cat industri dalam catan: satu kajian ekperimentasi di dalam studio

9
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H Paper number | 4896558 1 Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio Hamidi bin Abdul Hadi Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Seri Iskandar Perak,Malaysia [email protected] ABSTRAK Tumpuan utama penyelidikan ini adalah mengenalpasti,menilai dan mendokumentasikan keupayaan cat industri dalam penghasilan jalinan atau kesan visual. Kesan visual seperti kesan resapan, kesan licin,kasar,berkilat,lut sinar dan menghasilkan kesan-kesan jalinan dekoratif yang dikenali ‘Marbling effect’,’Alligator effect’,’bleeding effect’dan ’blister effect’ pada permukaan kanvas. Dapatan daripada penyelidikan ini diharap dapat digunakan dalam perkembangan seni tampak khususnya seni catan, malah diharap dapat digunakan sebagai bahan rujukan kepada golongan artis profesional,pendidik seni atau guru seni, para pelajar,pakar pembaik pulih karya seni dan sejarahwan seni.Kajian ini telah menilai dan mengenalpasti tidakbalas cat enamel yang dicampurkan dengan 4 jenis bahan pelarut. Bahan pelarut yang telah digunakan adalah Turpentine, Thinner, Methanol dan Polyurethane. Campuran cat dan bahan ini dilakukan secara berasingan dan seterusnya diaplikasikan di atas kanvas melalui teknik Tuangan ‘Dripping Coulage’untuk menghasilkan kesan tampak. Kaedah penyelidikan ini menggunakan kaedah ekperimentasi yang dilakukan di dalam studio catan. Pam penyedut kecil (syringe) dan (dripping Bottle) dengan menggunakan ukuran mililiter.Kedua, Setiap kajian dilakukan di atas kanvas yang sama dan bersaiz 30cm X 30cm. Kesan visual pada permukaan kanvas akan direkod dengan menggunakan kamera Olympus FE-100, 4.0 megapixel.Penilaian dilihat dari jenis-jenis kesan jalinanyang terhasil pada permukaan kanvas. Dapatan dari kajian yang telah dilakukan, setiap bahantara menghasilkan kesan atau jalinan yang berbeza. Campuran cat enamel dengan Turpentine menghasilkan kesan jalinan yang lebih lut sinar,nipis dan bersaiz besar berbanding bahantara Thinner. Bahantara methanol menghasilkan kesan legap,pekat,bersaiz kecil dan wujud kesan ‘Alligator effect’ dan kesan ‘blister’.Manakala bahantara polyurethane menghasilkan kesan berkilat,licin,legap (Opaque) dan lain-lain kesan. Keywords: Enamel Industrial Paint,Bahantara atau Medium,Permukaan,Jalinan.

Upload: fairus

Post on 13-Jun-2015

623 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Tumpuan utama penyelidikan ini adalah mengenalpasti,menilai dan mendokumentasikankeupayaan cat industri dalam penghasilan jalinan atau kesan visual. Kesan visual sepertikesan resapan, kesan licin,kasar,berkilat,lut sinar dan menghasilkan kesan-kesan jalinandekoratif yang dikenali ‘Marbling effect’,’Alligator effect’,’bleeding effect’dan ’blistereffect’ pada permukaan kanvas. Dapatan daripada penyelidikan ini diharap dapatdigunakan dalam perkembangan seni tampak khususnya seni catan, malah diharap dapatdigunakan sebagai bahan rujukan kepada golongan artis profesional,pendidik seni atauguru seni, para pelajar,pakar pembaik pulih karya seni dan sejarahwan seni.Kajian initelah menilai dan mengenalpasti tidakbalas cat enamel yang dicampurkan dengan 4 jenisbahan pelarut. Bahan pelarut yang telah digunakan adalah Turpentine, Thinner, Methanoldan Polyurethane. Campuran cat dan bahan ini dilakukan secara berasingan danseterusnya diaplikasikan di atas kanvas melalui teknik Tuangan ‘Dripping Coulage’untukmenghasilkan kesan tampak. Kaedah penyelidikan ini menggunakan kaedahekperimentasi yang dilakukan di dalam studio catan. Pam penyedut kecil (syringe) dan(dripping Bottle) dengan menggunakan ukuran mililiter.Kedua, Setiap kajian dilakukan diatas kanvas yang sama dan bersaiz 30cm X 30cm. Kesan visual pada permukaan kanvasakan direkod dengan menggunakan kamera Olympus FE-100, 4.0 megapixel.Penilaiandilihat dari jenis-jenis kesan jalinanyang terhasil pada permukaan kanvas. Dapatan darikajian yang telah dilakukan, setiap bahantara menghasilkan kesan atau jalinan yangberbeza. Campuran cat enamel dengan Turpentine menghasilkan kesan jalinan yanglebih lut sinar,nipis dan bersaiz besar berbanding bahantara Thinner. Bahantara methanolmenghasilkan kesan legap,pekat,bersaiz kecil dan wujud kesan ‘Alligator effect’ dankesan ‘blister’.Manakala bahantara polyurethane menghasilkan kesan berkilat,licin,legap(Opaque) dan lain-lain kesan.

