contoh folio kolokium tingkatan 6
DESCRIPTION
contoh kolokium paTRANSCRIPT
CONTOH FOLIO KOLOKIUM TINGKATAN 6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
TAJUK: KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KANTIN SMK KAMUNTING
KUMPULAN: 4
NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMAD HAFIZ BIN ABU BAKAR (6 A1) MUHAMAD ARIF BIN SAID (6 A2) NOORAMIRAH BINTI ZULKEHLI (6 A1) NOR AZIZAH BINTI MOHD ISMAIL (6 A1) NOOR NABILAH BINTI WAZIR (6 A2)
NAMA PENYELIA: EN. IBRAHIM BIN SHOIB
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin-Nya kajian kami yang
bertajuk Kepuasan Pelanggan Terhadap Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting pada
tahun 2012 telah berjaya disiapkan.
Kami ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Pertama sekali,kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor kami iaitu Encik Ibrahim
Bin Shoib. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan kepada kami dalam menjayakan kajian
kami. Beliau tidak putus-putus memberi cadangan dan idea untuk kajian ini.Seterusnya, terima
kasih diucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu kami dari segi kewangan. Tanpa
bantuan mereka, agak sukar untuk kami melakukan kajian ini.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak lain yang sudi
membantu dalam menjayakan kajian ini. Antaranya ialah Noor Asmiza Binti Zulkehli dan
Jamilah Binti Hanifah kerana beliau banyak menyumbangkan idea kepada kami dalam kajian ini.
Jasa beliau amat kami hargai.
Akhir kata, terima kasih juga untuk semua ahli yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga semasa kajian ini dijalankan.
BAB I
PENGENALAN
1.0 Latar belakang kajian
Kantin ialah kawasan untuk orang awam menikmati juadah. Setiap sekolah mempunyai kantin
mereka yang tersendiri. Kantin memainkan peranan yang penting kerana ia merupakan tempat
untuk kita menjamu selera. Seperti yang kita tahu, sesetengah kantin tidak akan memberi
kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu,kami telah mengambil keputusan untuk melakukan kajian
terhadap kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).
Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami mendapati bahawa ramai pelajar, guru dan
kakitangan sekolah tersebut tidak berpuas hati terhadap kantin SMKK. Kami mendapati banyak
aduan yang dilakukan terhadap kantin tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak kekangan yang
timbul di kantin tersebut.
Kami mendapati bahawa bilangan pekerja kantin adalah sebanyak 13 orang. Bilangan pekerja
lelaki ialah 6 orang manakala bilangan pekerja perempuan ialah sebanyak 7 orang. Melalui
kaedah pemerhatian, kami menganggarkan umur pekerja kantin adalah di antara 18-45 tahun.
Justeru itu, semua pekerja kantin juga telah menerima suntikan daripada Kementerian Kesihatan
sebelum memulakan perniagaan.
Melalui kajian ini juga, kami mendapati bahawa bahan mentah diambil daripada pemborong.
Berdasarkan kajian, antara menu makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin ialah nasi
lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun sup, roti, dan makanan ringan.Air minuman juga turut
disediakan.
2.0 Pernyataan masalah
2.1 Harga makanan mahal
Dalam sesebuah perniagaan,terdapat pelbagai masalah yang akan timbul. Berdasarkan kajian
yang telah kami lakukan, masalah yang wujud ialah harga makanan yang dijual oleh pengusaha
kantin agak mahal.Harga makanan yang mahal merupakan masalah yang serius kepada
pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu menmbeli makanan yang tinggi
harganya.Contohnya, pelajar yang kurang berkemampuan tidak dapat membeli makanan yang
disediakan.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar terutamanya dari segi
kewangan.
2.2 Kuantiti makanan sedikit
Kekangan lain yang timbul ialah kuantiti makanan yang disediakan amat sedikit. Kuantiti
makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harga yang dijual.Contohnya, harga sepinggan
nasi lemak yang dijual ialah RM1.50 tnetapi kuantiti makanan yang disajikan tidak memadai.
Hal ini boleh menjadikan pelanggan tidak kenyang dan akan membeli lebih banyak makanan.
Juseru itu, mereka akan menambahkan perbelanjaan.
