circular no 344/2020 dated 13 oct 2020...circular no 344/2020 dated 13 oct 2020 to members of the...

16
Circular No 344/2020 Dated 13 Oct 2020 To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers Notification of Court Operations During the Conditional Movement Control Order Period in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya We draw Members’ attention to the announcement by the Senior Minister and Defence Minister, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yesterday (12 Oct 2020), on the enforcement of the Conditional Movement Control Order (“CMCO”) in Selangor, Kuala Lumpur, and Putrajaya, beginning from tomorrow, 14 Oct 2020, the media statement (available here) issued by the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, yesterday (12 Oct 2020) entitled “Pengoperasian Perkhidmatan Kerajaan Semasa PKPB”, and Circular No 341/2020 entitled “CMCO Period in Kuala Lumpur, Putrajaya and Selangor | MITI’s COVID-19 Intelligent Management System (“CIMS”)” dated 13 Oct 2020. The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Tuan Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, has issued a media statement (see pages 4 to 6) entitled “Pemakluman Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor Selaras Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020today pertaining to court operations in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. Effective from 14 Oct 2020 (Wednesday) until 27 Oct 2020 (Tuesday), the Federal Court, Court of Appeal, all courts in Selangor and Kuala Lumpur, and all lower courts in Putrajaya will be adhering to the following guidelines: (a) Suspension and Postponement of Hearings of All Civil and Criminal Cases Cases are to be handled in accordance with the “Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967(“Guidelines A”), which was issued on 17 Mar 2020. Guidelines A is available here (see pages 7 to 9) for your reference. (b) Operations at Offices and Counter Services at the Courts These matters are to be handled in accordance with the Pemakluman Operasi Mahkamah Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)(Guidelines B), which was issued on 3 May 2020. Guidelines B is available here (see pages 10 to 12) for your reference. (c) Online Hearings The directive issued also states that online hearings for court proceedings will adhere to the guidelines which were issued on 26 Mar and 24 Apr 2020. Guidelines C and D are available here (see pages 13 to 16) for your reference.

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Circular No 344/2020

    Dated 13 Oct 2020

    To Members of the Malaysian Bar and pupils in chambers

    Notification of Court Operations During the

    Conditional Movement Control Order Period in Selangor, Kuala Lumpur and

    Putrajaya

    We draw Members’ attention to the announcement by the Senior Minister and Defence

    Minister, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, yesterday (12 Oct 2020), on the enforcement of

    the Conditional Movement Control Order (“CMCO”) in Selangor, Kuala Lumpur, and

    Putrajaya, beginning from tomorrow, 14 Oct 2020, the media statement (available here)

    issued by the Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, yesterday (12

    Oct 2020) entitled “Pengoperasian Perkhidmatan Kerajaan Semasa PKPB”, and Circular No

    341/2020 entitled “CMCO Period in Kuala Lumpur, Putrajaya and Selangor | MITI’s

    COVID-19 Intelligent Management System (“CIMS”)” dated 13 Oct 2020.

    The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Tuan Ahmad Terrirudin bin Mohd

    Salleh, has issued a media statement (see pages 4 to 6) entitled “Pemakluman Pengendalian

    Kes-Kes di Mahkamah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    dan Negeri Selangor Selaras Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari 14

    Oktober hingga 27 Oktober 2020” today pertaining to court operations in Selangor, Kuala

    Lumpur and Putrajaya.

    Effective from 14 Oct 2020 (Wednesday) until 27 Oct 2020 (Tuesday), the Federal Court,

    Court of Appeal, all courts in Selangor and Kuala Lumpur, and all lower courts in Putrajaya

    will be adhering to the following guidelines:

    (a) Suspension and Postponement of Hearings of All Civil and Criminal Cases Cases are to be handled in accordance with the “Panduan Pengendalian Kes-Kes di

    Mahkamah Seluruh Malaysia Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta

    Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967” (“Guidelines A”),

    which was issued on 17 Mar 2020.

    Guidelines A is available here (see pages 7 to 9) for your reference.

    (b) Operations at Offices and Counter Services at the Courts These matters are to be handled in accordance with the “Pemakluman Operasi

    Mahkamah Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pasca

    Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” (“Guidelines B”), which was issued on 3 May

    2020.

    Guidelines B is available here (see pages 10 to 12) for your reference.

    (c) Online Hearings The directive issued also states that online hearings for court proceedings will adhere

    to the guidelines which were issued on 26 Mar and 24 Apr 2020.