TRANSCRIPT

Page 1: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

1

Cat Industri Dalam Catan:

Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

Hamidi bin Abdul Hadi

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Seri Iskandar Perak,Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Tumpuan utama penyelidikan ini adalah mengenalpasti,menilai dan mendokumentasikan keupayaan cat industri dalam penghasilan jalinan atau kesan visual. Kesan visual seperti

kesan resapan, kesan licin,kasar,berkilat,lut sinar dan menghasilkan kesan-kesan jalinan

dekoratif yang dikenali ‘Marbling effect’,’Alligator effect’,’bleeding effect’dan ’blister

effect’ pada permukaan kanvas. Dapatan daripada penyelidikan ini diharap dapat

digunakan dalam perkembangan seni tampak khususnya seni catan, malah diharap dapat

digunakan sebagai bahan rujukan kepada golongan artis profesional,pendidik seni atau

guru seni, para pelajar,pakar pembaik pulih karya seni dan sejarahwan seni.Kajian ini

telah menilai dan mengenalpasti tidakbalas cat enamel yang dicampurkan dengan 4 jenis

bahan pelarut. Bahan pelarut yang telah digunakan adalah Turpentine, Thinner, Methanol dan Polyurethane. Campuran cat dan bahan ini dilakukan secara berasingan dan

seterusnya diaplikasikan di atas kanvas melalui teknik Tuangan ‘Dripping Coulage’untuk

menghasilkan kesan tampak. Kaedah penyelidikan ini menggunakan kaedah ekperimentasi yang dilakukan di dalam studio catan. Pam penyedut kecil (syringe) dan

(dripping Bottle) dengan menggunakan ukuran mililiter.Kedua, Setiap kajian dilakukan di

atas kanvas yang sama dan bersaiz 30cm X 30cm. Kesan visual pada permukaan kanvas akan direkod dengan menggunakan kamera Olympus FE-100, 4.0 megapixel.Penilaian

dilihat dari jenis-jenis kesan jalinanyang terhasil pada permukaan kanvas. Dapatan dari

kajian yang telah dilakukan, setiap bahantara menghasilkan kesan atau jalinan yang

berbeza. Campuran cat enamel dengan Turpentine menghasilkan kesan jalinan yang

lebih lut sinar,nipis dan bersaiz besar berbanding bahantara Thinner. Bahantara methanol

menghasilkan kesan legap,pekat,bersaiz kecil dan wujud kesan ‘Alligator effect’ dan kesan ‘blister’.Manakala bahantara polyurethane menghasilkan kesan berkilat,licin,legap

(Opaque) dan lain-lain kesan.

Keywords:

Enamel Industrial Paint,Bahantara atau Medium,Permukaan,Jalinan.

Page 2: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

2

1.0 PE�GE�ALA�

Penggunaan bahan cat dalam catan telah melalui satu perkembangan teknologi yang sangat panjang.Secara tidak lansung perkembangan teknologi membantu kepada pembangunan seni visual.

Perkembangan bahan cat dalam seni visual juga disebut ;

Menurut Gunter Buxbaum,1993;

“ Painting,enamel,glass and dyeing techniques reached an advanced state of development in

Egypt and Babylon. A synthetic lapis lazuli ( a silicate of copper and calcium) is still known as

Egyptian blue. Antimony sulphide and galena (lead sulphide) were commonly used as black

pigments...”

