cara permainan karnival

4
CARA PERMAINAN A) Menentukan nenek 1. Sebelum permainan dimulakan seorang ahli dari kumpulan haruslah dipilih menjadi nenek. 2. Sebelum nenek ditutup mata dengan kain, nenek tersebut perlu mengenalpasti cucu yang akan ditekanya. 3. Ahli pasukan dibariskan menghadap pasukan lawan 4. Nenek diberi peluang mengecam suara cucu-cucu pihak lawan sebelum permainan dimulakan. B) Permainan Cari Cucu 1.Kesemua pemain membuat satu bulatan sambil berpegangan tangan diantara satu sama lain. 2.Nenek setiap pasukan akan berada pada pasukan pihak lawan dengan matanya tertutup dan diberi sebatang tongkat. 3.Permainan bermula apabila lagu nenek dan cucu dimainkan. Nyanyian Cucu: Nenek, nenek,si bongkok tiga. Siang mengantuk,malam berjaga. Mencari cucu dimana berada.

Upload: cuzmah

Post on 10-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

game

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Permainan Karnival

CARA PERMAINANA) Menentukan nenek

1. Sebelum permainan dimulakan seorang ahli dari kumpulan haruslah dipilih menjadi nenek.

2. Sebelum nenek ditutup mata dengan kain, nenek tersebut perlu mengenalpasti cucu yang akan ditekanya.

3. Ahli pasukan dibariskan menghadap pasukan lawan 4. Nenek diberi peluang mengecam suara cucu-cucu pihak lawan

sebelum permainan dimulakan.

B) Permainan Cari Cucu  1.Kesemua pemain membuat satu bulatan sambil berpegangan tangan diantara satu sama lain. 2.Nenek setiap pasukan akan berada pada pasukan pihak lawan dengan matanya tertutup dan diberi sebatang tongkat.3.Permainan bermula apabila lagu nenek dan cucu dimainkan.

Nyanyian Cucu:Nenek, nenek,si bongkok tiga.Siang mengantuk,malam berjaga.Mencari cucu dimana berada.Nenek kahwin dengan anak raja4.Semasa cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, sehingga selesai lagu cucu dimainkan, cucu-cucu tidak boleh bergerak.

Page 2: Cara Permainan Karnival

Nyanyian Nenek:

Cucu, cucu tak dapat lariNenek tua banyak saktiSekarang nenek nak cari gantiSiapa yang kena, dia menjadi.

5.Setelah nyanyian cucu selesai, lagu nenek dimainkan, sambil nenek mencari cucu dan seterusnya meneka nama cucu.

6.Nenek mempunyai peluang untuk meneka cucu-cucu yang lain sebelum lagu cucu dimainkan semula.

7.Lagu nenek dan cucu akan dimainkan sebanyak 3 kali.

C) SEMASA BERMAIN

1.Peserta dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli sahaja. Setiap kumpulan mempunyai 5orang cucu dan seorang nenek.2.Hanya 2 kumpulan akan bermain dalam 1 masa.3.Nenek kumpulan A akan berada dalam kumpulan pihak lawan, begitu juga sebaliknya.4.Nenek perlu meneka nama cucu sebanyak mungkin dengan betul dalam masa yang ditetapkan. 5.Dalam satu kumpulan perlu dilantik seorang pengadil dan seorang nenek.

PERATURAN PERMAINAN

Setiap kumpulan perlu mempunyai 5 orang cucu dan seorang nenek Nenek diberi 2 kali peluang untuk mengecam suara cucu pihak lawan

sebelum permainan bermula.

Page 3: Cara Permainan Karnival

Cucu perlu mengelilingi nenek pihak lawan dan bergerak mengelilingi nenek semasa lagu dimainkan.

Cucu tidak boleh mengubah kedudukan apabila lagu bahagian cucu selesai.

Nenek diberi peluang mencari cucu dan meneka dalam masa 30 saat sahaja.

Nenek hanya boleh menyentuh cucu dengan menggunakan tongkatnya sahaja.

Cucu perlu menjawab soalan yang ditanya oleh nenek. Nenek boleh meneka nama cucu sebanyak yang mungkin dalam masa

30 saat. Cucu hanya boleh mengelilingi nenek dalam gelanggang yang

disediakan.

SISTEM PEMARKAHAN

Nenek yang telah ditutup matanya tidak boleh cuba melihat dan mencuri pandang cucu-cucu pihak lawannya.

Jika nenek dapat meneka dengan betul nama cucu pihak lawan maka 2 markah akan diberikan kepada pasukan nenek.

1 markah akan ditolak jika cucu melakukan kesalahan berikut:a- Bergerak daripada kedudukan asal selepas lagu cucu dimainkan

Page 4: Cara Permainan Karnival

b- Tidak menjawab soalan yang ditanya oleh nenekc- Keluar daripada gelanggang permainan

PERALATAN PERMAINAN

Kayu sebagai tongkat Kain untuk penutup mata Kain batik untuk dipakai oleh nenek Kon sebagai penanda kawasan

PERMAINAN CARI CUCU