    Guidelines C and D are available here (see pages 13 to 16) for your reference.

    https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40451https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40451https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463https://www.malaysianbar.org.my/document/members/circulars/2020---2024/2020&rid=40463

  • Should you need assistance, please contact the following Court officers:

    (1) Puan Jumirah Marjuki, Deputy Registrar of the Federal Court (03-8880 3947 / 019-730 2253 / [email protected]);

    (2) Puan Norliza Othman, Registrar of the Court of Appeal (03-8880 4045 / 012-236 7976 / [email protected]);

    (3) Puan Hasbi Hasan, Registrar of the High Court (03-8880 3702 / 012-209 8648 / [email protected]);

    (4) Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Registrar of the Lower Court (03-8880 9418 / 019-985 1333 / [email protected]);

    (5) Puan Rozilah binti Salleh, Director, Selangor State Court (03-5517 1306 / 019-718 8799 / [email protected]); and

    (6) Tuan Ahmad Kamar bin Jamaludin, Director, Kuala Lumpur State Court (03-6209 4209 / 019-656 6777 / [email protected]).

    We will continue to monitor the situation closely during CMCO and provide updates as

    needed.

    Stay safe.

    A G KALIDAS

    Secretary

    Malaysian Bar

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 1

    PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

    ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

    KENYATAAN MEDIA

    PEMAKLUMAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH WILAYAH PERSEKUTUAN

    PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN NEGERI SELANGOR

    SELARAS DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DARI

    14 OKTOBER HINGGA 27 OKTOBER 2020

    Selaras dengan pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail

    Sabri bin Yaakob pada 12 Oktober 2020 berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan

    Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur dan Negeri Selangor serta kenyataan media YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali,

    Ketua Setiausaha Negara bertarikh 12 Oktober 2020 dan bagi membantu Kerajaan

    mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, adalah

    dimaklumkan YAA Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah

    mengarahkan agar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan

    Malaysia, Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

    Mahkamah-Mahkamah di Negeri Selangor dan Mahkamah-Mahkamah Rendah di

    Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa 14 Oktober 2020 hingga 27

    Oktober 2020, arahan-arahan berikut adalah terpakai:

    (a) Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah

    Panduan Pengendalian Kes-Kes di Mahkamah Seluruh Malaysia

    Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta

    Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967

    yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 17 Mac 2020

  • 2

    (b) Bagi Operasi Kerja di Pejabat dan Kaunter-kaunter Perkhidmatan

    Mahkamah

    Garis Panduan Pengendalian Kes dan Tatacara Pengendalian

    Piawai Pencegahan Wabak COVID-19 Semasa Tempoh Perintah

    Kawalan Pergerakan Bersyarat Dan Pasca Perintah Kawalan

    Pergerakan yang dikeluarkan oleh Pejabat ini bertarikh 3 Mei 2020.

    (c) Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah

    Kawalan Pergerakan

    Pendengaran kes boleh dibuat secara dalam talian seperti yang

    dinyatakan dalam Pemakluman Pendengaran Kes Secara Dalam

    Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahun 2020

    yang dikeluarkan oleh Pejabat ini pada 26 Mac 2020 dan 24 April 2020.

    Butiran mengenai panduan ini boleh didapati dengan melayari portal

    rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my.

    Walau bagaimanapun, pemakaian Panduan-panduan ini perlu diubah suai dengan

    mengambil kira keperluan Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Putrajaya,

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor dan tarikh PKPB.

    Sekiranya agensi kerajaan, peguam dan orang awam mempunyai sebarang

    pertanyaan mengenai perkara di atas, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai

    berikut:

    (a) Mahkamah Persekutuan Malaysia Puan Jumirah binti Marjuki Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan 03-88803947 / 019-7302253 / [email protected]

    (b) Mahkamah Rayuan Malaysia Puan Norliza binti Othman Pendaftar Mahkamah Rayuan 03-88804045 / 012-2367976 / [email protected]

    (c) Mahkamah Tinggi Malaya Puan Hasbi bin Hasan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya 03-88803702 / 012-2098648 / [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 3

    (d) Mahkamah Rendah Malaya Tuan M. Bakri bin Abd Majid Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya 03-88809418 / 019-9851333 / [email protected]

    (e) Mahkamah Negeri Selangor Puan Rozilah binti Salleh Pengarah Mahkamah Negeri Selangor 03-55171306 / 019-7188799 / [email protected]

    (f) Mahkamah Kuala Lumpur Tuan Ahmad Kamar bin Jamaludin Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur 03-62094209 / 019-6566777 / [email protected]