Gerakan keinginan yang tinggi dalam inovasi perkembangan bahan dalam lukisan telah lama

dipraktikan bermula dari penemuan lukisan-lukisan prehistori iaitu lebih 60 000 tahun yang

lalu.Seperti penemuan manganese brown, arang, tanah liat di lukisan-lukisan Gua Pleistocene oleh

orang-orang yang tinggal diselatan Perancis, Utara Sepanyol, Utara Afrika yang dihasilkan lebih 30

000 tahun lalu dan catan yang berasaskan enamel,glass dan dye teknik berkembang dengan pesatnya

di Mesir dan Babylon (Iraq).

Begitu juga elemen jalinan atau kesan yang terdapat pada permukaan samada disedari atau

tidak memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Elemen ini mampu mencetuskan

kepelbagaian reaksi dalam menjalani kehidupan kita seharian sebagai contoh pakaian yang mempunyai jalinan yang kasar dan keras mungkin memberi kita satu reaksi tertentu. Begitu juga

peranannya dalam seni visual, elemen seni seperti bahan dan Kesan jalinan yang dihasilkan oleh

pengkarya seni catan pada permukaan kanvas memberi pelbagai reaksi melalui visual atau sentuhan.

Menurut Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton

“Texture is the surface character of a material which can be experienced through touch or the

illusion of touch. Texture is produced by natural force or through an artist’s manipulation of the art

element”

Begitu juga dengan perkembangan seni visual khususnya seni catan dewasa ini. Pengkarya-

pengkarya cuba mencari pelbagai kaedah dalam penghasilan karya mereka.Percubaan yang pelbagai tidak terbatas menggunakan bahan-bahan yang telah sedia popular seperti cat minyak,akrilik,cat air

malah ramai pengkarya mencuba bahan-bahan yang bukan konvensional dalam penghasilan karya

mereka seperti Karya Hamdan Shaarani ,Figure 1 yang bertajuk “Siri Refleksi # Part 5”,2005,Cat Minyak atas kanvas menggunakan bahantara air,Turpentine dan cat minyak sebagai bahan

penyokong didalam karyanya.

Menurut Hamdan Shaarani,2009;

“saya menggunakan teknik simbahan campuran cat akrilik,air sabun,bitumen,turpentine dan

cat minyak.Peringkat pertama simbahan dan semburan cat akrilik diatas kanvas dan seterusnya

semburan air sabun dan simbahan bitumen yang telah dicampur sedikit turpentine secara

serentak.Seterusnya cat minyak yang dicampur dengan turpentine disimbah diatas permukaan kanvas yang sama bagi menghasilkan kesan latar belakang yang sesuai dengan subjek kajian saya”

Page 3: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

3

Berdasarkan karya Hamdan Sharaani beliau menggunakan pelbagai bahan dan teknik bagi

menghasilkan kesan visual dalam penghasilan karya catan beliau.Bahan dicampur untuk mendapat

Terdapat kesan ‘simulated texture’ dan “invented texture” di dalam karya “Siri Refleksi # 5”. Kesan ini sengaja dihasilkan oleh pengkarya melalui campuran bahan seperti air,bitumen dan cat

minyak. Kaedah ini digunakan oleh pengkarya sebagai elemen pembantu dalam menyelesaikan

permasalah permukaan, peniruan subjek dan menyelesaikan permasalahan teknikal dan reprentasi

dengan bijak. Figura 2, Karya Hamidi Abdul Hadi, bertajuk “spread”, banyak mengunakan bahan cat

enamel dan bahan pelarut Turpentine dan Thinner dalam menghasilkan kesan visual. Karya ini

menggunakan teknik “Dripping Coulage” yang diaplikasikan di atas permukaan kanvas tanpa turap.

Kesan Jalinan yang mempunyai nilai tonal yang pelbagai terhasil daripada campuran bahan pelarut

dan kuantiti larutan yang berbeza.

Figure 4: Jackson Pollock “Fenthom”,1961.

Figure 4 dan 5: karya Jackson Pollock yang bertajuk “Fenthom”1961.Jackson Pollock artis

professional yang popular dengan gelaran “Jack the Dripper”, mengaplikasikan cat enamel dan

teknik tuangan dalam catan-catannya.Kesan jalinan impasto yang sangat padat, kasar dan berat

dapat dilihat dan disentuh. Menurut Herschel B.Chipp,1968 “Theories of Modern Art”;

Figure 1 Hamdan Shaarani “Siri

Refleksi # Part 5”,2005.

