cara mengerjakan ibadah umrah

Upload: ahmad-rizal-satmi

Post on 06-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Cara Mengerjakan Ibadah Umrah

    1/3

    CARA MENGERJAKAN IBADAH UMRAHPENGERTIAN UMRAH

    Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan empat (4) perkara iaitu rukun Niat Umrah, Tawaf Umrah, Saie Umrah, dan

    bergunting/bercukur umrah. Ketika melakukan empat (4) rukun di atas. Jemaah mesti melakukan dua (2) perkara wajib iaitu Niat

    di Miqat dan berpantang larang.

    1. NIAT UMRAH

    1.1- PERSEDIAAN BERNIAT

    Memotong kuku Menanggalkan bulu Mandi Memakai minyak rambut dan bau-bauan Mamakai pakaian putih Solat sunnat Ihram

    1.2- MIQAT UMRAH

    i. Miqat Zamani (Masa) Pada bila-bila masa

    ii. Miqat Makani (Tempat)

    Bagi penduduk Makkah adalah di Tanah Halal Bagi penduduk jauh (Afaq) ialah di Qarnul Manazil jika datang dari arah Timur seperti Malaysia, Telok Parsi dan

    lain-lain. Manakala di Bir Ali (Zulhulaifah) jika datang dari arah Madinah dan Utaranya.

    1.3- LAFAZ NIAT UMRAH

    Maksudnya: sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram kerana Allah Taala

    1.4- TALBIYAH

    Sunat bertalbiyah selepas berniat Umrah sehinggalah seseorang itu hendak memulakan tawaf Umrah berbunyi:-

    1.5- PANTANG LARANG IHRAM

    Memakai pakaian bersarung (lelaki) Menutup muka (wanita) Memakai sarung tangan Memakai bau-bauan Memakai minyak rambut Menanggalkan bulu Memotong kuku Memotong pokok di Tanah Haram Membunuh binatang buruan yang halal di makan di Tanah Haram atau Tanah Halal Bersetubuh Pendahuluan persetubuhan Akad nikah

    Pantang larang di atas berkuatkuasa setelah jemaah berniat Umrah dan tamat setelah bertahallul.

  • 8/2/2019 Cara Mengerjakan Ibadah Umrah

    2/3

    2) TAWAF UMRAH

    2.1 SYARAT-SYARAT TAWAF

    Suci dari hadas kecil dan hadas besar Suci badan, pakaian dan tempat Menutup aurat seperti dalam solat Mula Tawaf dari sudut Hajar Aswad Kaabah sentiasa di sebelah kiri Bertujuan Tawaf Cukup 7 keliling dengan yakin. Tawaf di dalam masjid dan di luar Kaabah

    2.2- SUNAT-SUNAT TAWAF

    Berjalan kaki (kecuali jika uzur) Berittibak (buka bahu kanan bagi lelaki) Ramal / berlari-lari anak (pusing 1,2,3) Istilam Hajar Asawad & Rukun Yamani Membaca zikir dan doa. (lihat doa-doa di dalam buku Panduan Umrah) Berturut-turut 7 pusingan Tawadhuk & khusyuk Solat sunnat Tawaf di Maqam Ibrahim. Berdoa di Multazam Minum air zam-zam sambil berdoa.

    3) SAIE UMRAH

    3.1- SYARAT-SYARAT SAIE

    Dilakukan selepas Tawaf Umrah Mula di bukit Safa Cukup 7 perjalanan dengan yakin Saie hingga sampai ke hujung Saie di Batnul Wadi (landasan) Bertujuan Saie.

    3.2- SUNAT-SUNAT SAIE

    Ke tempat Saie melalui pintu Safa Naik Bukit hingga sampai ke batu Di bukit, mengadap kiblat, angkat ke dua-dua tangan dan takbir. Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) si antara dua (2) tiang hijau sambil bedoa (lihat doa di dalam buku Panduan

    Umrah)

    Tujuh (7) perjalanan berturut-turut Berwuduk Berjalan kaki (kecuali jika uzur) Berdoa (lihat doa-doa di dalam buku Panduan Umrah)

    4) BERGUNTING / BERCUKUR

    4.1- SYARAT-SYARAT BERGUNTING / BERCUKUR

    Dilakukan setelah selesai Saie Umrah Menggugurkan rambut kepala sekurang-kurangnya tiga (3) helai

  • 8/2/2019 Cara Mengerjakan Ibadah Umrah

    3/3

    4.2- SUNAT-SUNAT BERGUNTING / BERCUKUR

    Bercukur bagi lelaki Berdoa ketika bergunting. (lihat doa-doa di dalam buku Pandua Umrah) Melalukan mata pisau di atas kepala jika seseorang tidak mempunyai rambut.

    TAHALLUL & TAMAT UMRAH

    Setelah bergunting atau bercukur, sempurnalah Umrah yang dilakukan dan sekaligus tamatlah ihram atau pantang larangnya

    (tahallul).