    Pejabat Ketua Pendaftar

    Mahkamah Persekutuan Malaysia

    Istana Kehakiman

    Putrajaya

    Tarikh: 13 Oktober 2020

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 1

    PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

    ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

    KENYATAAN MEDIA

    PANDUAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA

    BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967

    Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) dan selaras dengan

    pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan

    Penyakit 1988 dan Akta Polis 1967 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji

    Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 yang melibatkan

    penutupan premis kerajaan, berikut adalah panduan pengendalian kes-kes di mahkamah

    seluruh Malaysia bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020:

    a) Perbicaraan / Pendengaran Kes Sivil dan Jenayah

    Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang tempoh 18

    Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh

    perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.

    b) Pemfailan / Pengurusan Kes Sivil

    i) Bagi mahkamah yang menggunakan sistem eKehakiman, pemfailan kes-kes

    sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa

    melalui sistem eFiling.

    ii) Bagi mahkamah yang tidak mempunyai sistem eKehakiman, pemfailan kes-

    kes sivil baharu dan dokumen-dokumen akan hanya diterima mulai

  • 2

    1 April 2020. Bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang memerlukan kesegeraan,

    pemfailan boleh dibuat di mahkamah berdekatan yang mempunyai sistem

    eKehakiman di negeri berkenaan. Sebagai contoh, bagi kausa tindakan di

    Bangi, kes tersebut boleh difailkan melalui sistem eKehakiman di Mahkamah

    Shah Alam.

    iii) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Persekutuan, Timbalan

    Kanan Pendaftar / Timbalan Pendaftar akan mengendalikan dokumen

    perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YAA Ketua

    Hakim Negara.

    iv) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Rayuan, Pendaftar

    Mahkamah Rayuan / Timbalan Kanan Pendaftar akan mengendalikan

    dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada

    YAA Presiden Mahkamah Rayuan.

    v) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar

    (Pentadbiran / Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran /

    Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan

    arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang

    bertugas.

    vi) Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan

    Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan

    segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah

    Negeri.

    vii) Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa

    secara dalam talian (online) manakala pengurusan kes sivil secara manual

    akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.

  • 3

    c) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Persekutuan dan

    Mahkamah Rayuan

    Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan

    adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

    d) Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendah

    i) Permohonan Reman

    Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara

    Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen

    1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah

    ditetapkan.

    ii) Pendaftaran Kes-Kes Baharu

    Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat

    hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Hakim Mahkamah Sesyen dan

    Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah. Pengarah

    Mahkamah Negeri hendaklah menyediakan jadual bertugas pegawai dan

    kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

    Sesalinan jadual bertugas tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua

    Polis Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri masing-masing.

    iii) Permohonan Jamin

    Bagi kesalahan yang boleh dijamin, Pengarah Mahkamah Negeri hendaklah

    memastikan urusan jamin dapat diproses seperti biasa.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Istana Kehakiman PUTRAJAYA 17 Mac 2020

  • 1

    PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

    ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

    KENYATAAN MEDIA

    PEMAKLUMAN OPERASI MAHKAMAH SEMASA TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN

    BERSYARAT (PKPB) DAN PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

    Sehubungan dengan Perutusan Khas yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji

    Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2020 dan surat

    YBhg. Datuk Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

    bertarikh 2 Mei 2020 mengenai operasi Pejabat Kerajaan dan sebagai mematuhi Perintah

    Kawalan Pergerakan Bersyarat, YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua

    Hakim Negara telah mengarahkan bahawa bermula 4 Mei 2020, perkhidmatan-

    perkhidmatan di Mahkamah seluruh negara akan beroperasi seperti berikut:

    (a) Perkhidmatan

    (i) Pejabat Pendaftaran;

    (ii) Kaunter Setempat;

    (iii) Kaunter Pesuruhjaya Sumpah;

    (iv) Kaunter Surat Kuasa Wakil;

    (v) Kaunter Biro Perkhidmatan e-Filing; dan

    (vi) Bahagian Pengurusan dan Kewangan di semua Pusat Tanggungjawab dan

    Pusat Kos.

  • 2

    (b) Kes yang telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Terbuka akan

    bermula secara berperingkat mulai 13 Mei 2020.

    (c) Satu garis panduan pengendalian kes dan tatacara pengendalian piawai

    pencegahan wabak Covid-19 semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

    dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan akan dikeluarkan.