Sumber: Artis Hamdan Shaarani

2009

Figure 1 Figure 2:Morris Louise “Bellatrix”,1961.

Sumber:

Figure 5: Gambar Perinci figure 4 karya bertajuk “Fenthom”.

Sumber : Judith Collins, John Welchman, David Chandler, David

A. Anfam,1983

Figure 2 Hamidi Abdul Hadi

‘Spread’,2005.

Sumber: Koleksi Peribadi Hamidi Hadi,2005.

Page 4: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

4

Jackson Pollock, Three Statement,1944-1954. “ My painting does not come from the easel. I hardly ever stretch my canvas before painting. I

prefer to tack the unstretched canvas to the hard wall or the floor. I need the resistance of hard

surface. On the floor I am more at ease. I feel nearer, more a part of the painting, since this way I can walk around it, work from the four sides and literally be in the painting. This is akin to method of the

Indian sand painters of the west. I continue to get further away from the usual painter’s tools such as

easel ,palette ,brushes ,etc. I prefer sticks, trowels ,knives, and dripping fluid or a heavy impasto with

sand, broken glass, and other foreign matter added. When I am in my painting, I’m not aware of what

I’m doing. It is only after assort of “ get acquainted” period that I see what I have been about. I have

no fears about making changes ,destroying the image ,etc. ,because the painting have a life of its own.

I try to let it come through. It is only when I lose contact with the painting that the result is a mess.

Otherwise there is a pure harmony, an easy give and take, and the painting comes out well.”

Perubahan bahan dan teknik aplikasi ke atas kanvas menjadi satu kaedah bagi pengkarya ini.

Jackson Pollock yang menghasilkan karya dengan menggunakan bahan industrial dan berkarya dengan

kaedah unkonvensional yang bukan menjadi satu amalan yang popular diwaktu itu.Amalan ini

mungkin disebabkan oleh perubahan sikap pengkarya. Penggunaan alatan melukis, bahan,proses

berkarya yang dilakukan diatas lantai, permukaan kanvas akan menghasilkan pengalaman jalinan

visual yang pelbagai.Proses berkarya begini menjadi satu penyataan dalam karya-karya catan beliau.

3.0 KAEDAH PE�YELIDIKA�

2.0 LITERATUR : PERKEMBA�GA� EKPLORASI BAHA� DALAM CATA�

Menurut Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton, 1994 “ Art Fundamental, Theory and Practice”, WCB Brown & Benchmark Calmann & King Ltd,London.

“Media and Techniques: The nineteenth and tweentieth centuries have produced numerous

advances in scientific technology. These have spun off into many areas, including art. Artistic people

have made use of new media and techniques as aids to their creative expression”

Kemajuan dalam teknologi moden memberi kesan kepada perkembangan seni dan perubahan

sikap perkarya seni.Suasana ini dapat dilihat bagaimana bahan dan teknik yang pelbagai dimanipulasi

oleh para pengkarya seni dalam penghasilan karya kreatif seperti catan. Pengkarya yang pada awalnya sebagai pengguna bahan yang dihasilkan daripada penemuan-penemuan teknologi cat telah

mencetuskan satu fenomena baru dalam seni kreatif. Perubahan ini mungkin perubahan sikap

pengkarya daripada sebagai pengguna kepada pengekplorasi bahan dalam kontek disiplin seni.

Menurut Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton,

1994

“…there has been a deluge of new media and techniques. Some are extensions of traditional

approaches, while others are without precedent. All have been absorbed into artist’s armory.

Traditional painting media have expended by the addition of acrylics, enamels, lacquers, preliquefied

watercolors and other plastics…”

Perubahan sikap pengkarya yang telah beralih dari kepenggunaan bahan khusus catan seperti

“artist oil paint” yang tradisional kepada kepenggunaan bahantara cat industri dalam berkarya. Antara

faktor yang mendorong perubahan sikap dalam kepenggunan bahan cat industri antaranya disebabkan faktor memenuhi desakan ekpresi kreatif.

Bagi memenuhi matlamat tertentu dalam berkarya dan kesedaran keupayaan bahan memberi

kesan dan makna. Maka pengkarya sering mencuba pelbagai bahan atau material sebagai bahantara

pengucapan idea dalam karya.

