contoh karangan laporan

3
Contoh Karangan Laporan By Wong Wei Yee Written for the 2001 mid term exams. Distributed all around the school as an example. It's sooo good, it has to be here. p/s. Its purely academic, no need to read if you want to have fun. Laporan Aktiviti Tahunan Kebangsaan Persatuan Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak Penaung :Pn. Nabun Ahmad Guru Penasihat :1. Encik Sulaiman Daud 2. Puan Susan Yau 3. Cik Jeya Devi Pengerusi :Chandra a/l Subramaniam Naib Pengerusi :Leong Pei Wah Setiausaha :Wong Wei Yee Bendahari :Mohamad Hendra Ahli Jawatankuasa :1. Sharifah Yuslina 2. Meng Li Peng Persatuan Alam Sekitar Sekolah Menengah Bandar Tun Razak merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2001. Objektif utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memupuk rasa cinta dan sayang terhadap alam sekitar di kalangan pelajar serta mendidik dan membimbing mereka untuk menghargai alam sekitar ini. Jumlah ahli yang mendaftar amat memberangsangkan iaitu sebanyak 123 orang pelajar dari semua tingkatan telah mengisi borang untuk memasuki kelab ini. Pada 31 Januari 2001, persatuan ini telah mengadakan mesyuarat agungnya buat kali yang pertama. Kehadiran ahli-ahli juga amat menggalakkan iaitu hanya 10 orang ahli sahaja ang tidak hadir. Ahli-ahli persatuan telah bermesyuarat untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun 2001. Di samping itu, agenda yang diketengahkan ialah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepangjang tahun 2001. Pada minggu kedua bulan Febuari 2001, persatuan ini telah mengadakan Minggu Alam Sekitar. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan minggu ini adalah seperti pameran alam sekitar, jemputan pengawai PERHILITAN untuk menyampaikan ceramah serta pertandingan seperti kuiz alam sekitar. Sambutan daripada para pelajar sekolah ini amat menggalakkan. Seterusnya pada bulan Mac pula, telah diadakan bulan Kitar Semula. Aktiviti ini dilaksanakan untuk menunjukkan sokongan padu pelajar sekolah ini terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan amalan kitar semula sebahagian daripada amalan hidup kita. Para pelajar telah digalakkan untuk membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula ke sekolah-sekolah seperti surat khabar lama, botol air mineral dan tin-tin aluminium. Untuk menambahkan keberkesanan program ini suaru pertandingan telah diadakan iaitu kelas yang dapat mengumpul bahan kitar semula terbanyak akan

Upload: puchai68

Post on 31-Oct-2015

4.975 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Laporan

 

 

 

 

 

 

 

 

Contoh Karangan Laporan

By Wong Wei YeeWritten for the 2001 mid term exams. Distributed all around the school as an

example. It's sooo good, it has to be here. p/s. Its purely academic, no need to read if you want to have fun.

 

Laporan Aktiviti Tahunan Kebangsaan Persatuan Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak

Penaung : Pn. Nabun AhmadGuru Penasihat :1. Encik Sulaiman Daud

2. Puan Susan Yau3. Cik Jeya Devi

Pengerusi : Chandra a/l SubramaniamNaib Pengerusi :Leong Pei Wah

Setiausaha : Wong Wei YeeBendahari : Mohamad Hendra

Ahli Jawatankuasa :1. Sharifah Yuslina2. Meng Li Peng

Persatuan Alam Sekitar Sekolah Menengah Bandar Tun Razak merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2001. Objektif utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memupuk rasa cinta dan sayang terhadap alam sekitar di kalangan pelajar serta mendidik dan membimbing mereka untuk menghargai alam sekitar ini.

Jumlah ahli yang mendaftar amat memberangsangkan iaitu sebanyak 123 orang pelajar dari semua tingkatan telah mengisi borang untuk memasuki kelab ini. Pada 31 Januari 2001, persatuan ini telah mengadakan mesyuarat agungnya buat kali yang pertama. Kehadiran ahli-ahli juga amat menggalakkan iaitu hanya 10 orang ahli sahaja ang tidak hadir.

Ahli-ahli persatuan telah bermesyuarat untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun 2001. Di samping itu, agenda yang diketengahkan ialah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepangjang tahun 2001.

Pada minggu kedua bulan Febuari 2001, persatuan ini telah mengadakan Minggu Alam Sekitar. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras dengan minggu ini adalah seperti pameran alam sekitar, jemputan pengawai PERHILITAN untuk menyampaikan ceramah serta pertandingan seperti kuiz alam sekitar. Sambutan daripada para pelajar sekolah ini amat menggalakkan.

Seterusnya pada bulan Mac pula, telah diadakan bulan Kitar Semula. Aktiviti ini dilaksanakan untuk menunjukkan sokongan

Page 2: Contoh Karangan Laporan

padu pelajar sekolah ini terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan amalan kitar semula sebahagian daripada amalan hidup kita. Para pelajar telah digalakkan untuk membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula ke sekolah-sekolah seperti surat khabar lama, botol air mineral dan tin-tin aluminium. Untuk menambahkan keberkesanan program ini suaru pertandingan telah diadakan iaitu kelas yang dapat mengumpul bahan kitar semula terbanyak akan menerima hadiah istimewa.

