circular no 275/2015 dated 21 dec 2015 penubuhan mahkamah ... · bagi maksud arahan amalan ini –...

13
Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 To Members of the Malaysian Bar Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 Penubuhan Mahkamah Alam Sekitar (Sivil) The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to the establishment of a civil Environment Court. Please be informed that Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016 (Friday). The relevant portion of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 is reproduced below and a copy of it is available online here for your reference. Thank you. Karen Cheah Yee Lynn Secretary Malaysian Bar ___________________________________________________________________________ Tarikh: 14 Disember 2015 ARAHAN AMALAN BIL. 7 TAHUN 2015 PENUBUHAN MAHKAMAH ALAM SEKITAR (SIVIL) Setelah berunding dengan YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah & Sarawak, YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan penubuhan Mahkamah Alam Sekitar (Sivil) di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan di Mahkamah Majistret seluruh Malaysia yang akan mula beroperasi pada 1 November 2015. Objektif penubuhan mahkamah ini adalah untuk melancarkan urusan pentadbiran, menyeragamkan amalan dan menyegerakan pelupusan kes yang melibatkan pertikaian tuntutan berkenaan alam sekitar agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif. 2. Bagi maksud Arahan Amalan ini Kes Alam Sekitar (Sivil)bermaksud kes-kes tuntutan sivil alam sekitar yang melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar termasuklah seperti yang dinyatakan di perenggan 4.

Upload: others

Post on 06-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)

Circular No 275/2015

Dated 21 Dec 2015

To Members of the Malaysian Bar

Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015

Penubuhan Mahkamah Alam Sekitar (Sivil)

The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Roslan b Haji Abu Bakar, has

extended to us a copy of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 dated 14 Dec 2015 pertaining to

the establishment of a civil Environment Court.

Please be informed that Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 will take effect from 1 Jan 2016

(Friday).

The relevant portion of Arahan Amalan Bil 7 Tahun 2015 is reproduced below and a copy of

it is available online here for your reference.

Thank you.

Karen Cheah Yee Lynn

Secretary

Malaysian Bar

___________________________________________________________________________

Tarikh: 14 Disember 2015

ARAHAN AMALAN BIL. 7 TAHUN 2015

PENUBUHAN MAHKAMAH ALAM SEKITAR (SIVIL)

Setelah berunding dengan YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim Besar Sabah &

Sarawak, YAA Ketua Hakim Negara telah mengarahkan penubuhan Mahkamah Alam

Sekitar (Sivil) di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan di Mahkamah Majistret seluruh

Malaysia yang akan mula beroperasi pada 1 November 2015. Objektif penubuhan

mahkamah ini adalah untuk melancarkan urusan pentadbiran, menyeragamkan amalan dan

menyegerakan pelupusan kes yang melibatkan pertikaian tuntutan berkenaan alam sekitar

agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.

2. Bagi maksud Arahan Amalan ini –

“Kes Alam Sekitar (Sivil)” bermaksud kes-kes tuntutan sivil alam sekitar yang

melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar termasuklah seperti yang dinyatakan

di perenggan 4.

Page 2: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)

BIDANG KUASA WILAYAH (LOCAL JURISDICTION)

3. Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

a) Bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, urusan pendaftaran dan perbicaraan bagi kes

tuntutan alam sekitar (sivil) akan dikendalikan oleh Mahkamah Harta Intelek.

b) Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya

(selain daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) dan Mahkamah Tinggi Sabah &

Sarawak akan dibicarakan di mahkamah masing-masing.

c) Rayuan dari Mahkamah Rendah Kuala Lumpur berkenaan perkara-perkara alam

sekitar (sivil) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Harta Intelek (Mahkamah

Tinggi sahaja). Manakala bagi daerah-daerah lain rayuan dari mahkamah rendah

akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa.

d) Semakan Kehakiman bagi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikekalkan untuk

didengar di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas (RKK).

3. Mahkamah Sesyen & Majistret

Selaras dengan Arahan Amalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Bil. 3 Tahun 2012

berkenaan penubuhan Mahkamah Alam Sekitar, bidangkuasa membicarakan kes-kes jenayah

alam sekitar kini diperluaskan kepada bidang kuasa membicarakan kes-kes alam sekitar

(sivil).

Sehubungan itu, pendaftaran dan perbicaraan kes-kes alam sekitar (sivil) adalah ditetapkan

seperti berikut:

3.1. Mahkamah Sesyen dan Majistret yang mempunyai pengasingan bidang tugas

sivil dan jenayah

Bagi mahkamah yang mempunyai lebih daripada satu Mahkamah Sesyen

Sivil dan Mahkamah Majistret Sivil, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di

bawah bidang kuasa mahkamah sesyen sivil dan majistret hendaklah didaftar

dan dibicarakan di satu mahkamah sesyen sivil dan satu mahkamah majistret

sivil yang dikenalpasti mengikut bidangkuasa masing-masing.

