catan miniatur

12
CATAN MINIATUR Sungguhpun terdapat larangan-larangan berhubung dengan pelukisan imej bergambar makhluk dan haiwan, tetapi tradisi bergambar ini berkembang juga dalam sejarah tamadun Islam. Perkembangan ini bukan sahaja diterima sebagai sebahagian daripada kesenian Islam. la terns berkembang selari dengan perkembangan seni bina dan seni kaligrafi yang telah berakar umbi dalam kebudayaan masyarakat Islam sejak dahulu hingga kini. Isu mengenai gambar dan patung yang melibatkan pelbagai tafsiran sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan penciptaan kedua-duanya boleh dilihat dari tindakan Rasulullah memasuki Kaabah sewaktu penaklukan Makkah. Pada zaman Jahiliah, Kaabah merupakan tempat meletakkan lambang tuhan suku-suku kaum yang mempunyai kepentingan di Makkah.' Tuhan-tuhan tersebut sama ada patungpatung atau gambar-gambar dilukis di sekeliling Kaabah. Apabila Rasulullah S.A.W. memasuki Kaabah dilihatnya terdapat 360 patung' dan di Binding Kaabah dipenuhi dengan gambar-gambar Malaikat, yang dilukis sebagai wanita- wanita cantik, gambar Nabi Ibrahim sedang memegang azlam.' Ada yang mengatakan Nabi Ibrahim bersama-sama dengan Nabi Ismail memegang panah seperti pemain dadu.' Penulis-penulis sejarah dan sirah Islam seperti Muhammad Husain Haekal, Abdul Hasan Ali al-Nadwy, Dr. Mustafa al-Siba'i, M.R.M. Abdurraheem, E. Dinet dan Sliman Ben Ibrahim, Hafiz Ghulam Sarwar, tidak menyebutkan gambar Nabi Ismail kecuali gambar Nabi Ibrahim sahaja. ManakalaNaeemSiddiqui, Khalid Latif Gauba dan Said Ramadhan5 menyebutkan kedua-dua sekali. Hampir semua penulis sirah tersebut menyatakan patung-patung dan gambar-gambar itu dimusnah dan dibersihkan. Ada pula yang menyatakan gambar-gambar itu dibersihkan dengan air zam-zam.' Hal yang sama juga disebut oleh H.A.R. Gibb dan J.H. Krammers. 7 Suatu perkara yang perlu disebutkan dalam tindakan Rasulullah itu ialah kemungkinan wujudnya ikonografi `Isa dan Maryam' di dinding Kaabah.' Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah sama ada ikonografi ini dikekalkan atau turut sama dimusnahkan. Kebanyakan penulis sirah dan sarjana Islam tidak menyatakan langsung tentang wujudnya ikon ini kecuali Titus Burkhardt, H.M. Balyuzi dan SayyidHossein Nasr. 9 Sebaliknya beberapa orang orientalis dan sarjana Barat menjelaskan bahawa ikonografi ini dilindungi oleh Rasulullah, umpamanya H.W. Janson menyebutkan: Sumber sejarah Arab yang terawal memaklumkan kepada kita bahawa dalam tahun 630 M. Ka'abah juga dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan imej agama (Masihi). Rasulullah memerintahkan orang ramai supaya memusnahkan semua lukisan itu kecuali gambar Maryam dan anaknya 'Isa. Baginda melindunginya dengan tangannya sendiri." Cerita mengenai ikon yang dilindungi oleh Rasulullah ini Bering dihubungkan oleh beberapa orang sarjana Barat antaranya Thomas W. Arnold dengan seorang tokoh sejarah bernama Azraqi. Siapakah Azraqi yang dimaksudkan oleh mereka? Beliau ialah Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad dipanggil juga Azraq bermata biru." la seorang penulis awal tentang sejarah penaklukan Makkah. Keluarganya berasal dari Byzantine dan menjadi hamba kepada alHarith bin Kaleda di Taif. Apabila pengepungan Taif pada 8/630 H., al-Azraqi menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu beliau dibebaskan dan menetap di Makkah. Peristiwa Rasulullah melindungi ikon `Isa dan Maryam disebut juga oleh T.W. Arnold, Martin Lings, H.A.R. Gibb & J.H. Kramers, A. Guillaume, Desmond

Upload: lamkadhom

Post on 03-Jan-2016

612 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pendidikan seni visual

TRANSCRIPT

Page 1: CATAN MINIATUR

CATAN MINIATURSungguhpun terdapat larangan-larangan berhubung dengan pelukisan imej bergambar makhluk dan haiwan, tetapi tradisi bergambar ini berkembang juga dalam sejarah tamadun Islam. Perkembangan ini bukan sahaja diterima sebagai sebahagian daripada kesenian Islam. la terns berkembang selari dengan perkembangan seni bina dan seni kaligrafi yang telah berakar umbi dalam kebudayaan masyarakat Islam sejak dahulu hingga kini.

Isu mengenai gambar dan patung yang melibatkan pelbagai tafsiran sama ada dibenarkan atau tidak dibenarkan penciptaan kedua-duanya boleh dilihat dari tindakan Rasulul-lah memasuki Kaabah sewaktu penaklukan Makkah. Pada zaman Jahiliah, Kaabah merupakan tempat meletakkan lambang tuhan suku-suku kaum yang mempunyai kepentingan di Makkah.' Tuhan-tuhan tersebut sama ada patung patung atau gambar-gambar dilukis di sekeliling Kaabah. Apabila Rasulullah S.A.W. memasuki Kaabah dilihatnya terdapat 360 patung' dan di Binding Kaabah dipenuhi dengan gambar-gambar Malaikat, yang dilukis sebagai wanita-wanita cantik, gambar Nabi Ibrahim sedang memegang azlam.' Ada yang mengatakan Nabi Ibrahim bersama-sama dengan Nabi Ismail memegang panah seperti pemain dadu.'

