cerita seloka

8
Cerita Seloka Maklumat Asas

Upload: abdul-manaf-bin-mohd-yasir

Post on 22-Jun-2015

4.144 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

Bahan pengajaran puisi tradisional

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Seloka

Cerita Seloka

Maklumat Asas

Page 2: Cerita Seloka

Apakah itu Seloka?

• berasal daripada bahasa Sanskrit.• bermakna seloroh, berjenaka atau

menyindir.• puisi yang tua dalam kesusasteraan

Melayu.• berkembang sewaktu agama Hindu

menyebar ke Asia Tenggara.• terdapat dalam Kitab Mahabarata

dan Kitab Ramayana.

Page 3: Cerita Seloka

Apakah itu Seloka?

• karangan berangkap, pepatah atau perumpamaan.

• mengandungi jenaka, senda gurau, ejekan, olok-olokan, giatan malah sindiran.

• ‘…senda gurau yang mengandungi sindiran ditulis dalam bahasa puisi’.

• mengandungi pengajaran atau teladan.

Page 4: Cerita Seloka

Struktur Seloka

• dalam bahasa Melayu, ditulis dalam empat baris dengan memakai bentuk pantun atau syair.

• ada juga ditulis dalam kurang atau lebih daripada empat baris dengan menggunakan bentuk bebas.

• setiap baris menjadi isi seloka tersebut.

Page 5: Cerita Seloka

Seloka berbentuk Pantun- dengan rima hujungnya abab.

Pasang berdua bunyikan tabuh,Anak gadis berkain merah,Supaya cedera jangan tumbuh,Mulut manis kecindan** murah.

Anak gadis berkain merah,Ambil aur bawa ke pasar,Mulut manis kecindan murah,Pandai bergaul sesama besar.

kecindan:Dlm dialek Minangkabau -gurau senda, jenaka, kelakar; mulut manis ~ murah bermaksud pandai mengambil hati orang – Kamus Dewan.

Page 6: Cerita Seloka

Seloka berbentuk Syair- dengan rima hujungnya aaaa.

Candu bungkus kain palas,Makan dia mata bilas**,Mandi segan kerja malas,Harta orang hendak digalas.

Sudah bertemu kasih sayang,Duduk terkurung malam siang,Hingga setapak tiada renggang,Tulang sendi habis renggang.

bilas:– kabur pada mataKamus Dewan.

Page 7: Cerita Seloka

Seloka berbentuk bebas

Aduhai malang Pak Kaduk!Ayam yang menang, kampung tergadai!Ada nasi dicurahkan!Awak pulang kebuluran!

Mudik menongkah angin,Hilir menongkah pasang,Masa belayar kematian angin,Sauh berlabuh, bayu berpuput.

Page 8: Cerita Seloka

Lain-lain jenis seloka:• seloka mengejek• seloka khayal• seloka melarat• seloka gurau senda