cadangan penambahbaikan sistem baru · pdf file4.5.1 jadual gaji untuk semua gred skim...

43
KEPAK Page 1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DARIPADA KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG MALAYSIA (KEPAK) 1. PENGENALAN 1.1 CUEPACS telah berjumpa dan berbincang dengan YAB Perdana Menteri pada 22.12.2011 berhubung dengan isu dan masalah pelaksanaan SBPA. YAB Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan supaya JPA mengadakan perbincangan dengan CUEPACS dan menyatakan bahawa SBPA akan dilaksanakan sehingga CUEPACS menerima sepenuhnya SBPA. Lanjutan daripada itu, Kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan SBPA dan satu Jawatankuasa khas yang diketuai oleh bekas KPPA, Tan Sri Ismail Bin Adam telah ditubuhkan untuk mengkaji semula SBPA. Satu laporan akan disediakan dalam tempoh 3 bulan untuk diserahkan kepada kerajaan untuk dipertimbang dan diluluskan. 1.2 Kerajaan hendaklah campur tangan segera untuk mengatasi kemelut yang masih menghantui sebahagian besar penjawat awam, terutamanya dari Kumpulan Pelaksana yang TIDAK BERPUAS HATI Keputusan yang akan diambil adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan semua pejawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Badan-badan Berkanun dan PBT. Kesilapan yang diambil boleh membawa banyak implikasi dan kesulitan apabila

Upload: duongduong

Post on 05-Feb-2018

324 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 1

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

DARIPADA KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG

MALAYSIA (KEPAK)

1. PENGENALAN

1.1 CUEPACS telah berjumpa dan berbincang dengan YAB Perdana

Menteri pada 22.12.2011 berhubung dengan isu dan masalah

pelaksanaan SBPA. YAB Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan

supaya JPA mengadakan perbincangan dengan CUEPACS dan

menyatakan bahawa SBPA akan dilaksanakan sehingga CUEPACS

menerima sepenuhnya SBPA. Lanjutan daripada itu, Kerajaan telah

menangguhkan pelaksanaan SBPA dan satu Jawatankuasa khas yang

diketuai oleh bekas KPPA, Tan Sri Ismail Bin Adam telah ditubuhkan

untuk mengkaji semula SBPA. Satu laporan akan disediakan dalam

tempoh 3 bulan untuk diserahkan kepada kerajaan untuk

dipertimbang dan diluluskan.

1.2 Kerajaan hendaklah campur tangan segera untuk mengatasi kemelut

yang masih menghantui sebahagian besar penjawat awam,

terutamanya dari Kumpulan Pelaksana yang TIDAK BERPUAS HATI

Keputusan yang akan diambil adalah semata-mata untuk menjaga

kepentingan semua pejawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri,

Badan-badan Berkanun dan PBT. Kesilapan yang diambil boleh

membawa banyak implikasi dan kesulitan apabila

Page 2: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 2

pelarasan/perubahan gaji baru dibuat pada tahun 2015 dan tahun-

tahun seterusnya.

1.3 Terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam skim berkenaan

yang tidak mencerminkan hasrat sebenar kerajaan untuk

melaksanakannya. Tapi bagaimana skim ‘bidan terjun’ berkenaan

boleh dilaksanakan kerana mereka yang mahu melaksanakannya

sudah banyak kali menegakkan benang yang basah apabila ada pihak

mendedahkan kelemahan skim berkenaan.

2. TUJUAN

2.1 Kertas kerja ini disediakan adalah selaras dengan kenyataan YAB

Perdana Menteri bertarikh 12 Januari 2012 mengenai semakan

semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Semakan semula

ini tidak menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari

2012.

2.2 Kertas kerja ini akan dikemukakan kepada Cuepacs da JPA - Pasukan

Petugas yang telah ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula

SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan

saraan perkhidmatan awam.

2.3 KEPAK besedia untuk berhadapan dengan Pasukan Petugas sekiranya

diperlukan untuk mengadakan konsultasi dan perbincangan

mengenai apa juga yang dibentangkan.

Page 3: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 3

3. LATARBELAKANG

3.1 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan ketika membentangkan

Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 bahawa penjawat awam (PA) akan

menikmati kenaikan gaji dari 7% hingga 13% dengan kenaikan gaji

tahunan (KGT) ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut

gred. Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak mata gaji, iaitu gaji

maksimum akan lebih tinggi dan dinaikkan sehingga kepada 37.7%.