Penulis-penulis sejarah dan sirah Islam seperti Muhammad Husain Haekal, Abdul Hasan Ali al-Nadwy, Dr. Mustafa al-Siba'i, M.R.M. Abdurraheem, E. Dinet dan Sliman Ben Ibrahim, Hafiz Ghulam Sarwar, tidak menyebutkan gambar Nabi Ismail kecuali gambar Nabi Ibrahim sahaja. ManakalaNaeemSiddiqui, Khalid Latif Gauba dan Said Ramadhan5 menyebutkan kedua-dua sekali. Hampir semua penulis sirah tersebut menyatakan patung-patung dan gambar-gambar itu dimusnah dan dibersihkan. Ada pula yang menyatakan gambar-gambar itu dibersihkan dengan air zam-zam.' Hal yang sama juga disebut oleh H.A.R. Gibb dan J.H. Krammers.7

Suatu perkara yang perlu disebutkan dalam tindakan Rasulullah itu ialah kemungkinan wujudnya ikonografi `Isa dan Maryam' di dinding Kaabah.' Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah sama ada ikonografi ini dikekalkan atau turut sama dimusnahkan. Kebanyakan penulis sirah dan sarjana Islam tidak menyatakan langsung tentang wujudnya ikon ini kecuali Titus Burkhardt, H.M. Balyuzi dan SayyidHossein Nasr.9 Sebaliknya beberapa orang orientalis dan sarjana Barat menjelaskan bahawa ikonografi ini dilindungi oleh Rasulullah, umpamanya H.W. Janson menyebutkan:

Sumber sejarah Arab yang terawal memaklumkan kepada kita bahawa dalam tahun 630 M. Ka'abah juga dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan imej agama (Masihi). Rasulullah memerintahkan orang ramai supaya memusnahkan semua lukisan itu kecuali gambar Maryam dan anaknya 'Isa. Baginda melindunginya dengan tangannya sendiri."

Cerita mengenai ikon yang dilindungi oleh Rasulullah ini Bering dihubungkan oleh beberapa orang sarjana Barat antaranya Thomas W. Arnold dengan seorang tokoh sejarah bernama

Azraqi. Siapakah Azraqi yang dimaksudkan oleh mereka? Beliau ialah Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad dipanggil juga Azraq bermata biru." la seorang penulis awal tentang sejarah penaklukan Makkah. Keluarganya berasal dari Byzantine dan menjadi hamba kepada alHarith bin Kaleda di Taif. Apabila pengepungan Taif pada 8/630 H., al-

Azraqi menemui Nabi Muhammad S.A.W. lalu bel iau dibebaskan dan menetap di Makkah. Peristiwa Rasulullah melindungi ikon `Isa dan Maryam disebut juga oleh T.W.

Arnold, Martin Lings, H.A.R. Gibb & J.H. Kramers, A. Guillaume, Desmond Stewart dan Oleg Grabar." Dalam mengulas berhubung dengan tindakan Rasulullah melindungiikon tersebut,

SayyidHossein Nasr menyebutkan:

Tindakan yang mendalam ini tidak saja melambangkan penghormatan Islam terhadap dua tokoh itu - suatu penghormatan yang direfleksikan dalam banyak ayat al-Qur'an - melainkan juga merupakan suatu pembeza besar antara patung atau imej yang dipahatkan dalam pengertian al-Qur'an, dengan suatu simbol yang diasosiasikan dengan kesenian sakral."

Manakala Titus Burkhardtmernpunyai pandangan yang tersendiri berhubung dengan tindakan Rasulullah memecahkan patung dan gambar kecuali figura `Isa and Maryam, menurutnya:Gambar yang dibenarkan berdasarkan seni suci/murni bukan gambar yang menampakkan wajah Allah atau wajah Rasulullah. Hanya imej secara bayangan yang diizinkan, sekiranya mahu memaparkan lukisan haiwan."

Dalam hal penghormatan terhadap tokoh-tokoh ikon tersebut, Desmond Stewart sependapat dengan SayyidHosseinNasr bahawa peristiwa tersebut juga menunjukkan

Page 2: CATAN MINIATUR

Rasulullah tidak mempunyai prasangka dalam seni bergambar. Kenyataan yang sama juga dikemukakan oleh Oleg Grabardalam bukunya The Formation of Islamic Art. Sebaliknya H.W. Janson berhujah tindakan Rasulullah tersebut adalah bertujuan untuk menjaga hati bekas penganut Kristian yang kini menjadi pengikutnya."

