contoh rancangan pengajaran harian pendidikan seni visual tahun 3
TRANSCRIPT
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 3
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti : Topeng
Tajuk : Haiwan Kesayangan
Masa : 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam)
Tahun/Kelas : Tahun 3 Tekun
Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat;
i. membuat binaan topeng berdasarkan tema
haiwan kesayangan.
ii. melakukan aktiviti melakar, menggunting dan
menampal hasil kerja mereka dengan betul.
iii. menghargai hasil kerja tangan mereka
sendiri
Strategi Pengajaran & Pembelajaran :
1) Pedagogi : Kecerdasan pelbagai : Verbal Linguistik,
Kecerdasan pelbagai : Muzik, Simulasi
2) Sumber P&P : Puzzle Kucing, Topeng Haiwan, Video Lagu Bunyi
Binatang, Laptop dan LCD
Alat/bahan : i. Gunting
ii. Gam
iii. Kad manila
Teknik Penghasilan : Guntingan/Cantuman/Tampalan/Gam
Pengetahuan sedia ada : Mengetahui haiwan-haiwan yang menjadi haiwan
peliharaan di rumah.
Nilai Murni : i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong.
ii. Sikap sayang kepada haiwan.
Langkah/
Masa
Isi pelajaran/
Isi kandungan
Aktiviti Pengajara dan
Pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Puzzle Kucing 1.Guru memilih 3 orang murid
secara rawak untuk menyelesaikan
puzzle di hadapan kelas.
2. Murid meneka gambar apa yang
terbentuk pada puzzle tersebut.
3. Guru mengaitkan gambar
tersebut dengan pelajaran hari ini.
4. Guru menunjukkan beberapa
contoh topeng yang berbentuk
haiwan kepada murid.
Puzzle
Topeng
Langkah 1
(10 minit)
Bahan yang diagihkan:
Kad manila,gunting,gam dan
gelang getah.
Cara membuat lakaran:
1. Lakaran yang dibuat
pada kertas manila kad
hendaklah mengikut saiz
muka murid.
2. Melukis bentuk muka
haiwan pada kad manila
seperti lakaran mata,
1.Guru memberi penerangan
tentang cara-cara menghasilkan
topeng dan menyatakan bahan-
bahan yang diperlukan.
2.Guru mengagihkan bahan-bahan
kepada murid di samping
menekankan aspek kebersihan
dan keselamatan semasa
melakukan aktiviti.
3.Murid melakar gambar muka
haiwan di atas kad manila
mengikut idea masing-masing
sambil dibimbing oleh guru.
Teknik
Penghasilan:
Lakaran
Bahan:kad
manila
hidung, mulut, telinga dan
lain-lain.
Langkah 2
(15 minit)
Cara menggunting:
1. Semasa menggunting,
pastikan mengikut
garisan lakaran yang
telah dibuat.
2. Untuk bahagian mata dan
telinga, tebukkan sedikit
dan kemudian gunting
seperti langkah yang
pertama tadi.
1. Guru menunjukkan cara-
cara menggunting mengikut
lakaran yang telah dibuat tadi.
2. Setelah itu, murid sendiri
menggunting lakaran mereka
masing-masing.
3. Kemudian, guru menunjukkan
cara menebuk lubang bahagian
mata dan membentuk sepasang
mata haiwan yang mereka buat.
4. Selepas itu, murid diminta
menebuk pada bahagian telinga
topeng haiwan yang telah
mereka buat.
5. Guru membimbing murid
memasukkan getah pada lubang
telinga topeng untuk
membolehkan dilekatkan pada
bahagian telinga murid.
Teknik
Penghasilan:
guntingan
Bahan:
gunting
Langkah 3
(15 minit)
Cara Menampal/
Mencantum/ Mengam:
1. Sebelum menampal
kertas warna, topeng tadi
telah diwarnakan
mengikut warna yang
sesuai.
2. Kertas warna juga telah
digunting terlebih dahulu
mengikut kreativiti
masing-masing untuk
ditampal pada
permukaan topeng.
3. Semasa aktiviti ini
dijalankan boleh
mengunakan teknik kolaj
untuk menampal,
mencantum dan
mengam.
1.Guru membimbing murid
membuat kemasan secara kreatif
pada topeng muka haiwan
2. Murid diminta untuk mewarna
bentuk muka haiwan yang telah
dilukis dengan padanan warna
yang sesuai.
3. Guru menunjuk cara menampal
dan gamkan topeng dengan
kertas warna agar lebih cantik
dan menarik .
4. Guru membantu murid yang
kurang mahir menampal.
Teknik
Penghasilan:
Tampalan/
Cantuman/
Gam
Kolaj
Kaedah:
Tunjukcara
Langkah 4
(10 minit)
Aktiviti memakai topeng dan
membunyikan bunyi haiwan
tersebut.
Arahan diberikan oleh guru
bagaimana menjalankan
1. Apabila sudah siap ,guru
meminta semua murid memakai
topeng masing-masing.
2. Beberapa orang murid diminta
ke hadapan kelas dalam
keadaan bertopeng untuk
Nilai;
Sayang
pada
binatang.
Kaedah:
aktiviti ini.
Contoh:
Bunyi Itik – Kuek..kuek..
Pergerakan itik – Berjalan
sambil menggerakkan
kedua-dua belah tangan
seperti kepak itik.
mempamerkan hasil mereka
kepada kawan-kawan yang lain.
3. Guru juga meminta murid
berbunyi dan mengayakan
pergerakan seperti haiwan
yang dilukis pada topeng.
Simulasi
Kecerdasan
pelbagai:
Verbal
Linguistik
Penutup
(5 minit)
Menyanyikan lagu ’Bunyi
Binatang’
1. Guru menayangkan slaid lagu
’Bunyi Binatang’.
2. Murid dan guru menyanyi
bersama sambil mengayakan
pergerakan binatang tersebut.
3. Guru dan murid membersihkan
kelas selepas selesai menyanyi.
Nilai:
Kebersihan
Kecerdasan
pelbagai:
Muzik