2.3 Makanan tidak enak
Seterusnya, masalah yang timbul ialah makanan yang disajikan tidak sedap. Terdapat banyak
aduan daripada pelajar,guru dan kakitangan sekolah bahawa kadangkala makanan yang
disediakan tidak memenuhi citarasa mereka. Contohnya,sambal nasi lemak tidak dimasak dengan
sempurna seperti cabai tidak dikisar halus.
2.4 Makanan ringan yang membahayakan kesihatan
Selain itu, makanan ringan seperti nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya digoreng
dengan minyak yang berlebihan.Seperti yang kita ketahui, makanan yang mengandungi minyak
yang berlebihan boleh memberi impak yang buruk kepada diri.Buktinya, kolestrol individu boleh
meningkat secara mendadak.Contohnya, makanan yang digoreng dan mengandungi minyak yang
berlebihan di kantin sekolah SMKK boleh mengundang penyakit kepada pelajar, guru, dan
kakitangan sekolah yang membeli.
2.5 Layanan kurang mesra
Masalah lain yang wujud ialah layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin adalah tidak
memuaskan. Semasa pelanggan membeli makanan di kantin, pekerja kantin langsung tidak
mesra dengan pelanggan.Mereka juga tidak memberikan senyuman dan ucapan terima kasih
kepada pelanggan yang membeli.
3.0 Tujuan kajian
3.1 Untuk mendapat maklum balas
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pelanggan kantin
SMKK iaitu pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.Kajian ini juga dapat menyuarakan sedikit
sebanyak pendapat daripada kalangan pelajar.Di samping itu, dapat mengetahui citarasa
pelanggan terhadap menu makanan yang disediakan. Berdasarkan maklumat yang kami dapati
ada ketidapuasan pelajar mengenai menu yang disediakan oleh pengusaha kantin. Oleh itu, kami
cuba untuk menyelidik dengan lebih lanjut.
3.2 Untuk mengetahui layanan pekerja kantin
Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui layanan pekerja kantin
terhadap pelanggan.Layanan mesra daripada pekerja kantin amat penting untuk pelanggan
kerana mempunyai sikap yang mesra bukan sahaja dapat menarik hati pelanggan malah mereka
lebih merasa dihargai.Sebagai contoh, seseorang pekerja itu haruslah sentiasa senyum dengan
pelanggannya.
3.3 Mengkaji harga makanan
Harga makanan juga merupakan tujuan kajian ini dijalankan.Kami dapati ada segelintir pelajar
menyatakan harga makanan di kantin agak mahal jika hendak dibandingkan pada tahun
sebelumnya. Contohnya, harga sepinggan nasi goreng pada tahun 2012 ialah RM1.50 manakala
pada tahun 2011 harganya ialah RM1.20. Disini kita boleh melihat berlakunya kenaikan harga
makanan.Seperti yang kita tahu harga memainkan peranan penting kerana ketidakseimbangan
harga boleh mencetuskan sesuatu perniagaan itu menjadi muflis.
4.0 Kepentingan kajian
Kajian ini boleh menyumbang kepada pelanggan kantin SMKK dalam memberi keselesaan
diri.Keselesaan merupakan aspek penting bagi seseorang dalam kehidupan mereka. Tanpa
persekitaran yang menarik, ia akan membuatkan pelanggan kurang selesa untuk menjamu selera.
Pengusaha kantin seharusnya meletakkan info-info ilmiah di sudut kantin sekolah bagi
menceriakan suasana kantin.Contohnya, bahan-bahan ilmiah ditampal di atas meja makan kantin.
Berdasarkan kajian, memberi layanan mesra dan terbaik kepada pelanggan adalah amat penting.
Hal ini kerana, layanan mesra yang diberi oleh pekerja kantin akan mewujudkan hubungan baik
dengan pelanggan. Contohnya, semasa menjual makanan di kantin, pekerja yang bertugas
seharusnya memberi senyuman kepada pelanggan.
Pengusaha kantin juga perlu menyediakan makanan yang sesuai. Makanan sememangnya
penting untuk manusia kerana ia adalah keperluan hidup. Oleh itu, pengusaha kantin perlu
menyedikan makanan yang baik untuk pelanggan. Makanan yang mengandungi minyak yang
berlebihan seharusnya dielakkan kerana ia akan mengundang bahaya kepada individu.