Had umur persaraan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada umur

60 tahun.

3.2 Namun, apabila pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

mengeluarkan pekeliling berhubung dengan pelaksanaan Saraan

Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) didapati ianya telah terpesong dari

apa yang telah diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri di

Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2012. Ianya juga jauh

dari hasrat dan matlamat YAB Perdana Menteri untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

3.3 Tujuan YAB Perdana Menteri memberi perubahan dan kenaikan gaji

di dalam SBPA untuk PA adalah untuk mempertingkatkan

pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000)

kepada AS$15,000 setahun dalam tempoh 10 tahun sehingga 2020,

berdasarkan Model Baru Ekonomi (MBE). Di dalam RMK10 pula YAB

Perdana Menteri telah menyatakan bahawa pendapatan perkapita

rakyat akan meningkat kepada US$12,140 (RM38,900) sehingga

tahun 2015.

Page 4: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 4

3.5 Pihak JPA telah mengedarkan tiga (3) Pekeliling SBPA pada 7

Disember 2011, iaitu:

3.5.1 Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (PP Bil.

11/2011),

3.5.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan (PP Bil. 13

Tahun 2011) dan

3.5.3 Anggota Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia (PP Bil. 14

Tahun 2011).

3.6 Namun, didapati pihak JPA tidak mengikut dan tidak melaksanakan

keputusan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012.

Secara umumnya, didapati tiada perubahan dan peningkatan keatas

skim-skim perkhidmatan dan struktur gaji di dalam Kumpulan

Pelaksana. Didapati Kumpulan Pelaksana hanya diberikan sekadar

‘pelarasan gaji’, manakala Kumpulan P&P, terutamanya Kumpulan

Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Premier telah diberikan

‘kenaikan gaji’ secara mendadak dan amat tinggi, jauh dari

pemikiran semua pemjawat awam dan CUEPACS.

3.7 Sebelum ini, mantan Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah bin

Ahmad Badawi telah memberikan pelarasan gaji sebanyak 35%, 25%,

15% dan 7.5% kepada semua PA dari Kumpulan Sokongan sehingga

Kumpulan JUSA. Justeru itu, jurang pendapatan / gaji diantara PA

dari gred terendah hingga tertinggi telah dapat dikurangkan. Pada

Page 5: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 5

masa itu tiada sebarang rungutan atau perasaan tidak puas hati PA,

kerana setiap PA telah diberikan ‘upah yang setimpal dengan

output’, mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

3.8 Walaubagaimana pun, apabila SBPA diumumkan ia telah menjadi

‘igauan’ PA terutamanya dalam Kumpulan Pelaksana (KP) disebabkan

kumpulan ini telah dianak-tirikan oleh JPA yang telah

dipertanggungjawabkan untuk mengaji semula gred-gred dan gaji

dalam KP ini. Hasrat YAB Perdana Menteri untuk mempertingkat dan

mempertabatkan KP ini tidak dilaksanakan oleh KPPA sendiri,

terutamanya untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyat

US$12,140 (RM38,900) sehingga tahun 2015. Sewajarnya gaji KP

yang menjadi tonggak perkhidmatan awam yang bilangannya

melebihi 80% dari PA dinaik dan dipertingkatkan, sebagai usaha

untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyat US$12,140

(RM38,900) sehingga tahun 2015. KPPA sendiri telah menyakan

bahawa pada tahun 2015 kelak akan dilakukan pelarasan gaji PA

selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara

berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

3.9 Jikalau SBPA ini diterima sepenuhnya, bermakna pada tahun 2015

nanti apabila pelarasan gaji PA dilakukan, maka gaji KP akan

bertambah lagi jurangnya dengan gaji Kumpulan P&P dan keatas dan

ini akan menjadi masalah ekonomi pada ketika itu.

Page 6: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 6

4 ISU DAN MASALAH

4.5 KENAIKAN GAJI 7% HINGGA 13%.

4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari

yang paling rendah hingga yang paling tinggi di dalam SBPA

didapati tidak ada keseragaman dari kuantum 7% - 13%

seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

4.2 PENINGKATAN 37.7% GAJI MAKSIMUM.

4.2.1 Didapati gaji maksimum Kumpuan Pelaksana tidak

dipertingkatkan sehingga 37.7% sebagaimana diumumkan

oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet

2012.

4.2.2 Namun, gaji maksimum untuk Kumpulan P&P, Kumpulan

Pengurusan Tertinggi adalah melebihi dari 37.7%,

terutamanya untuk Gred 1-6 (SSM: Gred 54) dan keatas.