Walau apa pun pandangan yang diberi oleh sarjana barat dan Islam berhubung dengan imej ikon `Isa dan Maryam namun hubungannya yamg membolehkan pelukisan imej makhluk bernyawa masih dipertikaikan. Beberapa Hadith Rasulullah S.A.W. berhubung dengan gambar dan patung telah diriwayatkan oleh beberapa orang periwayat Hadith yang terkenal antaranya al-Bukhari, an-Nisa'i dan Muslim. Antara Hadith tersebut (terjemahan):

Daripada 'Aisyah R.A. katanya, "Rasulullah S.A.W. masuk ke rumah saya setelah saya memasang alas rak dari kain yang bergambarkan haiwan-haiwan. Tatkala behau melihatnya, ditanggalkannya kain itu dan wajahnya berubah. Wahai 'Aisyah! Kata beliau; Sekuat-kuat azab Allah pada hari kiamat, ialah atas orang yang membuat gambar-gambar/patung-patung makhluk hidup. Berkata 'Aisyah, Maka kain itu kami potong-potong lalu dijadikan sebuah atau dua buah bantal."16

a

Dari 'Aisyah R.A. katanya, bahawa is membeli bantal sandaran bergambar haiwan-haiwan. Tatkala Rasulullah S.A.W. melihatnya, beliau berdiri di pintu tidak mahu masuk. Maka saya ketahui kebenciannya pada wajah beliau. Aisyah lalu berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w. saya hertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, apalah kiranya dosa saya. Maka jawab Rasulullah S.A.W.: Mengapa bantal ini? Jawab 'Aisyah: Saya belikan supaya Rasulullah duduk di atasnya atau bersandar. Berkata Rasulullah S.A.W.: Sesungguhnya pembuat gambar-gambar ini diazab Allah dan mereka itu akan diperintahkan, 'hidupkanlah gambar yang kau buat!' Akhirnya beliau berkata pula: Rumah yang terdapat gambar di dalamnya tidak akan dimasuki oleh Malaikat.""

Berbagai-bagai tafsiran dan pendapat berhubung dengan gambar dan patung. Mengikut Ibnu al-Arabi al-Maliki (mazhab Maliki) dan ijma' ulama menfatwakan patung tetap haram, tetapi gambar sahaja terdapat berbagai fatwa.18 Antaranya menghukumkan boleh sebagaimana lahir Hadith, tetapi tidak boleh digambarkan pada kain. Pendapat yang kedua melarang sama sekali termasuk digambarkan pada kain. Pendapat yang ketiga membolehkan gambar yang tidak sempurna, tetapi haram kalau digambarkan secara sempur-na. Pendapat yang keempat membolehkan asalkan gambar tersebut diletakkan di lantai atau hamparan, tetapi haram kalau diletakkan di tempat yang mulia (tinggi). Berhubung dengan masalah ini juga menurut pandangan Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi, gambar yang bernyawa bukan bertujuan untuk diagung-agungkan serta disucikan atau her-maksud untuk menyaingi ciptaan Allah tidaklah haram." Para ulama juga menegaskan Rasul dan Nabi serta sahabatsahabat yang besar tidak boleh digambarkan. Percubaan-percubaanmengambarkan para Nabi dan sahabat merupakan satu usaha yang boleh mendekati ke arah pemujaan dan penghinaan.

Begitu juga menggambarkan Allah S.W.T. merupakansatu percubaan yang sia-sia. Zat Allah tidak boleh disamakandengan kewujudan mana-mana makhluk. Zat Allah bolehdikenali melalui pendekatan yang bersifat aqli bersumberkandari pemahaman wahyu. Dengan demikian tidak ada ruangdalam mana-mana kesenian dapat menterjemahkan zat Allahmelalui simbol dan perlambangan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Lois Lamya al-Faruqi:

... Allah S.W.T. Maha Esa, Dia tidak boleh dan tidak dapatdigambarkan dalam seni Islam. Sebagai Yang Maha Esa,konsep Allah hanya dapat dihayati oleh akal dan kefa-haman, bukan melalui figura dan lambang yang bersifatantromorfik dan zoomorfik."

Dalam. masyarakat Islam perubahan pemikiran terhadap lukisan bergambar telah wujud sejak lebih kurang abad ke-8 M. lagi. Fresco yang ditemui di Istana Qusay-Amra (724-43M.) menggambarkan imej manusia dan haiwan. Hal yangsama juga ditemui di tembok istana Jausaq dalam zamanpemerintahan Abbasiah di Samara (Iraq) pada 833-841 M.Mengikut K.A.C. Creswell, perubahan pernikiran ini disebabkan oleh tiga faktor:

1. Tabiat yang diwarisi oleh bangsa Semit (Arab) yang

tidak menggemari perkataan dan lukisan yang menampakkan imej manusia.

Page 3: CATAN MINIATUR

2. Pengaruh orang Yahudi yang memeluk Islam.3. Perasaan (kepercayaan) yang begitu meluas di kalangan orang primitif, bahawa orang

yang membuat satusatu imej atau lukisan, dengan cara tertentu dapat memindahkan sebahagian personaliti (semangat) subjek tertentu ke dalam imej atau lukisan berkenaanlalu, dengan cara sihir is dapat mengenakan sesuatutindakan di atas orang yang gambarnya diukir ataudilukis.21

Dalam kesenian Islam yang awal tidak ada tradisi membuat gambar makhluk-makluk bernyawa seperti imej manusia dan haiwan. la diperolehi dari budaya wilayah yang ditakluki khususnya Byzantine dan Parsi. Walau bagaimanapun beberapa perubahan yang nyata membentuk identititersendiri bagi membezakan kaedah dari dua budaya ter -sebut. Ia lebih cenderung menolak konsep realiti perseorangan, sebaliknya gemar menggambarkan cerita-cerita babaksejarah dan agama. Beberapa perubahan telah berlaku dalamcatan-catan miniatur apabila berlakunya pertembungan dengan budaya Barat dan timur Jauh. Catan miniatur Islam yang awal merupakan lukisan-lukisan herba-herba perubatandan persediaan-persediaan untuk perubatan. la berkembangdalam abad ke-13 M. Lukisan-lukisan tesebut digunakan untuk penerangan dalam terjemahan buku dan teks perubatan Greek yang diterbitkan di Istana Abbasiyah di Baghdad.Manuskrip bergambar tertua ialah Kitab Suwar al-Kawakibal-Thabitah oleh Abdul Rahman al-Sufi (903-986 M.).22 lamerupakan adaptasi dari buku Sains Greek.