    (d) Mahkamah akan memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis

    Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan

    Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa dipatuhi sebagai langkah pencegahan penularan

    wabak Covid-19 dalam menjalankan operasi Mahkamah.

    (e) Semua pihak yang berurusan dengan Mahkamah adalah dimohon untuk

    mematuhi arahan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah, MKN dan

    KKM.

    (f) Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, pihak-pihak boleh menghubungi

    Pejabat Pendaftaran Mahkamah/ Bahagian melalui e-mel seperti berikut:

    i) Mahkamah Persekutuan e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 3561

    ii) Mahkamah Rayuan e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 4045

    iii) Mahkamah Tinggi Malaya e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 3704

    iv) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak e-mel: [email protected] No telefon: 088-286100

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 3

    v) Mahkamah Rendah Malaya e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 9418

    vi) Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak e-mel: [email protected] No telefon: 082-442228

    vii) Media dan Perhubungan Awam e-mel: [email protected] No telefon: 03-8880 4607

    Sekian terima kasih.

    Unit Komunikasi Korporat

    Pejabat Ketua Pendaftar

    Mahkamah Persekutuan Malaysia

    Tarikh: 3 Mei 2020

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 1

    PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

    ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

    KENYATAAN MEDIA

    PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA

    TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) TAHUN 2020

    Selaras dengan tempoh lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement

    Control Order) sehingga 14 April 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’

    Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

    memaklumkan bahawa Kenyataan Media bertarikh 17 Mac 2020 hendaklah terpakai

    sehingga 14 April 2020.

    Bagi memastikan akses kepada keadilan (access to justice) semasa tempoh lanjutan

    Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, semua pihak boleh memohon kepada

    Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian (online

    hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video

    atas syarat-syarat berikut:

    (i) dengan persetujuan pihak-pihak; dan

    (ii) kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi bicara

    Mahkamah.

    Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian adalah:

    (a) Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di Semenanjung

    Semua permohonan pendengaran permohonan ex-parte atau inter-partes

    yang difailkan bersama perakuan segera.

  • 2

    (b) Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak

    Semua prosiding termasuk sebutan, permohonan, bicara, rayuan, mediasi,

    pengurusan kes, klarifikasi dan keputusan yang mana tarikh telah ditetapkan

    adalah secara e-Review atau sidang video.

    Permohonan untuk pendengaran secara sidang video hendaklah dibuat kepada pihak

    Mahkamah melalui e-mel sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran atau

    sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

    Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan yang bersesuaian semasa prosiding

    secara sidang video.

    Sekian, terima kasih.

    Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman PUTRAJAYA 26 Mac 2020

  • 1

    PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

    ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

    KENYATAAN MEDIA

    PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA

    TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TAHUN 2020

    Selaras dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 29 April

    2020 sehingga 12 Mei 2020 yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji

    Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

    Malaysia memaklumkan bahawa kenyataan media bertarikh 17 Mac 2020 dan 26 Mac

    2020 adalah terpakai sehingga 12 Mei 2020.

    Bagi memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan semasa tempoh lanjutan

    Perintah Kawalan Pergerakan ini, adalah dimaklumkan bahawa bagi kes-kes di

    Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, pihak-pihak boleh memohon agar

    kes didengar secara dalam talian.

    Manakala bagi Mahkamah Tinggi Malaya, terdapat tambahan senarai prosiding yang

    boleh didengar secara dalam talian bermula 4 Mei 2020 iaitu:

    a) Atas Permohonan Pihak-Pihak:

    (i) Bicara rayuan interlokutori (Kod 11A dan 12A);

    (ii) Permohonan interlokutori yang tidak dicabar;

    (iii) Permohonan interlokutori yang dicabar tetapi ringkas dan pendek; dan

    (iv) Rayuan kepada Hakim dalam kamar terhadap keputusan Timbalan

    Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar.

  • 2

    b) Bagi penyampaian keputusan selepas perbicaraan, Mahkamah Tinggi Malaya

    akan memaklumkan kepada pihak-pihak tarikh keputusan yang akan disampaikan

    secara dalam talian; dan

    c) Atas inisiatif Mahkamah atau atas permohonan mana-mana pihak, semua mediasi

    boleh dikendalikan secara dalam talian.

    Sekian, terima kasih.

    Unit Komunikasi Korporat

    Pejabat Ketua Pendaftar

    Mahkamah Persekutuan Malaysia

    Tarikh: 24 April 2020

    344-2020doc 1doc 2guidelines Aguidelines Bguidelines Cguidelines D