contoh-pendahuluan

13
CONTOH PENDAHULUAN Jenis-jenis pendahuluan :- (i) pendahuluan jenis definisi (ii) pendahuluan jenis pendapat (iii) pendahuluan jenis suasana (iv) pendahuluan jenis persoalan (v) pendahuluan jenis peribahasa PENDAHULUAN JENIS DEFINISI · memberikan takrif · makna · definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT - menyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. PENDAHULUAN JENIS SUASANA - menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN - mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

Upload: henrycklok

Post on 02-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh-Pendahuluan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh-Pendahuluan

CONTOH PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-(i)   pendahuluan jenis definisi(ii)  pendahuluan jenis pendapat(iii) pendahuluan jenis suasana(iv) pendahuluan jenis persoalan(v)  pendahuluan jenis peribahasa

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·memberikan takrif · makna · definisi

Contoh :Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh :Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.

PENDAHULUAN JENIS SUASANA -menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh :Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

Page 2: Contoh-Pendahuluan

Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan ini.Pendahuluan Jenis Definisi

(A1)Komputer dapat ditakrifkan sebagai alat elektronik yang dapat menyimpan dan memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan.

(A2)Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti ‘Microsoft’ yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.

(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer sebahagian daripada kehidupan mereka.

(A4)Secara disedari atau tidak,melalui teknologi ini,kehidupan manusia kini menjadi semakin maju.

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.Pendahuluan Jenis Persoalan

(A1)Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.Adakah institusi keluarga ini telah memainkan peranan masing-masing?

(A2)Apakah peranan yang patut dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam mencorakkan sahsiah anak-anak?

(A3)Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa dewasa ini.

(A4)Bagaimanakah caranya untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak yang merupakan aset terpenting bagi negara kita ini?

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.Pendahuluan Jenis Definisi

(A1)Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakrifkan sebagai seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami isteri serta anak-anak.

(A2)Selain itu, sebuah keluarga juga merangkumi datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang juga memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga.

(A3)Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat membentuk akhlak mulia anak-anak.

(A4)Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.

Page 3: Contoh-Pendahuluan

Masalah Pembuangan BayiMasalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular?

PENDAHULUAN (ISU SEMASA)

A1)Mutakhir ini kejadian pembuangan bayi di negara kita begitu menular dan amat membimbangkan.(isu semasa)

A2)Hal ini menunjukkan betapa negara kita semakin dilanda oleh gejala kebejatan sosial yang sukar dibendung.(ulasan isu)

A3)Gejala ini jika berterusan akan membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara kita.(isu masa ini) 

A4)Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes ini semakin menular di negara kita.(hala tuju)

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANMAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN.

A1)Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat di negara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?

A2)Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?

A3)Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan. 

A4)Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?

PERENGGAN LENGKAP

Dalam meniti arus pemodenan masa ini, isu berkenaan amalan gaya hidup sihat kerapkali diperkatakan oleh masyarakat di negara kita .Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah amalan gaya hidup sihat ini hanya dijadikan mainan di bibir sahaja walhal realitinya mereka tidak langsung mempraktikkan amalan ini?Adakah kehadiran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini menutup ruang kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat?Segala persoalan ini senantiasa berlegar-legar dalam benak fikiran kita tanpa disusuli sebarang jawapan. Oleh itu, apakah cara-cara yang boleh dilakukan bagi menbendung isu ini?

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANPerpustakaan awam semakin jarang dikunjungi oleh masyarakat hari ini. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut. 

A1)Di negara kita terdapat banyak perpustakaan yang telah dibina oleh pihak kerajaan untuk kegunaan penduduk di sesuatu kawasan petempatan. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adakah mereka telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? 

Page 4: Contoh-Pendahuluan

A2)Adakah penubuhannya telah mencapai objektif yang dihasratkan oleh pihak kerajaan? 

A3)Umum semua mengetahui tentang kemerosotan bilangan pengunjung ke perpustakaan awam ini. 

A4)Apakah faktor-faktor yang menyebabkannya semakin disisihkan oleh mereka?

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASAIbu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

PENDAHULUAN ISU SEMASA

A1)Marcapada, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin mencabar dan membebankan mereka.

A2)Pengaruh persekitaran pula sering kali menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sahsiah anak-anak mereka. 

A3)Tuntutan semasa yang memerlukan anak-anak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dipikul oleh mereka. 

A4)Justeru, ibu bapa perlu mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.