Gaji maksimum Kumpulan Pengurusan Tertinggi (SSM:

JUSA) adalah jauh lebih tinggi dan adalah tidak sewajarnya

dilaksanakan – melebihi 80%.

4.3 KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) RM80 HINGGA RM320

4.3.1 YAB Perdana Menteri telah memberikan KGT dari RM80

hingga RM320. Pembahagian atau kadar KGT, mengikut

Page 7: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 7

kumpulan tertentu tidak diberi tahu secara jelas oleh JPA

dan sehingga kini masih lagi kabur.

4.3.2 Didapati Kumpulan Pelaksana tidak mendapat KGT seperti

yang diumumkan.

4.3.3 Namun, bagi Kumpulan P&P, KGT di dalam SBPA adalah

seperti berikut:

4.3.3.1 Gred 1-1 (SSM: Gred 41) - KGT RM230;

4.3.3.2 Gred 1-2 (SSM: Gred 44) - KGT RM250;

4.3.3.3 Gred 1-4 (SSM: Gred 48) - KGT RM270;

4.3.3.4 Gred 1-5 (SSM: Gred 52) - KGT RM290;

4.3.3.5 Gred 1-6 (SSM: Gred 54) - KGT RM320.

4.3.4 Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dan Premier

80%.

4.3.5 Persoalannya adakah wajar Kumpulan P&P dan keatas

mendapat KGT yang terlalu tinggi dan melebihi dari kadar

yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Page 8: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 8

4.3.5 Malahan, gaji Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA) dan

Kumpulan Premier adalah lebih tinggi dari gaji Perdana

Menteri sendiri sebanyak hampir RM23,000 dengan

jumlah elaun lebih-kurang RM7,000 sebulan.

4.4 Seterusnya, kaedah atau cara perubahan gaji dilaksanakan adalah

sesuatu yang amat janggal/pelik telah dilakukan. YAB Perdana

Menteri telah mengumumkan kenaikan gaji dari 7% hingga 13%

dan peningkatan 37.7% gaji maksimum untuk setiap gred.

Manakala, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dipertingkat dari RM80

hingga RM320. Ini yang sepatutnya menjadi asas perkiraan

kenaikkan gaji untuk KP hingga Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Kewujudan Kumpulan Premier sepatutnya ditolak sebab PM tidak

mengumumkannya dalam Bajet 2012.

5 CADANGAN

5.1 KELAYAKAN MINIMA MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM.

5.1.1 Didapati kelayakan masuk minima di dalam SBPA adalah

SRP. Kelayakan SRP adalah tidak lagi relevan pada masa

sekarang. Kelayakan minima untuk ke Perkhidmatan

PDRM (Polis) dan Anggota Tentera juga telah

dipertingkatkan kepada kelayakan SPM. Kelayakan untuk

menjadi SARJAN POLIS pula telah dipertingkatkan kepada

Kelayakan DIPLOMA.

Page 9: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 9

5.1.2 Oleh itu, kelayakan minima dalam perkhidmatan awam

patut dipertingkatkan kepada tamat Tingkatan Lima.

Skim-skim Perkhidmatan dalam Kumpulan Pelaksana

hendaklah dikurangkan iaitu dengan kelayakan-kelayakan

masuk seperti berikut:

5.2.2.1 Tamat Tingkatan Lima / Kelayakan SPM (SBPA:

Gred 4);

5.2.2.2 Kelayakan STPM / STAM / Sijil Politeknik / Sijil

Matrikulasi / Sijil Asasi (SBPA: Gred 3).

5.2.2.3 Oleh itu, kelayakan minima untuk memasuki

perkhidmatan awam hendaklah dinaikkan dari

kelayakan SRP kepada ‘tamat Tingkatan Lima’

untuk semua skim perkhidmatan yang terendah

untuk semua Klasifikasi Perkhidmatan,

contohnya Skim Perkhidmatan Pembantu

Operasi (di dalam SSM gelaran jawatan adalah

Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

Kenderaan).

5.2.2.4 Manakala, kelayakan masuk ke Skim

Perkhidmatan Pembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi) hendaklah ditambah baik

iaitu sebagaimana Skim Perkhidmatan

Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha

Page 10: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 10

Pejabat, Gred SBPA : N4-1, N4-3, N3-1, N3-2,

N3-4 (SSM : Gred N17, N22, N27/N28, N32,

N36).

