contoh_soalan_ctu151_bhg_a.pdf

Upload: zainal

Post on 14-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Contoh Soalan CTU151 BAHAGIAN A

    1. Manakah antara berikut menggambarkan asas akidah

    dalam pembinaan tamadun?[2011] A. Pembangunan fizikal mengatasi pembangunan

    material B. Pembangunan yang meningkatkan keimanan C. Pemisahan antara fardhu ain dan kifayah D. Percampuran perkara halal dan haram

    2. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai konsep tamadun Islam.[2011] A. Pembangunan tamadun tertumpu kepada sektor

    ekonomi dan sosial B. Matlamat tamadun Islam selari dengan ketetapan

    dan kehendak syarak C. Penekanan tamadun Islam merangkumi aspek

    rohani dan jasmani D. Piawaian tamadun Islam berasaskan akidah,

    syariah dan akhlak 3. Firman Allah s.w.t, bermaksud:

    Katakanlah, Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui (al-Zumar: 9) Pilih pernyataan berikut yang TEPAT berkaitan dengan ayat di atas.[2011] A. Asas pembangunan ekonomi Islam B. Politik dan kepimpinan Islam C. Pendidikan dan keilmuan Islam D. Hubungan sosial dalam Islam

    4. Manakah antara berikut menjelaskan perspektif Barat

    mengenai tamadun? [2007]

    A. Mengutamakan aspek kemanusiaan dan kebendaan

    B. Mementingkan aspek keadilan dan kesempurnaan C. Memfokuskan unsur pembangunan lahiriah dan

    kerohanian D. Menekankan unsur kepentingan dan

    pembangunan lahiriah

    5. Apakah elemen penting yang menggambarkan kualiti kehidupan manusia yang bertamadun menurut perspektif Islam? A. Berakidah, beramal dan beretika B. Bertawakal dan memiliki keilmuan yang tinggi C. Mempunyai kepercayaan dan mematuhi syariat D. Beriman, mematuhi syariat dan berakhlak mulia

    6. Manakah antara berikut adalah ciri-ciri dalam

    pengertian tamadun? [2011] i. Kehidupan nomad ii. Kehalusan budi pekerti iii. Kemajuan keusasteraan iv. Membina dan mendirikan bandar

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

    7. Berikut adalah kesan apabila manusia mengabaikan al-

    Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan dalam pembinaan tamadun, KECUALI ______________ [2011]

    A. Masyarakat akan hidup dalam suasan yang tidak

    aman B. Pembangunan akan kehilangan arah tuju yang

    sebenar C. Pembinaan tamadun kebendaan tidak akan

    terpesong D. Berlaku kemerosotan akhlak dalam kecemerlangan

    tamadun 8. Manakah pernyataan PALING TEPAT mengenai

    hubungan manusia dengan Allah s.w.t dalam pembinaan tamadun?[2011]

    A. Berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa sebarang

    usaha B. Melaksanakan sesuatu pekerjaan hanya untuk

    Allah s.w.t C. Melakukan kebajikan kerana tuntutan kehidupan

    semua D. Membantu sesama manusia demi kemanusiaan

    semata 9. Manakah antara berikut menunjukkan ciri kesejagatan

    dalam tamadun Islam? [2011]

    A. Sesuai sepanjang zaman B. Menekankan aspek material C. Terbatas kepada sempadan geografi D. Bersifat ekslusif kepada bangsa Arab sahaja

    10. Manakah antara berikut BUKAN padanan yang betul

    dalam ciri khusus tamadun Islam?[2011]

    A. Syumul menyeluruh B. Rabbani ketuhanan C. Tasamuh beraneka ragam D. Takamul saling melengkapi

    11. Manakah antara berikut merupakan faktor-faktor yang

    membawa keruntuhan sesebuah tamadun? i. Lemahnya pengaruh agama ii. Kezaliman berleluasa iii. Kemewahan hidup iv. Lunturnya penghayatan terhadap nilai-nilai murni

    A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, ii dan iv D. i, ii, iii dan iv