3.2. Mahkamah Sesyen dan Majistret yang tidak mempunyai pengasingan bidang

tugas sivil dan jenayah

a) Bagi mahkamah yang mempunyai lebih daripada satu mahkamah sesyen dan

mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah bidang kuasa

mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan dibicarakan di satu

mahkamah sesyen dan satu mahkamah majistret yang dikenalpasti mengikut

bidangkuasa masing-masing.

b) Bagi mahkamah yang mempunyai hanya satu mahkamah sesyen dan satu atau

lebih mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) di bawah

bidangkuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan didengar di

Page 3: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)

mahkamah sesyen tersebut dan mahkamah majistret yang dikenalpasti.

c) Bagi mahkamah yang hanya mempunyai mahkamah majistret sahaja, kes-kes

tuntutan alam sekitar (sivil) dalam bidang kuasa mahkamah sesyen hendaklah

didaftar dan dibicarakan di mahkamah sesyen yang mempunyai bidangkuasa,

manakala kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) dalam bidang kuasa

mahkamah majistret hendaklah didaftarkan dan dibicarakan di mahkamah

majistret tersebut.

d) Bagi mahkamah yang mempunyai hanya satu mahkamah sesyen dan

membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)

di bawah bidangkuasa mahkamah sesyen dan majistret hendaklah didaftar dan

dibicarakan di mahkamah sesyen tersebut mengikut bidangkuasa sivil masing-

masing seperti yang diperuntukkan oleh Akta Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan

2010). Pendaftaran kes hendaklah dibuat mengikut kod mahkamah yang

mempunyai bidang kuasa membicarakan kes tersebut.

4. Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) yang telah didaftarkan sebelum berkuatkuasanya

Pekeliling ini di mahkamah masing-masing hendaklah kekal di mahkamah yang sama dan di

sambung dengar sehingga ia dilupuskan tertakluk kepada bidangkuasa mahkamah tersebut.

Mahkamah tersebut hendaklah mengenalpasti dan menyelenggara rekod / nombor kes

sehingga kes dilupuskan untuk tujuan pengiraan statistik yang tepat.

KAUSA TINDAKAN

5. Kes-kes alam sekitar (sivil) yang didaftarkan di Mahkamah Alam Sekitar (Sivil)

adalah kes yang melibatkan pertikaian berasaskan alam sekitar dalam perkara sepertimana

berikut:

i) Tuntutan gantirugi ke atas kerosakan atau kemusnahan harta benda yang

diakibatkan oleh apa-apa perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada alam

sekitar.

ii) Tuntutan gantirugi ke atas kecederaan diri akibat daripada perbuatan yang

mendatangkan kerosakan atau kemusnahan alam sekitar.

iii) Gangguan atau halangan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap

penggunaan seseorang individu atau kenikmatan seseorang individu yang patut

dinikmati ke atas tanahnya atau kacau ganggu yang diakibatkan oleh pencemaran

bunyi, air, udara dan getaran.

6. Bagi kes-kes yang melibatkan permohonan injunksi dan perisytiharan di bawah

bidangkuasa Mahkamah Sesyen seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 65 Akta

Mahkamah Rendah 1948 (Pindaan 2010), permohonan tersebut hendaklah dibicarakan oleh

Hakim Mahkamah Sesyen Gred Jusa. Bagi mahkamah yang tidak menempatkan Hakim

Mahkamah Sesyen Gred Jusa, permohonan tersebut hendaklah dibicarakan oleh Hakim

Mahkamah Sesyen yang diberi kuasa mengikut Pekeliling Ketua Pendaftar 1/2013. Bagi

tujuan kemudahan, dilampirkan senarai yang berkenaan sebagai Lampiran A.

Page 4: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)

PENGKELASAN KOD

7. Apabila berkuatkuasanya Arahan Amalan ini, semua kes tuntutan alam sekitar (sivil)

yang didaftarkan di seluruh Malaysia hendaklah didaftarkan mengikut pengkelasan seperti

berikut:

a. Mahkamah Tinggi

PERKARA KOD

Rayuan Interlokutori Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Majistret 11AE

Rayuan selepas Bicara Penuh Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Majistret 11BE

Rayuan Interlokutori Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Sesyen 12AE

Rayuan selepas Bicara Penuh Alam Sekitar (Sivil) dari Mahkamah Sesyen 12BE

Semakan Sivil Alam Sekitar 13E

Rayuan Alam Sekitar (Sivil) dari Tribunal Pentadbiran 16E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan terhadap Kerajaan 21E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) 22E

Writ Saman Tort Alam Sekitar ( Sivil) 23E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil) 24E

Usul Pemula Alam Sekitar 25E

b. Mahkamah Sesyen

PERKARA KOD

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan Terhadap Kerajaan

(RM100,001 – RM300,000)

A51E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan Terhadap Kerajaan

(RM300,001 – RM1,000,000)

B51E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)

(RM100,001 – RM300,000)

A52E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil)

(RM300,001 – RM1,000,000)

B52E

Tort Alam Sekitar (Sivil)

(RM100,001 – RM300,000)

A53E

Tort Alam Sekitar (Sivil)

(RM300,001 – RM1,000,000)

B53E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)

(RM100,001 – RM300,000)

A54E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil)

(RM300,001 – RM1,000,000)

B54E

Page 5: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)

c. Mahkamah Majistret

PERKARA KOD

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) oleh dan terhadap Kerajaan A71E

Writ Saman Alam Sekitar (Sivil) A72E

Tort Alam Sekitar (Sivil) A73E

Saman Pemula Alam Sekitar (Sivil) A74E

TEMPOH PELUPUSAN

8. Kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil) hendaklah diselesaikan dalam tempoh sembilan

(9) bulan dari tarikh ia mula-mula didaftarkan di mahkamah tersebut.

9. Arahan Amalan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.

Page 6: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 7: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 8: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 9: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 10: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 11: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 12: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)
Page 13: Circular No 275/2015 Dated 21 Dec 2015 Penubuhan Mahkamah ... · Bagi maksud Arahan Amalan ini – ... membicarakan kes-kes mahkamah majistret, kes-kes tuntutan alam sekitar (sivil)