5.2.2.5 Kelayakan masuk untuk semua skim

perkhidmatan yang setaraf dengan Skim

Perkhidmatan Pembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi) hendaklah dinaikkan

kepada memiliki kelayakan SPM dengan 5

kepujian (temasuk Bahasa Melayu) dan lulus

Bahasa Inggeris., STPM / STAM / Sijil Politeknik

/ Sijil Matrikulasi / Sijil Asasi atau sijil yang

setaraf seperti Sijil Pertanian. Ini bermakna,

semua kelayakan masuk ke skim-skim yang

setaraf dengan Skim Perkhidmatan Pembantu

Tadbir (Perkeranian/Operasi) hendaklah juga

dinaik taraf dan dipertingkatkan.

5.2.2.6 Kenaikan taraf ini adalah sejajar dengan hasrat

menjadikan perkhidmatan awam bertaraf dunia

dengan memilik modal insan terbaik kearah

negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Page 11: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 11

MEMINDA KELAYAKAN MASUK SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN ‘STPM’ KEPADA KELAYAKAN

‘DIPLOMA’. DAN MENINGKATKAN KELAYAKAN MASUK MINIMA

SKIM PERKHIDMATAN (Sedia ada)

SKIM PERKHIDMATAN (Pindaan Baru)

JAWATAN GRED JAWATAN

KELAYAKAN JAWATAN GRED JAWATAN

KELAYAKAN

Pembantu Am

Pejabat

N1 N4

Tamat Tingkatan 3

Pembantu Operasi

N4B-1, N4B-2.

Tamat Tingkatan 5.

Pembantu Tadbir (P/O)

N17 N22 N26

SPM Pembantu Tadbir

N4A-1 / N3-1, N3-2, N3-4 (SSM: N17

&N22 N27,

N32, N36)

SPM (5 kredit) /

STPM / STAM /

Sijil Politeknik/ Sijil

Matrikulasi/ Sijil Asasi.

Penolong Pegawai Tadbir

N27 N32 N36

STPM / Diploma

Penolong Pegawai Tadbir

N2A-1, N2A-4, N2A-6.

Diploma

Page 12: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 12

5.2 PENYUSUNAN SEMULA GRED 3(STPM/DIPLOMA) DAN

GRED 2 (DIPLOMA) KEPADA ‘GRED 2A’ (DIPLOMA) YANG

BARU

5.2.1 Semua skim perkhidmatan yang menggunakan kelayakan

masuk STPM (SBPA: 3) dan Diploma (SBPA: 2) hendaklah

dipinda dan diselaraskan kepada kelayakan masuk

‘DIPLOMA’. Di bawah SSM/SSB, semua skim perkhidmatan

ini tergolong di bawah ‘Kumpulan Sokongan l’. Maka di

bawah SBPA Pindaan ini, semua skim perkhidmatan di

dalam ‘Kumpulan Sokongan l’ berkenaan hendaklah

diselaraskan kepada Gred 2A dengan hanya tiga (3) gred

lapisan diwujudkan, iaitu Gred: 2A-1 (Gred Lantikan), 2A-4

(Gred Kenaikan Pangkat – Gred Kanan) dan 2A-6 (Gred

Kenaikan Pangkat – Gred Tertinggi). Contoh skim-skim

perkhidmatan yang menggunakan kelayakan masuk

‘STPM’ yang akan dinaikkan dan diselaraskan kelayakan

masuk kepada kelayakan ‘DIPLOMA” adalah:

5.2.1.1 Penolong Pegawai Tadbir,

5.2.1.2 Penolong Pegawai Penguat kuasa,

5.2.1.3 Penolong Pegawai Belia dan Sukan,

5.2.1.4 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat,

dan

Page 13: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 13

5.2.1.5 Penolong Pegawai Penerangan.

5.2.2 Semua skim perkidmatan di dalam Gred 3-1 dan Gred 2-1

hendaklah diselaraskan semula ke Gred 2A-1. Semua Gred 3-

2 dan Gred 2-4 diselaraskan kepada Gred 2A-4, manakala

Gred 3-4 dan Gred 2-5 diselaraskan ke Gred 2A-6. Gred 2A-

1/4/6 merupakan gred-gred baru iaitu hasil daripada

penggabungan Gred 3-1/2/4 dengan Gred 2-1/4/5 yang asal.

