ciri fizikal kanak.docx

4
Ciri fizikal kanak-kanak SD : Hidung kemek Lidah tebal dan kerap terjelir Tapak tangan lebar Tapak tangan ada hanya satu lipatan Jari kelengkeng tangan melengkung Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar Leher pendek dan besar Kelopak mata berlipat-lipat Sendi longgar Otot lembik Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Kepala, muka dan leherMereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam.Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek. Tangan dan lenganSifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan “simian crease”. KakiKaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. OtotKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar. Masalah-Masalah Yang BerkaitanKanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus. JantungMasalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas. UsusMasalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti: a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 – 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya

Upload: ahmad-badri

Post on 31-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri fizikal kanak.docx

Ciri fizikal kanak-kanak SD : Hidung kemek Lidah tebal dan kerap terjelir Tapak tangan lebar Tapak tangan ada hanya satu lipatan Jari kelengkeng tangan melengkung Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar Leher pendek dan besar Kelopak mata berlipat-lipat Sendi longgar Otot lembik

Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Kepala, muka dan leherMereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam.Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek. Tangan dan lenganSifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan “simian crease”. KakiKaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. OtotKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar. Masalah-Masalah Yang BerkaitanKanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus. JantungMasalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas. UsusMasalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti: a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 – 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

4.8  PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

    4.8.1 Perkembangan Kognitif

Page 2: Ciri fizikal kanak.docx

            Perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.

    4.8.2 Perkembangan Fizikal

            Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang.

            Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini mereka juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan, koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan tidak normal.

4.8.3 Perkembangan Emosi Dan Tingkah Laku

            Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang lebih daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak sama . Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat singkat . Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, mereka juga bersifat pengasih dan mudah mesra.

4.8.4 Perkembangan Bahasa

         Dari segi perkembangan bahasa , penggunaan bahsa mereka adalah terhad dimana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur iaitu bermasalah pertuturan.

Page 3: Ciri fizikal kanak.docx

 

PUNCA PUNCA MASALAH YANG SERING BERLAKU KEPADA KANAK –KANAK SINDROM DOWN

MASALAH PERUBATAN YANG LAIN

Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.

MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARANKanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.

Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD: Sakit jantung berlubang Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru Kurang pendengaran Lambat / bermasalah bertutur Penglihatan kurang jelas