contoh kertas kerja inovasi intership
DESCRIPTION
Contoh Kertas Kerja Inovasi IntershipTRANSCRIPT
________________________________________________________________
KERTAS KERJA PROJEK INOVASI
MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN MENJARING LOMPAT
BOLA BALING
________________________________________________________________
NamaMUSTAFA BIN ALI
No K/P780205-11-5419
Tempat SK Taman Bukit Indah
Nusajaya, Johor
KERTAS KERJA
PROJEK INOVASIMULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN
MENJARING LOMPAT
1.0 Pengenalan
Permainan menjadi antara tunjang utama dalam sukatan pelajaran pendidikan
Jasmani dan Kesihatan (2006) di Malaysia. Sehubungan dengan itu, setiap guru
Pendidikan Jasmani mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar bagi
melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran asas yang kukuh bagi
sesuatu permainan. Antara kemahiran asas yang terkandung dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah kemahiran-kemahiran yang berkaitan
dengan permainan seperti bola sepak, badminton dan bola baling.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Jasmani bertujuan
untuk melancarkan proses pengajaran supaya memudahkan kefahaman pelajar
untuk lebih memahami konsep dan kemahiran sesuatu pembelajaran dengan
lebih jelas dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk
multimedia juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih baik, dan dapat
membantu guru menyampaikan pengajaran lebih jelas dan mudah difahami oleh
pelajar.
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi
dan manipulasi video, audio, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan
komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang
menyoronokan dan menarik disamping membantu pelajar memahami konsep
dengan cepat dan mudah. Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan
telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang kita harapkan akan mampu
membantu dunia pendidikan terutamanya bagi mata pelajaran Pendidkan
Jasmani menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Objektif
i. Meningkatkan kemahiran menjaring jaringan lompat dalam permainan
bola baling dengan penggunaan bahan bantu mengajar multimedia
berbentuk perisian power point, video dan latih tubi.
ii. Melihat persepsi murid terhadap pembelajaran melalui multimedia.
iii. Melihat keberkesanan penggunaan multimedia dalam pembelajaran
kemahiran menjaring jaringan lompat bola baling bagi murid tahun empat.
3.0 Kumpulan sasaran
Projek yang dijalankan ini melibatkan orang murid-murid lelaki Tahun 4
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah yang tidak dapat menguasai kemahiran
menjaring jaringan lompat dalam bola baling. Semasa pengajaran dan
pembelajaran didapati murid ini tidak dapat melakukan aktiviti menjaring dengan
betul dan tepat.
4.0 Jangka masa
9 Ogos hingga 4 September 2015 ( 4 Minggu)
5.0 Anggaran Perbelanjaan
6.0 Pelaksanaan Projek
Bil Perkara Harga Seunit (RM)
Kuantiti Jumlah
1 Kertas A4 80 gm RM 10.00 1 RM 10.00
2 Fotostat RM 0.05 200 RM 10.00
3 Dakwat mesin pencetak RM 55.00 1 RM 55.00
4 Alat tulis RM 2.00 6 RM 12.00
5 Buku catatan RM 4.00 1 RM 4.00
JUMLAH RM 89.00
Minggu Aktiiti i
Minggu 1 Persembahan power point lakuan menjaring lompat yang betul dan latih tubi
Minggu 2Tayangan video ilustrasi gerak perlahan menjaring lompat dalam permainan bola baling dan latih tubi
Minggu 3Tayangan video latih tubi menjaring lompat dan latih tubi
Minggu 4Tayangan video permainan bola baling berfokus kepada jaringan lompat
7.0 Penutup
Saya berharap projek yang dicadangkan ini dapat dilaksanakan dan akan
berjalan lancar serta mencapai objektif dan matlamatnya. Terima kasih kepada
semua pihak yang memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan
program ini.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
…………………… ………………………….……… (MUSTAFA BIN ALI) ( )
KERTAS KERJA
________________________________________________________________
Nama Program :
Program ”Mari Mengenal Hari dalam Seminggu”
Tahun 1
PROJEK INOVASI MULTIMEDIA INTERAKTIF
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
(Pelaksanaan Projek)
________________________________________________________________
NAMA PELAJAR: FREADY FOOK LIEW
MATRIK NO: CT10210213
PENSYARAH:
PM. Dr. Ch ristina Peter Liwagu
1.0 Langkah Pertama
1.1 Tentukan kandungan
Di dalam projek inovasi bbm ini akan diselitkan kandungan pengajaran dan
pembelajaran dalam bab Masa dan waktu bagi Tahun 1 yang akan di ajar
berkaitan ”Hari dalam seminggu”. Dalam topik ini murid diajar untuk mengenal
dan mengingat nama hari-hari yang terdapat dalam seminggu.
1.2 Aktiviti- aktiviti
Aktiviti yang terdapat di dalam inovasi ini adalah seperti berikut
Nyanyian Lagu ”Hari dalam seminggu”
Turutan hari
Menyusun hari mengikut urutan
Hari sebelum dan selepas
Tugasan berpasangan
1.3 Strategi penilaian
Strategi yang digunakan adalah melalui penggunaan ujian pra dan
ujian pos untuk mengetahui keberkesanan BBM
Menggunakan persepsi pelajar
Pemerhatian secara langsung
Temubual dengan pelajar.
2.0 Langkah kedua
2.1 Rancangan strategi penilaian
Seperti yang telah dijelaskan pada strategi penilaian, strategi yang digunakan
adalah ujian pra dan ujian pos. Lembaran kerja pada mulanya diberikan kepada
murid-murid sebelum memulakan pengaoljaran dan pembelajaran bagi
mengetahui tahap pengetahuan mereka.
3.0 Langkah ketiga
Jika dilihat dari keefisyenan penggunaan BBM disekolah adalah amat
kurang disebabkan kekangan masa kerana masa guru yang padat menyebabkan
penajaran dan pembelajaran membosankan. Dengan inovasi ini berharap dapat
menarik minat tahun 1 untuk mempelajari pengajaran dan pengajaran yang lebih
bermakna
4.0 Langkah empat
4.1 Membangunkan prototaip
Saya telah membangunkan prototaip dengan menggunakan perisian
power point memandang saya hanya mempunyai sedikit kemahiran
menggunakan powerpoint sebagai platfom untuk membina program bbm ”Hari
dalam seminggu”
5.0 Langkah lima
5.1 Perlaksanaan penilaian formatif
Perlaksanan penilaian formatif dilakukan selepas ditayangkan kepada
murid-murid tahun 1 untuk melihat keberkesanan projek ”Hari dalam seminggu”.
Soalan yang sama digunakan seperti soalan yang mula-mula mereka jawab iaitu
soalan pra .
6.0 Langkah 6
6.1 Lengkapkan rekabentuk
Berikut adalah beberapa gambaran bentuk inovasi
6.1.1 Slide lengkap mengambarkan turutan hari
6.1.2 Slide yang menunjukkan lagu ”Hari dalam seminggu” dinyanyikan sebagai
set induksi.
7.0 langkah 7
7.1 Perlaksanakan penilaian sumatif