanya..." (Hud: 88)

    Cara ini akan melahirkan keyakinan dan kepercayaan padanya kerana mereka melihat sendiricontoh dari seruan itu.

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    9/15

    Benar dalam pada lisan dan tingkahlaku

    Semua Nabi dan Rasul adalah terdiri dari orang-orang yang benar dan dipercayai. Bahkangelaran Rasulullah SAW adalah al Amin iaitu seorang yang benar. Baginda Rasulullah SAW

    sentiasa benar dalam kata-katanya walaupun dalam saat-saat yang genting dan membahaya.Begitu juga nabi-nabi yang lain, juga seorang yang benar dan dipercayai

    Kaum Nuh Telah mendustakan para rasul. Ketika saudara mereka (Nuh) Berkata kepadamereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya Aku adalah seorang Rasul kepercayaan(yang diutus) kepadamu. (As Syuara: 105-107)

    Kaum Luth Telah mendustakan rasul-rasul, Ketika saudara mereka, Luth, Berkata kepadamereka: Mengapa kamu tidak bertakwa?" Sesungguhnya Aku adalah seorang Rasul kepercayaan(yang diutus) kepadamu. (As Syuara: 160-192)

    Kejujuran yang kita pamerkan akan mengikat hati-hati manusia untuk percaya atau tsiqah kepadakita dan menjadikan mudah untuk kita memenangi hati mereka sehingga mereka mula berkongsimasalah bahkan rahsia peribadi mereka kepada kita. Kita bukanlah ingin membongkar masalahdan kehidupan peribadi mereka namun ini merupakanpetanda bahawa mereka percaya danmeletakkan kita pada kedudukan yang istimewa juga petanda bahawa kita berada dipuncakmarhalah yang pertama ini. Segala masalah peribadi mereka tetap menjadi amanah yang perlukita pelihara supaya tidak terbongkar keaiban diri mereka kepada orang lain.

    LANGKAH KEDUA:

    Membangkitkan iman yang termendap di dalam jiwa. Pembicaraan hendaklah tidak langsungdiarahkan pada masalah iman, namun sebaiknya berjalan secara tabi'i, seolah-olah tidakdisengaja dengan memanfaatkan saat-saat tertentu yang berlangsung dalam kehidupan hinggamenemui saat yang sesuai untuk berbincang secara khusus persoalan iman dan kehidupan.

    Melalui pembicaraan yang tabi'i persoalan yang dipaparkan akan mudah mendapatkan sambutan.Dari sambutan yang disampaikannya mengenai beberapa hal dapat ditindak lanjuti denganmeningkatkan ghairah keimanannya. Ghairah imaniyyah yang timbul darinya akan mencaripenyelesaian bagi setiap permasalahan yang dihadapinya. Dari situlah muncul perhatian yangbesar terhadap masalah-masalah keislaman dan keimanan hingga ia memilih jalan kehidupanyang akan mendekatkannya kepada Allah SWT.

    Membina Iman

    Al Imam Al Banna pernah menggambarkan perbezaan di antara iman Ikhwan dan imanmasyarakat umum.

    Menurutnya terdapat 2 jenis iman. Kita dan masyarakat kita bersetuju dalam beriman pada Islamtetapi iman mereka ialah iman yang tidur (iman muqaddar). Jika iman menghendaki mereka

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    10/15

    melakukan da'wah dan pengorbanan, mereka enggan. Masyarakat mempunyai iman tetapi tidaktunduk pada tuntutannya. Namun iman yang berada dalam hati Ikhwan ialah iman yang bernyaladan hidup, yang menyahutkan tuntutannya.

    Mengapakah Imam Al Banna menjadikan iman sebagai faktor pembeda di antara kita dan orang

    lain?Jawapannya ialah kerana imanlah sebenarnya yang menggerakkan manusia. Lebih kuat imanseseorang, lebih giat dia bekerja. Dari itu apabila kita mula mengajak seseorang, perkara pertamayang kita buat ialah menanam 'aqidah dan 'aqidah ini akan masih bersama-samanya sampai bila-bila. Walaupun setelah dia menjadi seorang da'i dan al akh, dia akan tetap memerlukanperingatan 'aqidah dan menghubungkan semua amal dengannya.