  • 2

    12. Pilih padanan yang menggambarkan nilai universal antara tamadun? [2011]

    A. Nilai kepercayaan pembentukan tamadun

    melahirkan agama B. Nilai pendidikan pembentukan tamadun bermula

    dengan sistem persekolahan C. Nilai alam sekitar semua tamadun menganggap

    alam mempunyai kuasa ghaib D. Nilai ekonomi tamadun menekankan kegiatan

    ekonomi sebagai sumber rezeki 13. Manakah antara berikut ciri yang membezakan sistem

    nilai dalam tamadun Islam dengan tamadun lain? [2011]

    i. Bersumberkan wahyu Ilahi ii. Bersifat universal dan sejagat iii. Berasaskan pemikiran manusia iv. Bersesuaian untuk tamadun tertentu

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    14. pernyataan berikut mengenai interaksi antara tamadun

    KECUALI _____________ [2011]

    A. Berlakunya proses asimilasi antara tamadun B. Komunikasi antara tamadun menjalin hubungan

    diplomatik C. Pertembungan antara tamadun menghasilkan

    kesan positif D. Hubungan antara tamadun menggalakkan aktiviti

    perdagangan 15. Manakah antara berikut faktor geografi yang

    menghasilkan interaksi antara tamadun? [2011]

    i. Laluan sutera memudahkan China menjalinkan hubungan dengan Arab

    ii. Selat Melaka menjadi faktor interaksi Alam Melayu dengan tamadun lain

    iii. Kedudukan negara yang berdekatan lautan menjadi faktor interaksi

    iv. Sifat terbuka pemimpin sesebuah negara atau wilayah

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    16. Faktor berikut menyebabkan berlakunya hubungan

    interaksi antara tamadun, KECUALI ____________ [2011]

    A. Penempatan B. Kefanatikan C. Kepimpinan D. Keagamaan

    17. Manakah antara fakta berikut menepati maksud

    pernyataan di atas?[2011]

    A. Al-Quran sebagai sumber kekuatan tamadun Islam B. Tamadun Islam terbentuk daripada asas akidah

    yang jelas C. Wahyu dan ijtihad menjadi faktor kelestarian

    tamadun Islam D. Keunggulan tamadun Islam terbina di atas unsur

    rabbani dan insani 18. Manakah perkataan berikut yang mempunyai kaitan

    dengan civitas, hadarah dan madinah?[2007]

    A. Tulisan B. Keagamaan C. Perbandaran D. Pencapaian kerohanian

    19. Pilih elemen-elemen di bawah yang menggambarkan

    asas-asas tamadun Islam.[2007]

    i. Pengabdian diri kepada Allah s.w.t ii. Keluhuran nilai kemanusiaan berbanding nilai

    kebendaan iii. Mematuhi syariat dalam semua urusan iv. Keutuhan institusi keluarga

    A. I dan iii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    20. Manakah pernyataan yang SALAH mengenai

    perlembagaan Madinah?[2007]

    A. Perlembagaan bertulis kedua dalam tamadun dunia

    B. Dikenali sebagai Sahifah al-Madinah C. Terbahagi kepada dua fasal iaitu hubungan

    sesama muslim dan muslim dengan bukan Islam D. Perlembagaan ini memperuntukkan mengenai

    bidangkuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman 21. Siapakah khalifah yang memerintah kerajaan

    Abbasiyyah ketika di kota Baghdad menjadi pusat kecemerlangan intelektual?[2007]

    A. Harun al-Rashid B. Yazid bin Muawiyah C. Abu Musa al-Asyari D. Al-Matasim Billah

    Tauhidlah yang memberikan acuan, jatidiri dan ciri tersendiri kepada tamadun Islam. Ia menyatukan seluruh komponen, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu, harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun

  • 3

    22. Apakah faktor yang menyebabkan munculnya ramai ilmuan Islam pada zaman kegemilangan Tamadun Islam? [2007]

    A. Sikap rajin dan gigih orang Arab mengkaji al-Quran B. Pemimpin Islam yang menggalakkan cerdik pandai

    untuk memajukan diri C. Islam meletakkanilmu dan para ilmuan di tempat

    yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t D. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu di

    serata dunia termasuk ke China 23. Manakah pernyataan yang BENAR mengenai kerajaan