5.2.3 Semua Gred 3-4 dan Gred 2-5 hendaklah diselaraskan kepada

Gred 2A-6 iaitu gred kenaikan pangkat tertinggi bagi skim-

skim perkhidmatan yang berkelayakan DIPLOMA. Ini

disebabkan skim-skim berkenaan tidak ada peluang lagi untuk

meningkat ke gred jawatan yang lebih tinggi lagi dalam

kumpulan berkenaan. Penjawat Gred 2A-6 merupakan pakar

rujuk bagi skim perkhidmatan berkaitan dan skim-skim

perkhidmatan yang lebih tinggi di dalam sesuatu

kementerian/jabatan/agensi. Penjawat Gred 2A-6 juga

merupakan penyelia untuk semua gred skim perkhidmatan di

dalam Kumpulan Pelaksana, selain menjadi

pembimbing/mentor kepada PA lain.

5.2.4 Beban tugas skop jawatan Gred 2A-6 ini menjadi semakin

kompleks yang memerlukan komitmen tinggi, kepakaran dan

skop tugas ‘multi tasking’. Mereka merupakan petugas

hadapan yang berurusan dengan orang awam yang sentiasa

Page 14: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 14

berusaha melayan dan menyelesaikan permasalahan untuk

mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan.

5.2.5 Skim-skim perkhidmatan ini hendaklah dijadikan sebagai

‘Skim Perkhidmatan Bersepadu’ sebagaimana ‘Skim

Perkhidmatan Pendidikan’ di dalam SBPA (PP Bil. 13 Tahun

2011), supaya tidak wujud ‘double standard’ dalam

perkhidmatan awam.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SBPA KEATAS SEMUA SKIM PERKHIDMATAN KELAYAKAN MASUK ‘STPM’ (GRED 3) DENGAN

DISELARASKAN KEPADA KELAYAKAN MASUK ‘DIPLOMA’ (GRED 2)

CADANGAN PINDAAN DAN PELARASAN SEMULA SKIM PERKHIDMATAN BERKELAYAKAN MASUK ’DIPLOMA’ DI DALAM SBPA PINDAAN

STPM DIPLOMA CADANGAN BARU

PENOLONG PEGAWAI TADBIR SSM SBPA SSM SBPA SBPA

(PINDAAN BARU)

KELAYAKAN MASUK

KENAIKAN GAJI

TAHUNAN 27

N3-1 29 J2-1 N2A-1

(SSM: Gred 31)

DIPLOMA RM200 & RM215 **

32 N3-2 36 J2-4 N2A-4 (SSM:

Gred 36)

Gred Kenaikan Pangkat (Kanan)

RM220 & RM235 **

36 ------------

40

N3-4 -------------

N3-5

38 -------

40

J2-5

2-6

N2A-6 (SSM:

Gred 40)

Gred Kenaikan Pangkat

(Tertinggi)

RM240 & RM260 **

Nota: ** Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) hendaklah berubah dan lebih tinggi selepas dari separuh/sebahagian dari jumlah tangga gaji dalam

Page 15: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 15

gred gaji berkenaan. Umpamanya, jika jumlah tangga gaji bagi Gred N2A-6 ialah 14, maka selepas tangga gaji T8 KGT hendaklah lebih tinggi dari T1 – T7.

5.3 MEWUJUDKAN TEMPOH ‘TIME BASE’ TANPA

KEKOSONGAN JAWATAN BAGI MENGGANTIKAN

PERUNTUKAN ‘KHAS UNTUK PENYANDANG’ (KUP) 15

TAHUN

5.3.1 Semua PA dalam Kumpulan Eksekutif hendaklah dinaikkan

pangkat secara ‘time-based’ tanpa kekosongan jawatan

sebagaimana Skim Perkhidmatan Pendidikan bagi

menggantikan peruntukan KUP 15 tahun.

5.3.2 Bagi yang sedang berada di dalam gred lantikan

hendaklah dinaikkan pangkat selepas tempoh 8 tahun

dan selepas itu dinaikkan ke gred kenaikkan pangkat

seterusnya setelah tempoh 7 tahun. Ini bermakna

selepas 15 tahun berkhidmat (iaitu 8 + 7 tahun), seorang

penjawat berkenaan telah berada dalam jawatan tertinggi

dalam skim perkhidmatan masing-masing.

5.3.3 Kenaikan pangkat secara ‘time-based’ yang telah diberikan

kepada warga pendidik/guru perlu dan wajar dipanjangkan

juga kepada semua PA di dalam skim-skim perkhidmatan

yang lain, memandangkan mereka juga telah memberikan

perkhidmatan dan melaksanakan skop fungsi tugas yang

Page 16: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 16

khusus berdasarkan kepada pengalaman dan bakat-bakat

bersesuaian dengan tugas-tugas hakiki masing-masing.