Berdasarkan kajian, pengusaha kantin perlu memberi harga yang berpatutan kepada pelanggan
terutamanya pelajar.Hal ini kerana tidak semua pelajar mampu membeli makanan dengan harga
yang mahal.Pengusaha kantin seharusnya memikirkan situasi pelajar dari aspek
kewangan.Contohnya, harga sebungkus kentang goreng ialah RM1.00 tetapi kuantitinya adalah
sedikit. Sememangnya ia tidak memadai dan hanya membebankan pelanggan.
Kajian ini juga dijalankan untuk memenuhi citarasa pelanggan.Citarasa pelanggan sememangnya
penting untuk pengusaha kantin. Hal ini kerana ia akan meningkatkan pendapatan pengusaha
kantin tersebut. Pengusaha kantin perlu tahu citarasa pelanggan agar perniagaan yang dijalankan
berkembang maju.Contohnya, mengetahui keperluan dan kehendak pelanggan.
BAB II
KAJIAN LEPAS
Melalui pemerhatian , kami telah membandingkan pengusaha kantin dahulu dengan pengusaha
kantin sekarang daripada pelbagai aspek. Terdapat banyak perbezaan di antara dua pihak
tersebut. Pelbagai aspek positif dan negatif dapat dilihat melalui kajian yang kami jalankan.
1.0 ASPEK /PENILAIAN
1.1 Persekitaran Persekitaran yang baik dan menarik amat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana
ia akan mempengaruhi keadaan di sekeliling kita. Sebagai contoh, pengusaha kantin
dahulu telah mengabaikan aspek ini sehingga menjejaskan imej kredibitili beliau dalam
menyediakan makanan terhadap pelanggan yang terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangan
sekolah serta orang luar yang datang membeli makanan. Disamping itu, susunan kerusi dan meja
makan yang tidak teratur serta tidak sistematik telah menyebabkan persekitaran kelihatan tidak
kemas. Hal ini akan menjadikan pelajar tidak berasa selesa untuk menjamu selera. Permukaan
meja yang kotor dan tidak dilapik menyebabkan persekitaran kelihatan kusam serta tidak
menarik perhatian pelanggan.
1.2 Kebersihan
Kebersihan merupakan aspek yang paling utama dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan.
Oleh itu, pengusaha kantin perlu mementingkan kebersihan kantin. Selain itu, persekitaran yang
kotor akan memberi kesan dan masalah seperti keracunan makanan. Oleh hal yang demikian,
aspek ini perlu dijaga dan dititikberatkan oleh pengusaha kantin agar dapat mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu telah
mengabaikan aspek ini. Contohnya, para pekerja memakai pakaian yang kurang kemas. Justeru
itu, pelanggan mudah menghadapi penyakit berjangkit yang boleh dijangkiti seperti penyakit
kuku,mulut dan tangan.
1.3 PekerjaBerdasarkan kajian, pekerja terdahulu majoritinya terdiri daripada golongan warga emas. Hal ini
menimbulkan masalah apabila pekerja menjadi lambat dalam melakukan kerja. . Disebabkan itu
juga, masa yang diambil oleh pekerja kantin yang terlalu lama dalam melayan karenah
pelanggannya sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati para pelanggan. Contohnya, terdapat
kes tolak menolak dalam membeli makanan dan seterusnya mencetuskan pergaduhan sesama
mereka. Perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar. Oleh itu, pertumpahan makanan yang
dibeli oleh pelanggan di kantin turut berlaku.
1.4 Harga makanan
Makanan yang dijual seharusnya mampu dibeli oleh pelanggan tidak kira dari golongan yang
berada ataupun tidak. Harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan dengan kehendak
pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar yang ditanggung oleh ibu bapa.
Bagaimanapun, harga makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin terdahulu amat
berpatutan. Menurut kajian yang dijalankan, tiada kekangan yang wujud dari segi harga
makanan. Contohnya, harga sepinggan nasi lemak hanya RM1.20. Oleh itu, ramai pelanggan
yang berpuas hati.
1.5 Bahan mentah
Penggunaan bahan mentah yang bermutu dan segar akan menjamin kualiti makanan yang
disediakan. Asas ini penting dalam penyediaan makanan untuk para pelanggan. Namun, bahan
yang digunakan mungkin kurang elok dan lama tetapi masih digunakan dalam masakan
walaupun telah tamat tempoh. Berdasarkan kajian, pengusaha kantin terdahulu mengambil bahan
mentah yang bermutu dan segar. Walau bagaimanapun, pembekal bagi bahan mentah tersebut
ialah berbangsa Cina. Hal ini menimbulkan rasa was-was bagi pelanggan yang beragama Islam.
