contoh kertas kerja

Upload: anifar

Post on 02-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJASAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEKEM 2013SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPADANG

PendahuluanUnit Kokurikulum bersama Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Kelab Rukun Negara SK Kempadang akan mengadakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2013. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama di kalangan tenaga pengajar SK Kempadang.

MatlamatMatlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan murid SK Kempadang.

Objektif1. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.2. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.3. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara.4. Menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara.5. Menanam rasa hormat dan menghargai warga emas sebagai warga pembangunan negara.RasionalPenganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya murid mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk semangat petriotisme. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim SK Kempadang.

Cadangan Tarikh15 Ogos sehingga 16 September 2013

TempatSekolah Kebangsaan Kempadang

Perasmian PembukaanEn. Paiza bin Md Dom (Guru Besar SK Kempadang)

Kumpulan SasaranSemua murid SK Kempadang

Ahli Jawatankuasa Sila lihat Lampiran 1 -

Aktiviti-Aktiviti Bulan Kemerdekaan Sila lihat Lampiran 2 -

Perbelanjaan Sila lihat Lampiran 3 -

Sumber Kewangan1. PCG Unit Kokurikulum2. PCG Pusat Sumber 3. PCG Kelab Rukun Negara4. PCG Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan5. Sumbangan Kedai Buku Sekolah

PenutupSegala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MUHAMAD ROWAISHAM BIN MOHD ROZANI)(PAIZA BIN MD DOMGuru BesarSK Kempadang

Lampiran 2

Aktiviti sempena Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013Bil.

AktivitiTarikh PelaksanaanTindakan/ Kawasan

1.

Perhimpunan Khas Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Ucapan pengerusi majlis Nanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang dan Sekolah Bacaan perutusan kemerdekaan Ucapan Guru Besar Laungan merdeka Nanyian lagu patriotik Bersurai

24 Ogos 2013Guru bertugas mingguan / Tapak perhimpunan

2.

Perarakan / Ziarah Merdeka dan Pertandingan Basikal Berhias24 Ogos 2013Panitia PJK

3.

Pertandingan Mewarna & Melukis24 Ogos 2013Panitia PSV/ Bilik darjah

4.

Ceramah Kemerdekaan28 Ogos 2013Unit Bimbingan Kaunseling / Dewan

5.

Pertandingan deklamasi sajak2 Sept 2013Panitia BM / Dewan

6.

Pertandingan Koir3 Sept 2013Panitia Muzik / Dewan

7.

Perlawanan futsal persahabatan dengan warga veteran (warga emas)10 Sept 2013Unit Sukan dan PIBG

8Acara penutup Bulan Kemerdekaan 2013

Penyampaian hadiah Kuiz Kemerdekaan13 Sept 2013Guru bertugas mingguan / Tapak perhimpunan

Lampiran 3

Perbelanjaan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekem 2013

1. Cenderamata PenceramahRM 100.00

2. Hadiah Basikal BerhiasPertama - RM8.00Kedua - RM5.00Ketiga- RM3.00Saguhati - 10 x RM 2.00RM 36.00

3. Pertandingan deklamasi sajak (Lelaki & Perempuan)Pertama - RM8.00 x 2Kedua - RM5.00 x 2Ketiga- RM3.00 x 2Saguhati - RM 2.00 x 20RM72.00

4. Pertandingan koir kemerdekaan (10 orang/kumpulan)Johan- RM30.00Naib Johan- RM20.00Ketiga- RM10.00Saguhati- RM10.00 x 3RM90.00

5. Hadiah Pertandingan Mewarna

Prasekolah Pertama - RM8.00Kedua - RM5.00Ketiga- RM3.00RM16.00Pendidikan KhasPertama - RM8.00Kedua - RM5.00Ketiga- RM3.00RM16.00

Tahap 1Pertama - RM8.00 x 3Kedua - RM5.00 x 3Ketiga- RM3.00 x 3RM48.00

6. Pertandingan Melukis (Tahap 2)Pertama - RM8.00 x 3Kedua - RM5.00 x 3Ketiga- RM3.00 x 3RM48.007. Ziarah Merdeka (Warga Emas)Barang DapurRM 50.00

8. FutsalRM200.00

9. Banner & benderaRM200.00

JUMLAHRM876.00

Lampiran 1

JAWATANKUASA PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEKEM 2013

Pengerusi : En. Paiza bin Md Dom (Guru Besar)Naib Pengerusi: En. Harif bin Hamid (GPK Kokurikulum)Setiausaha: En. Muhamad Rowaisham bin Mohd Rozani

AJKPertandingan Mewarna & MelukisPra Sekolah - Pn. Norulsawani binti Umar (K)- Pn. Roslihan binti AhmadPendidikan Khas - Pn. Zahrulmiza binti Zulkipli (K)- Pn. Mariana binti A. GhaniTahap 1- Pn. Rashima Aida binti Abdullah (K)- Pn. Rafiah binti IbrahimTahap 2- Pn. Noor Adzdaliana binti Mohamed Zawawi (K)- Pn. Kam Siah binti Nadin

Pertandingan Deklamasi Sajak En. Mohd Zaid bin Mohamad (K) Pn. Syuhada binti Said

Koir Kemerdekaan Tn. Syed Suhaimi bin Syed Mat Zain (K) Pn. Rosmini binti Ab GhaniPertandingan Jelajah Merdeka dan Basikal Berhias En. Mohamad Zakri bin Mohd Jali (K) En. Ahmad Fauzi Bin Abdul Rahman En. Borhanuddin bin Aziz Ust. Wan Hamzah bin Wan Abdullah

Ziarah Merdeka (Warga emas) En. Harif bin Hamid (K) Ust. Mohd Ikram bin Othman

Ceramah Kemerdekaan En. Abdullah Pani bin Ab Latiff (K) Pn. Noor Akmar binti Md Noor

Futsal En. Ahmad Shahar bin Ibrahim

Brosur & Kuiz Kemerdekaan En. Muhamad Rowaisham bin Mohd Rozani

Hadiah Pn. Sapinah binti Mohamed (K) Pn. Siti Hasliza binti Daud Cik Shahila Wati binti Mohamad Zahid