cerita dang esah.docx
TRANSCRIPT
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
Lagenda Dayang Isah Tandang Sari
Pada zaman dahulu ada sebuah daerah di Negeri Sarawak bernama Saribas.Daerah
tersebut dikatakan terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei. Datuk Temenggung
Kadir adalah orang yang bertanggungjawab menjaga kawasan Batang Lupar di bawah
Titah Sultan Brunei. Di fahamkan bahawa beliau adalah seorang yang sangat kuat dan
berkuasa. Seperti yang diceritakan oleh seorang orang veteran;
“Dayung kapalnya seluas alam, hanya dengan sekali dayungan sahaja nakhodanya
sampai ke Brunei, tak lut dengan parang bahkan ‘benak’ turut ditetak olehnya kerna
‘benak’ sentisa mengancam nyawa penduduk sekitar. Kekuatannya tiada tolok
bandingan, pahlawan hebat ketika itu”
Pusat pemerintahannya terletak di sebuah tempat bernama Tandang Sari
(sekarang tempat ini bernama Pusa). Sumber pencarian utama penduduk
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 1
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
perkampungan Melayu itu bercucuk-tanam. Padi, pisang, ubi bandung, keledek, labu
dan pelbagai tanaman lain menjadi sumber makanan mereka. Di samping itu terdapat
juga ‘wira-wira’ kampung yang berburu binatang liar di hutan. Lazimnya mereka
berburu secara berkumpulan. Sebahagian yang lain pula turun ke laut menangkap ikan
atau menjala udang. Setiap tahun terdapat juga golongan wanita tua yang berhuma di
perbukitan berhampiran kampung itu. Proses penanaman mereka selesaikan secara
‘menabang’ atau bergotong-royong. Hasil padi kemudiannya dibahagi-bahagikan
sesama sendiri.
Bagi memenuhi keperluan hidup masing-masing, penduduk pinggir hutan itu
saling bertukar-tukar hasil pencarian. Mereka juga berpegang kepada prinsip ‘berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Ibarat ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat’ itulah sendi kerukunan kehidupan bermasyarakat di situ. Sebarang
pertelingkahan dan perselisihan faham diselesaikan melalui rundingan secara
bersemuka dan dicari jalan perdamaian. Tiada dendam. Tanpa sengketa. Tidak
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 2
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
hairanlah mereka sentiasa hidup dengan penuh rukun dan semangat muhibbah yang
tinggi. Toleransi menjadi tiang seri kerukunan hidup.
Datuk Temenggong Kadir menjalankan pemerintahannya dengan adil dan
saksama.Dia dikasihi oleh rakyat Saribas.Datuk Temenggong Kadir telah lama
berkahwin.Isterinya, bernama Dayang Siti Hajar .Tetapi perkahwinan mereka selama
tujuh tahun itu belum lagi dikurniakan seorang anak.Datuk Temenggong Kadir dan
isterinya,selalu berdoa agar mereka dikurniakan cahaya mata.Walaupun mereka hidup
bahagia tetapi mereka selalu merasa kesunyian kerana tidak mempunyai anak.
Pada suatu malam,seperti biasa selepas sembahyang dan berdoa,Datuk
Temenggong Kadir pun tidur.Dalam tidurnya itu, dia telah bermimpi,dia telah mendengar
satu suara. Datuk Temenggong Kadir tidak tahu dari mana arah suara itu datang.Suara
itu berkata:“Wahai Temenggong Kadir, aku kasihan melihat kamu berdoa.Kamu
kesunyian.Aku ingin menolong kamu berdua.Ikutlah apa yang aku katakan ini! Esok
kamu pergilah ke hulu Sungai Tandang Sari. Di sana ada serumpun buluh
betong.Potonglah buluh betong itu. Di dalamnya ada sebiji telur.Ambil telur itu dan
simpanlah baik-baik”.
Selepas mendengar suara itu Datuk Temenggong Kadir punter jaga dari
tidurnya.Dia tidak dapat melelapkan matanya lagi kerana memikirkan arahan dari suara
itu.Dia tertanya-tanya benarkah apa yang dikatakan oleh suara di dalam mimpinya itu.
Atau cuma syaitan yang ingin mengganggunya? Datuk Temenggong Kadir pun menge-
jutkan isterinya dan menceritakan mimpinya itu.Isterinya menasihatkan Datuk Temeng-
gong Kadir agar menurut apa yang disuruh oleh suara itu.
