cara bermain

Upload: syai-dean

Post on 10-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

permainan berstesen

TRANSCRIPT

Cara Bermain :1. Empat stesen disediakan dan dilabelkan sebagai stesen A, B, C dan D.2. Setiap stesen mengandungi puzzle columnar cipher yang perlu diselesaikan oleh setiap kumpulan bagi mendapatkan perkataan kekunci (gambar puzzle) dan teks cipher.3. Kemudian, setiap kumpulan perlu menukarkan teks cipher tersebut kepada teks biasa berdasarkan perkataan kekunci (gambar puzzle) dengan menggunakan kaedah columnar cipher.4. Setelah menukarkan teks cipher kepada teks biasa, setiap kumpulan perlu menyelesaikan soalan Matematik yang terdapat pada teks biasa tersebut.5. Selepas berjaya menjawab soalan Matematik pada satu stesen, kumpulan tersebut hendaklah bergerak ke stesen seterusnya yang tidak dikunjungi oleh kumpulan lain.6. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan semua puzzle dan soalan Matematik di keempat-empat stesen.

Peraturan Permainan :1. Permainan puzzle columnar cipher ini dimainkan oleh dua kumpulan.2. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid.3. Setiap kumpulan hendaklah menyelesaikan semua puzzle dan menjawab soalan Matematik di keempat-empat stesen pada kertas jawapan yang telah disediakan.4. Puzzle yang telah disusun hendaklah dibuka semula agar kumpulan lain tidak akan mendapat jawapan dengan mudah.5. Pemenang dikira berdasarkan bilangan jawapan yang betul dan catatan masa yang terpantas untuk menyelesaikan kesemua puzzle.