    Abbasiyyah?[2011]

    i. Zaman perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik

    ii. Tempat lahir tokoh terkenal seperti Ibn Hazm, Ibn Hayyan dan al-Idrisi

    iii. Para pemerintah mendokong usaha perkembangan ilmu pengetahuan

    iv. Kegiatan penterjemahan karya Yunani, Parsi dan India

    A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    24. Institusi ini menjadi pusat penterjemahan negara dalam zaman Abbasiyyah. Ia menjadi mercu tanda kegemilangan ilmu pengetahuan dalam sejarah perkembangan tamadun Islam. Apakah nama institusi tersebut?[2011] A. Baitul Izzah B. Darul Hijrah C. Darul Hikmah D. Baitul Hikmah

    25. Manakah antara berikut merupakan faktor UTAMA

    keberkesanan interaksi antara tamadun?[2011]

    A. Toleransi yang tinggi dan saling hormat menghormati

    B. Fitrah manusia berinteraksi antraa satu dengan yang lain

    C. Sikap sepunya dikongsi bersama seperti agama dan etika

    D. Dorongan sifat ingin tahu budaya dan nilai hidup tamadun lain

    26. Manakah pernyataan yang BENAR mengenai kedatangan Islam di Eropah?[2011]

    i. Kedatangannya didorong oleh gabenor Musa bin

    Nusayr yang menguasai Afrika Utara ii. Berlakunya peperangan di antara tentera Islam

    dengan tentera Kristian dalam usaha meluaskan penyebaran Islam

    iii. Usaha penyebaran Islam ke Eropah bermula sejak zaman Saidina Uthman bin Affan

    iv. Kejayaan penyebaran Islam ke Eropah berlaku melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pedagang dan pendakwah muslim.

    A. i, dan ii B. i, ii dan iii C. ii, dan iii D. i, ii, iii dan iv

    27. Manakah di antara berikut yang berkaitan dengan

    manusia yang bertamadun menurut Ibn Khaldun?[2011]

    i. Makhluk sosial yang saling berinteraksi ii. Makhluk sosial yang mempunyai keperluan hidup

    yang pelbagai iii. Makhluk sosial yang berbeza daripada makhluk

    lain iv. Makhluk sosial yang sentiasa berkeinginan untuk

    hidup selesa

    A. i, dan ii B. i, ii dan iii C. ii, dan iii D. i, ii, iii dan iv

    28. Apakah langkah UTAMA yang dilakukan oleh

    Rasulullah s.a.w semasa di awal kebangkitan Islam di Mekah?

    A. Membina institusi keilmuan B. Memperbetulkan akidah umat manusia C. Memperkasakan amalan ibadah umat Islam D. Mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin

    29. Apakah sumbangan Saidina Umar al-Khattab semasa

    menjadi khalifah? [2007]

    i. Mewujudkan jabatan pos ii. Menyusun institusi pendidikan dan kuttab iii. Pembukuan al-Quran iv. Mengemaskini struktur organisasi ketenteraan

    Islam

    A. i, dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. I, ii, iii dan iv

    30. kedatangan Islam di Alam Melayu telah merubah wajah dan rupanya. Apakah perubahan yang dimaksudkan?[2011]

    i. Mempercayai perkara ghaib ii. Kecenderungan menguasai ilmu iii. Ketaatan secara mutlak kepada raja iv. Mengaplikasikan perundangan Islam

    A. i, dan ii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

  • 4

    31. Manakah antara berikut TIDAK menggambarkan pengaruh Islam dalam kesusasteraan Melayu?[2011]

    A. Cerita hikayat B. Cerita bangsawan C. Penulisan manuskrip D. Sastera undang-undang

    32. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan

    sumbangan tamadun Melayu-Islam dalam pembinaan tamadun Malaysia, KECUALI _________.[2011]

