contoh kertas kerja sukan rekreasi
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Sukan rekreasi merupakan aktiviti yang melibatkan satu proses pembelajaran yang
berterusan. Interaksi individu dengan alam sekeliling sebagai agen pendidikan
membentuk satu makmal pembelajaran yang unik. Kawalan ke atas faktor yang
menjadi pemangkin adalah perlu untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran serta pengalaman yang akan dinikmati pelanggan.
Modul yang diperkenalkan ini adalah berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru untuk guru pelatih. Disamping itu program ini juga
bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek melalui pengalaman dalam aktiviti Sukan rekreasi.
Peserta/pelatih di asuh dan dibimbing untuk merancang dan membuat persiapan,
melaksana dan menilai pencapaian mereka sepanjang tempoh aktiviti. Sikap,
personaliti dan kewibawaan dibina ke arah yang lebih positif berteraskan nilai-nilai
murni dalam kehidupan komuniti. Kualiti sosial yang positif, kepimpinan yang
berkesan dan pengikut yang berfungisi dijadikan fokus semasa sesi percambahan
fikiran dan refleksi.
RASIONAL
Pendidikan keguruan perlu memberi ruang kepada guru pelatih untuk penyuburan
kecergasan fizikal, kematangan rohani dan emosi serta ketahanan mental.
Kurikulum formal serta kegiatan guru pelatih dalam komponen latihan yang dilali
sewajarnya saling lengkap melengkapi. Kurikulum Sukan rekreasi memberi ruang
kepada guru pelatih untuk mempratikkan kemahiran pengurusan, membuat
keputusan, meningkatkan daya tahan fizikal, mengamalkan nilai-nilai murni
disamping menghayati kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sistem ekologi
alam semula jadi.
OBJEKTIF/MATLAMAT
Selepas melalui dan mendapat pengalaman daripada kegiatan-kegiatan yang dirancangkan, guru pelatih akan dapat;
i. Merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti Sukan Rekreasi.
ii. Menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri.
iii. Menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan
alam semula jadi termasuk isu dan masalah alam sekitar.
iv. Meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman-pengalaman yang
menyeronokan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza.
v. Membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-
cabaran semasa.
vi. Menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan dan kesedaran sivik
yang tinggi serta pemupukan semangat patriotisme.
vii. Mengembangkan sifat-sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang
bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.
TEMPOH/TARIKH
Program Sukan Rekreasi Luar ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan
dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Institut
Perguruan Perlis. Pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Sukan Rekreasi sebagai
major atau minor tertakluk kepada kurikulum pendidikan jasmani di dalam Program
Persediaan Ijazah semester tiga. Butiran mengenai tempoh program adalah seperti
di bawah.
KUMP TARIKHPESERTA PENSYARAH URUSETIA
JUMLAHL P L P L P
PPISMP PJ A.
Ambilan Jun 201111 12
PPISMP PJ B.
Ambilan Jun 201111 11
KUMPULAN SASARAN/SENARAI NAMA
PPISMP Ambilan Jun 2011 Kumpulan (PJ C)
SENARAI NAMA PELAJAR PPISMP SEM3 PJC AMBILAN JUN 2011
BIL NAMA NO.IC JANTINA KAUM
1 ANNY TANG SIEW UNG
2 CHIAM SHIN YING
3 CHOO WAN HWA
4 HAN MING HUI
5 HEW CHOO YEE
6 HWANG CHING YING
7 KEE CHUNG XIAN
8 KUAN SU CHING
9 LEE PHUI LING
10 LEE YAN SIANG
11 LIM XIN RU
12 LOW JIA YAN
13 ONG SIEW YEE
14 SHARON LAI SIN YEE
15 TEE FUI SUN
16 VINCENT KUA WEI SYN
17 WONG HUANG SOON
18 WONG SIEW JIUN
19 WONG SOON HENG
PPISMP Ambilan Jun 2011 Kumpulan (SEJ)
BIL NAMA NO.IC JANTINA KAUM
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
LOKASI
Tasik Banding
KEWANGAN
Semua perbelanjaan peserta ditanggung oleh pihak maktab.
Perbelanjaan pensyarah pengiring ditanggung oleh Bahagian Pendidikan Guru
mengikut pekeliling Perbendaharaan LPM/AM (18A) – Pin 2/91.