Keesokan harinya, Datuk Temenggong Kadir pergi ke hulu Sungai
Tandang Sari.Dia pergi seorang diri dengan menaiki perahu koleknya,dan membawa
pedang saktinya “Gempetar Alam”.Dalam perjalanannya itu, matanya meliar ke kiri dan
kanan memerhatikan kalau-kalau ada rumpun buluh betong seperti yang dikatakan di
dalam mimpinya itu. Akhirnya, dia bertemu dengan pokok buluh betong itu.Hatinya
berdebar-debar. Dengan tidak membuang masa lagi,Datuk Temenggong Kadir pun
mengikat perahunya dan naik ke darat.Dia terus memotong pokok buluh itu.Sekali tetak
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 3
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
sahaja pokok buluh itu terus putus.Benarlah, terdapat telur di dalam batang buluh be-
tong itu.
Datuk Temenggong Kadir mengambil telur itu dengan berhati-hati lalu dibawanya
pulang.Sampai di rumah, telur itu disimpan baik-baik.Pada malam itu,apabila dia
tidur,disimpannya telur itu di sebelah kiri kepalanya.Apabila menjelang tengah
malam,tiba-tiba mereka terjaga kerana mendengar suara budak menangis. Datuk
Temenggong Kadir mendapati telur tersebut telah pecah.Tahulah dia bahawa telur itu
akhirnya menetaskan seorang bayi perempuan. Datuk Temenggung Pengiran Abdul
Kadir mengambilnya sebagai anaknya dan diberi nama Dayang Isah Tandang Sari.
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 4
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
Dayang Esah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan sempurna
oleh keluarga Datok Temenggong. Tidak hairanlah Dayang terkenal dengan sikap
lemah-lembut, peramah, periang dan indah tutur kata. Tinggi pekerti serta baik pula peri
lakunya dan cantik budi bahasa menjadikan Dayang Esah amat dikasihi sesiapa sahaja
yang bertemu dengannya, baik golongan muda mahupun kanak-kanak kecil dan orang-
orang tua. Dayang Isah Tandang Sari menjadi menjadi gadis yang teramat cantik dan
tiada tolok bandingannya pada ketika itu Oleh kerana kecantikkannya itu jugalah ramai
pemuda-pemuda yang telah tertarik hati dan ingin memperisterikan Dayang Isah
Tandang Sari. Putihnya sampai nampak air sirih yang turun dari kerongkongnya.
Ramputnya yang ikal mayang, suara yang merdu.
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 5
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
Antara pemuda yang gagah perkasa dan disegani oleh penduduk di Tandang
Sari ialah Abang Bunut.Abang Bunut ialah pemuda harapan Datuk Temenggong
Kadir.Dia seorang pemuda yang peramah,jujur,bersopan santun dan berbudi
bahasa.Tingkah laku dan ketrampilan Abang Bunut telah memikat hati Dayang
Isah.Oleh kerana Abang Bunut bekerja di istana Datuk Temenggong Kadir,maka dia
sering bersua muka dengan Dayang Isah.Dari situ,lahirlah perasaan cinta yang sangat
mendalam di antara mereka berdua. Tambahan pula perhubungan mereka direstui oleh
Datuk Temenggong Kadir dan isterinya kerana keperibadian Abang Bunut yang tinggi.
Pada suatu malam Datuk Temenggong Kadir bermimpi.Dalam mimpinya itu, dia
telah mendengar suara yang sama di dalam mimpinya dulu.Kali ini suara itu
berkata:“Wahai Temenggong Kadir! Dengarlah kata-kataku ini. Dayang Isah telah
dewasa dan telah menjadi rebutan ramai pula.Sesiapa yang hendak memperisterikan
Dayang Isah mestilah menyediakan sepuluh kati emas sebagai mas kahwin”.Datuk
Temenggong Kadir pun terjaga dari tidurnya.Dia berasa resah dan susah hati
mengingatkan kata-kata dari suara di dalam mimpinya itu.Dia terkenangkan Abang
Bunut yang diketahuinya sangat menyintai Dayang Isah,begitu juga Dayang
Isah.Walaupun Datuk Temenggong Kadir sangat berkenan dengan Abang Bunut untuk
menjadi menantunya tetapi Abang Bunut seorang pemuda yang miskin, dan sudah pasti
tidak dapat menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas itu.
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 6
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
Keesokan harinya,Datuk Temenggong Kadir memberitahu isterinya akan
mimpinya itu.Mereka berdua sangat berasa sedih.Mereka terpaksa patuh dengan
arahan suara itu kerana mereka yakin bahawa mimpi itu benar.Mereka mengambil
keputusan untuk memberitahu anaknya Dayang Isah dan juga Abang Bunut.Kedua-
duanya berasa sangat kecewa setelah diberitahu.Abang Bunut tahu dirinya tidak
terdaya untuk menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas walaupun
berusaha bertahun-tahun lamanya. Maka tingggallah mereka berkasih-kasihan begitu
saja,makan hati berulam jantung.