Catan Miniatur dari ParsiParsi merupakan model utama dalam catan miniatur kesenian Islam. Pengaruhnya yang ketara dapat dilihat dalamcatan-catan miniatur Turki dan Moghul India. Pelukis-pelukisParsi pernah berkhidmat di istana-istana Turki dan MoghulIndia, tetapi dengan kejatuhan Parsi ke tangan Mongol padaabad ke-13 M. membawa perubahan yang begitu ketara dalamkesenian Parsi. Mongol telah membawa pengaruh Chinadalam kesenian Parsi terutamanya di Tabriz (pertengahanpertama abad ke-14 M.) dan juga di Shiraz. Pengaruh Chinadapat dikesan disebabkan oleh seniman China yang herkhidmat di Akademi Rashid al-Din di Tabriz. Salah satu aspekyang diperkenalkannya ialah awan yang bergaya dan makhluk metos China yang meresap dalam kesenian Parsi."

Pengaruh China bukan sahaja menjalar di Parsi, tetapi juga di Samarkand dan Mesopotamia. Hal ini disebabkan pertembungan budaya antara kedua-duanya melalui sama adaperdagangan atau peperangan. Pada tahun 751 M., kerajaanAbbasiyah telah menghantar bilangan tentera yang ramai danberjaya menewaskan orang China tidak jauh dari Samarkand.Dalam peperangan itu lebih kurang 50 000 orang Cina telah24terbunuh dan 20 000 orang ditawan. Mengikut Paul Pellict

dan Paul Kahle'2' di antara tawanan tersebut dikenali sebagai

Page 4: CATAN MINIATUR

Catan miniatur Parsi

TouHouan berjaya melarikan diri ke China pada tahun 762 M. Beliau mencatatkan tawanan-tawanan tinggal dan bekerja di Mesopotamia di sebuah bandar diraja dipanggil Ya-kiu-lo, berkemungkinan Kufah. Beliau menerangkan bagaimana teman-temannya memperkenalkan pembuatan tekstil, pertukangan emas, catan dan kraf yang lain.

Kedatangan Mongol ke Parsi telah membawa bersama pengaruh China yang diperkenalkan tidak lebih dari peraturan dan kebiasaan seperti awan yang bergaya, batu-batan yang ganjil, ranting pokok yang menjalar sepanjang usaha menyatakan realiti alam .21 Pengaruh China ini semakin berkembang apabila hubungan antara Parsi dan China semakinrapat terutama pada zaman Dinasti Yuan (1279-1368 M.) dan pada awal Dinasti Ming (1368-1644 M.). Hubungan perdagangan yang baik telah membawa masuk tekstil dan seramik China (biru putih) ke negara tersebut. Motif naga yang terdapat pada tekstil dan seramik China telah dijadikan model oleh pelukis-pelukis Parsi dalam catan-catan miniaturmereka.

Selain motif naga, bentuk awan, batu dan ranting pokok,teknik menggunakan berus

juga diperkenalkan oleh pengaruh China. ‘Pointed brush technique’ tidak dikenali sebelumnya

Page 5: CATAN MINIATUR

Catan miniatur Parsi

oleh pelukis-pelukis Parsi sehinggalah kedatangan Mongol diParsi. Walau bagaimanapun penggunaan kalam masih diteruskan oleh mereka. Penggunaan kain sutera juga telahdigunakan oleh beberapa orang pelukis Parsi antaranyaGhiyath al-Din.

Kebanyakan karya catan miniatur Parsi abad ke-14 M.berdasarkan sudut pandangan horizontal tanpa tradisi landskap, tetapi. pada akhir abad ke-14 M. perkembangan barntelah muncul di Istana Jalayrid di Baghdad, Tabriz dan jugaistana Shiraz (Muzaffariyah), kebiasaan pelukisan sudut pandangan tersebut ditinggalkan danpercubaan-percubaan kearah pelukisan landskap dapat dikesan. Begitu juga percubaan menggabungkan landskap dan figura-figura manusia.

Behzad merupakan tokoh seniman catan yang sinonimdengan kesenian Islam. Parsi melahirkanWichaelengelo'nyamelalui sekolah Herat dan Tabriz. Shah Ismail melantikbeliau sebagai Pengarah Perpustakaan DiRaja. Di bawahpemerintahan Shah Tahmasp, catan Safavid telah sampai kepuncak kegemilangannya. Pada ketika inilah manuskrip bergambar yang masyhur Shahnama telah dilahirkan. Pelukispelukis muda zaman Safavi dikehendaki belajar ilmu sosialdan kesusasteraan selain menguasai kemahiran membuatalat-alat melukis seperti barns dan pigmen warna serta caracara membancuh dan mencampur warna. Mereka juga perlutekun berlatih melukis pokok-pokok, naga, kuda dan pahlawan-pahlawan. Catan-catan Safavi bukan sahaja boleh didapati di manusrip, tetapi juga pada helaian-helaian kertas.

Dalam catan miniatur Parsi, tema yang sama digunakanpada setiap masc. Puisi, sejarah, fantasi dan metos dianggaptema yang popular. Terra-terra ini dapat,dikesan dari Manu-skrip Khamsah oleh Nizami, Manuskrip Shahnama oleh Firdausi, Manuskrip Bustan oleh Sadi, cerita Yusuf dan Zulaikhaoleh Jami.Manuskrip-manuskrip tersebut menggabungkankepakaran lebih dari seorang seniman-penyair, pelukis, penghias, kaligrafer dan penjilid.