Anggaran Perbelanjaan Amali Sukan Rekreasi
Perbelanjaan ( 45 orang ) Tarikh:
HARGA BIL. AHLI JUMLAH
Makanan
makan/minum selama 3 hari
Sewaan
Sewaan tapak perkhemahan
Bayaran jurulatih/peralatan
100.00 6 buah RM 600.00
JUMLAH BESAR RM 4890.00
PENUBUHAN JAWATANKUASA
Jawatankuasa Induk
BIL. JAWATAN NAMA KELAS
1 PENGERUSI MUHAMAD SAHARUDIN BIN ISAHAK PJ A
2 NAIB PENGERUSI MUHAMMAD FARIS BIN ABDULLAH PJ A
3 SETIAUSAHA AMNI SYAZANI BINTI MAHAMAD PJ A
4 NAIB SETIAUSAHA MUHAMAD ZUL AZIM BIN NORDIN PJ B
5 BENDAHARI NURUL HISYAM BINTI MOHD TARMIZI PJ A
6 NAIB BENDAHARI ASRUL AFFENDI BIN SABRI PJ B
Jawatankuasa Pelaksana
1 AJK KESELAMATAN MUHAMMAD NASRUL AFIQ B. MOHD DESA PJ A
ANIS ATHIRAH BINTI MOHAMAD PJ B
2 AJK PERALATAN MUHAMMAD AFIQ BIN ZULKEFLI PJ A
HAZIMAH BINTI SHAHRUDIN PJ A
3 AJK KEBERSIHAN MUHAMAD ZUL FAHMI BIN ROSLI PJ B
NOOR SHAMEERA PJ B
4 AJK DOKUMENTASI MUHAMMAD AKMAL BIN MAHADI PJ B
NURUL ASILAH BINTI TARMIZI PJ A
5 AJK MAKANAN MUHAMMAD AIMAN BIN ISMAIL PJ A
NOR HIDAYAH BINTI CHEK MEH PJ A
6 AJK KEROHANIAN MUHAMAD ARIFF BIN NOBI PJ B
SUHAILI BINTI MANSOR PJ A
7 AJK PENGANGKUTAN ZULFIKRI AZMI BIN ZUBIR PJ A
NOOR SYAFIKA IZZATY BIN YAHAYA PJ A
8 AJK AKTIVITI NUR ADIBAH BINTI ABDUL PJ A
MUHAMMAD ASYRAF BIN ABDUL RAHIM PJ A
PENASIHAT : Tuan Pengarah Institut Perguruan Perlis
Tuan Timbalan Pengarah
PENGERUSI : En.Rosley Bin Abdullah
(Ketua Jab. Pend. Jasmani dan Pend. Kesihatan)
SETIAUSAHA : En. Badrul Zaman Bin Abdul Latiff
(Penyelaras Sukan Rekreasi)
AHLI JAWATANKUASA :En. Eddy / En. Krishnan (Peralatan)
En Muftar bin Saad / En.Elias bin Talib (Aktiviti)
En Azizan / En.Idris (Kebajikan dan Keselamatan)
En. Hanafi bin Ghazali (Kerohanian & LDK)
Pn. Lily Rozita binti Mohamad (Kuatermaster Makanan)
Pn. Norazelina bt. Awang (Tugas-tugas Khas&Cenderamata)
Pn.Liza binti Saad
JADUAL TUGAS
BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat perancangan,
Mengawalselia perancangan program, Pemantauan
2. Setiausaha Menyediakan laporan, Surat-menyurat,Minit
mesyuarat,Pemantauan keseluruhan program
3. Bendahari Menyediakan budget, Laporan kewangan
4. Kerohanian & LDK Mengendalikan aktiviti kerohanian/moral,
Mengenalpasti fasilitator
5. Kuatermaster Peralatan Menyediakan peralatan perkhemahan,
peralatan memasak, peralatan siaraya, bahan alat tulis
6. Kuatermaster Makanan Mengurus bekalan makanan, Mengawasi kuantiti bekalan makanan, kebersihan makanan
7. Aktiviti Merancang, mengendali dan memantau aktiviti,
Memilih dan menentukan jurulatih/fasilitator
8.Kebajikan dan Keselamatan
Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-
ubatan,Menguruskan pengangkutan, insuran peserta
PELAKSANAAN/JADUAL PROGRAM
CADANGAN AKTIVITI SUKAN REKREASI
INSTITUT PERGURUAN PERLIS
(PERKHEMAHAN 3 HARI 2 MALAM)
HARI/MASA
8.00 PAGI – 12.00 PETANG 2.00 – 3.30 PTG3.30 PTG -6.00 PTG
6.00 PTG–9.30 MLM
9.30 MLM – 11.00 MLM
HARI 1 PERJALANAN KE TEMPAT PERKHEMAHAN
Taklimat, Penyediaan Tapak
DanMendirikan
Khemah
Pengurusan Diri, Solat dan tazkirah, makan mlm
Taklimat, Refleksi, laporan aktiviti serta LDK
HARI 2
5.30-6.45 PG 6.45-8.30 PG 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG5.00 PTG – 9.30 MLM
9.30 – 11.00 MALAM
Solat Subuh & Pengurusan Diri
Senaman, Sarapan Pagi & Persiapan Aktiviti
Pengurusan Diri, Solat dan tazkirah, makan mlm
Taklimat, Refleksi, laporan aktiviti serta LDK
HARI 3
5.30-6.45 PG 6.45-8.30 PG 8.30-11.00 PG 11.00 PAGI – 6.00 PETANG
Solat Subuh & Pengurusan Diri
Senaman, Sarapan Pagi & PERJALANAN PULANG
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Aktivit sukan rekreasi merupakan aktiviti yang amat berfaedah untuk menguji ketahanan
mental, fizikal, emosi kerana para pelatih akan mendapat pengalaman melalui kegiatan-
kegiatan yang dirancang. Ia juga memberi peluang kepada para pelatih untuk
mempratikkan kemahiran dalam membuat keputusan dan pengurusan.
Para pelatih juga akan menghayati keindahan alam semula jadi dan bersyukur di atas
segala nikmat yang Tuhan berikan. Secara tidak langsung para pelatih juga akan
memahami dan menghargai kepentingan pemulihan ekologi dan pemuliharaan alam
semula jadi.
Adalah diharapkan dengan melalui aktiviti pendidikan luar ini, para peserta akan
memperolehi satu pengalaman luar bilik darjah yang amat bermakna dan berguna dalam
kehidupan seharian.