BAB III
METODOLOGI
1.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini melibatkan seramai 20 orang responden yang merangkumi pelajar tingkatan 4, 5 , dan
6, guru serta kakitangan sekolah. Kami hanya melakukan kajian di kantin Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah
lain. Fokus utama kajian kami adalah kepuasan pelanggan terhadap kantin SMKK.
2.0 KEPENTINGAN KAJIAN 2.1 Memantau pengurusan kantin.
Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar
para pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di
kantin sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar
para pelajar dan kesemua kakitangan pekerja dapat memperoleh makanan yang
berkhasiat untuk tubuh badan mereka.
2.2 Harga yang berpatutan
Harga yang ditetapkan juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan.
Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab
memastikan pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang
strategi untuk meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, pihak kantin juga harus
meletakkan harga mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, untuk pelajar perlu meletakkan harga
yang yang sesuai mengikut kemampuan mereka.
2.3 Kebersihan kantin terjamin
Kebersihan kantin dan pengendalian makanan secara keseluruhan terjamin. Pekerja
kantin memastikan makanan yang di jual tidak dihinggapi oleh lalat
atau sebarang makanan yang di jual adalah bukan makanan yang lama. Selain itu, mereka
juga memastikan pinggan, mangkuk, cawan, garpu dan sudu dalam keadaan bersih tanpa
sebarang karat atau kekotoran pada alat makanan tersebut. Selain itu,memastikan bahawa
kerusi dan meja di kantin berada dalam keadaan yang bersih tanpa sebarang kekotoran
seperti tumphan air atau sambal makanan di atas meja dan kerusi kantin.
2.4 Mendisiplinkan pelajar
Selain itu, pihak sekolah harus mendisiplinkan diri pelajar tentang tatacara
ketika berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin. Pihak pengurusan
kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar mematuhi semua peraturan
yang telah digariskan. Sebagai contoh, pelajar harus beratur sebelum membeli makanan dan
minuman di kantin dan perlu meletakkan pinggan atau mangkuk serta cawan ke dalam besen
selepas makanan.
2.5 Imej sekolah terjamin
Pengusaha juga perlulah menjaga nama baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang
terbaik untuk semua pihak. Selain itu, pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan
pihak pentadbir bagi memuaskan hati semua pihak. Sebagai contoh, mempelbagaikan menu
untuk semua pihak, menyediakan tong sampah yang lebih banyak supaya pelajar dapat
menyelesakan diri mereka untuk membuang sampah dengan jarak yang dekat, malah keadan
kantin lebih bersih.
3.0 ALAT KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi menjawab untuk mengetahui respond
daripada pelanggan. Respondennya terdiri daripada pelajar tingkatan 4, 5, dan 6, guru
serta kakitangan sekolah. Seramai 20 sampel telah diambil bagi mendapatkan data
yang diperlukan bagi menjawab borang soal selidik yang diedarkan . Jumlah sampel yang
dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden melalui pelajar, guru dan
kakitangan sekolah menghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara
sampel yang digunakan adalah seramai (40%) bagi pelajar manakala (30%) adalah guru dan
selebihnya untuk kakitangan sekolah iaitu(30%). Instrument kajian ini dibahagikan kepada
tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang sampel yang
digunakan iaitu status, jantina dan pelajar di tingkatan (4,5,6), guru dan pekerja di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
3.2 Bahagian pertama (harga yang berpatutan)
Berdasarkan harga makanan, hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk dikekalkan.
Selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas hati terhadap harga yang
diberikan. Hal ini disebabkan oleh kuantiti bahan mentah yang dibeli oleh pihak
kantin daripada pembekal pada masa ini adalah mahal dan tidak berpatutan
berbanding tahun lepas.
3.3 Bahagian kedua (keselesaan terhadap persekitaran kantin)
Keselesaan terhadap persekitaran kantin pada masa ini lebih selesa berbanding
tahun lepas. Ini dapat ditunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai 18
orang yang bersetuju manakala hanya 2 orang tidak bersetuju. Hal ini kerana,
pihak kantin pada masa ini menyediakan banyak tong sampah untuk pelajar
membuang sampah. Selain itu, menyediakan besen untuk meletakkan pinggan dan
mangkuk serta mengecat kawasan kantin.
