circular no 109/2017 dated 31 may 2017 panduan pemfailan ... · arahan amalan mahkamah khas bil...
TRANSCRIPT
Circular No 109/2017
Dated 31 May 2017
To Members of the Malaysian Bar
Arahan Amalan Mahkamah Khas Bil 1/2017
Panduan Pemfailan Kes di Mahkamah Khas
The Chief Registrar of the Federal Court of Malaysia, Dato’ Sri Latifah bt Hj Mohd Tahar, has
extended to us a copy of Arahan Amalan Mahkamah Khas Bil 1/2017, dated 15 May 2017,
pertaining to guidelines for filing cases at the Special Court.
Please be informed that Arahan Amalan Mahkamah Khas Bil 1/2017 will take effect on 1 June
2017 (Thursday).
The relevant portion of Arahan Amalan Mahkamah Khas Bil 1/2017 is reproduced below, and
a copy of it is attached for your reference.
Thank you.
Roger Chan Weng Keng
Secretary
Malaysian Bar
___________________________________________________________________________
Tarikh: 15 Mei 2017
ARAHAN AMALAN MAHKAMAH KHAS BIL 1/2017
PANDUAN PEMFAILAN KES DI MAHKAMAH KHAS
YAA Ketua Hakim Negara, selaras dengan Aturan 25 Kaedah-Kaedah Mahkamah Khas
[P.U.(A) 525/1994], mengeluarkan Arahan ini bagi Panduan Pemfailan kes di Mahkamah
Khas.
PENDAFTARAN KES
1. Semua pendaftaran kes di Mahkamah Khas hendaklah dibuat di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
TESTE KEPADA WRIT SAMAN MAHKAMAH KHAS
2. Semua pemfailan writ saman bagi Mahkamah Khas hendaklah mematuhi teste kepada
writ saman yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Khas dari semasa ke semasa.
KOD PENDAFTARAN
3. Kod Pendaftaran kes di Mahkamah Khas adalah seperti yang berikut:
BIL JENIS KES KOD
1. Jenayah MK (J)
2. Sivil MK (S)
4. Pendaftaran kes di Mahkamah Khas hendaklah diklasifikasikan mengikut abjad Kod
Negeri seperti yang berikut:
BIL NEGERI ABJAD
1. Perak A
2. Selangor B
3. Pahang C
4. Kelantan D
5. Johor J
6. Kedah K
7. Melaka M
8. Negeri Sembilan N
9. Pulau Pinang P
10. Sarawak Q
11. Perlis R
12. Sabah (Termasuk Wilayah
Persekutuan Labuan)
S
13. Terengganu T
14. Wilayah Persekutuan
(Termasuk Putrajaya)
W
5. Sebagai contoh penggunaan Kod Pendaftaran adalah:
“MK(J) -1-01/2017 (W)
MK(S) -1-01/2017 (W)”
PERKARA PETUNJUK
MK Mahkamah Khas
(J)
(S)
Jenayah
Sivil
1 Nombor Pendaftaran
01 Bulan Pendaftaran
2017 Tahun Pendaftaran
(W) Negeri tempat kesalahan/
kausa tindakan berlaku
PERMULAAN KUAT KUASA
6. Arahan ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2017.