Page 6: CATAN MINIATUR

Pelukis-pelukis Parsi lebih mirip ke arah romantisme darirealistik, penonjolan terhadap tokoh legenda mereka mempengaruhi usaha tersebut. Sentuhan yang paling ketaradalam catan-catan Parsi ialah keinginan menghiasi halamancatan dengan dekorasi, malahan berusaha pula mengurangkan aksi. Kelemahan catan-catan miniatur Parsi inidinyatakan dengan baik oleh Jamil Ahmad, katanya:

Namun, ada suatu kelemahan lukisan Parsi zaman itu,yakni perawakan manusia itu tidak berubah-ubah, wajahwajahnya tanpa jiwa, dan tidak ada ekspresi sama sekalidalam gerak."

Kemunculan Behzad dalam kegiatan kesenian di Parsimerupakan kaedah-kaedah yang biasa dilakukan oleh seniman sebelumnya. Behzad mengisi kekakuan watak-watakyang tidak bermaya dengan pendekatan ekspresif dan realistik. Usaha-usaha ke arah melahirkan watak-watak yangbertenaga bukan sahaja mengubah aksi tetapi juga menyepuhnya dengan warna yang gemilang serta unsur bayanganyang tepat.

Warna biru merupakan warna yang terserlah hebat dalam setiap artifak di Parsi. la ditemui di helaian manuskrip, dikubah-kubah masjid dan di tembikar buatan Parsi. Ada perkatan Eropah yang menyebutkan Pars, ertinya biru, Pars inimaksudnya Parsi." Mengikut Dr. Oemar Amin Hoesin lagibahawa warna biru di Parsi itu mempengaruhi warna-warnapada seramik China, sebagaimana katanya:

Ketika keturunan-keturunan Hulagu Khan di Baghdadmemeluk agama Islam, maka kontak Tiongkok dalamjaring-jaring dinasti Mongol, mendapat pengaruh warnawarna Islam dalam pelbagai ciptaan seniman-senimanTionghua. Warna-warna demikian ini dinamakan orang,warna biru Islam(Muhammedan's blue). Warna ini,kelihatan pada ukiran-ukiran kramik Tiongkok, yang tinggimutunya, sampai ke zaman Kublai Khan."

Tradisi penggunaan warna biru di Parsi dan di Iraqmerupakan penjelmaan pengaruh Sasan pada zaman Jahiliahlagi. Pada ketika itu warna itu telah digunakan sebagaitangkal sihir yang telah berusia amat tua.'O Sepuhan warna biru pada batu tersebut diletakkan di atas pintu rumah orang Parsi dan di Iraq. Walau bagaimanapun penggunaan warnabiru dalam kesenian Islam di Parsi bukanlah bertujuansebagai meletakkan semula asas-asas tradisi tangkal sihirJahiliah tersebut, tetapi ini membuktikan bahawa peng gunaan warna biru. di Parsi telah wujud berkurun-kurunlamanya.

Manuskrip Shahnama

Epik Nasional ini telah dihasilkan oleh seorang pujanggaIslam yang terkenal bernama Firdausi (935 M. – 1020 M.).Beliau dilahirkan di Tus, Khurasan. Terdapat beberapa namayang dikaitkan dengan Firdausi, ada yang mengatakannamanya yang sebenar ialah Abu'l-Kasim Mansur, ada yangmenyebut Hasan IbnIshaqIbnSarf tetapi pendapat yangtepat ialah AbulQasim Hassan Ali. Tempat kelahirannya juga,dipertikaikan, antaranya Bar, Bostani, Shadab dan Tus.Walau bagaimanapun Tus merupakan tempat kelahiransebenar pujangga besar ini. Di daerah inilah juga lahirnyasarjana agung Islam al-Ghazali R.A. dan NasiruddinTusiR.A.

Manuskrip ini mengandungi 60 000 bait puisi bertemakancerita-cerita pahlawan dan raja-r*aj*a Parsi. Ia memakan masa35 tahun, suatu jangka masa yang cukup panjang bagi me-nyiapkannya. Manuskrip ini diterbitkan pada 1430 M. dankini disimpan di sebuah muzium (TopkapiSarai) di Istanbul.Mas'udIbnMansorIbn Ahmed merupakan ahli kaligrafi yangbertanggungjawab menyalin manuskrip ini di Shiraz padabulan Syawal 772 H. (April/Mei 1371 M.).

Manuskrip ini mengandungi 12 illustrasi landskap yangdipenuhi dengan dekorasi yang sederhana. Gambar landskapnya mengandungi bukit yang konvensional, yang ditanamidengan rumput dan bunga. Hanya tiga catannya mempunyaisedikit tumbuh-tumbuhan pokok-pokok dan satunya di tembok. Kedua belas gambar yang terdapat dalam manuskrip initerdiri dari pelbagai saiz yang mempunyai tarikh yang sama.Catan-catan ini dianggap sebagai hasil karya sekolah Shiraz.Di antara pelukis-pelukis yang menyumbangkan karya catanminiaturnya dalam manuskrip Shahnama ialah Sultan AliMirza (883-910 H.), karyanya

Page 7: CATAN MINIATUR

membayangkan gaya Timur.