PERENGGAN LENGKAP

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak. Beri pendapat anda.

Marcapada, tanggungjawab sebagai ibu bapa semakin mencabar dan membebankan mereka. Pengaruh persekitaran pula sering kali menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap sahsiah anak-anak mereka. Tuntutan semasa yang memerlukan anak-anak mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik menambahkan lagi tekanan yang terpaksa dipikul oleh mereka. Justeru, ibu bapa perlu mengetahui peranan yang boleh dimainkan oleh mereka bagi mencapai matlamat tersebut.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASAPENDAHULUAN ISU SEMASA

A1)Marcapada, harga minyak dunia sentiasa meningkat disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca,peperangan dan sebagainya. (Isu semasa)

A2)Rentetan daripada itu, harga barangan juga meningkat kerana mempengaruhi kos pengangkutan, sumber manusia dan lain-lain.(Ulasan isu)

A3)Walaupun pelbagai rungutan disuarakan oleh pelbagai pihak, harga barangan tetap meningkat kerana tidak dapat dihalang daripada terus berlaku.(Isu masa kini)

A4)Justeru, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini.(Hala tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Marcapada, harga minyak dunia sentiasa meningkat disebabkan pelbagai faktor seperti cuaca,peperangan dan sebagainya. Rentetan daripada itu, harga barangan juga meningkat kerana mempengaruhi kos pengangkutan, sumber manusia dan lain-lain.Walaupun pelbagai rungutan disuarakan oleh pelbagai pihak, harga barangan tetap meningkat kerana tidak dapat dihalang daripada

Page 5: Contoh-Pendahuluan

terus berlaku. Justeru, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASAPeperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat.

PENDAHULUAN ISU SEMASA

A1)Marcapada,peperangan berlaku di pelbagai pelusuk benua di dunia ini.(Isu Semasa)

A2)Peperangan ini berlaku disebabkan ketamakan manusia untuk memuaskan nafsu serakah mereka. (Ulasan Isu)

A3)Peperangan juga dijadikan tempat untuk menguji pelbagai jenis senjata yang dihasilkan oleh negara-negara pengeluar senjata di dunia ini. (Isu Masa Kini)

A4)Pelbagai senjata canggih yang digunakan telah memberikan impak yang dahsyat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.(Hala Tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Marcapada,peperangan berlaku di pelbagai pelusuk benua di dunia ini.Peperangan ini berlaku disebabkan ketamakan manusia untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Peperangan juga dijadikan tempat untuk menguji pelbagai jenis senjata yang dihasilkan oleh negara-negara pengeluar senjata di dunia ini. Pelbagai senjata canggih yang digunakan telah memberikan impak yang dahsyat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASAKemiskinan Punca Kebejatan Sosial dan Jenayah Berlaku Dalam Kalangan Remaja. Bincangkan.

A1)Dalam meniti zaman yang bertunjangkan arus pemodenan,acap kali kita terlihat di dada-dada akhbar tentang masalah sosial yang melibatkan para remaja. 

A2)Lalu sudah semestinya timbul pelbagai hipotesis dan analogi dalam benak fikiran setiap individu tentang permasalahan ini. 

A3)Kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan jenayah-jenayah kecil seperti membuli hinggalah kes yang lebih serius seperti mencuri,merogol dan membunuh.

A4)Oleh itu, kita haruslah mengenal pasti punca-punca tersebut agar modus operandi yang efektif dapat diimplementasi dengan responsif.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANMedia massa sering mendedahkan kejadian sumbang yang semakin hari semakin kerap berlaku dalam masyarakat kita. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana nampaknya suasana di dalam rumah sendiri tidak dapat menjamin keselamatan. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah sumbang mahram.

A1)Media massa seringkali memaparkan kejadian sumbang mahram yang semakin hari semakin kerap

Page 6: Contoh-Pendahuluan

terjadi dalam masyarakat kita. Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin berleluasa dalam masyarakat negara kita yang mengamalkan nilai peradaban yang tinggi?

A2)Apakah faktor yang mendorong tercetusnya gejala sumbang mahram dalam era globalisasi ini? 

A3)Segala pertanyaan yang menerjah benak fikiran kita ini ini berlegar tanpa hadirnya sebarang jawapan yang kokrit bak kata pujangga seperti menunggu buah yang tak gugur.

A4)Apakah alternatif yang perlu dilakukan bagi menangani gejala ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari ini?