    Membina Aqidah

    Apakah pula yang dimaksudkan dengan aqidah ini?

    Kita dapati Al Quran menghabiskan sebahagian besar dari 13 tahun di Mekah memperkatakantentangnya. Di antara apa yang dimaksudkan dengan aqidah ialah:

    Mengenali Allah, mengimani dan mempunyai hubungan yang betul denganNya sehinggalahirnya sifat yakin padaNya, tawakkal, cinta, takut, harap, memahami bahawa hanya Dia sahajayang dapat memberi kebaikan, bala' dan Iain-lain. Tunduk dan patuh kepada Allah dan RasulNya. Memahami yang hidup ini hanyalah satu ujian dan kehidupan sementara manakala kehidupansebenamya yang sentiasa menyibukkan dirinya ialah kehidupan Akhirat. Berusaha untuk mendapat Akhirat dengan melakukan amal sholeh.

    Islam telah bermula dengan mengemukakan 'aqidah kepada manusia. Jika seseorang mempunyai'aqidah yang betul, semua perkara lain akan menjadi mudah. Jika iman tinggi, semua perkara lainakan selesai.

    Kita lihat pula kepada bahan-bahannya. Jika orang yang ingin kita dekati itu berada dalamhalaqah umum kita, kita mulakan dengan menanam aqidah menerusi;

    Tafsir surah-surah Makki seperti Al Fatihah, Qul huwallahu ahad, Qulya ayyuhal kafirun,Tabbat yada dan sebahagian dari surah Al Alaq. Hadith seperti hadith nombor 19 dalam 40 hadith an Nawawi yang menerangkan hakikat

    hubungan dengan Allah.

    Sekiranya ia tidak di dalam halaqah, maka tentukan peringkat penerimaan mad'u itu dan cubacari jalan untuk mendekatinya. Cuba mendapatkan peluang untuk menyampaikan perkara-perkara tadi sebagai suatu yang penting dan selalunya ia memerlukan kebijaksanaan kita.

    Bagaimanakah caranya untuk menukar pertemuan atau perbualan menjadi sesuatu yang

    bermanfaat?

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    11/15

    Contohnya mereka mahu bercakap tentang politik tetapi kita mahu memperkatakan tentangaqidah. Orang yang bijak ialah orang yang dapat membawa sesuatu keadaan menujukehendaknya. Caranya ialah dengan sentiasa memikirkan hal ini dan satu masa nanti kita akanberjumpa jalan-jalannya.

    Membina Fikrah Asas

    Disamping itu kita perlu mula menanamkan fikrah asas sebagai hujjah yang akan menyokongdan menghidupkan Imannya. Penerangan dan penjelasan harus difokuskan kepada perkara-perkara asas dalam memahami dan menerima Islam sebagai manhajul hayah (sistem hidup):

    lslam adalah sistem yang terbaik. lslam sesuai untuk setiap zaman. Ia bersifat menyeluruh dan menjawab semua persoalan. Jahiliyah atau selain Islam penuh dengan kekurangan dan berikan contoh-contohnya.

    Menyedari yang kini tidak ada sebuah pun negara Islam. Seorang Islam mesti diperintah oleh Islam dan menolak semua pemerintahan tidak Islamik.Paling tidak dia membencinya dalam hati. Beberapa perkara halal dan haram.

    Menghubungkan Sesuatu Isu dengan Aqidah dan Fikrah

    Daie juga pandai menghubungkan persoalan aqidah dan fikrah hingga terlihat bahawa kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Apabila kita menekankan tentang Allah, Akhirat dan sebagainyaitu, ia tidak bermakna kita tidak menyentuh tentang perkara lain. Sebenamya kita hubungkanperkara lain itu dengan aqidah.

    Orang selalunya suka bercakap tentang isu politik dan jika kita turut bercakap rentak itu juga, iatidak berguna. Kita mesti benar-benar menekankan bahawa jika seseorang pemimpin itu tidakbaik, ia adalah kerana dia tidak memerintah menurut Islam. Jika terdapat sekatan kebebasan,pemerintahan diktator, masalah ekonomi, kemiskinan atau wabak penyakit, semua ini adalahdisebabkan kerana berada jauh dari Islam dan diperintah oleh kekufuran. Hubungkan apa yangberlaku dengan 'aqidah.