Page 5: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

5

“ different grades of graphite in the pencil can become a factor. In ink drawing, a felt-tip pen

has a different expression potential than a crow-quill pen. The softening effect of water in the ink or

on the paper can drastically change the meaning of an image”

Kefahaman terhadap sesuatu bahan adalah penting dalam berkarya kerana setiap bahan

mempunyai sifat yang berbeza antara satu dengan lain. Perbezaan ini mampu menghasilkan kesan

jalinan yang mempunyai karektor yang pelbagai. Peranan pengkarya adalah membuat pemilihan yang

sesuai mengikut keperluan atau matlamat pengkarya.

3.0 KAEDAH PE�YELIDIKA�

3.1 PE�GUMPULA� DATA 1. Pengumpulan data melalui Penyelidikan perpustakaan dan lapangan.

2. Penyelidikan ekperimentasi di dalam studio : Penyelidikan hanya bersifat manual iaitu

melalui aktiviti menghasilkan kesan oleh artis tanpa alat bantuan penyelidikan yang

khusus yang digunakan didalam makmal ujikaji.

3. Pendokumentasian: Pesampelan. Di sini saya memikirkan perlu ada satu prosedur kajian

yang khusus seperti jadual atau carta kajian yang dirangka bagi menghadkan proses

aplikasi atau tindakan keatas subjek kajian. Prosedur ini perlu bagi mengelakkan berlakunya proses yang tidak terkawal dan memakan jangka masa kajian yang panjang.

Sila rujuk carta prosedur kajian:

3.2 A�ALISIS DATA

1. Analisa data visual dari aspek formalistik elemen. Semua data-data kesan visual dikumpul,dianalisa hanya merangkumi aspek formalistik sahaja iaitu dari aspek kesan

resapan ,rupa bentuk atau kesan fizikal yang terhasil diatas permukaan kanvas. Maka

dengan ini penilaian aspek konseptual atau estetik tidak diambil kira.

2. Kesemua kajian dilakukan di dalam studio,Bahan yang digunakan ialah Enamel Jotun

Gardex warna hitam. Aplikasi menggunakan teknik “dripping coulage” ke atas permukaan

kanvas cotton tanpa turap (coating). Suhu bilik 28 selsius. Nisbah campuran 1:2 iaitu

1enamel:2 bahan pelarut dengan kuantiti dalam ml (3.5ml Pewarna: 7ml Bahan pelarut).

3. Huraian terhadap data hanya merangkumi seperti yang digariskan dalam prosedur

penilaian. Prosedur penilaian ini direka untuk memudahkan proses penyelidikan dimana skop kajian atau permasalahan dapat dikenalpasti dan huraian tidak terkeluar daripada

objektif kajian.

Page 6: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

6

3.3 CARTA ALIRA� KAJIA�

CARTA ALIRA� KAJIA� : EKPERIME�TASI BAHA� DA�

BAHA�TARA

MEDIA BAHA�TARA

TEK�IK

APLIKASI

KESA�

DAPATA�

SIMPLI�G

THINNER huraian

SPIRIT huraian

DRIPPING

E�AMEL TURPENTINE COULAGE" huraian

POLYURETHAN huraian

4.0 DAPATA� KAJIA�

4.0.1 DAPATA� UJIKAJI KEATAS E�AMEL DA� THI��ER.

Analisis Rupabentuk dan jalinan.

Rupabentuk yang terhasil dengan campuran enamel dan bahan Thinner ini berbentuk

bulatan dengan garisan sisi yang lebih kemas dan jelas. Kajian menunjukkan terdapat kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” yang lebih mirip seperti gegelung atau ‘hallo’ jelas

Figure 6: Kesan campuran bahan

Enamel dan Thinner.

Sumber : Artis Hamidi Hadi,2008

Page 7: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

7

kelihatan sekitar sisi jalinan.Manakala jalinan yang terhasil tiada menunjukkan perubahan tonal yang ketara berbanding warna asal enamel.Kesan legap . Tiada kesan-kesan yang jelas

seperti kesan “Blister effect”,“Alligator effect.”,’marbling’.

4.0.2 DAPATA� UJIKAJI KEATAS E�AMEL DA� TURPE�TI�E.

Analisis Rupabentuk dan jalinan.