PERENGGAN LENGKAP

Media massa seringkali memaparkan kejadian sumbang mahram yang semakin hari semakin kerap terjadi dalam masyarakat kita. Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin berleluasa dalam masyarakat negara kita yang mengamalkan nilai peradaban yang tinggi? Apakah faktor yang mendorong tercetusnya gejala sumbang mahram dalam era globalisasi ini? Segala pertanyaan yang menerjah benak fikiran kita ini ini berlegar tanpa hadirnya sebarang jawapan yang kokrit bak kata pujangga“seperti menunggu buah yang tak gugur”.Apakah alternatif yang perlu dilakukan bagi menangani gejala ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari ini?

CONTOH PENDAHULUAN JENIS DEFINISIKanak-kanak gemar makan makanan ringan atau ‘junk food’. Nyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi membendung masalah tersebut.

(A1)Makanan ringan dapat ditakrifkan sebagai makanan segera yang tidak mempunyai apa-apa khasiat di dalam kandungannya. 

(A2)Makanan ringan menjadi semakin popular apabila wujudnya kiosk makanan segera seperti ‘Mc Donald’, ‘KFC’ dan sebagainya di merata-rata tempat di negara kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan .

(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada kanak-kanak menjadikan makanan ringan ini sebahagian daripada menu harian mereka tanpa mengetahui tentang keburukan makanan tersebut.

(A4)Justeru,pelbagai pihak perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan.

PERENGGAN LENGKAP

Makanan ringan dapat ditakrifkan sebagai makanan segera yang tidak mempunyai apa-apa khasiat di dalam kandungannya. Makanan ringan menjadi semakin popular apabila wujudnya kiosk makanan segera seperti ‘Mc Donald’, ‘KFC’ dan sebagainya di merata-rata tempat di negara kita seperti cendawan tumbuh selepas hujan .Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada kanak-kanak menjadikan makanan ringan ini sebahagian daripada menu harian mereka tanpa mengetahui tentang keburukan makanan tersebut.Justeru,pelbagai pihak perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan.

Page 7: Contoh-Pendahuluan

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANKanak-kanak gemar makan makanan ringan atau ‘junk food’. Nyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi membendung masalah tersebut.

A1)Dewasa ini,makanan ringan telah menjadi makanan yang begitu popular dalam kalangan kanak-kanak.

A2)Persoalannya, mengapakah makanan ini begitu popular dalam kalangan mereka?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak begitu menggemarinya berbanding lain-lain jenis makanan yang ada di depan mata mereka?

A3)Semua persoalan ini menghantui semua pihak yang risau akan pola pemakanan kanak-kanak ini.

A4)Apakah langkah-langkah yang berkesan yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan?

PERENGGAN LENGKAP

Dewasa ini,makanan ringan telah menjadi makanan yang begitu popular dalam kalangan kanak-kanak.Persoalannya, mengapakah makanan ini begitu popular dalam kalangan mereka?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak begitu menggemarinya berbanding lain-lain jenis makanan yang ada di depan mata mereka?Semua persoalan ini menghantui semua pihak yang risau akan pola pemakanan kanak-kanak ini.Apakah langkah-langkah yang berkesan yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah ini daripada terus berpanjangan?

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANSOALAN:Kesihatan merupakan suatu aspek yang harus dititikberatkan oleh masyarakat demi kelangsungan hidup. Namun, berita tentang pelbagai penyakit berjangkit yang melanda sesebuah kawasan yang sering menghiasi dada-dada akhbar menimbulkan banyak persoalan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat menghidap penyakit?

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

A1)Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai harganya. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah terdapat sebahagian besar daripada anggota masyarakat yang tidak menghargainya?(Isu)

A2)Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?(Isu yang berkaitan)

A3)Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita tanpa menemukan jawapan yang konkrit.(Ulasan isu)

A4)Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit?(Hala tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai harganya. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah terdapat sebahagian besar daripada anggota masyarakat yang tidak menghargainya.Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita tanpa menemukan jawapan yang konkrit.Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit?

Page 8: Contoh-Pendahuluan

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANSOALAN:Kesihatan merupakan suatu aspek yang harus dititikberatkan oleh masyarakat demi kelangsungan hidup. Namun, berita tentang pelbagai penyakit berjangkit yang melanda sesebuah kawasan yang sering menghiasi dada-dada akhbar menimbulkan banyak persoalan. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat menghidap penyakit?