Kemasyhuran akan kecantikan Dayang Isah telah sampai ke pengetahuan
seorang saudagar Brunei yang bernama Nakhoda Kar.Dengan tidak membuang masa
lagi, Nakhoda Kharpun pergilah meminang Dayang Isah. Kerana kekayaannya
Nakhoda Khar sanggup memberi sepuluh kati emas sebagai mas kahwin,maka
pinangan itu pun diterimanya.Datuk Temenggong terpaksa patuh dengan arahan suara
yang didengarnya di dalam mimpinya tempoh hari.Selang beberapa hari
bertunang,maka upacara perkahwinanpun berlangsung. Dayang Isah akur dengan
takdirnya walaupun hatinya masih mencintai Abang Bunut .
Setelah genap sebulan menjadi suami isteri,Nakhoda Khar pun meminta izin
daripada Datuk Temenggong Kadir untuk belayar ke Brunei bersama anak-anak
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 7
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
buahnya. Apabila sampai di Pulau Burung, barulah Nakhoda Khar teringat yang
kerisnya tertinggal,maka ditinggalkan kapalnya di situ sahaja dan berpatah balik dengan
mengayuh sampan seorang diri.Sesampainya ke muara Sungai Saribas, hari sudah
pun malam.Dalam perjalanan menuju ke istana, Nakhoda Khar terasa sesuatu yang
tidak menyenangkan hatinya lantas dia mempercepatkan langkahnya.Sesampai di
istana, Nakhoda Khar terdengar suara isterinya,Dayang Isah sedang bergurau senda
dengan Abang Bunut. Maka timbullah rasa marah dan cemburu yang tidak terkira di hati
Nakhoda Khar,lalu dibacanya jampi ilmu tidur.Selepas jampi itu dibaca maka tidurlah
seisi istana.Lalu Nakhoda Khar mengambil kerisnya lalu menikam Abang Bunut.
Dengan perasaan marah, Nakhoda Kar juga cuba untuk membunuh Dayang Isah
namun Dayang Isah bukan orang sebarangan. Dia tidak dapat di bunuh dengan apa
jenis senjata sekalipun. Dayang Isah yang sedih akan kematian Abang Bunut telah
memberitahu Nakhoda Kar, hanya benang tujuh warna dan tujuh helai rambutnya
sahaja yang dapat membunuhnya. Sebelum dibunuh, Dayang Isah membuat
permintaan agar dia dikebumikan berdekatan dengan Abang Bunut. Akhirnya dengan
benang berwarna dan rambut, Nakhoda Kar telah menjerut leher Dayang Isah sehingga
mati. Selepas kejadian itu, Nakhoda Kar dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan
belayar jauh.
Berita kematian Dayang Isah telah sampai kepengetahuan Temenggong Kadir.
Temenggong Kadir berasa amat marah.Dia tahu kejadian itu semuanya angkara
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 8
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
Nakhoda Khar lalu dia pun menaiki perahu koleknya bersama Lancang Mayang untuk
mengejar Nakhoda Khar.Perahu koleknya terlalu laju seperti naga lapar,pengayuhnya
selebar tiga hasta. Akhirnya sampailah dia ke kapal Nakhoda Khar.Dia terus
menghunus pedang saktinya yang bernama Gempetar Alam,lalu dipotongnya kapal
Nakhoda Khar lalu terputus dua. Maka karamlah kapal Nakhoda Khar. Nakhoda Khar
serta semua anak buahnya mati lemas di lautan berhampiran Pulau Burung.
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 9
KEBUDAYAAN MELAYU BMM3142
Selepas itu Datuk Temenggong Kadir pun baliklah ke Tandang Sari untuk
menguruskan mayat anaknya, Dayang Isah. Dayang Isah telah dimakamkan
berhampiran dengan makam Abang Bunut Makam Dayang Isah Tandang Sari terletak
di tanah perkuburan Kampung Kalok, Pusa kira-kira 150 kilometer dari Sibu dan 90
kilometer dari Betong. Makam inilah yang menjadi bukti wujudnya lagenda disini dan
terdapat kisah yang sangat menarik disebaliknya.
NORHAYATI BINTI AHMAD OSMAN690810-13-5566 / PPGBM2611 10