clarissa & mitchelle

26
PENGAJIAN PENIAGAAN Bab 7: ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

Upload: norjamayah-mohamad-amin

Post on 17-Dec-2015

276 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HASIL KERJA PEMBENTANGAN PELAJAR

TRANSCRIPT

PENGAJIAN PENIAGAAN

PENGAJIAN PENIAGAANBab 7:ASPEK PERUNDANGAN PERNIAGAAN

7.1 UNDANG-UNDANG KONTRAKOBJEKTIF PEMBELAJARANDAPAT MENTAKRIFKAN AKTA KONTRAK1950(termasuk pindaan)

AKTA KONTRAK1950Suatu undang-undang yang mengandungi elemen-elemen asas yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat dalam sesuatu kontrak.

Mengandungi peruntukan berkenaan dengan pembentukan kontrak, perlaksanaannya & peruntukan yang berkaitan dengan agensi.Mengandungi peruntukan berkenaan dengan pembentukan kontrak, perlaksanaannya & peruntukan yang berkaitan dengan agensi.Sekiranya timbul perkara baru yang tidak disentuh oleh Akta Kontrak 1950, Undang-undang Inggeris (Common Law) akan dirujuk seperti yang dinyatakan oleh seksyen 3 & 5 dalam Akta Undang-undang Sivil 1956.Jika ada percanggahan antara peruntukan yang wujud dalam Akta Kontrak 1950 dengan Undang-undang Inggeris (Common Law), maka Akta Kontrak 1950 akan digunakan.KONTRAK didefinisikan di bawah seksyen 2(h) dalam Akta Kontrak 1950 sebagai;

sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.

Bermaksud semua perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang bukanlah kontrak.

Contohnya, perjanjian sosial dan kekeluargaan (domestik)Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas bagi pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah & dengan sesuatu tujuan yang adil.Seksyen 10 dalam Akta Kontrak 1950

Ini bermaksudPerjanjian adalah kontrak jika ;Dibuat oleh pihak yang layak untuk berkontrakTujuan perjanjian mestilah sah di sisi undang-undangDengan kerelaan yang diberikan secara bebas dan balasanAKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN KONTRAKAkta Kontrak Kerajaan 1949Akta Undang-Undang Sivil 1956Akta Sewa Beli 1967Akta Jualan Barang 1957Akta Relif Spesifik19507.1.1 ELEMENELEMEN KONTRAK

OBJEKTIF PEMBELAJARANDAPAT MENJELASKAN ELEMEN-ELEMEN KONTRAK IAITU TAWARAN, PENERIMAAN, BALASAN, NIAT, KETENTUAN DAN KEUPAYAAN.

7.1.2 ELEMEN ELEMEN KONTRAKTAWARAN

TAWARANDiperuntukan di bawah Seksyen 2(a), Akta Kontrak 1950

Merupakan tanda kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin satu kontrak yang sah & mengikat di sisi-sisi undang-undangDalam Seksyen 2, Akta Kontrak 1950, tawaran ditakrifkan sebagai :apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada orang lain untuk melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperoleh persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan, Seksyen ini menggunakan perkataan cadangan yang mempunyai maksud yang sama dengan tawaran.

Tawaran merupakan .. Satu aku janji oleh satu pihak kepada satu pihak yang lain bahawa ia akan melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu

jika pihak lain itu bersedia untuk menerima atau mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak pembuat tawaran.

ELEMEN PENTING TAWARANTawaran mestilah lengkap, jelas dan muktamad.Penerima tawaran harus ditentukan.Tawaran adalah berbeza dengan pelawaan tawaran.Sesuatu tawaran itu hendaklah dikomunikasikan Maksud pelawaan tawaran : Keadaan seseorang hanya ingin melakukan perundingan tetapi tidak terikat dengan syarat @ terma perundingan. Contoh:a) Pameran baranganan di kedai layan diri

b) Lelongan

c) Edaran & pengiklanan

d) Jualan melalui katalog Contoh situasi berkaitan dengan contoh pelawaan tawaran :Suzy telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli pakaian sukan. Suzy tertarik pada satu set pakaian sukan yang diperagakan pada sebuah patung yang diletakkan tanda harga RM 99.00. Dia telah meminta pembantu jualan untuk mengambil pakaian pada patung tersebut untuk dibeli. Tetapi, pembantu jualan itu menyatakan bahawa pakaian itu hanya untuk pameran sahaja dan bukan untuk dijual. Suzy berasa tidak berpuas hati dengan tindakan pembantu jualan lalu mendakwa perbuatan memperagakan set pakaian sukan itu merupakan satu bentuk tawaran oleh pihak pasar raya dan berhak untuk membelinya. Adakah Mira berhak untuk membuat penerimaan terhadap set pakaian tersebut?Jawapan :Suzy tidak berhak mendakwa bahawa perbuatan memperagakan set pakaian sukan tersebut adalah satu bentuk tawaran kerana :

Semua barang yang dipamerkan di kedai layan diri, iaitu pasar raya yang Suzy pergi hanya merupakan pelawaan tawaran.

Sesiapa yang mengambil mana-mana barangan atau meminta untuk membeli, akan dianggap membuat tawaran untuk membeli.

Namun, pihak pasar raya termasuk pembantu jualan berhak memaklumkan pelanggan bahawa barang yang dipamerkan bukan untuk dijual dan menolak sebarang tawaran membeli.

Dalam situasi ini, tiada wujudnya sebarang kontrak antara Suzy dan pihak pasar raya kerana perbuatan memperagaan pakaian itu hanyalah pelawaan tawaran serta penolakan tawaran dilakukan oleh penerima tawaran iaitu pihak pasar raya.PENAMATAN TAWARANSeksyen 5(1) Akta Kontrak 1950 memperuntukan sebab-sebab sesuatu tawaran ditamatkan seperti berikut :TAWARAN TAMAT APABILAPembuat tawaran membatalkan tawaran.Penerima tawaran menolak tawaran.Pembuat tawaran meninggal dunia @ menjadi tidak siuman.Tempoh tawaran luput.Contoh situasi berkaitan dengan penamatan tawaran : Aidil telah membuat tawaran kepada rakannya Lim untuk menjual sebuah motosikal antik miliknya dengan harga RM 20 000. Tawaran itu terbuka selama satu bulan bermula dari tarikh tawaran dibuat. Selepas 2 bulan berlalu, Lim menyatakan persetujuan untuk membeli motosikal Aidil. Tetapi, Aidil telah menjualnya kepada orang lain kerana beranggapan bahawa Lim tidak berminat terhadap tawaran tersebut. Lim berasa tidak puas hati lalu mendakwa Aidil sepatutnya menjual motosikal tersebut kepadanya. Namun, adakah tawaran Aidil masih terbuka?Jawapan :Tawaran yang dibuat oleh Aidil telah ditutup kerana dia hanya memberikan masa satu bulan untuk Lim menerima tawaran tersebut.

Tawaran Aidil telahpun luput tarikhnya kerana Lim tidak dapat membuat penerimaan tawaran dalam masa yang ditetapkan.

Tawaran ditamatkan antara Aidil dan Lim. PEMBENTANGAN TAMAT!SEKIAN, TERIMA KASIH!