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

A1)Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai harganya. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah terdapat sebahagian besar daripada anggota masyarakat yang tidak menghargainya?(Isu)

A2)Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?(Isu yang berkaitan)

A3)Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita tanpa menemukan jawapan yang konkrit.(Ulasan isu)

A4)Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit?(Hala tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai harganya. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah terdapat sebahagian besar daripada anggota masyarakat yang tidak menghargainya.Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak fikiran kita tanpa menemukan jawapan yang konkrit.Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit?

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANSoalan:Masalah merokok dalam kalangan remaja khususnya melibatkan pelajar sekolah semakin hari semakin meningkat dengan ketara.Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini daripada terus merosakkan tubuh remaja.

(A1)Masalah merokok dalam kalangan remaja semakin menular dari sehari ke sehari. Persoalannya,mengapakah masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar?

(A2)Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ketagihan rokok ini semakin meningkat?

(A3)Semua persoalan ini membelenggu fikiran kita pada setiap masa.

(A4)Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus membinasakan tubuh mereka?

PERENGGAN LENGKAP

Masalah merokok dalam kalangan remaja semakin menular dari sehari ke sehari. Persoalannya,mengapakah masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar?Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ketagihan rokok ini semakin meningkat?Semua persoalan ini membelenggu fikiran kita pada setiap masa.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus membinasakan tubuh mereka?

Page 9: Contoh-Pendahuluan

CONTOH PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASASOALAN:Sejak akhir-akhir ini mutu sukan bola sepak negara didapati merosot. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan bola sepak negara ini.

(A1)Sejak kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan bola sepak negara sering dipaparkan dalam media massa.

(A2)Kemerosotan ini bagaikan tiada kesudahannya.

(A3)Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak negara kita kecundang dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.

(A4)Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang efektif bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

PERENGGAN LENGKAP

Sejak kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan bola sepak negara sering dipaparkan dalam media massa.Kemerosotan ini bagaikan tiada kesudahannya.Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak negara kita kecundang dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang efektif bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS DEFINISISOALAN:Sejak akhir-akhir ini mutu sukan bola sepak negara didapati merosot. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan bola sepak negara ini.

(A1)Menurut Kamus Dewan, sukan dapat disinonimkan sebagai segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.

(A2)Antara sukan yang menjadi teras di negara kita ialah bola sepak.

(A3)Kebelakangan ini,pencapaian pasukan bola sepak negara kita semakin merudum dan membimbangkan.

(A4)Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenalpasti usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memulihkan kembali imej negara yang tercalar ini.

PERENGGAN LENGKAP

Menurut Kamus Dewan, sukan dapat disinonimkan sebagai segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.Antara sukan yang menjadi teras di negara kita ialah bola sepak.Kebelakangan ini,pencapaian pasukan bola sepak negara kita semakin merudum dan membimbangkan.Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenalpasti usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memulihkan kembali imej negara yang tercalar ini.

CONTOH PENDAHULUAN JENIS PERSOALANSOALAN: Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak. Bincangkan.

(A1)Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.Adakah institusi keluarga ini telah memainkan peranan masing-masing?

Page 10: Contoh-Pendahuluan

(A2)Apakah peranan yang patut dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam mencorakkan sahsiah anak-anak?

(A3)Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa dewasa ini.

(A4)Bagaimanakah caranya untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak yang merupakan aset terpenting bagi negara kita ini?

PERENGGAN LENGKAP

Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.Adakah institusi keluarga ini telah memainkan peranan masing-masing? Apakah peranan yang patut dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam mencorakkan sahsiah anak-anak? Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa dewasa ini.Bagaimanakah caranya untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak yang merupakan aset terpenting bagi negara kita ini?

CONTOH PENDAHULUAN JENIS DEFINISISOALAN: Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan ini.

(A1)Komputer dapat ditakrifkan sebagai alat elektronik yang dapat menyimpan dan memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan.

(A2)Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti ‘Microsoft’ yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.

(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer sebahagian daripada kehidupan mereka.

(A4)Secara disedari atau tidak,melalui teknologi ini,kehidupan manusia kini menjadi semakin maju.

PERENGGAN LENGKAP

Komputer dapat ditakrifkan sebagai alat elektronik yang dapat menyimpan dan memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan.Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti ‘Microsoft’ yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer sebahagian daripada kehidupan mereka.Secara disedari atau tidak,melalui teknologi ini,kehidupan manusia kini menjadi semakin maju.