cerpen keikhlasan sebuah sahabat

5
CERPEN KEIKHLASAN SEBUAH SAHABAT. SEMENTARA menunggu bas untuk pulang dari sekolah, Lisa dan Mieza sempat berbual-bual bersama-sama. “Kenapa dengan awak ni? Sedih saja saya tengok,” tegur Mieza. “Tak ada apalah, saya cuma teringatkan kanak-kanak di wad semalam,” jawab Lisa dengan sedikit senyum yang dibuat-buat. “Oo... kasihan mereka, kan?” “Memang kasihan. Baru berumur empat tahun sudah masuk hospital. Sudah menghidap penyakit yang berbahaya,” balas Lisa lagi. “Yang mana satu? ” “Katil yang dekat pintu tulah. Apa nama adik tu... Aiman.” “Ya, Aiman. Betullah, minum susu pun terpaksa gunakan tiub. Kesian, kan? ” kata Mieza. “Kesian sangat. Bila Lisa tengok orang sakit macam tu, baru terasa betapa berharganya nikmat kesihatan. Beruntungnya jadi orang yang sihat. Banyak perkara yang kita boleh buat seperti menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam, melakukan perkara yang baik. Tidak ada gunanya, jika kita hidup 1000 tahun di dunia ini tetapi tidak melakukan perintah Allah,” Lisa memberi komen. “Betul tu, saya setuju. Sebab itulah kita kena jaga kesihatan, kerana kesihatan ni nikmat Allah juga. Tak baik mensia-siakan nikmat. Contohnya makan makanan yang tidak berzat atau yang boleh memudaratkan kesihatan kita.” Lisa pula menambah, “Malas bersenam juga boleh menyebabkan kesihatan terganggu. Bila dah tak sihat, nak belajar pun susah. Sebab itu guru-guru di sekolah kita mengadakan aktiviti senam robik, bagi anak muridnya sihat dan cergas.”

Upload: norelyana-ali

Post on 10-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Cerpen Keikhlasan Sebuah Sahabat.

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen Keikhlasan Sebuah Sahabat

CERPEN KEIKHLASAN SEBUAH SAHABAT.

SEMENTARA menunggu bas untuk pulang dari sekolah, Lisa dan Mieza sempat berbual-bual bersama-sama.

“Kenapa dengan awak ni? Sedih saja saya tengok,” tegur Mieza.

“Tak ada apalah, saya cuma teringatkan kanak-kanak di wad semalam,” jawab Lisa dengan sedikit senyum yang dibuat-buat.

“Oo... kasihan mereka, kan?”

“Memang kasihan. Baru berumur empat tahun sudah masuk hospital. Sudah menghidap penyakit yang berbahaya,” balas Lisa lagi.

“Yang mana satu? ”

“Katil yang dekat pintu tulah. Apa nama adik tu... Aiman.”

“Ya, Aiman. Betullah, minum susu pun terpaksa gunakan tiub. Kesian, kan? ” kata Mieza.

“Kesian sangat. Bila Lisa tengok orang sakit macam tu, baru terasa betapa berharganya nikmat kesihatan. Beruntungnya jadi orang yang sihat. Banyak perkara yang kita boleh buat seperti menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam, melakukan perkara yang baik. Tidak ada gunanya, jika kita hidup 1000 tahun di dunia ini tetapi tidak melakukan perintah Allah,” Lisa memberi komen.

“Betul tu, saya setuju. Sebab itulah kita kena jaga kesihatan, kerana kesihatan ni nikmat Allah juga. Tak baik mensia-siakan nikmat. Contohnya makan makanan yang tidak berzat atau yang boleh memudaratkan kesihatan kita.”

Lisa pula menambah, “Malas bersenam juga boleh menyebabkan kesihatan terganggu. Bila dah tak sihat, nak belajar pun susah. Sebab itu guru-guru di sekolah kita mengadakan aktiviti senam robik, bagi anak muridnya sihat dan cergas.”

