cara merawat kecederaan tisu lembut
TRANSCRIPT
CARA MERAWAT KECEDERAAN TISU
LEMBUT
Kaedah paling efektif bagi rawatan awal kecederaan tisu lembut adalah kaedah R.I.C.E.
R -
Mangsa rehat dan bahagian cedera tidak digerakkan lagi
Pastikan mangsa dalam keadaan selesa Bahagian tercedera direhatkan pada
aras yang lebih tinggi dari jantung- untuk mngurangkan pendaraan
dalaman
I-
Secara perlahan –lahan letak dan sapu bahagian yang cedera dengan ais
Aiskan bahagian cedera 15 minit setiap satu jam
- kecutkan saluran darah- sejuk mengurangkan kesakitan
mangsa- kesejukkan mngurangkan
kebangkakkan
C -
Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara:i- secara langsung menggunakan tangan
ii- secara tidak langsung dengan membalut bahagian cedera dengan bandej atau pita pelekat
E-
Angkat atau tinggikan bahagian yang cedera lebiih tinggi daripada paras jantung
- mengurangkan pendarahan kapilari dan bndalir tisu yang akan melambatkan proses penyembuhan tisu
b) Luka kecil yang ada benda asing. Sekiranya ada benda asing seperti kaca , pisau dan
sebagainya . jangan cuba keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan.Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.
kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.
bawa mangsa ke hospital.
c) Cara menahan darah
a) Tekanan tepat Tekan terus pada luka tersebut dengan kain
bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah.
i. Pembebatan (dressing) sebaik- baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan
dengan menekan pada tempat berdarah.
iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10- 15 minit.
b) Tekanan tidak tepat Tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15
minit. Cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan
pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat.
= Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.
= Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.
= Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.