Rupabentuk yang terhasil dengan menggunakan bahan Turpentine berbentuk bulatan

dengan garisan sisi yang lebih kabur dan tidak jelas serta seakan kesan “kabus”. Terdapat sedikit kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” yang nipis dan tidak berapa jelas

disekitar bulatan. Manakala jalinan yang terhasil menunjukkan terdapat perubahan tonal .

Kesan lut sinar atau “transperance”,lembut , ringan dan sedikit legap “Flat matte” dibahagian tengah subjek. Dibahagian sisi atau sempadan subjek kajian terdapat seakan kesan

“kabus”.Tiada kesan “Blister effect”, “Alligator effect.” dan ‘marbling’.

4.0.3 DAPATA� UJIKAJI KEATAS E�AMEL DA� METHA�OL.

Analisis Rupabentuk dan Jalinan.

Rupabentuk yang terhasil dengan menggunakan bahan Methanol berbentuk sedikit oval, organik dengan garisan sisi yang bergerigi yang jelas. Subjek menunjukkan amat sedikit

kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” disekitar subjek kajian.Manakala, jalinan

menunjukkan tiada perubahan tonal berbanding tonal asal enamel apabila bahan Methanol dicampurkan.Kesan jalinan lebih legap,kasar dan tebal. “Flat matte” di semua bahagian.

Terdapat kesan “mengerutu” (Alligator effect) pada. Manakala dibahagian sisi dan sekeliling

subjek kajian terdapat kesan “berbiji”, kasar dan berkilat.Kesan jalina lebih kearah “actual

texture”.Terdapat juga sedikit kesan “Blister effect”,bagaimanapun tiada kesan yang lainnya

seperti “marbling effect”, “berkabus” dan Lut sinar.

Figure 7: Kesan campuran enamel dan

Turpentine.

Sumber: Artis Sumber : Artis Hamidi Hadi,2008

Figure 4: Kesan methanol dan

Enamel.

Sumber: Artis Sumber : Artis

Hamidi Hadi,2008

Figure 3: Gambar terperinci

kesan Methanol dan enamel

Sumber: Artis Sumber : Artis

Hamidi Hadi,2008

Page 8: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

8

4.0.4 DAPATA� UJIKAJI KEATAS E�AMEL DA� POLYURETHA�E.

Analisis Rupabentuk dan jalinan.

Rupabentuk jalinan yang terhasil menggunakan bahantara Polyurethane berbentuk

bulatan yang sempurna, sedikit organik dengan garisan sisi bergerigi atau bersudut yang jelas.

Tiada kesan yang dikenali sebagai “Bleeding effect” atau bergelung atau (hallo) sama sekali. Tiada perubahan tonal berbanding tonal asal enamel.Perbezaan antara bahan ini dengan

Methonal adalah tebaran resapan yang lebih luas.Kesan lebih legap di semua bahagian.

Terdapat kesan “menggerutu” pada subjek berbanding daripada thinner dan Turpentine yang

lebih lut sinar . Dibahagian sisi dan sekeliling subjek kajian terdapat kesan “berbiji”, kasar dan

berkilat.Tiada kesan yang lainnya seperti “marbling effect”, “blister effect”, “berkabus” dan

Lut sinar.

Justeru hasil kajian yang telah dibuat terdapat beberapa bahantara yang boleh

dikategorikan Bahan pelarut dan bukan bahantara pelarut. Turpentine dan Thinner dikategorikan bahan pelarut kerana bahan pelarut boleh dicampurkan dengan enamel dan

ianya boleh digunakan sebagai pencair bagi enamel. Manakala Methanol atau spirit

mempunyai komposisi yang berbeza dengan enamel.Daripada hasil kajian spirit atau methanol dikategorikan bahan yang bersifat terletak “diantara” elemen minyak dan air. Dan ianya tidak

sesuai dikenali sebagai bahan pelarut atau pencair, kerana campuran enamel dengan bahan ini

menyebabkan enamel akan berkumpul dan membentuk “Butterly” . Manakala Polyurethane

pula dapat digunakan sebagai bahan pemekat enamel. Daripada kajian yang dilakukan

campuran bahan ini menghasilkan kesan legap (opaque), tebal dan berkilat dan ianya tidak

banyak mengkurangkan nilai tonal atau “intensity” warna berbanding bahan turpentine.

