ciri-ciri dan kualiti guru yang profesional

11

Upload: chinst

Post on 25-Jun-2015

1.479 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional
Page 2: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Ciri-ciri dan kualiti guru yang profesional Memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik - punyai pelbagai ilmu tradisional & moden - kefahaman dasar & aspirasi negara yang jelas dan mantap - bersahsiah tinggi - beretika cemerlang - punyai pelbagai kemahiran pengajaran &

pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.

Page 3: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Perlu bergerak pantas sepantas perkembangan & kehendak dunia mana kini.

Memiliki, memahami, menghayati & mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang.

Page 4: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Terhadap murid

Mempunyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (anak didik, ibu bapa & rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan kognitif.

Hubungkan mata pelajaran dengan kehidupan murid-murid.

Kenal, hormati dan percayai murid-murid Mengajar murid-murid bagaimana hendak

belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis.

Page 5: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya.

Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran.

Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan muzik dan kebudayaan.

Page 6: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Terhadap mengajar

Melakukan refleksi dan kritik kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru.

Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

Adil dalam menilai dan menggred Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan

pengajaran dan pembelajaran Bersemangat dalam mengajar sesuatu

mata pelajaran

Page 7: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Seorang komunikator yang cemerlang, mempu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami

Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk dan menyepadukan mata pelajaran

Page 8: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Terhadap disiplin (bidang pelajaran) Seorang yang pakar dalam bidang yang

diajar Seorang yang laparkan ilmu, sentiasa up to

date dalam bidangnya Suka belajar perkara-perkara di luar

bidangnya Aktif dalam penubuhan profesional dan

menggalakkan rakan sejawat menyertainya Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Page 9: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Masyarakat & negara

Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Memupuk nilai dan sikap murni pelajar sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri murid-murid.

Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dikalangan guru dan ibu bapa murid.

Page 10: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Bersopan-santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.

Berusaha memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat dan negara.

Menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat

Page 11: Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional

Profesion keguruan

Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar.

Menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.

Mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.