contoh kerja kursus geografi
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
1/22
PENGHARGAAN
Saya Ahmad Zafran Aqil b Abd Rahim dari tingkatan 3 Amanah berasa amat beryukur
kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi dalam tempoh yang diberikan. Saya inging
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung mahupun tidak
langsung.
Terlebih dahlu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa
yang saya sayangi iaitu Abd Rahim b Lazim dan Nurani bt Ahmad kerana telah banyak
membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini. Mereke juga telah mengorbankan masa untuk
menemani saya mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk menyipkan tugasan ini.
Selain itu, ucapan terima saya hulurkan kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu Puan
Hjh Samaniah bt Mohd Ali kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagi
menyipkan tugasan ini. Bimbingan beliau amatlah saya hargai.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu Hakim, Anip, Hadif, Zulhilmi dan Farisi
kerana telah banyak membantu saya bagi menyipakan tugasan ini. Mereka juga sanggup
untuk menemani saya ke tempat-tempat kajian bagi menyelesaikan segala masalah sepanjang
saya menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua responden
yang sudi untuk ditemu ramah bagi membantu saya untuk mendapatkan maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan tugasan ini.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
2/22
PENDAHULUAN
Kerja Kurusus Geografi merupakan syarat wajib untuk lulus dalam subjek Geografi
ketika menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tugasan ini memerlukan pelajar-
pelajar untuk turun padang bagi mendapatkan maklumat tentang tajuk tugasan yang diberi.
Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan pilihan saya untuk dijadikan sebagai tajuk
kajian Kerja Kursus Geografi ini. Kawasan Wakaf Che Yeh dipilih kerana tempatnya yang
begitu menarik amat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan kajian. Tambahan pula, Pasar
Malam Wakaf Che Yeh menyambungkan peranan yang penting kepada [enduduk yang berada
di sekitar itu.
Selain itu, kebanyakan rakan saya tinggal di kawasan berhampiran dengan tempat kajian
itu. Hal ini secara tidak langsung dapat menyenangkan saya untuk mendapatkan maklumat
berkaitan dengan tugasan saya. Saya mengambil masa selama 8 minggu untuk menyiapkan
Kerja Kursus Geografi ini.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
3/22
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif kajian yang berikut :
1) Mendifinisikan konsep dan menyatakan tentang Perniagaan Runcit (Pasar Malam) diWakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
2) Menyatakan dan menghuraikan tentang konsep dan jenis pasar malam di Wakaf CheYeh.
3) Menyenaraikan dan menyelidik tentang kesan negatif yang ada di pasar malam diWakah Che Yeh.
4) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif pasar malam diWakaf Che Yeh.
5) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan pasar malam di Wakaf Che Yeh.6) Menerapkan nilai murni dan unsur patriotisme melalui kajian tentang pasar malam di
Wakah Che Yeh.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
4/22
KAWASAN KAJIAN
1) Nama Kawasan Kajian
Saya telah memilih pasar malam di Wakaf Che Yeh sebagai kawasan kajian
untuk Kerja Kursus Geografi 2012.
2) Latar Belakang/Sejarah Kawasan Kajian
Wakaf Che Yeh nerupakan sebuah kawasan terpencil di Kelantan. Mempunyai
keluasan sebanyak suku ekar dan akhirnya tempat ini telah dimajukan sebagai pasar
malam yang amat terkenal. Barang-barangan yang dijual makanan, minuman, pakaian,
permainan kanak-kanak dan perlalatan elektrik.
Kawasan Wakaf Che Yeh pada mulanya merupakan kawasan ladang kelapa
sawit yang dikenali sebagai THE LEE RUBBER. Setelah itu, Wakaf Che Yeh telah
diubah suai dengan cantik selepas 10 tahun. Ladang kelapa sawit tersebut telah
dipindahkan ke sesuatu tempat akibat baunya yang begitu busuk yang tidak
menyenangkan kepada penduduk die sekitar kawasan tersebut.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
5/22
Kawasan Wakaf Che Yeh berkembang sebagai pusat perniagaan disebabkan
oleh faktor penambahan penduduk di taman-taman yang berhampiran dengan Wakaf
Che Yeh. Kawasan perniagaan runcit (pasar malam) beroperasi setiap hari bermula
jam 5 petang hingga 5 pagi. Waktu tempoh yang agak panjang menyebabkan ramai
pelanggan yang datang pada lewat malam. Tambahan pula, di kawasan Pasar Malam
Wakaf Che Yeh terdapat Restoran Mc Donalds yang beroperasi 24 jam, butik-butik,
Syarikat Muda Osman dan bank.