Seniman-seniman catan miniatur Parsi antaranya yangterkenal ialah Behzad (1440-1514 M.), Sham al-Din (13601374 M.), Muhammad (1527-1514 M.), Aga Mirak (meninggalpada tahun 1550 M.), RizaAbbasi (1575-1637 M.), MuinMusavvir (1617-1698 M.), Sheikh Muhammad (1571-1629M.), Abd al-Samad (meninggal pada tahun 1593), Abd al-Hayy(abad ke-14 M.), Junayd (akhir abad ke-14 M.), Ghiyath al-Din(abad ke-15 M.) dan MirakNakkash (meninggal pada tahun1507).

Catan Miniatur dari Turki

Catan-catan Parsi banyak memainkan peranan dalam pembentukan gaya Uthmaniah. Unsur-unsur realisme jugamenjelma dalam catan Turki disebabkan pengaruh dari idea model Byzantine dan Eropah. Catan-catan Turki yang tertua dapat dikesan mempunyai unsur-unsur Timur dan Kechinaan. Ia juga dipengaruhi oleh gaya Parsi-Herat, dan kemudiannya pada abad ke-16 dan 17 M., dipengaruhi pula oleh gayaSafavi. Manuskrip Turki yang awal mengandungi gambaryang halus disalin bertarikh 1499 M. Pada masa pemerin tahan Bayezid 11. Perkara yang menarik dalam catan-catanminiatur Turki ialah keinginan pelukis-pelukisnya menyatakan dunia realiti. Figura-figuranya diberikan gambaran yang teliti dalam hubungannya dengan dunia nyata. Begitu jugagambar bangunan yang terkandung dalam catan-catannyadiberikan isipadubernafaskan tiga dimensi. Kesedaran terhadap ruang juga begitu nyata dalam penampilan garisan,bayangan dan percubaan terhAdap kepentingan perspektif.

Byzantine dan seni zaman Pertengahan merupakan modeldalam menentukan kepekaan perspektif seni catan Turki.Konsep klasik perspektif, titik asas sebagai rujukan dan jugasebagai titik lesap membentuk objek-objek yang diketahuidekat lebih besar dan jauh lebih kecil. Sebagai kontras kepadaperspektif barat, perspektif catan Turki menampilkan objekobjek dekat yang dilukiskan terkebawah, sebaliknya yangjauh dilukiskan besar dan jelas. Satu lagi keistimewaan dalam catan zaman Turki ialah percubaan-percubaan mengemukakan subjek tradisional Islam berlawanan dengan duniafantasi dan teks klasik seniman Parsi. Seniman Turki jugaBering mencuba melukiskan watak dan situasi sebenar dalamcatan-catan miniatur mereka. Sebagaimana catan-catan Parsidan Moghul, catan-catan Turki juga tidak lepas dari lingkungan pengaruh dan kawalan istana. Fenomena ini bukanlah asing bagi mana-mana budaya yang seniman-senimannyaberkhidmat dengan istana sebagai seniman istana. Perkembangan catan-catan miniatur Turki t idak pula sebagai saingan kepada seni kaligrafi yang tumbuh subur di tangankaligrafer-kaligrafer handalan Turki.

Perbezaan yang ketara antara catan-catan Turki danParsi ialah keinginan pelukis-pelukisnya menekankan aksidalam pelukisan watak-wataknya di samping mengurangkankesan-kesan dekorasi. Akan tetapi yang lebih pentingnyaseniman-seniman Turki menyumbangkan realisme dan kekuatan pendetailan sebaliknya seniman genius Parsi mentafsirkan dirinya dalam kekuatan garisan dan warna.31

Tema-terra yang sering dikemukakan oleh senimanseniman Turki ialah sejarah Kesultanan Turki, kehidupanistana-istana pembesar, pegawai dan perdagangan, kehidupan seharian rakyat serta terra-terra sejarah.

Dalam abad ke-18 M. berkembangnya pengaruh Barat dengan lukisan-lukisan potret, sgbagaimana yang dijelaskan oleh Bernard Lewis:

Tindakan kerajaan Uthmaniyah membuat lukisan potraitdan lahirnya beberapa orang pelukisan (pada masa itu) menjadi petanda adanya pengaruh orang Eropah. 12

Pengaruh Barat sebenarnya telah bermula awal bila SultanMuhammad 11 (1451-1481 M.) telah mengundang seorangpelukis terkenal Gentile Bellini dari Vinice ke Istanbul. Padatahun 1480 M. pelukis tersebut berjaya menyiapkan potretSultan Muhammad II. Bellini juga turut melukis potretpembesar-pembesar Turki dan keluarga istana. Seorang pelukis Turki bernama SinanBey turut melukis potret SultanMuhammad H. Lukisannya yang berusia 500 tahun itu tersimpan di muzium TopkapiSarai, Istanbul. Sultan Suleiman juga turut mengundang dua orang pelukis Eropah iaituMelchior Lorck dan Peter Goeck Van Alost

Page 8: CATAN MINIATUR

ke istana Turkiuntuk melukis potret baginda. Beberapa orang pelukis Eropahmulai mengunjungi Turki dalam abad ke-18 M. dan berkhidmat di istana Turki malah ada di antaranya telah memeluk Islam, salah seorang dari mereka ialah a Pole dipanggilMecti." Selain Mecti seorang lagi pelukis Eropah bernamaJean Baptise Van Mour (1671-1737 M.) telah menetap diTurki selama 30 tahun.

Seniman-seniman Turki yang telah memberi sumbangannya kepada perkembangan seni catan miniatur di Turkiadalah seperti berikut: SinanBey (abad ke-15 M.), Vali Janatau Velican (1572-1601 M.), Levni atau Abdul Jalil Celebi(meninggal 1732 M.), Ahmet Mustafa (abad ke-16/17 M.),HuseyinGilani (akhir abad ke-17 M.), Reis Haydar (1494 -1574 M.), Uthman (1550-1590 M.), Taufik Pasha dan IbrahimPasha (abad ke-19) dan Ali Riza (abad ke-19 M.).