    A. Tamadun Melayu teras tamadun Islam B. Agama Islam memantapkan tamadun Melayu C. Tamadun Melayu memantapkan tamadun Malaysia D. Tamadun Melayu asas pembinaan bahasa dan

    bangsa Melayu 33. Pilih penyataan yang BENAR mengenai undang-

    undang Islam di Tanah Melayu sebelum penjajahan.[2011]

    i. Perkembangan undang-undang Ilsam bermula

    pada awal abad ke 15 Masihi ii. Undang-undang Islam merangkumi undang-

    undang keluarga dan adat sahaja iii. Undang-undang hudud bercampur aduk dengan

    undang-undang adat tempatan iv. Diaplikasikan dalam Hukum Kanun Melaka dan

    Undang-undang Laut Melaka

    A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. i, dan iv D. iii dan iv

    34. Sistem politik Islam merupakan garis panduan yang

    ditetapkan oleh Allah s.w.t bertujuan menjaga maslahah hambanya. Apakah asas sistem politik tersebut?[2011] i. Risalah ii. Khilafah iii. Khilafiah iv. Hakimiah Ilahiah

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

    35. Pendapat yang mengatakan Islam datang ke Alam

    Melayu iaitu dari Gujerat India adalah berdasarkan bukti persamaan artifak di bawah yang dijumpai di Pasai dan Gujerat. Apakah artifak tersebut? A. Batu bersurat B. Batu nisan C. Kitab-kitab Arab D. Tembikar celadon

    36. Apakah yang dimaksudkan dengan al-hakimiyyah al-Ilahiyyah dalam asas politik Islam?

    A. Kekuasaan tertinggi hanyalah milik Allah s.w.t B. Manusia hanya pemegang amanah mentadbir

    alam C. Perbincangan antara ahli dalam membuat

    keputusan D. Menyampaikan kebenaran sebagai asas politik

    Islam 37. Manakah antara berikut pernyataan yang BENAR

    mengenai konsep ketaatan kepada kedua ibu bapa?

    i. Wajib bersopan santun dan hormat kepada kedua ibubapa

    ii. Wajib melaksanakan segala perintah dan larangan mereka

    iii. Memanggil mereka dengan suara lemah lembut dan bersopan

    iv. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat

    A. i dan ii B. i dan iii C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

    38. Manakah antara berikut langkah yang diambil oleh

    Rasulullah s.a.w dalam membina modal insan di Mekah?

    i. Menanamkan nilai tauhid ii. Memerangi amalan khurafat iii. Memperkenal budaya keilmuan iv. Membentuk kekuatan ketenteraan

    A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

    39. Manakah antara berikut merupakan sumbangan

    Khulafa al-Rasyidin dalam pembinaan tamadun Islam?

    i. Membentuk pemerintahan berpusat ii. Mengumpulkan dan membukukan al-Quran iii. Menghantar misi dakwah ke negara luar iv. Pembukaan wilayah Islam hingga Afrika Utara

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    40. Apakah sistem pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang

    dipinda oleh kerajaan Bani Umaiyah?

    A. Kadar zakat B. Pemilihan khalifah C. Pendidikan formal D. Keadilan perundangan

  • 5

    41. Manakah faktor-faktor berikut yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan budaya keintelektualan di Andalus/

    i. Gesaan daripada ajaran Islam ii. Galakan daripada pemerintah iii. Kehadiran masyarakat majmuk iv. Andalus merupakan tamadun yang terawal di

    Eropah

    A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    42. Dimanakah terletaknya pusat penterjemahan dan

    perkembangan ilmu sains yang terpenting pada abad ke 11 masihi di Andalus? A. Toledo B. Palermo C. Seville D. Granada

    43. Manakah antara berikut langkah UTAMA perlu diambil

    oleh umat Islam dalam memastikan kelangsungan tamadun Melayu Islam?