Ahli-ahli persatuan telah bertugas mengikuta jadual untuk mengumpul bahan kitar semula itu dan akhirnya semua bahan itu akan diserahkan kepada pegawai Alam Flora yang datang mengutipnya dua minggu sekali. Kelas 4ST1 tealah diumumkan sebagai pemenang bagi pertandingan ini. Program ini turut memberi manfaat kepada pihak sekolah kerana Pegawai Alam Flora telah menghadiahkan sebuah kompouter peribadi kepada sekolah yang mengumpual bahan kitar semula terbanyak di peringkat Zon Pudu. Ternyatalah bahawa program ini amat berkesan dan berjaya malah Puan Pengetua sendiri memuji usaha persatuan ini.

Pada pertengahan bulan April pula, persatuan ini telah mengadakan satu dana khas untuk membantu "World Wildlife Foundation" (WWF). Kutipan derma telah dijalankan dan kelas ke kelas malah ada guru yang bermurah hati juga sudi menghulurkan sumbangan. Sebanyak RM576.50 tealh terkumpul dan wang ini telah diserahkan kepada wakil WWF Malaysia, Encik Salleh Muhammad melalui satu majlis khas. Persatuan ini telah menerima sijil penghargaan daripada WWF.

Pada cuti semester pertama, persatuan ini telah mengadakan satu lawatan ke Hutan Simpan FRIM dan Taman Negaradi sempadan tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan, dan Terengganu. Sebanyak 50 orang pelajar telah mengikuti rombongan melawat sambil belajar dan diiringi oleh guru-guru penasihat persatuan. Di sana, kami telah diterangkan tentang spesis-spesis hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam hutan simpan itu oleh beberapa orang pegawai PERHILITAN.

Kami juga sempay bergambar dengan hidupan-hidupan liar seperti monyet yang dibiarkan bergerak bebas dalam kawasan hutan itu. Pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan oleh ahli-ahli persatuan. Ahli-ahli persatuan juga diberitahu tentang spesis-spesis hidupan liar dan tumbuhan liar yang hampir pupus dari muka bumi ini akibat projek pembangunan yang tidak terkawal dan aktiviti-aktiviti pemburuan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Ahli-ahli persatuan telah mengambil catatan tentang fakta-fakta penting untuk dijadikan rujukan kelak. Lawatan ini berakhir pada waktu petang.

Pada bulan September 2001, persatuan ini menganjurkan pula satu aktiviti yang dinamakan "Sekolah Ceria". Aktiviti ini melibatkan semua ahli persatuan iaitu semua ahli akan membawa pokok-pokok bunga dan ditanam di perkarangan sekolah serta di belakang sekolah. Projek penanaman pokok bunga di belakang kawasan sekolah diberi nama "Taman Mini". Ahli-ahli persatuan akan bergilir-gilir menjaga, menyiram dan membaja pokok-pokok bunga ini supaya tidak diserang serangga perosak. Sebagai hasilnya, sekolah

Page 3: Contoh Karangan Laporan

kini dikelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni dan ini telah menyedapkan mata memandang.

Pada cuti akhir tahun pula, ekspedisi mendaki gunung Jerai telah diadakan. Persatuan ini bersama-sama dengan Persatuan Sejarah dan Geografi telah merancang aktiviti ini sejak sebelum cuti sekolah bermula lagi. Kali ini penyertaan ahli lebih ramai iaitu sebanyak tujuj puluh lima orang. Ahli-ahli telah menaiki keretapi sehingga ke kaki bukit Gunung Jerai yang bertempat di negeri Kedah. Walau bagaimanapun, hanya seorang sahaja guru penasihat yang mengiringi ahli-ahli pada kali ini iaitu Encik Sulaiman Daud. Pada malam yang pertama, ahli-ahli telah berkhemah di kaki bukit Gunung Jerai. Ekspedisi ini diteruskan pada keesokan harinya.

Ekspedisi ini ternyata telah meluaskan pengetahuan dan pengalaman ahli-ahli. Di sana mereka dapat menikmati keindahan flora dan fauna yang masih terpelihara dan belum terancam oleh kegiatan manusia. Ahli-ahli telah memasak untuk diri sendiri dan berusaha sendiri untuk tiba di puncak Gunung Jerai. Mereka sempat untuk melihat matahari terbenam. Keindahan tersebut tidak dapat digambarkan melalui kata-kata oleh ahli-ahli.

Secara keseluruhannya, persatuan ini telah bergiat dengan aktif pada tahun 2001. Sebagai pengahrgaan, pihak pentadbir seholah telah menghadiahkan sijil kepada persatuan ini sebagai pengiktirafan mereka terhadap penglibatan persatuan ini sepanjang tahun 2001. Semoga pada tahun-tahun yang akan datang, lebih ramai pelajar yang akan memasuki persatuan ini dan persatuan in akan terus cemerlan dan unggul di kalangan persatuan-persatuan yang lain.

Laporan disediakan oleh, 11 Disember 2001 

(WONG WEI YEE)Setiausaha,Persatuan Alam Sekitar,Sekolah Mengah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

 

-[Back to Imported Meat]-

Albertisms and other crap

Know Ur Crap -: Teo recognizes mineral water brands by squeezing below the neck of the bottle. 

[hOME]-[wEBLOG]-[gALLERY]-[sTUFF]-[mORE]-[lINKS]

 

Page 4: Contoh Karangan Laporan