    Jika hanya memberi analisa tanpa ada hubungan ini, ia tidak ada makna kerana natijahnya nantiialah orang ramai akan membenci sistem sekarang kerana ia kejam dan bukan kerana ia tidakIslamik. Setelah itu, kumpulan lain seperti komunis akan mengambil kesempatan dan mencari

    sokongan mereka yang membenci sistem sekarang. Dari itu jika kita mahu membuatkan orangramai membenci kerajaan tetapi kita ingin mereka membenci sistem yang bukan datang dariAllah SWT.

    Apabila kita mendekati seseorang, seringkali kita ditanya apakah kumpulan kita. Dalam hal ini,jelaskan bahawa perkara itu tidak penting atau katakan kita bekerja untuk Allah dan namakumpulan itu tidak mustahak. Dan itu memang benar dalam kes kita, di mana nama itu tidakmenjadi persoalan. Yang kita mahu ialah jalan yang betul dan itulah jalan Ikhwan Muslimin.

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    12/15

    Adakalanya pula seseorang itu menolak kita setelah dia tahu apa kumpulan kita. Selalunyaperkara ini datang kemudian, tetapi jika dia seorang yang tergesa-gesa, dia memang tidak bolehdiyakinkan.

    LANGKAH KETIGA:

    Membantu memperbaiki keadaan dirinya dengan mengenalkan perkara-perkara yang bernuansaketaatan kepada Allah dan bentuk-bentuk ibadah yang diwajibkan.

    Pada tahap ini perlu pula dibekali dengan bahan-bahan bacaan dari rujukan yang sederhana,seperti Dasar-dasar Islam, Prinsip-prinsip Islam (Abul 'Alaa Al Maududi) dan lain-lainnya. Disamping bekalan bahan-bahan bacaan, juga perlu diperkenalkan dengan lingkungan yang baik(biah sholehah) dan kelompok masyarakat yang sholeh agar dapat menjaga nilai-nilai yang telahtertanam dan meneladani kehidupan orang sholeh.

    Mutabaah dan pemantauan dalam tahap ini memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga dapat

    membimbing perjalanannya di atas jalan dakwah dan terhindar dari faktor-faktor yang buruk.Setelah seseorang menyedari akan hakikat 'aqidah, mencintai Allah, berusaha untuk taatpadaNya, mengenali halal dan haram, menyedari kepentingan akhirat, maka sekarang dia telahbersedia untuk berbuat apa sahaja. Mulakan dengan pembinaan ibadah dan budi pekerti;

    Bimbinglah ia supaya memandang indah pada ibadat. Jika ia tidak tahu untuk berwudhuk atausembahyang, ajarkanlah ia perkara-perkara itu dan juga ibadat-ibadat lain yang belum ia ketahui. Biasakan dengan masjid. Bawalah ia ke sana dan ini bermakna kita sendiri mesti menjadiorang yang selalu bersembahyang di masjid. Ajak hadiri pertemuan-pertemuan.

    Galakkan membaca Al Quran.

    Jika dia semakin meningkat, beri ia sesuatu yang boleh dikerjakan seperti berpuasa. Cubagalakkan berpuasa pada hari-hari tertentu seperti sebulan sekali, 9hb Zulhijjah, beberapa haridalam bulan Syawal. Jika meningkat lagi, ajak melakukan tahajjud, mungkin selama 1/2 jam.

    Pembinaan akhlaq pula selalunya menerusi teladan yang baik sama ada dari orang-orangterdahulu seperti para rasul dan sahabat atau dari kita sendiri. Berilah buku-buku sepertimengenai Abu Bakr r.a. dan Iain-lain. Kita sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik sepertisentiasa di atas kebenaran walau apa sekali akibatnya, melakukan sesuatu padanya tanpamengharapkan apa-apa balasan dan Iain-lain. Semua ini akan menggalakkan dia untuk

    mencontohi kebaikan itu. Sekiranya dia ada teman-teman yang jahat, cuba asingkannya darimereka. Jika ia ada pertemuan dengan mereka, cuba hadirkan dia dalam pertemuan yang lain,pisahkan dari jahiliyah dan biasakan berada di kalangan orang yang baik-baik. Dengan itu, iaakan mencontohi mereka dan budi pekertinya juga turut berubah.