“Eh, itu bas dah datang,” kata Mieza sebaik saja melihat sebuah bas di kejauhan. Dia menunggu bas itu datang lebih dekat lagi untuk memastikan betul atau tidak bas yang harus dinaiki. Mungkin bas itu tidak pergi ke kawasan taman perumahannya. Boleh jadi bas itu pergi ke tempat lain. Dia tidak mahu tersalah naik bas.

“ Eh, kenapa bas ini berhenti? Saya tak tahan pun,” kata Mieza yang terkejut melihat bas itu bergerak perlahan dan menyalakan lampu isyarat hendak berhenti.

Sebaik saja bas berhenti, turun seorang mak cik sambil membawa sebuah beg. Mak cik itu agak kepayahan hendak melangkah. Mungkin kakinya berasa lenguh kerana lama duduk di dalam bas. Tidak sampai hati pula Lisa dan Mieza membiarkan mak cik itu begitu saja. Setelah melihat air muka mak cik itu, Lisa dan Mieza terus menolong mak cik itu dan memimpinnya ke tempat duduk.

Page 2: Cerpen Keikhlasan Sebuah Sahabat

“Terima kasih, nak. Baiknya hati anak berdua ni, apa nama anak berdua ini?” puji mak cik itu sambil menanyakan soalan dengan senyuman lebar.

“Sama-sama mak cik. Tidak mengapa, ini cuma pertolongan kecil saja. Nama saya Lisa dan belah kanan saya ini pula Mieza,” jawab Lisa dengan suara yang sopan.

“Mak cik nak ke mana ni?” tanya Mieza dengan penuh hormat.

“Mak cik nak pergi ke hospital. Nak melawat cucu mak cik kena demam denggi,” jelas mak cik itu.

“Larat ke... mak cik naik bukit tu?” tanya Mieza lagi. Untuk ke hospital dari situ kira-kira tiga ratus meter dan terpaksa melalui kawasan yang agak berbukit.

“Kalau tak larat nanti mak cik berhenti dulu. Lepas tu berjalan semula.”

“Tak apalah mak cik, biar kami tolong. Beri saya beg tu, saya bawa,” kata Lisa dengan muka yang penuh keikhlasan.

“Tapi anak berdua ni nak ke mana?” tanya mak cik itu.

“Kami baru pulang dari sekolah, sekarang kami tunggu bas nak balik.”

“Nanti kalau anak temankan mak cik, terlepas bas pulak.”

Lisa dan Mieza terdiam. Benar juga kata mak cik itu. Sudah lama mereka menunggu di situ. Kalau terlepas bas nanti, terpaksa tunggu bas yang lain pula. Entah pukul berapa nanti baru sampai ke rumah. Tambahan pula dengan keadaan cuaca semasa yang tidak menentu, hujan selalu turun pada sebelah petang. Kalau hujan akan lebih menyukarkan lagi.

Mieza memandang Lisa lalu bertanya, “Macam mana? Betul juga kata mak cik ni.”

“Ya lah, tak payahlah susah-susah kerana mak cik. Tadi pun anak dah tolong mak cik,” Kata mak cik.

“Tapi kami tak sampai hati biarkan mak cik seorang diri ke hospital. Walaupun dekat, letih juga,” kata Lisa dengan suara membimbangkan.

“Tak apalah. Kalau mak cik letih, berhenti lah sekejap. Lepas tu sambung lagi.”

Mahu tidak mahu Lisa dan Mieza terpaksa akur juga walaupun mereka kasihankan mak cik itu. Memang mereka hendak menolong mak cik itu, tetapi bimbang akan terlepas bas nanti. Mungkin boleh tunggu bas yang berikutnya. Tapi boleh jadi juga bas berikutnya lambat datang. Mungkin lewat petang atau mungkin juga malam.

Lisa dan Mieza terus mengekori langkah mak cik itu dengan ekor mata. Beg yang dibawa oleh mak cik itu nampak agak mengganggu langkahnya. Barangkali kalau tanpa bas tersebut langkahnya lebih selesa sedikit. Sekali Lisa menoleh ke arah Mieza seperti ingin menyatakan sesuatu. Kemudian menoleh pula ke arah mak cik yang masih termengah-mengah melalui jalan yang sedikit berbukit.

