contoh resume terbaik
TRANSCRIPT
Contoh Resume Terbaik
7 Kesilapan Kritikal
Resume Dilongkangkan
Tim Infokerjaya
http://goo.gl/q9IL7B
Disclaimer Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali
untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat
pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk persediaan memohon kerja melalui penulisan resume yang baik. E-book ini bakal membantu anda mencipta resume yang memenuhi
permintaan bakal majikan anda. Oleh itu, diharap e-book “Rahsia Resume Kerja” ini dapat membantu anda mencipta resume yang
baik seterusnya memudahkan anda terpilih ke temuduga.
Ditulis Oleh http://goo.gl/q9IL7B
7 KESILAPAN KRITIKAL
RESUME DILONGKANGKAN
1. Copy & Paste Resume
Perkara ini terjadi apabila anda meminta satu contoh
resume dari rakan yang sudah mempunyai resume.
Perkara pertama yang anda lakukan ialah mengubah
maklumat tersebut kepada perkara yang berkaitan
dengan diri anda.
Seterusnya, maklumat akademik dan ko-kurikulum
juga diubah. Anda lupa satu perkara yang perlu
diubah iaitu susunan resume tersebut. Atau ada
beberapa maklumat yang anda lupa tukar semasa
proses pindahan dilakukan.
Rahsia Resume Kerja | 4
Panel penilai resume, mereka telah menilai beratus-
ratus resume sebelum pemilihan calon dilakukan.
Oleh itu, mereka sudah mahir dengan corak
penulisan resume yang ada. Mereka mempunyai
keupayaan mengesan resume yang ditiru.
Tambahan pula jika ada maklumat yang tersalah, itu
melambangkan sikap anda yang kurang serius untuk
memohon pekerjaan. Resume ini layak untuk
dilongkangkan oleh panel penilai resume.
Jadi elakkan sikap copy & paste resume dan mulakan
penulisan resume yang serius dan berwawasan.
2. Crowded Data
Rahsia Resume Kerja | 5
Adakalanya anda mahu bakal majikan mengetahui
kelebihan dan kepakaran anda sekaligus diterima
bekerja dalam syarikatnya.
Jadi anda pun berfikir untuk memasukkan kesemua
pencapaian yang pernah anda miliki bermula dari
sekolah rendah hinggalah ke universiti. Ini bukanlah
perkara yang tepat kerana anda hanya perlu
memasukkan pencapaian yang perlu dengan
keperluan jawatan yang dipohon sahaja.
Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan
skop kerjaya yang anda pohon. Anda mesti ingat,
apabila maklumat terlalu banyak, resume anda akan
menjadi panjang dan isi kandungan yang meleret-
leret serta kurang penting.
Ini merbahaya kepada anda. Jika panel penilai
resume bosan dengan resume anda, Game Over lah
jawabnya. Cipta resume yang ringkas, padat dan
memenuhi kehendak panel penilai resume anda.
Rahsia Resume Kerja | 6
3. Tulisan @ Font Yang Fancy
Anda pasti mahukan resume yang benar-benar menarik
perhatian majikan. Jadi anda akan mengambil langkah
untuk mencantikkan resume anda.
Salah satu aspek yang bakal diubahsuai adalah jenis
tulisan atau font. Anda boleh gunakan font yang
standard iaitu Arial, Times New Roman atau Tahoma.
Menggunakan font atau tulisan yang fancy hanya
akan mengelirukan majikan anda contohnya font atau Rahsia Resume Kerja | 7
tulisan tersebut berkerawang. Ia mungkin cantik pada
pandangan mata anda, tetapi bagi panel penilai ia
suatu yang merumitkan penilaian mereka.
Langkah terbaik yang mereka boleh lakukan adalah
mereka terus ketepikan resume anda tanpa meneliti
dengan lebih mendalam lagi walaupun anda
mempunyai kelayakan yang cukup. Ini sangat
merugikan anda.
4. Resume Terlalu General Rahsia Resume Kerja | 8
Anda mempunyai satu resume dan ianya akan
dihantar kepada bakal majikan anda di sebuah
syarikat. Resume yang sama juga anda hantar
kepada satu lagi syarikat yang lain.
Ini merupakan satu strategi yang salah untuk
memohon pekerjaan kerana resume anda bersifat
umum atau general. Setiap syarikat mempunyai
kriteria jawatan yang berbeza-beza dan cara
penilaiannya juga tidak sama.
Kaedah yang terbaik adalah sekiranya anda
mempunyai lebih dari satu permohonan kerja,
hasilkan satu resume untuk satu permohonan atau
dalam erti kata lain “Satu resume untuk satu syarikat”
bukannya satu resume untuk banyak syarikat.
Pastikan setiap resume yang dihasilkan memenuhi
syarat dan kriteria jawatan yang dikehendaki oleh
sesebuah syarikat. Resume anda mesti ada sasaran
yang tepat. Tanpa sasaran, anda tidak dapat
mengatur langkah dengan baik. Fokus betul-betul!
Rahsia Resume Kerja | 9
5. Guna Lebih Dari 2 Warna
Selain daripada tulisan, warna yang digunakan dalam
resume turut memainkan peranan. Dalam penulisan
resume, hanya perlu gunakan warna dengan kadar
yang minimum untuk menaikkan tarikan resume anda,
iaitu kombinasi 2 warna yang tidak menjolok mata.
Tujuan kombinasi warna ini adalah untuk
membangkit-kan maklumat yang anda masukkan ke
dalam resume anda dan menimbulkan mood
membaca kepada panel penilai resume anda.