3) Pandang Darat Fizikal
Kawasan kajian saya merupakankawasan bertanah pamah, rasta dan rendah
dari segi pandang darat fizikal. Justeru, keistimewaan pandang darat terdapat di sini
menyebabkan pasar malam di Wakaf Che Yeh mudah untuk dijalankan.
4) Lokasi Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang saya kaji ini terletak berdekatan dengan Pusat Membeli
Belah Ceria. Terdapt juga banyak restoran-restoran dan juga pelbagai lagi infrastruktur
yang disediakan sekitar kawasan Wakaf Che Yeh.
5) Jarak dari Bandar/Pekan Terdekat
Lokasi kawasan kajian saya tidak jauh dari pusat bandar iaitu Bandar Kota
Bharu, Kelantan. Jarak antara pusat bandar dan Wakaf Che Yeh kira-kira 5 km. Pekan
atau kampung yang berdekatan dengan kawasan kajian saya ialah Kampung Bunut
Payung.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
6/22
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan dalam menyempurnakan kerja kursus
ini. Antaranya ialah:
Pemerhatian
Saya dan rakan-rakan telah melakukan kaedah pemerhatian tentang kawasan kajian
saya. Kaedah sebegini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kesan-kesan negatif, barang-
barang yang dijual dan kebaikan pasar malam yang terdapat dalam perniagaan pasar malam di
kawasan kajian saya. Semua perkara yang diperhatikan telah tercatat dalam buku catatan yang
selalu berada di sisi saya.
Temubual
Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah menemubual 3 orang responden iaitu
penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan ini tentang cadangan-cadangan bernas
untuk mengurangkan kesan-kesan negatif, barang-barang yang perlu dijual, dan keadaan pasar
malam terhadap perniagaan pasar malam di tempat mereka.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
7/22
Rujukan
Saya juga telah membuat rujukan di perpustakaan sekolah dan saya telah melayari
internet bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pasar malam di Wakaf Che Yeh.
Soal Selidik
Saya telah mengedarkan 20 borangf soal selidik kepada 20 orang responden bagi
melengkapi lagi tugasan ini. Boran-borang tersebut diedarkan adalah untuk mengenal pasti
kesan-kesan negatif perniagaan pasar malam, suasana pasar malam dan membincangkan
tentang cadangancadangan untuk mengurangkan kesan negatif dan meningkatkan kualiti
perniagaan pasar malam di Wakaf Che Yeh.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
8/22
DAPATAN KAJIAN
1) Konsep & Jenis Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian
Berdasarkan Kamus Dewan edisi ke-4, perniagaan runcit (pasar malam)
bermaksud pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit yang dijalankan
pada waktu malam. Perniagaan pasar malam ini diadakan di Wakaf Che Yeh, Kota
Bharu, Kelantan pada setiap malam bermula jam 5 petang hingga 5 pagi. Terdapat
pelbagai jenis jualan yang dijual seperti jualkan makanan, minuman, pakaian,
barangan eletronik dan makanan ringan.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
9/22
2) Kepentingan Perniagaan Runcit di Wakaf Che Yeh
Terdapat banyak kepentingan perniagaan pasar malam di kawasan ini. Antaranya:
2.1 Menyediakan peluang pekerjaan
Berdasarkan analisa borang soal selidik yang telah saya edarkan kepada 20 orang
responden, mereka mengatakan bahawa perniagaan pasar malam seperi memberi banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh. Terdapat banyak
jenis pekerjaan yang ada di pasar malam Wakaf Cye Yeh. Antaranya, perniagaan pakaian,
makanan, barangan elektronik, minuman dan makanan segera. Apa yang boleh
membanggakan ialah, mereka tidak berkelahi sesama mereka ketika berniaga malah mereka
mengamalkan sikap membantu sesama mereka.
Saya berasa bengga kerana semasa saya menjalankan kajian ini, saya melihat hubungan
antara peniaga dan pembeli berada dalam suasan harmoni. Mereka saling hormat-
menghormati walaupun wujud suasana riuh rendah dan bising. Namun, suasana yang
sedemikian menyebabkan pasar malam tersebut menjadi tumpuan orang ramai.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
10/22
2.2) Meningkatkan taraf hidup/pendapatan
Berdasarkan borang soal selidik tersebut, ramai yang menyatakan bahawa pasar
malam di sini dapat meningkatkan taraf hidup para peniaga yang berniaga di sini. Hal ini
demikian kerana para peniaga dapat menambahkan pendapatan keluarga bagi menyara hidup
keluarga. Contohnya, mereka yang berpendapatan RM 200 sebulan dapat meningkatkan
pendapatan mereka kepada RM 700 sebulan. Penambahan yang sedemikian bermakna kuasa
beli beli barangan mereka meningkat dan secara automatiknya dapat meningkatkan taraf
hidup mereka.