    Pengisian untuk budi pekerti adalah seperti,

    Buku Akhlaq Muslim oleh Muhammad Al Ghazali

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    13/15

    Usulul Da'wah oleh Dr Abdul Karim Zaidan Tafsir ayat di dalam surah Luqman, permulaan surah Al Isra', keseluruhan surah Al Hujurat

    Ayat-ayat tersebut mengandungi banyak akhlak-akhlak muslim. Berikan tafsirnya danbincanglah dengan mereka. Kita memerlukan seseorang Muslim agar memiliki budi pekerti yang

    lebih tinggi dari biasa untuk menjadi al akh. Seorang al akh memiliki keperibadian yang jelasdan perbezaannya begitu jelas dan dapat dirasai oleh orang lain.

    LANGKAH KEEMPAT:

    Menjelaskan tentang pengertian ibadah secara syumul agar memiliki kefahaman yang shohihtentang ibadah dan disertai niat yang benar serta menjadikan syarak sebagai rujukan dan batas-batas dalam kehidupan. Kita perlu membina kefahaman yang benar dan tidak sempit terhadapibadah.

    Jelaskan kepada objek dakwah kita bahawa ibadah itu bukan sekadar ibadah khususiyah sahaja

    (solat, puasa zakat dan haji). Akan tetapi pengertian ibadah begitu luas bahawa setiapketundukan seorang hamba pada-Nya dengan mengikuti aturan yang telah digariskan akanbernilai ibadah. Bahkan menurut Ibnu Qayyim ibadah adalah kemuncak rasa cinta dan hina dirididepan Allah SWT. Segala yang kita lakukan semunya untuk Allah SWT; suka dan benci,memberi dan menahan, marah dan memaafkan semuanya kerana Allah SWT.Redha Allah menjadi matlamat utama dalam kehidupan kita lalu kita sentiasa ingin hidupdibawah redha dan rahmat Allah SWT sehingga kita menjadikan syarak sebagai penentu dalamsegala sikap hidup kita. Kita tidak merasa perlu kepada syakhsiyah dan cara hidup lain selaincara hidup yang mentauhidkan Allah SWT.

    Ditahap ini perlu dijelaskan kepadanya hakikat kesyumulan Islam dan hakikat perhambaan

    sebenar kepada Allah SWT.LANGKAH KELIMA:

    Menjelaskan kepada objek dakwah bahawa tidak cukup hanya dengan keIslaman diri kitasendiri. Hanya sebagai seorang muslim yang taat menjalankan kewajiban ritual, berperilaku baikdan tidak menyakiti orang lain lalu selain itu tidak ada lagi. Melainkan keberadaan kita mestimengikatkan diri dengan keberadaan muslim lainnya dengan berbagai macam permasalahannya.

    Pada tahap ini pembicaraan diarahkan untuk menyedarkan bahawa persoalan Islam bukan urusanperorangan (individu) melainkan urusan tanggung jawab setiap muslim terhadap agamanya.

    Perbincangan ini dilakukan agar mampu mendorongnya untuk berfikir secara serius tentangbagaimana caranya menunaikan tanggungjawab itu serta menjalankan segala tuntutan-tuntutannya.

    Ini adalah tahap pengenalan kepada perlaksanaan da'wah. Tunjukkan bahawa, adalah tidakmencukupi hanya setakat mempunyai iman dan keyakinan terhadap Allah. Jika beriman padaAllah, maka mesti bekerja untukNya. Surah Al Asr adalah contoh yang baik,

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    14/15

    "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. kecuali mereka yang berimandan beramal soleh serta pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan-memesan dengankesabaran."

    Ke Arah Kesempurnaan Iman

    Terangkan bahawa untuk iman itu menjadi sempurna, dia perlu bergerak bersama-sama iman,melancarkan da'wah dan menyeru orang lain kepada perjuangan Islam. Bukan sahaja sekadar dirisendiri yang terikat pada Islam tetapi mesti juga mengajak orang lain bersama. Di tahap ini,berikan hadith yang berkaitan da'i, juga surah-surah yang menyentuh persoalan amar maaruf,nahi mungkar dan da'wah. Adalah menjadi satu yang kewajiban pada masa ini untuk berda'wahjika mahu mengalahkan kekufuran. Tiada siapa yang boleh duduk bersahaja dan membiarkangolongan kafir bertambah dan golongan Islam yang sejati berkurangan.