Catan Miniatur dari Moghul India

Pada tahun 1526 bermulalah Dinasti Moghul yang diasaskan oleh putera Timur, Zahiruddin Muhammad Barbar. Beliaudilahirkan pada 14 Februari 1483 di Furghana, sebuah perkampungan ke arah timur ibu kota kerajaan Timur, Samarkand. Kajian tumbuh-tumbuhan, muzik dan seni merupakanbidang yang menjadi minat beliau. Sebagai kenangan, manuskrip Babarnama ditulis bagi mengesahkan riwayat hidupnyaserta peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sepanjang zaman pemerintahannya.

Kemahirannya dalam bidang kaligrafi telah mendorongbeliau memperkenalkan gaga Khatt-i-Babari. Selain kaligrafi,Babar juga dikatakan- menguasai bidang penulisan puisi.Beliau juga sangat meminati karya-karya catan Behzad danMuzaffar Ali, dua orang seniman Parsi yang terkenal. Sebagaimana ayahnya Babar, Humayun terdidik dalam lapangan kesenian khususnya kaligrafi. Studio catannya terletak diKabul. Beliau juga turut mengundang dua orang senimanParsi berkhidmat di istananya. Kehadiran seniman-senimandari Parsi tersebut telah berjaya meningkatkan perkembangan kesenian Moghul beberapa dekad kemudian.

Akbar dianggap sebagai pengasas kepada catan Moghul.Beliau dan bapanya belajar melukis di bawah asuhan duaorang pelukis terkenal Parsi Mir Sayyid Ali dan Abd al-Samadyang kedua-duanya diangkat sebagai pelukis istana Moghul. Dalam zaman Akbar juga terdapat gabungan antara seniman Islam dan seniman Hindu dalam menyiapkan berbagai-

bagaimanuskrip antaranya Ramayana-Mahabrata, Kalila Wa Dimna dan Akbar Nama. Manuskrip Akbar Nama dilukis oleh Basawan, Miskin, Lal, Kesu, Madhu dan Was. Antara catan yang menarik dalam manuskrip ini ialah pemandangan Akbar dan gajahnya menyeberangi Sungai Ganges pada 975/1567 M. Akbar juga turut mengarahkan seratus orang pelukis dan penjilid bagi menyiapkan manuskrip Hamza Nama. Cerita mengenai Hamzah bin Abdullah pengembara yang hidup zaman Harun al-Rashid. Pelukis dan penjilid tersebut diawasi oleh seniman Parsi Sayyid Ali dan Abd al-Samad dari sekolah Behzad. Sepanjang dua dekad terakhir pemerintahan Akbar berlakulah asimilasi pengaruh teknik Barat dan penggunaan ikonografi dalam catan Moghul.

Kesenian catan Moghul mencapai zaman kegemilangannya pada zaman pemerintahan Jahangir. Gaya catan-catannya bersifat naturalistik dan idea perspektif sudut pandangan atas Parsi ditukar kepada sudut pandangan tepi gaya Rajput." Dalam zamannya juga perkembangan terra-terra baru telah dikemukakan bagi membezakannya dengan kesenian Safavi khususnya mengenai peAvatakan manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Francis Robinson:

Akan tetapi, sebagai lanjutan, terdapat kesedaran baru di kalangan setengah-setengah orang, terdapat pengaruh pohtik dan tindakan penapisan – yang untungnya tindakan itu tidak berpanjangan terhadap seni Safavi, dan ada yang lebih penting daripada itu iaitu kejayaan pelukis-pelukis Moghul mencapai kegemilangan melebihi pencapai pelukis Iran yang menjadi saingan mereka."

Page 9: CATAN MINIATUR

Pada zaman Jahangir juga. pengaruh Barat berkembang dalam kesenian Moghul. Pengaruh itu dapat dikesan dari galakan Jahangir kepada seniman-seniman Moghul supaya meniru catan miniatur Eropah. Catan potret yang dihasilkan oleh Isaac Oliver merupakan model tiruan tersebut. Kegiatan kesenian Moghul zaman Jahangir melahirkan senimanseniman yang terkenal antaranya Abu'l-Hasan, Manohar, Bishun Das, Gowardhan, Mansur dan Dawlat. Mereka juga bergabung tenaga melukis potret penuh Jahangir. Tema Jahangir sedang memburu begitu popular di kalangan seniman-seniman Moghul. Mansur merupakan seniman Moghul yang pakar dalam melukis imej binatang dan burung-burung ganjil.

Shah Jahan menyambung tradisi yang dilakukan oleh Jahangir. Pelukis-pelukis terkenal muncul pada zamannya antaranya ialah Chaturman, Manohar, Muhammad Nadir Samarqandi, Mir Hashim dan Muhammad Faqir Allah Khan. Pada zamannya jugalah penggunaan warna semakin matang dan mendapat perhatian utama. Terra-terra yang popular seperti sekumpulan dayang-dayang, penari, pertunjukan, unggun api pada malam hari, ketegangan emosi dan peristiwa mengusik perasaan sering menjadi fokus zaman Shah Jahan. Tetapi sumbangan yang lebih penting oleh seniman-seniman zaman Shah Jahan ialah memperkenalkan teknik yang dikenali sebagai Siysi Kalam (garisan dengan sentuhan warna) yang begitu digemari dalam pelukisan potret sebagai penjel-maan dari teknik pelukis Parsi."