2.3) Memudahkan penduduk tempatan membeli
Di samping itu apabila kita berfikir secara rasional, dengan adanya pasar malam,
penduduk di sekitar kawasan ini dapat membeli barangan keperluan harian mereka dengan
begitu mudah. Waktu perniagaan yang agak lama dapat memberikan keselesaan kepada
pembeli untuk memilih barangan yang hendak dibeli.
2.4) Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
Seterusnya, berdasarkan borang kaji selidik yang telah saya edarkan kepada responden,
mereka menyatakan bahawa penduduk yang tinggal berhampiran dewngan pasar malam ini
juga tidak ketinggalan memasarkan barangan jualan mereka sendiri oleh sebab Wakaf Che
Yeh penuh dengan barangan jualan tempatan yang dapat dikomersialkan.
Saya berasa sangat untung kerana dapat menjalankan kajian seperti ini kerana pada
pendapat saya, saya telah banyak mempelajri tentang kepentingan-kepantingan pasar malam
di kawasan saya. Saya juga bersyukur dengan adanya pasar malam di Wakaf Che Yeh dapat
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
11/22
menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan dan
membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan.
2.5) Menjimatkan kos pengguna/peniaga
Semasa saya menjalankan kajian ini, saya mendapati bahawa penjimatan dari segi wang
boleh dibanggakan kerana ia amat menjimatkan kepada pengguna dan peniaga. Para
pengguna dapat membeli barangan dengan harga yang amat berpatutan kerana barangan yang
dijual amat murah malah berkualiti. Peniaga juga dapat menjimatkan kos kerana mereka tidak
perlu membayar cukai waima satu sen. Hal ini semikian kerana mereka dapat mengelakkan
kita daripada sikap boros.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
12/22
3) Faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah:
3.1) Governan
Berdasarkan borang soal selidik, mereka bersetujui bahawa governan ialah salah satu
faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam di Wakah Che Yeh. Dasar kerajaan yang
telah membangunkan kawasan ini sehingga membangun pesat dari semasa ke semasa sejajar
dengan era globalisasi kini. Dasar governan yang telah membuka kawasan petempatan telah
menjadi faktor kepada perniagaan pasar malam di kawasan kajian saya.
3.2) Pasaran tempatan
Selain itu, berdasarkan pemerhatian temu bual secara tidak langsung dengan beberapa
orang peniaga, saya dapati kebanyakan daripada mereka menjual barangan tempatan seperti
makanan tradisional, minuman, pakaian dan lain-lain. Secara ridak langsung, ini dapat
meningkatkan lagi pasaran tempatan di Malaysia.
Barangan-barangan tempatan yang dijual oleh para peniaga di pasar malam ini
memudahkan pembeli untuk membeli barangan tempatan dan memartabatkan pasaran
tempatan di Malaysia ini. Saya berasa amat beruntung kerana dengan adanya pasaran
tempatan, maka wujudlah satu perniagaan pasar malam.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
13/22
3.3) Infrastruktur
Berdasarkan borang soal selidik yang saya edarkan kepada 20 orang responden, mereka
bersetuju bahawa infrastruktur di kawasan ini telah menjadi faktor perniagaan pasar malam di
sini. Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya di kawasan kajian, kawasan ini telah dilengkapi
dengan pembagai kemudahan prasarana kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan
kawasan ini. Secara tidak langsung, kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada penduduk,
pembeli serta peniaga di sini. Antara prasaran yang saya maksudkan adalah telefon awam,
tandas awam, perhentian bas, dan lain-lain. Dengan adanya infrastruktur sedemikian, ini
memudahkan kepada para pembeli kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk berjalan
pulang ke rumah kerana terdapat pengangkutan awam di kawasan tersebut. Mereka juga tidak
perlu bersusah payah untuk mencari tandas kerana di situ terdapat banyak tandas awam yang
telah disediakan.