    LANGKAH KEENAM:

    Pada tahap ini, perlu dibongkarkan segala keburukan kufur dan segala penyakit yang diakibatkanoleh keengkaran manusia yang telah mengenepikan sistem Allah SWT. Segala penyakit ummatperlu didedahkan agar tibul satu kegentingan dan keinginan untuk membawa manusia balikkepada Allah SWT. Perlu dikelaskan kewajiban untuk menyebarkan risalah Islam dan memikulamanah membangunkan ummah serta menyelesaikan segala permasalahannya. Dan kewajiban diatas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu. Masing-masing orang secara terpisah tidakakan mampu menegakkannya. Maka perlu pada sebuah jamaah yang memadukan potensi semuaindividu untuk memperkuat tugas memikul kewajiban berat tersebut. Dari tahap ini objekdakwah disedarkan tentang pentingnya amal jama'i dalam menyelesaikan tugas besar ini.

    Amal Jama'ie

    Setelah kita meyakinkannya supaya bekerja untuk Allah, yakinkan pula agar bekerja secarakumpulan. Kekufuran itu sangat tersusun, dan kita tidak akan dapat menundukkannya jika kitasendiri tidak tersusun. Dari itu kita mesti bergerak secara berkumpulan dan nyatakan ayat-ayatberikut,

    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, meyuruhkepada yang maaruf dan mencegah dan yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung."(Ali Imran, ayat 104)

    "...dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa. dan janganlah tolong-menolongdalam berbuat dosa dan palanggaran." (Al Maidah, ayat 2)

    Kedua ayat ini boleh menjadi hujah yang sangat baik bahawa da'wah itu dibuat secaraberkumpulan bukan perseorangan.

    LANGKAH KETUJUH:

    Menyedarkan padanya tentang kepentingan sebuah jamaah. Pembicaraan ini memang sensitif

  • 8/3/2019 Dakwah Fardiyah FULL

    15/15

    dan rumit tetapi penting sehingga memerlukan hikmah dan kekuatan hujjah dan penjelasan yangmeyakinkan. Oleh kerana itu harus dijelaskan padanya bahawa bergabung dengan sebuah jamaahharus meneliti perjalanan jamaah tersebut. Jangan sampai terburu-buru untuk menentukanpilihan terhadap sebuah jamaah yang akan dijadikannya sebagai wahana atau saranamerealisasikan dasar-dasar Islam.

    Terangkan tentang kaedah, matlamat dan erti bekerja dalam jamaah, terdapat pemimpin di dalamjama'ah, kepatuhan, syura dan program-program yang diputuskan oleh jamaah. Sebutkanbeberapa sifat, kelebihan dan sejarah gerakan atau jamaah Islam.

    Di tahap ini, jika ia seharusnya telah berada di dalam halaqah. Jika dia belum berada di dalamhalaqah, jelaskan keperluan untuk bertemu dan berbincang serta ajaklah ia ke dalam halaqah itu.Kini dia telah diperkenalkan kepada jama'ah dan telah diyakinkan bahawa jama'ah inilah yangpatut digabungi. Buku-buku di tahap ini adalah seperti;

    Usul ad Da'wah oleh Dr. Abdul Karim Zaidan

    Majmu'atu Ar Rasail oleh Imam Al Banna - baik di dalam menerangkan persoalan da'wah,amal jama'ii dan Ikhwan.

    Setelah dia menyakini akan jama'ah kita, huraikan tentang Arkanul Bai'ah di dalam RisalahTa'alim. Jelaskan apakah tuntutan 10 rukun bai'ah dan 38 kewajipan muslim.

    Demikianlah langkah-langkah dalam melaksanakan dakwah fardiyah. Sudah tentunya setiaplangkah atau marhalah mempunyai tahapan masa yang berkait rapat dengan keperibadian daiedan beragamnya peribadi madu. Kebijaksanaan dan pengalaman serta kretiviti daie akanmenjadikan peralihan marhalah itu lebih cepat dan berkesan.v