Ingat, yang menilai resume adalah manusia. Jadi, mood
mereka berbeza-beza dan tidak menentu. Bantu
mereka untuk berada dalam mood yang baik supaya
mereka boleh menghabiskan penilaian resume anda. Rahsia Resume Kerja | 10
Ini meningkatkan peluang anda dipanggil ke
temuduga. Warna yang pelbagai dan kombinasi
warna yang kurang baik boleh merimaskan mereka.
Ini membuka peluang yang tinggi untuk resume anda
dimasukkan ke dalam bakul sampah mereka.
6. Cover Letter/Surat Iringan
Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya
perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri
anda, mengapa dan kenapa anda memohon jawatan
di syarikat tersebut. Rahsia Resume Kerja | 11
Terdapat beberapa kes di mana pemohon meletakkan
terlalu banyak informasi dalam surat iringan sehingga
menenggelamkan resume yang dihantar. Sebahagian
daripada maklumat di dalam resume diterangkan
secara panjang lebar dalam surat iringan.
Ini akan menghilangkan minat bakal majikan anda
untuk meneliti resume anda sekaligus beralih kepada
resume pemohon yang lain. Ingat, jangan ulang
maklumat yang telah anda terangkan dalam resume
di dalam surat iringan.
Nyatakan maklumat penting sahaja. Ini surat iringan
bukan surat rasmi aduan kerosakan yang dipenuhi
dengan pelbagai laporan. Senangkan kerja-kerja
bakal majikan atau panel penilai resume anda.
Jangan susahkan mereka! Buat mereka gembira.
7. Tidak Faham Keperluan Jawatan
Dalam satu bidang jawatan, pasti ada beberapa
pecahan jawatan dan skop tugasan. Bidang kerja
seorang pegawai operasi tidak sama dengan seorang
akauntan.
Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pereka
bangunan, ianya pasti tidak sama dengan pereka
grafik biar pun nama jawatannya hampir sama.
Rahsia Resume Kerja | 12
Pereka bangunan menggunakan ukuran secara tepat
dan logik, pereka grafik menggunakan ukuran tepat
tetapi kreatif, pasti skop kerja dan tugasannya tidak
sama.
Oleh itu sebelum anda membuat permohonan,
pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang
diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda
menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima.
Bayangkan jika anda menerima tawaran kerja yang
berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang
ada, kerja dan tugasan yang bakal anda terima tidak
dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang
tidak sempurna. Rahsia Resume Kerja | 13
Tidak faham keperluan jawatan juga boleh buatkan
resume anda menjadi terlalu penuh dengan maklumat
kerana anda ingin muatkan segala maklumat yang
anda rasakan penting walhal tidak bagi panel penilai.
Resume begini bakal dilongkangkan oleh mereka.
Kesimpulan
Strategi anda menulis resume yang baik adalah untuk
menarik perhatian panel penilai atau bakal majikan
anda untuk pilih anda ke proses seterusnya iaitu
temuduga. Jika tahap ini anda gagal, bermakna
langkah seterusnya menjadi lebih sukar buat anda.
Oleh itu, anda perlu ambil serius dalam penulisan
resume ini jika anda benar-benar impikan pekerjaan
yang hebat. Pastikan resume anda mencapai tahap
yang panel penilai mahukan. Pikat hati mereka
melalui penulisan resume anda.
Apa yang diterangkan dalam ebook ini adalah langkah
awal untuk anda elak dalam penulisan resume anda.
Kesilapan-kesilapan inilah yang banyak dilakukan oleh
mereka diluar sana dan mungkin juga anda.
Untuk lebih mendalam, ketahui teknik-teknik dan cara
penulisan resume yang menarik serta mempunyai
daya tarikan kepada bakal majikan anda di dalam
versi penuh ebook „Rahsia Resume Kerja‟. Resume
anda bakal dinilai bukan DILONGKANGKAN! Rahsia Resume Kerja | 14
Dapatkan panduan lengkap persediaan resume kerja di halaman rasmi kami :
http://goo.gl/q9IL7B
RAHSIA RESUME KERJA
• Membantu anda membina resume kerja
langkah demi langkah. • Menerangkan proses sesebuah
resume dipilih untuk ke temuduga. • Dimuatkan dengan 20 soalan
temuduga daripada resume kerja anda. • Terus ke http://goo.gl/q9IL7B
RAHSIA BIJAK TEMUDUGA
• Membantu persediaan temuduga anda. • Bagaimana menyediakan mental yang
kuat sebelum hadir ke temuduga?
• Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk
temuduga. Banyak lagi yang menarik
di http://goo.gl/U4vjLu • Dan
PANDUAN KERJAYA JURURAWAT
• Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah
memohon jururawat kerajaan dan
swasta. • Diterangkan dalam 7 Modul utama. • Kerjaya jururawat adalah satu
kerjaya yang murni dan lumayan. Terus ke http://goo.gl/U4vjLu
Forum Blog Facebook
www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya
contoh resume
contoh resume terbaik
contoh resume pdf
resume sample
resume
resume format
contoh resume kerani
resume template
contoh buat resume
cover letter
cv
cara buat resume
curriculum vitae
format resume
contoh resume terbaru
cv template
panduan membuat resume
contoh cv
cara buat resume kerja
buat resume
contoh surat resume
resume generator
panduan menulis resume
resume builder
cara cara buat resume
contoh2 resume
resume online
cara buat resume yang betul
cara tulis resume
curriculum vitae format
resume untuk kerja
cara-cara buat resume kerja
cara nak buat resume kerja
cara buat resume yang baik
contoh curriculum vitae
cara menulis resume dengan betul
create resume
cara cara nak buat resume