3.4) Darjah ketersampaian
Berdasarkan borang soal selidik yang saya edarkan kepada 20 orang responden,
kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa antarara faktor perniagaan pasar malam
ialah darjah ketersampaian. Hal ini demikian kerana lokasi pasar malam ini tidak jauh dari
kawasan petempatan penduduk sekitarnya. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan
darjah ketersampaian ke pasar malam ini.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
14/22
3.5) Kesesuaian waktu perniagaan
Berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik, antara faktor yang mempengaruhi
perniagaan pasar malam di sini ialah kesesuaian waktu perniagaan. Waktu perniagaan pasar
malam ini juga sangat sesuai kepada para pembeli yang mana mereka dapat memilih barangan
yang ingin dibeli secara baik kerana waktu operasi perniagaan pasar malam di kawasan ini
pada pukul 5 petang hingga 5 pagi.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
15/22
4) Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
Antara kesan-kesan negartif perniagaan pasar malam di sini ialah:
4.1) Masalah sosial
Berdasarkan pemerhatian saya di kawssan kajian saya, terdapat banyak kesan negatif
yang terdapat di kawasan perniagaan pasar malam ini. Antaranya, gejala sosial yang sangat
kritikal dalam kalangan remaja. Hal ini dekimikan kerana kalangan remaja zaman kini mudah
terpengaruh dengan budaya barat, rakan sebaya dan sebagainya. Hal ini membawa faktor
kepada remaja untuk merokok, melepak bersama rakan-rakan dan berpasangan antara lelaki
dan perempuan.
4.2) Pencemaran
Berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik yang telah saya edarkan, sebilangfan
pembeli mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan sikap bilangan para peniaga
yang tidak menjaga kebersihan persekitaran kawasan itu. Mereka meninggalkan sisa-sisa
penjualan mereka dengan begitu sahaja tanpa berasa bersalah. Keadaan riuh rendah
menyebabkan pencemaran bunyi telah berlaku di situ. Hal ini telah mengganggu penduduk
sekitar kawasan itu vdengan bunyi suara yang riuh-rendah. Namun demikian, saya berasa
kagm dengan kesedaran yang ditunjukkan oleh segilintir peniaga yang beasa
bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dengan memastikan semua sampah-sarap
dibuang ke tempat yang sepatutunya sebelum gerai mereka ditutup.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
16/22
4.3) Kesesakan lalu lintas
Berdasarkan pemerhatian saya di kawasan kajian, kesesakan lalu lintas jelas kelihatan
dari jam 5 petang hingga waktu malam sehingga menyebabkan pembeli meletakkan
kenderaan mereka agak jauh dari pasar malam tersebut. Kenderan mula bersesak-sesak
melalui jalan raya menuju ke kawasan pasar malam ini. Keadaan ini berlarutan sehingga
waktu perniagaan tamat.
Walaupun demikian, saya berasa bangga akan sikap segilintir pemandu yang berasa
bertanggungjawab mengalihkan kenderaan mereka yang berada di tepi jalan yang mana telah
menyesakkan lalu lintas di pasar malam ini.
4.4) Harga tanpa kawalan dan tidak berkualiti
Selama pemerhatian yang saya lakukan di pasar malam ini, saya mendapati barangan
yang dijual di sini tidak mengikut harga piawai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Para
peniaga yang ingin mengaut untung yang banyak akan menjual barangan mereka dengan
harga yang begitu tinggi sehingga menjadi bahan mulut oleh pembeli-pembeli di sini. Di
samping itu, barangan yang dijual juga tidak berkualiti dan terdiri daripada barangan tiruan
seperti perkakas memasak, jam tanbgan, mainan kanak-kanak, dan pakaian yang diseludup
masuk dari Siam, China, Indonesia dan lain-lain.
Namun demikian, saya juga berasa bangga dengan sikap peniaga yang tidak mengubah
harga asal barangan yang dijual malah mengurangkan lagi harga barangan jualan bagi
memudahkan pembeli membeli yang dijual walaupun mungkin berhadapan dengan risiko
yang tinggi.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
17/22
5) Menyediakan kemudahan asasTerdapat beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif di pasar malam.
Antaranya:
5.1) Kuatkuasaan undang-undang
Pihak MPKB hendaklah bertindak lebih tegas dan peka dalam masalah yang dihadapi
oleh peniaga-peniaga pasar malam dengan mengena kompaun kepada mana-mana pemilik
kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Kenderaan tersubt juga
hendaklah ditarik segera supaya pemiliknya sedar akan kesalahan yang mereka lakukan.
MPKB juga haruslah kerap kali meronda kawasan pasar malam supaya kawasan pasar malam
sentiasa bersih daripada sampah-sarap.