5.0 RUMUSA�

Justeru hasil kajian yang telah dibuat terdapat beberapa bahantara yang boleh

dikategorikan Bahan pelarut dan bukan bahantara pelarut. Turpentine dan Thinner

dikategorikan bahan pelarut kerana bahan pelarut boleh dicampurkan dengan enamel dan ianya boleh digunakan sebagai pencair bagi enamel. Manakala Methanol atau spirit

mempunyai komposisi yang berbeza dengan enamel.Berdasarkan daripada pengamatan dan

pengalaman, bahantara spirit atau methanol tidak sebadi atau dapat melarutkan cat

enamel.Maka dari proses pengamatan methanol mungkin dikategorikan bahan yang bersifat

terletak “diantara” elemen minyak dan air. Dan ianya tidak sesuai dikenali sebagai bahan

Figure 5: Kesan campuran enamel dan

Polyurethane

Sumber: Hamidi Abd Hadi 2008

Page 9: Cat Industri Dalam Catan: Satu Kajian Ekperimentasi Di Dalam Studio

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number | 4896558

9

pelarut atau pencair, kerana campuran enamel dengan bahantara ini menyebabkan enamel akan berkumpul dan membentuk “Butterly” . Manakala Polyurethane pula dapat digunakan sebagai

bahan pemekat enamel. Daripada kajian yang dilakukan campuran bahan ini menghasilkan

kesan legap (opaque), tebal dan berkilat dan tiada perubahan nilai tonal yang ketara berbanding bahantara turpentine.

Dengan penemuan diluar jangkaan daripada hasil ujikaji yang dilakukan. Setiap bahan

mempunyai sifat dan karektor kesan yang tertentu. Kesan yang terhasil daripada reaksi dan

tindakbalas pelarut dan cat enamel adalah berbeza.Kesan turpentine dan Thinner adalah

hampir sama dari aspek rupa-bentuk dan saiz tetapi banyak perbezaan berlaku antaranya dari

aspek tonal,kesan serapan iaitu saiz dan jalinan. Fenomena ini juga berlaku pada bahan

Methanol, di mana saiz yang sama sekali lebih kecil dan rupa-bentuk organik.begitu dengan

kesan bahantara Polyurethane yang tersendiri,kesan legap dan berkilat,. Kesedaran dan kefahaman keatas bahan dan keupayaannya dalam menghasilkan kesan jalinan dalam karya

adalah penting. Kesan visual seperti ini di dalam seni tampak adalah sangat penting kerana ia

dapat mewakili imajan-imajan plastik atau sebagai satu fakta realiti dalam seni tampak

khususnya dalam seni catan. Bahan ini boleh dijadikan rujukan kepada golongan artis

profesional,pendidik seni atau guru seni, para pelajar,pakar pembaik pulih karya seni dan

sejarahwan seni dan diharap dapat dijadikan satu gagasan idea didalam perbendaharaan

tatabahasa seni tampak Negara.

RUJUKA�

1. Robert L. Feller, 1986 “ Artists’ Pigment – A handbook of History and characteristic”,

National Gallery of Art, Washington. USA.

2. K.Mclaren “ The colourscience of Dyes and Pigments. 3. Gunter Buxbaum,1993 “Industrial Inorganic Pigments” VCH,New York.

4. Willy Herbst, Klaust Hunger “ Industrial organic Pigment”

5. Herschel B.Chipp,1968 “Theories of Modern Art”, University of California Press,USA.

6. Otto G.Ocviric, Robert E.Stinson,Phillip O.Wigg, Robert O.Bone David Cayton, 1994 “ Art

Fundamental, Theory and Practice”, WCB Brown & Benchmark Calmann & King

Ltd,London.

7. Ralph Mayer,1991 “ The Artist’s Handbook of Material & Technique” Fifth edition.

8. Sam Hunter,John Jacobus,Daniel Wheeler,2004 “Modern Art”, Prentice Hall,NY,USA.

9. Judith Collins, John Welchman, David Chandler, David A. Anfam,1983 “ Techniques of Modern Art” Chartwell Book, New Jersey.USA.

10. Barry Schwabsky,2006 “Vitamin P New Perspectives in Painting”, Phaidon,London.