Page 3: Cerpen Keikhlasan Sebuah Sahabat

“Marilah kita tolong mak cik tu. Tak sampai hati tengok dia macam tu.” Mieza akhirnya meluahkan isi hatinya.

“Tapi kalau terlepas bas nanti... macam mana?”

“Tawakal sajalah. Kita nak buat benda mulia, tolong orang yang sedang kesusahan,” jawab Lisa dengan penuh yakin. “Berdoalah kepada Allah supaya tak tertinggal bas.”

“Mak cik... tunggu!” laung Mieza sambil berlari bersama Lisa untuk mendapatkan mak cik yang baru separuh bukit menapak. Mak cik itu pun berhenti dan berpaling.

“Ada apa?” tanya mak cik ketika dua sekawan itu menghampirinya.

“Kami nak temankan mak cik. Bagi beg tu, biar saya bawa,” kata Lisa.

“Habis... kalau bas datang nanti?”

“Lepas hantar mak cik, kami datanglah semula,” balas Mieza.

Setelah tiba di hospital, Mieza sungguh terkejut sebaik saja sampai di katil wad yang menempatkan cucu mak cik itu. Begitu juga dengan Aiman. Apabila di dalam bilik wad itu, Lisa dan Mieza bertemu dengan Cikgu Alyaa, iaitu guru kelas mereka. Rupa-rupanya Cikgu Alyaa datang menziarahi anak saudaranya yang dimasukkan ke dalam hospital kerana demam denggi. Sebenarnya, mak cik yang mereka tolong itu adalah ibu kepada Cikgu Lyaa.

Kemudian berceritalah Lisa apabila ditanya oleh Cikgu Alyaa tentang pertemuan mereka dengan mak cik itu. Dia tidak bertemu Cikgu Alyaa semasa melawat anak jirannya semalam kerana pesakit yang mereka lawati ditempatkan di wad tingkat lain.

“Kenapa mak tak telefon? Boleh Alyaa ambil di stesen bas,” Cikgu Alyaa bertanya kepada emaknya.

“Ha ah... Jiha pun boleh pergi ambil,” jawab gadis muda yang berdiri di kepala katil, adik kepada Cikgu Alyaa.

“Mak dah tulis nombor telefon kamu. Tapi nak cepat tadi tertinggal pula atas meja.”

“Mak cik...cikgu, kami tak boleh lama. Kami pergi dulu ya,” Lisa meminta kebenaran sebelum beredar.

“Nanti dulu, cikgu pun nak balik juga. Kita balik sama-sama ya. Lagipun cikgu ada kerja sikit di pejabat sekolah, nanti cikgu hantar kamu berdua hingga ke rumah.” Kata Cikgu Alyaa, menggembirakan Lisa dan Mieza.

“Bagi cikgu masa lima minit kejap,” kata Cikgu Alyaa lagi.

“Tak apalah kak, kakak baliklah dulu. Lagipun kakak dah lama di sini, tidak mengapa kak... Allah Itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...Tuhan mendengar doa kita selama ini dan mengetahui apa yang kita ingin kan selama ini.” Balas adik Cikgu Alyaa yang sedang duduk di sebelah katil itu.

Page 4: Cerpen Keikhlasan Sebuah Sahabat

“Baiklah, tapi jangan lupa nanti hantar emak ke rumah kakak,” Cikgu Alyaa mengingatkan adiknya.

“Tahulah saya. Itu pun selepas emak tidur di rumah saya semalam dua.”

“Rumah kakak dululah. Lepas tu kakak hantar rumah kamu pula.”

Emak Cikgu Alyaa tersenyum lebar melihat gurauan dua orang anaknya itu. Lisa dan Mieza turut tersenyum, terhibur dengan kemesraan cikgu mereka itu. Namun, lebih terhibur lagi kerana mereka tidak payah menunggu bas untuk pulang. Cikgu Alyaa akan menghantar mereka sampai ke depan rumah.

“Kita tolong permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan pula urusan kita,” kata Lisa yang beriringan dengan Mieza menuju ke kereta Cikgu Alyaa. Dia mengulangi kata-kata yang diucapkan oleh emak Cikgu Alyaa semasa bersalaman dengannya tadi.