5.2) Menyediakan kemudahan asas
Pihak governan juga patut menambahkan lagi kemudahan asas yang terdapat di sini
bagi menggantikan kemudahan asas yang telah rosak di samping memberi kemudahan kepada
pembeli dan peniaga. Antara kemudahan asas yang perlu dititik beratkan adalah tong sampah
besar, memperbesarkan longkang, menambahkan lagi tempat letak kenderaan dan lain-lain
bagi menangani masalah yang berlaku di pasar malam ini seperti perncemaran yang sangat
kritikal.
Penggunaan tong sampah besar dapat mengurangkan sampah sarap yang berlonggokan
di sini. Penyediaan tempat letak keretra dapat menyenangkan para pembeli untuk berhenti di
sini. Selain itu, penambahan perkerja tukang sapu MPKB perlu ditambah bagi menangani
masalah kekotoran di pasar malam ini.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
18/22
5.3) Peranan dan pemantauan PBT dan persatuan penduduk
Pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menjalankan
pemantauan berkenaan dengan masalah sosial yang semakin luwet di kalangan remaja di
pasar malam ini yang berpeleseran dan berfoya-foya sehingga lewat malam. Pihak berkuasa
juga mestilah bekerjasama dengan persatuan penduduk bagi membanteras kes-kes yang tidak
diingini berlaku di pasal malam ini.
Namun demikian, saya berasa kagum dengan persatuan penduduk yang cuba
menangani gejala sosial dalam kalangan remaja yang tidak bermoral.
5.4) Pemeriksaan kesihatan kepada peniaga
Pihak yang bertanggungjawab dan pegawai kesihatan hendaklah bekerjasama
memantau setiap peniaga makanan dan minuman serta memastikan pekerjanya yang
mempunyai sijl menerima suntikan yang sepatutnya.
Langakah yang sedemikian ini dapat mengelakkan daripada penyakit seperti penyakit
hipetitis A yang boleh merebak melalui makanan. Pekerja yang tiada sijil akaun suntikan
perlu diarahkan untuk mendapatkan suntikan terlebih dahulu.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
19/22
RUMUSAN
Saya telah ditugaskan untuk menjalankan kajian tentang perniagaan pasar malam di
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Melalui kajian ini, saya dapat menerangkan konsep
dan jenis perniagaan pasar malam di kawasan kajian saya. Selain itu, saya dapat
menghuraikan kepentingan perniagaan pasar malam dan menyatakan faktor-faktor yang
mempengaruhi perniagaan pasar malam ini. Saya juga dapat mengenal pasti kesan-kesan
negatif perniagaan pasar malam ini dan membincangkan cadangan-cadangan untuk
mengurangkan kesan negatif tersebut.
Antara kepentingan perniagaan pasar malam ini ialah, menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk, meningkatkan taraf hidup, memudahkan penduduk tempatan membeli
barangan,membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan.Selain itu, antara
faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ini ialah governan, pasaran tempatan,
infrastruktur darjah ketersampaian dan kesesuaian waktu perniagaan.
Di samping itu, antara kesan negatif perniagaan pasar malam di kawasan kajian ialah,
masalah sosial, pencemaran, kesesakan lalu lintas, harga tanpa kawalan dan barangan tidak
berkualiti. Antara cadangan untuk mengatasi kesan negatif pasar malam ini ialah
kuatkuasakan undang-undang, peranan dan pemantauan PBT, pemeriksaan kesihatan kepada
peniaga dan menyediakan kemudahan asas.
Saya bersyukur kerana pasar malam di Wakaf Che Yeh telah memberi banyak faedah
kepada penduduk sekitar. Sesungguhnya kerjasama antara peniaga dan pembeli merupakan
sikap yang amat penting kerana ini dapat melancarkan lagi perniagaan pasar malam.
Walaupun ada kesan negatif tetapi dengan adanya budaya kerjasama dan muafakat setiap
masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
20/22
LAMPIRAN
Gambar peniaga menjual hasil pertanian.
Gambar peniaga menjual pakaian.
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
21/22
Gambar peniaga
-
7/30/2019 contoh kerja kursus geografi
22/22
RUJUKAN
Buku Rujukano Sabruddin Abdul Rahman (2010), Longman Esensi Geografi PMR, Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Orang Sumbero 20 orang responden yang merupakan pengunjung pasar malam di Wakaf Che
Yeh.
Interneto http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=ilo http://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan_runcit
Buku Tekso Chong Mui Sen, Dr. Azizan Bin Haji Abu Samah (2002), Geografi Tingkatan
2, Petaling Jaya, Sasbadi Sdn. Bhd.
o Khaw Ah Seng, Habibah Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan3, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=ilhttp://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=ilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan_runcithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan_runcithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan_runcithttp://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=il