Sepanjang period pemerintahan raja-raja Moghul semenjak 1400 tersebar berbagai-bagai manuskrip Parsi dan Avadhiyang boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

i. Karya-karya yang menggambarkan gaya Parsi, jenis ini berasal dari metropolitan Parsi yang bertempat di India.

ii. Karya-karya yang tidak berkaitan dengan istana pemerintahan Islam yang bercirikan India Tengah.

iii. Karya-karya yang mengandungi unsur-unsur Parsi dan India khususnya dapat dilihat pada manuskrip Candayana oleh Maulana Daud.

Pada zaman Aurangzeb bermulalah kejatuhan seni catan Moghul di India. Aurangzeb menamatkan tradisi lukisanlukisan istana dengan menampal lukisan dinding di istana dengan plaster pada kira-kira tahun 1669 M.

Catan'Miniatur dari FatimiyahMesir

Tradisi membuat gambar di Mesir pada zaman Fatimiyah dikesan dari penemuan-penemuan cebisan-cebisan kertas pada abad ke-9 dan ke-10 M. Penemuan imej bergambarfigura dalam bentuk ukiran kayu dan tulang turut mengesahkan tradisi tersebut. Melalui cumber-cumber kesusasteraan dapat diperolehi Cerita mengenai pemerintah kedua Tulun, Jhumarawaih (884-896 M.) mempamerkan patung kayu berwarna yang menggambarkan beliau dan gundik Berta penyanyi wanita di istana. Khalifah Fatimiyah berikutnya alAmir bin Ahkam Allah (1101-1130 M.) memiliki lukisan potret penyair-penyair.

Cerita yang lebih menarik dalam tradisi kegiatan seni catan zaman Fatimiyah berlaku semasa pemerintahan Khalifah Mustansir (1050 –1058 M.). Cerita yang bersumberkan dari MakrizisEhitat mengesahkan satu pertandingan melukis telah diadakan antara pelukis al-Kasir dari Mesir dengan Ibn Aziz dari Iraq di istana Yasuri, wazir kepada Khalifah Mustansir. Ibn Aziz melukis seorang perempuan penari ditembok dengan begitu realistik seakan-akan keluar dari tembok. Beliau memberikan kepekaan realisme dengan mewarnakan pakaian penari dengan warna merah dan tembok dengan warna kuning. Manakala tandingannya al-Kasir, melukiskan perempuan penari seolah-olah masuk ke dalam tembok dengan mewarnakan putih kontras hitam. Hakim pertandingan tidak mampu memilih siapa yang lebih berjaya. Sebaliknya kedua-duanya diberikan hadiah.

Page 10: CATAN MINIATUR

Karya seni yang masyhur pada zaman Fatimiyah ialah hiasan di siling CapellaPalatina di Palermo. Kerja-kerja menyiapkannya di arch oleh Raja Norman, Roger II. Gaya catannya dipenuhi dengan warna merah cerah, coklat, ungu, biru, hijau, putih dan warna emas berbeza dengan mozek Byzantine dalam gereja yang sama. Ikonografi, kaligrafi dan formula Arab dalam merangka hiasan tersebut tidak syak lagi telah dihasilkan oleh orang Islam.

Iraq banyak mempengaruhi kesenian Mesir pada abad ke10 M. Gambar-gambar catan wanita penari yang ditemui di Samarra (Iraq) dan Palermo (Mesir) mempunyai gaya yang sama. Kedua-duanya dilukis dalam gaya pembentukan monumental dan keseimbangan yang baik. Gaya catan Fatimiyahyang awal di Palermo menggambarkan ciri-ciri Parsi-Iraq sebagai manifestasi seni Hellenistik timur dengan gambaran idea Sasani. Manakala imej binatang dalam catan-catan di Palermo menggambarkan pergerakan yang bebas, natural

dan gaya yang berlebihan.

Percubaan-percubaan membuat figura dapat dikesan dalam seni catan di Palermo yang menjadi sebahagian dari catan Fatimiyah. Dalam abad ke-11 M., ukiran-ukiran kayu yang ditemui mempamerkan transformasi imej bintang kepada bentuk tumbuh-tumbuhan. Contoh panel yang menggambarkan dua ekor kuda tersimpan di Muzium Arab di Kaherah.

Pengaruh-pengaruh dari luar Mesir banyak menjelmakan kepelbagaian gaya dalam seni catan Fatimiyah, tetapi gaya yang paling awal ialah gaya Parsi-Iraq. Ia merupakan cam-puran di antara Samarra (Iraq) dengan idea Sasan. Gaya yang kedua ialah Gaya Hellenistik yang merupakan pengaruh budaya Yunani yang berkembang selepas kematian IskandarZulkarnain. Imej figuranya dapat dikesan dengan wajah berjambang dengan dada dan tangannya jelas merupakan gambaran prototaip Hellenistik dan Byzantine dan bukannya Sasanian. Manakala gaya realistik telah dibentuk oleh pelukis Abu TamimHaidara yang gemar melukis gambar penunggang kuda. Pada tahun 1160 Masihi muncul pula gaya popular yang dapat dikesan dari catan yang menggambarkan peperangan orang Arab dengan kelengkapan baju perang. Catan-catan ini dilukis pada dawn. Tema episod sejarah yang penting juga sebahagian dari gaya popular yang dilukis pada tembikar. Gaya Qubt dapat dikesan kira-kira pada 900 T.M. pada manuskrip bersifat erotik dengan gambaran kepala yang bersegi, pelukis mata dan susuk badan yang tidak seimbang.