3.3 Bahagian ketiga (pengkajian semula terhadap harga makanan)
Harga makanan yang terlalu mahal, seharusnya dikaji semula. Ia di persetujui oleh
semua pelanggan seramai 20 orang. Hal ini kerana, harga makanan yang di jualkan
itu tidak bersesuaian dengan katogeri golongan yang ada. Oleh itu, pihak kantin
harus memahami kemampuan sesetengah pelanggan dan tidak memikirkan
keuntungan semata-mata.
3.4 Bahagian keempat (citarasa terhadap menu makanan yang dijual)
Menu yang disediakan oleh pihak kantin tidak memenuhi citarasa pelanggan. Ini
ditunjukkan oleh analisis yang dikaji iaitu seramai 5 orang berpuas hati terhadap
menu yang disediakan manakala selebihnya iaitu seramai 15 orang tidak berpuas
hati. Hal ini disebabkan oleh masakan yang dijual tidak begitu enak.
3.5 Bahagian kelima (menambahbaik dari segi harga dan masakan)
Pemilik kantin perlu manambahbaik semula dari segi harga dan makanan. Ini telah
terbukti mengikut kajian yang telah dilaksanakan iaitu seramai 19 orang bersetuju
untuk mengkaji semula dalam menambahbaikkan harga dan masakan. Mengikut
majoriti yang setuju ini , disebabkan harga yang diletakkan terlalu mahal, malah
kuantiti yang di bekalkan itu terlalu sedikit berbanding pada tahun lepas harga
makanan yang di jual itu murah dan berpatutan dengan kuantiti yang dibekalkan
itu juga banyak dan memberi kepuasan kepada pembeli.
3.6 Bahagian keenam (kebersihan kantin)
Tahap kebersihan diri pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin terjamin.
Buktinya adalah melalui analisis yang ada iaitu terdapat 13 orang setuju dengan tahap
kebersihan yang terjamin manakala selebihnya iaitu 7 orang tidak bersetuju. Hal ini di
sebabkan, pekerja menjaga kebersihan melalui pakain mereka semasa sesi penjualan.
Pekerja kantin juga memakai apron malah pinggan, mangkuk dan cawan juga bersih
berbanding dengan tahun lepas iaitu pekerja tidak memakai apron, malah pinggan
mangkuk dan cawan juga kotor.
3.7 Bahagian ketujuh (pengalaman keracunan makanan)
Berdasarkan kajian, tiada kejadian keracunan makanan yang dilaporkan. Kesemua responden
tidak pernah mengalami keracunan makanan di kantin pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Hal ini di sebabkan, makanan yang dijual oleh pihak kantin adalah berkualiti tanpa penggunaan
makanan yang lama atau basi dan kesihatan pelajar, guru dan kakitangan sekolah juga terjamin.
3.8 Bahagian kelapan (kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan)
Keseluruhannya, pihak kantin memberi kepuasan yang sangat baik kepada pelanggan iaitu
pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Ini di tunjukkan oleh analisis data yang dikaji iaitu seramai
16 orang berpuas hati dengan perkhidmatan kantin manakala selebihnya tidak berpuas hati iaitu
seramai 4 orang. Majoriti yang berasa puah hati, disebabkan oleh layanan yang diberikan olek
pihak kantin adalah mesra berbanding dengan tahun lepas. Oleh itu, pihak kantin harus
mengamalkan nilai-nilai murni yang baik untuk menjaga hubungan baik antara penjual dan
pembeli.
3.9 Penggunaan kajian
Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji iaitu Muhamad Hafiz Bin Abu Bakar,
Muhamad Arif Bin Said, Nooramirah Binti Zulkehli, Nor azizah Binti Mohd Ismail
dan Noor Nabila Binti Wazir yang mengambil data dan analisis menggunakan
kaedah s ta t i s t ik ia i tu bagi mengukur pera tus . Data d iproses dengan
menggunakan kaedah analisis asas matematik, graf bar, serta jadual bagi data keseluruhan
golongan yang mengatakan YA dan TIDAK serta data keseluruhan soalan yang dijawab oleh
responden YA dan TIDAK.
4.0 SUBJEK KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan. Kajian ini menjadi gambaran
daripada pelanggan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK) bagi
menunjukkan keadaan dan suasana persekitaran kantin pada waktu rehat. Berdasarkan perkara
itu, kajian untuk mengenalpasti masalah kantin ini telah dilakukan bagi menambahbaikkan
prestasi kantin sekolah ini.
4.1 Kenaikan harga makanan
Isu kenaikan harga makanan kantin baru di sekolah menjadi perbualan hangat masyarakat
terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai untuk disekolahkan. Harga
makanan di kantin sekolah dinaikkan. Contohnya, sepinggan nasi goring iaitu RM1.50
berbanding dengan kantin sebelumnya hanya RM1.20 iaitu meningkat sebanyak 30 sen. Selain
itu, kenaikan harga makanan ini juga menambahkan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan
rendah. Oleh yang demikian, kenaikan harga makanan di kantin sekolah amat tidak wajar dan
perlu dirombak semula agar tidak menyusahkan pelanggan.
4.2 Tahap kebersihan yang tinggi
Kebersihan di kawasan kantin sekolah pada tahun ini amat berpuas hati. Hal ini jelas kelihatan
apabila kawasan menjual air di kantin amat bersih. Selain itu, tahap kebersihan para pekerja
sangat tinggi. Hal ini terbukti dengan pakaian yang dipakai oleh para pekerja sangat baik.
Kebersihan kantin yang terjamin telah memuaskan hati semua responden.
4.3 Aspek layanan
Aspek layanan yang diberikan kepada pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah ketika hendak
membeli makanan dan minuman di kantin adalah amat baik. Pekerja kantin memberi layanan
yang terbaik kepada pelanggan terutamanya memberi senyuman yang sangat ikhlas kepada
pelajar. Walau bagaimanapun, hanya segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati dengan
layanan yang diberikan.
5.0 PROSEDUR
5.1 Perbincangan
Melalui kaedah ini, kami mambuat perbincangan di antara kumpulan kami iaitu seramai 5 orang.
Kami mendapati segelintir pelanggan tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan.
Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati semua pelanggan tetapi kuantiti makanan
yang disediakan menimbulkan rasa tidak puas hati pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin amat
baik dan seterusnya pelanggan berpuas hati terhadap persekitaran. Dengan kaedah ini, proses
perbincangan berjalan dengan lancar dan banyak membantu kami dalam mendapat maklum balas
daripada responden.
5.2 Pemerhatian
Melalui proses pemerhatian pula, kami telah menggunakan kamera untuk mengambil gambar
sebagai bukti bagi menunjukkan suasana dan persekitaran kantin. Disebabkan itu, kaedah ini
telah digunakan bagi mendapatkan reaksi daripada pelanggan kantin di sekolah ini. Selain itu,
kaedah ini juga lebih berkesan untuk menilai perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak
kantin. Melalui pemerhatian juga, kami dapat melihat tahap kebersihan kantin tersebut.
5.3 Borang soalselidik
Kami telah mengedarkan borang soalselidik kepada pelajar tingkatan empat, lima dan enam,
serta guru dan kakitangan sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melihat dan memudahkan kami
untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Dengan kaedah ini juga
kami secara tidak langsung dapat meneliti perkembangan kantin di sekolah ini dari semasa ke
semasa.
BAB 1V
PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
1.0 Penganalisisan Data
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan data mengenai keselesaan kantin kepada guru, pelajar,
serta kakitangan sekolah ini. Kaedah yang digunakan dalam memperolehi keputusan data ini
adalah hasil daripada penggunaan borang soal selidik yang telah diberikan pada setiap responden
.
2.0 Latar Belakang
Kaedah penyelidikan dengan penggunaan soal selidik ini, kami telah melibatkan tiga golongan
yang terdiri daripada guru, pelajar serta kakitangan sekolah. Mengikut statistik yang telah
dilakukan , kami mendapati bahawa sebanyak 40% responden yang terdiri daripada pelajar,
manakala 30% daripada guru dan selebihnya iaitu sebanyak 30% daripada kakitangan sekolah.
3.0 Analisis Statistik
Analisis statistik dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap keselesaan responden terhadap
kantin dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, dari aspek menu pemakanan, harga, kebersihan dan
lain-lain. Analisis statistik yang ditunjukan adalah seperti yang berikut:-
DATA KESELURUHAN BERDASARKAN GOLONGAN
GOLONGAN YA TIDAK JUMLAH
GURU 29 19 48
PELAJAR 36 28 64
PEKERJA 34 14 48
JUMLAH BESAR=160
DATA KESELURUHAN BERDASARKAN SOALAN
NOMBOR SOALAN YA TIDAK JUMLAH
SOALAN 1 5 15 20
SOALAN 2 18 2 20
SOALAN 3 20 0 20
SOALAN 4 5 15 20
SOALAN 5 19 1 20
SOALAN 6 13 7 20
SOALAN 7 20 0 20
SOALAN 8 16 4 20
JUMLAH BESAR = 160
KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN GOLONGAN
KEPUTUSAN GRAF BERDASARKAN SOALAN
BAB V
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
1.0 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang kami jalankan iaitu tentang kepuasan pelanggan terhadap kantin
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, didapati bahawa semuanya berjalan dengan baik.
Malah,kesemua soalan yang dikemukakan itu lebih ramai responden memberikan jawapan yang
positif berbanding negatif. Berdasarkan analisis, kepuasan pelanggan terhadap menu dan harga
yang ditawarkan tidak memberi kepuasan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan dan kebersihan kantin memberi kepuasan kepada pelanggan di sekolah ini. Oleh
itu, kita dapat merumuskan bahawa kepuasan pelanggan terhadap kantin Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting adalah seimbang.
2.0 Implikasi
Daripada kajian yang kami jalankan, harga yang ditawarkan memberi kesan kepada pelanggan.
Hal ini kerana lebih ramai responden yang tidak berpuas hati terhadap harga yang ditawarkan.
Selain harga, menu makanan yang disediakan juga tidak menberi kepuasan kepada pelanggan.
Hal ini memberi kesan kepada pelanggan kerana mereka terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.
Seterusnya, ia akan menimbulkan ketidakpuasan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang
diberikan juga akan member kesan kepada pelanggan. Contohnya, layanan yang baik oleh
pekerja kantin akan memberi kepuasan dalam diri pelanggan. Selain itu, kebersihan kantin akan
memberi kesan terhadap pelanggan di mana persekitaran kantin akan mempengaruhi kesihatan
pelanggan. Sebagai contoh, persekitaran kantin yang bersih tidak akan menjejaskan kesihatan
manusia.
3.0 Cadangan
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami telah menyediakan beberapa cadangan untuk
menyelesaikan kekangan yang berlaku di kantin sekolah ini. Antara cadangan tersebut ialah:-
3.1 Menurunkan harga makanan
Pihak kantin seharusnya menurunkan harga makanan di kantin tersebut bagi memuaskan hati
pelanggan. Hal ini kerana tidak semua responden mampu membeli makanan yang mahal.
Contohnya, bagi pelajar yang mempunyai ibu bapa yang hanya berpendapatan rendah. Oleh itu,
pengusaha kantin perlu mengkaji semula harga yang ditawarkan kepada pelanggan. Hal ini
bertujuan untuk pelanggan dapat membeli makanan dengan harga yang berpatutan.
3.2 Mempelbagaikan menu
Pengusaha kantin perlu mempelbagaikan menu kerana di sekolah ini mempunyai pelanggan yang
pelbagai jenis bangsa. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina dan India. Sudah semestinya mereka
mempunyai selera yang berlainan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menyediakan pelbagai jenis
menu. Contohnya , nasi lemak untuk pelanggan kaum Melayu, capati untuk pelanggan kaum
India dan nasi ayam untuk pelanggan kaum Cina.
3.3 Mengekalkan mutu perkhidmatan dan kebersihan kantin
Berdasarkan kajian, layanan yang diberikan oleh pekerja kantin memberi kepuasan kepada
pelanggan. Disebabkan itu, pihak kantin harus mengekalkan layanan yang diberikan kepada
pelanggan. Hal ini bertujuan, bagi mengelakkan lebih ramai pelanggan yang tidak berpuas hati
dengan mutu perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, pengusaha kantin perlu terus
mengekalkan tahap kebersihan kantin. Hal ini kerana kebersihan kantin akan menjamin kesihatan
pelannggan. Oleh itu, pengusaha kantin perlu menitikberatkan tahap kebersihan agar dapat
menjamin persekitaran yang bersih.