contoh soalan dan panduan tugasan geografi pt3 2015 tingkatan 3 kegiatan ekonomi.docx

14
Contoh soalan dan panduan tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3 Kegiatan Ekonomi. Tajuk tugasan pela !nstrumen agi tugasan PT3 Geografi tahun 2015 adalah mengenai "Kegiatan Ekonomi# di ka$asan atau tempa kajian %alon. &emua %alon Tingkatan 3 PT3 2015 adalah di$ajikan melaksanakan Tugasan GeografiPT3 2015 ermula pada 21 'un 2015 sehingga tarikh akhir 3 'ulai 2015. (erikut adalah panduan lengkap dan tips men)iapkan tugasan Geografi PT3 2015. Soalan Tugasan Geografi PT3 2015 (Kegiatan Ekonomi)

Upload: nabilahilias

Post on 04-Nov-2015

144 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Contoh soalan dan panduan tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3 Kegiatan Ekonomi. Tajuk tugasan pelbagai Instrumen bagi tugasan PT3 Geografi tahun 2015 adalah mengenai Kegiatan Ekonomi di kawasan atau tempat kajian calon. Semua calon Tingkatan 3 PT3 2015 adalah diwajibkan melaksanakan Tugasan Geografi PT3 2015 bermula pada 21 Jun 2015 sehingga tarikh akhir 3 Julai 2015. Berikut adalah panduan lengkap dan tips menyiapkan tugasan Geografi PT3 2015.

Soalan Tugasan Geografi PT3 2015 (Kegiatan Ekonomi)

Skema Pemarkahan PT3 2015 Kegiatan Ekonomi Negara

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3Nota Penting:Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk.Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih tajuk Kegiatan Ekonomi berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.Contoh Kegiatan Ekonomi: Sektor Perindustrian Sektor Perikanan Sektor Perlombongan Sektor Pertanian Sektor Pembalakan Sektor Perkhidmatan Sektor Perniagaan Sektor PenternakanTajuk:Kegiatan Ekonomi penduduk di Felda Jengka PahangObjektif kajian:Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang.Kaedah kajian:Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual1. Konsep dan takrifan Kegiatan EkonomiDefinisi Kegiatan Ekonomi :Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.Sila KlikContoh Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi PT3 20152. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang(Berdasarkan tajuk anda)Penduduk sekitar Felda Jengka Pahang menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk(Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan dikawasan kajian anda.

2.1.2 Contoh Borang Soal SelidikSila klikContoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2015

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk(Di kawasan tempat tinggal anda)Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.Tajuk Grafik:Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa SawitHuraian Grafik:Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.Nota Penting:Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan PendudukSila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Berniaga secara kecil-kecilan (Contoh: Restoran, Kedai Runcit) Bercucuk tanam pokok tambahan selain dari Kelapa Sawit (Contoh: Sayuran boleh dijual) Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.Sila KlikContoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar) Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay dan Pelancongan) Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.5. Kesimpulan/ RumusanKesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di Felda Jengka Pahang terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Disamping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).6. Sumber/ RujukanSenaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.Tempoh Pelaksanaan Geografi PT3 201521 Jun 2015 sehingga 3 Julai 2015Teruskan Membaca:1. Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan PT3 Geografi2. Contoh Rasmi Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 20153. Contoh Rasmi Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 20144. Contoh Panduan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 35. Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Pencemaran Udara6. Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 Kegiatan Ekonomi Tradisional

Sumber:Contoh Panduan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi | melvister.com

Cadangan usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk Tugasan Geografi PT3 2015. Pada bahagian ini, calon diminta untuk menghuraikan isi penting relevan mengenai cadangan untuk meningkatkan pendapatan sekitar penduduk di kawasan kajian. Isi penting mestilah berserta huraian dan contoh. Dinasihatkan juga untuk memberi lebih daripada 3 cadangan untuk bahagian ini. Jumlah markah bagi untuk huraian cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian adalah berjumlah 20 Markah.

Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk PT3 2015Sila senaraikan tiga cadangan atau lebih dengan tepat dan relevan: Menyertai program keusahawanan (Perniagaan) Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online) Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) Mempelbagaikan Jenis Kepelbagaian TanamanContoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Felda Jengka PahangTerdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ABS) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga(1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan(1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar(1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut(1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online)(1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua(1 Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan(1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung(1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan(1 Markah).Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk(1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang(1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN)(1 Markah)Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen(1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya(1 Markah).Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka Pahang(1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit(1 Markah). Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada kelapa sawit(1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya(1 Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Jumlah Markah: 20 Markah

Sumber:Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk PT3 2015 | melvister.com