    A. Memantapkan iman dan menguasai ilmu B. Mempertahankan adat dan membela warisan C. Mendominasi politik dan menguasai kekayaan D. Menguasai ekonomi dan menerima modenisasi

    44. Manakah antara berikut hujah yang menyokong

    bahawa Islam datang dari arah Semenanjung Tanah Arab?

    i. Cara pembacaan al-Quran dalam kalangan umat

    Islam di Malaysia ii. Pendakwah yang datang ke Alam Melayu berasal

    dari negara Arab iii. PengIslaman pemerintah kerajaan Kedah iaitu

    maharaja Derbar II iv. Persamaan batu nisan di Pasai dan Gerisik di

    Tanah Jawa

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. ii, iii dan iv

    45. berikut adalah tokoh-tokoh ulama Melayu yang tersohor

    KECUALI

    A. Nasiruddin al-Tusi B. Syeikh Daud Patani C. Shamsuddin al-Sumatrani D. Abdul Rauf al-Singkel

    46. Apakah yang boleh dikaitkan penemuan batu bersurat

    di Terengganu dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu?

    A. Islam datang dari arah India

    B. Islam datang dari arah Arab C. Islam datang dari arah Parsi D. Islam datang dari arah Champa

    47. Manakah antara pernyataan berikut BUKAN faktor

    utama penerimaan Islam di kalangan masyarakat Melayu? A. Kegerunan terhadap kekuatan Islam B. Keistimewaan ajaran Islam C. Keikhlasan pendakwah D. Pengaruh pemerintah

    48. Berikut adalah antara langkah yang diambil Rasulullah

    s.a.w bagi memantapkan pentadbiran Islam di Madinah, KECUALI

    A. Membentuk piagam Madinah yang mengandungi

    47 fasal B. Melantik gabenor bagi mentadbir wilayah-wilayah

    jauh C. Menubuhkan baitulmal bagi menjaga kebajikan

    golongan yang memerlukan D. Mewasiatkan Abu Bakar sebagai pengganti

    selepas kewafatan baginda

    49. Apakah peruntukan yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

    A. Hak keistimewaan orang Melayu B. Keistimewaan raja-raja Melayu C. Islam sebagai agama persekutuan D. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

    50. Mengapakah tamadun Melayu dianggap sebagai asas

    kepada pembinaan tamadun Malaysia?

    i. Peranan kerajaan dan raja-raja Melayu di dalam pemerintahan negara

    ii. Adat istiadat Melayu sebagai kebudayaan rasmi negara

    iii. Bahasa Melyu sebagai bahasa kebangsaan negara

    iv. Hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    51. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan interaksi antara

    tamadun Islam dengan tamadun Melayu.

    i. Muncul kerajaan Islam di Pasai, Melaka, Acheh dan Patani

    ii. Penggunaan istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu

    iii. Tamadun Islam dipengaruhi adat dan budaya Melayu

    iv. Tersebarnya agama Islam secara revolusi

    A. i, dan ii B. i, dan iv C. i, dan iii

  • 6

    D. iii dan iv 52. Siapakah antara berikut BUKAN tokoh sarjana yang

    membincangkan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu?

    A. Syed Muhammad naquib al-Attas B. Snouck Hurgronje C. Ahmad Ibrahim D. S. Q Fatimi

    53. Manakah pernyataan berikut TEPAT mengenai

    kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?

    i. Raja-raja menjadi ketua agama Islam di negeri

    masing-masing ii. Peruntukan kewangan kerajaan untuk program-

    program keislaman iii. Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam

    bagi seluruh persekutuan iv. Kebebasan beragama, amalan dan peruntukan

    kewangan untuk semua penganut agama lain

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv

    54. Kesepaduan ilmu merupakan satu konsep yang

    praktikal dalam usaha melahirkan individu yang berketerampilan dan sempurna. Pilih antara perkara berikut yang berkaitan dengan konsep ini.

    i. Mengkomersialkan bidang ilmu pengetahuan ii. Menghormati setiap pendidik dan para ilmuan iii. Tidak memisahkan ilmu naqli dan aqli iv. Mengutamakan hierarki keilmuan

    A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv