contoh assigment prakata
DESCRIPTION
contoh assigment prakataTRANSCRIPT
-
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ................................................................................................................................ 2
1.1 Tajuk buku : Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan dan Laporan ................................... 2
1.2 Pengurusan Tajuk buku : Perakaunan dan kewangan untuk bukan akauntan . ......................... 5
2.0 RUJUKAN ........................................................................................................................................ 8
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
2
1.0 PENGENALAN
Kamus Dewan menyatakan definisi Prakata ialah kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk
sesebuah buku . Prakata juga adalah kata kata pendahuluan dalam sesebuah buku .
1.1 Tajuk buku : Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan dan Laporan
1.1.1 Bahasa dari penulis itu sendiri.
PRAKATA
Kebelakangan ini, kesalahan penggunaan Bahasa Malaysia dalam bidang persuratan dan
juga penulisan semakin ketara. Justeru itu buku ini mengandungi panduan penulisan surat, minit
mesyuarat serta laporan yang sesuai dalam organisasi. Ini termasuk surat bagi pelanggan
dalaman ataupun luaran. Format surat yang fleksibel di dalam buku ini sesuai dijadikan panduan
bagi semua organisasi.
Buku ini juga mengandungi panduan bagi menyediakan dokumen-dokumen yang
berkaitan seperti memo, risalah, minit mesyuarat dan sebagainya. Penggunaan tatabahasa yang
betul turut dititikberatkan.
Selain itu, di dalam buku ini juga diselitkan dengan format-format laporan bagi
memudahkan pembaca mengaplikasikannya. Dengan terhasilnya buku ini, jutaan terima kasih
diucapkan kepada pensyarah UiTM Cawangan Terengganu, Prof Madya Dr. Hj. Mustaffa Bin
Mohd Zain, timbalan-timbalan pengarah serta rakan-rakan di atas sokongan yang diberikan.
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
3
Semoga dengan adanya buku ini, aspek penulisan dan tatabahasa di dalam penulisan surat
menyurat dapat dipertingkatkan.
Samsudin Wahab
UiTM Terengganu.
1.1.2 Pakar atau tokoh dalam bidang yang dinyatakan .
PRAKATA
En Samsudin Wahab dilahirkan di sebuah pekan kecil barat daerah Baling bersempadan
daerah Kulim, Kedah pada 31 Oktober 1966. Bukanlah dari keluarga berada, lahir di sebuah
kawasan perladangan dan kampung berlatarbelakangkan penoreh getah dan sawah padi.
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim di ikuti Sekolah Menengah Labu Besar
dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim di Kedah antara tahun 1979 hingga tahun 1984.
Ketika mengikuti pengajian rendah dan menengah, beliau banyak menghabiskan masa
membantu keluarga di sawah dan ladang getah. Berkat usaha gigih beliau selepas SPM beliau
telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang ini Universiti
Putra Malaysia) dalam program B. Sc. (Perniagaantani) dan bergraduat pada tahun 1989.
Pada tahun 1992 setelah 3 tahun menceburi sektor perkilangan, En Samsudin telah
berjaya mendapat tempat untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab
Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bermula dari tarikh lulus Diploma Pendidikan ini
beliau menceburi kerjaya sebagai Guru Akaun, Perdagangan dan Ekonomi di Sekolah Menengah
Kebangsaan Parit Panjang, Kupang, Baling Kedah. Pada tahun keempat menjadi guru, beliau
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
4
menyambung pengajian secara separuh masa di Universiti Utara Malaysia, Kampus Sungai
Petani. Selepas hampir enam tahun mengajar di sekolah menengah, En. Samsudin mohon
bertukar ke Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan mengajar di Jabatan Perdagangan
selama 2 tahun mulai 1999 hingga 2001.
Setelah lulus program separuh masa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di UUM
pada akhir 2000, En Samsudin mencuba nasib untuk memohon jawatan pensyarah di IPTA
tempatan. Akhirnya beliau berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah di Universiti Teknologi
MARA dan ditempatkan di Kampus Terengganu pada 1 July, 2001. Walaupun baru menjadi
warga kampus di UiTM Terengganu, En Samsudin percaya bahawa kejayaan terletak dimana-
mana saja dengan syarat ada usaha ke arah itu. Akhirnya dengan pengalaman yang ada dalam
bidang pendidikan, En Samsudin berjaya menulis beberapa buah buku untuk bacaan umum
antaranya Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, Mengurus Dan Mentadbir Pejabat, Mengurus
Majlis Dan Acara Rasmi serta buku Panduan Protokol Dan Tatatertib Majlis. Kesemua buku
diterbitkan oleh PTS mulai tahun 2003.
Sebagai pensyarah juga En Samsudin banyak melibatkan diri dalam bidang penyelidikan
dan telah berjaya membentangkan beberapa hasil penyelidikan di seminar kebangsaan dan
seminar antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah dikunjungi oleh En Samsudin untuk
pembentangan kertas kerja ialah Indonesia, Thailand dan Korea. Antara kertas penyelidikan En
Samsudin yang telah banyak mendapat tawaran pembentangan ialah mengenai Cabaran
Penerapan Teknologi Pejabat di Dalam Organisasi , Strategi Pembelajaran Komputer di
Kalangan Staf Senior, Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Kaunter Awam dan
Cabaran ICT kepada Usahawan Melayu di Pantai Timur.
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
5
Anugerah yang pernah diterima oleh En Samsudin Wahab sepanjang perkhidmatannya di
Universiti Teknologi MARA ialah Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2003 dan Anugerah
Penyelidik Harapan UiTMT Tahun 2003.
Semoga segala yang disampaikan oleh beliau melalui buku ini dapat sama-sama
kita aplikasikan bagi memastikan mutu Bahasa Melayu dalam aspek penulisan dapat dikekalkan.
Prof Madya Dr. Hj. Mustaffa Bin Mohd Zain
Pengarah ,
Universiti Teknologi Mara,
Cawangan Terengganu.
1.2 Pengurusan Tajuk buku : Siri Pengurusan Perakaunan dan kewangan
untuk bukan akauntan
1.2.1 Penulis buku itu sendiri
PRAKATA
Maklumat merupakan sumber yang amat berharga selain wang ringgit. Walau
bagaimanapun, dengan adanya maklumat sahaja tanpa ada pengetahuan menggunakannya tidak
akan memberikan apa-apa faedah kepada seseorang. Menyedari hakikat ini, buku ini ditulis
untuk memperkenalkan ilmu perakaunan kepada embaca yang tidak pernah mengikuti kursus
perakaunan di mana-mana institusi sebelum ini bagi membolehkan mereka memahami dan
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
6
menggunakan maklumat perakaunan. Kerumitan ilmu perakaunan telah cuba dipermudahkan
melalui penerangan di dalam buku ini bagi memboehkan etia pembaca tanpa mengira latar
belakang pendidikan memahami ilmu tersebut dengan lebih mendalam.
Buku ini diilhamkan ketika sama-sama mengjar kursus perakaunan untuk pelajar dari
jurusan bukan pernigaan atau perakaunan. Pendekatan yang digunakan di dalam buku ini
mengandaikan pelajar tiada pengetahuan asas dalam ilmu perakaunan.Semoga dengan adanya
buku ini, para pembaca lebih mudah memahami asas perakaunan walaupun anda bukan
berlatarbelakangkan bidang perakaunan ataupun perniagaan.
Zakiah Muhammadun Mohamed
Pusat Pengajian Perakaunan
Universiti Kebangsaan Malaysia
1.2.2 Pakar atau tokoh dalam bidang yang dinyatakan
PRAKATA
Zakiah Muhammaddun Bt Mohamed adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian
Perakaunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memiliki ijazah Doktor Falsafah dari
Universiti Malaya dan Sarjana Perakaunan dari California State University, Fresno, Amerika
Syarikat. Beliau berpengalaman sebagai penceramah untuk kursus-kursus pendek kepada para
usahawan anjuran Kementerian Belia dan Sukan, PUNB, MARA dan juga Institut Penilaian
Negara.
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
7
Penerangan yang beliau sampaikan di dalam buku ini meliputi merekod, mengakaun,
menyediakan penyata kewangan, menganalisa maklumat, serta cara menggunakan maklumat
perakaunan dalam pembuatan keputusan.
Dua kelompok utama perkaunan iaitu perkaunan kewangan dan perakaunan pengurusan
dibincangkan dengan lebih tererinci di dalam buku ini. Beberapa contoh soalan juga disediakan
sebagai latihan kendiri kepada para pembaca untuk memastikan konsep-konsep yang dipelajari
dapat difahami.
Akhir sekali, tahniah dan syabas kepada Dr Zakiah Muhammaddun Bt Mohamed di atas
kejayaan menerbitkan buku Perakaunan dan kewangan untuk bukan akauntan ini.
Prof. Dr. Nor Ghani Md. Nor
Dekan,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebagsaan Malaysia.
-
SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN No Matrik : 236062
8
2.0 RUJUKAN
Zakiah Muhammaddun Bt Mohamed (2009) .Perakaunan dan Kewangan Untuk Bukan
Akauntan. Kuala Lumpur : Leeds Publications (M) Sdn Bhd
Samsudin Wahab (2008). Surat, Minit Mesyuarat dan Laporan . Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd
Noresah Bt Baharom (2005). Kamus Dewan (ed 4) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.