5.3.4 Apabila kerajaan menaikkan umur paksa pesaraan ke 60

tahun, maka timbul pula isu berkaitan dengan peluang

kenaikan pangkat kepada PA yang telah lama berkhidmat

tetapi tidak berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke

jawatan yang lebih tinggi. Ini memandangkan pegawai

yang menjawat jawatan kenaikkan pangkat masih lagi

berkhidmat dan ini telah melambatkan tempoh kenaikan

pangkat bagi lain-lain penjawat dibawahnya di dalam skim

perkhidmatan yang sama.

5.3.5 Tujuan kenaikan pangkat time-based ini adalah untuk

mengekalkan bakat, dan kecemerlangan perkhidmatan.

5.3.6 Namun, kenaikan pangkat secara biasa berdasarkan merit

hendaklah dikekalkan untuk mengisi kekosongan jawatan

kenaikan pangkat yang kosong.

Page 17: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 17

MEMINDA KELAYAKAN MASUK SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN ‘STPM’ KEPADA KELAYAKAN ‘DIPLOMA’.

DAN MENINGKATKAN KELAYAKAN MASUK MINIMA

SKIM PERKHIDMATAN (Sedia ada)

SKIM PERKHIDMATAN (Pindaan Baru)

JAWATAN GRED JAWATAN

KELAYAKAN JAWATAN GRED JAWATAN

KELAYAKAN

Pembantu Am

Pejabat

N1 N4

Tamat Tingkatan 3

Pembantu Operasi

N4B-1, N4B-2.

Tamat Tingkatan 5.

Pembantu Tadbir (P/O)

N17 N22 N26

SPM Pembantu Tadbir

N4A-1 / N3-1, N3-2, N3-4 (SSM: N17

&N22 N27,

N32, N36)

SPM (5 kredit) /

STPM / STAM /

Sijil Politeknik/ Sijil

Matrikulasi/ Sijil Asasi.

Penolong Pegawai Tadbir

N27 N32 N36

STPM / Diploma

Penolong Pegawai Tadbir

N2A-1, N2A-4, N2A-6.

Diploma

5.4. MENGEKALKAN KEKANANAN DAN TARAF GRED

PERJAWATAN

5.4.1 Kekananan gred dan taraf gred perjawatan seseorang PA

hendaklah dikekalkan di dalam SBPA Pindaan yang baru ini.

5.4.2 Perpindahan mata gaji lama ke mata gaji baru hendaklah

berasaskan terlebih dahulu kadar peratusan sebenar yang

Page 18: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 18

diberikan dan selepas itu diberikan satu kenaikan gaji di

dalam gred gaji baru.

5.4.3 Namun, kedudukan, taraf dan gred gaji PA berkenaan perlu

dikekalkan. Jika seseorang berada di gred kenaikan

pangkat mereka hendaklah dikekalkan di atas gred

kenaikan pangkat di dalam gred gaji baru.

5.4.4 Dicadangkan PA yang telah berada dimata gaji maksima

untuk beberapa tempoh/tahun hendaklah diberikan

kenaikan beberapa mata gaji di dalam SBPA Pindaan ini.

Contohnya, seperti berikut:

a) Maksima melebihi 7 tahun – diberikan kenaikan 3 mata

gaji;

b) Maksima 5/6 tahun – diberikan kenaikkan 2 mata gaji;

dan

c) Maksima 3/4 tahun – diberikan kenaikkan 1 mata gaji.

5.4.5 Dicadangkan juga PA yang telah lama berkhidmat, iaitu

dari lantikan pertama dalam perkhidmatan awam tanpa

mengira jawatan lantikan pertama itu, hendaklah diberikan

Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) iaitu seperti berikut:

a) Telah berkhidmat melebihi 15 tahun diberikan HKG

sebanyak 1 mata gaji;

Page 19: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 19

b) Telah berkhidmat melebihi 20 tahun diberikan HKG

sebanyak 2 mata gaji;

c) Telah berkhidmat melebihi 25 tahun diberikan HKG

sebanyak 3 mata gaji;

d) Telah berkhidmat melebihi 30 tahun diberikan HKG

sebanyak 5 mata gaji; dan

e) Telah berkhidmat melebihi 35 tahun diberikan HKG

sebanyak 6 mata gaji;

5.4 MEMPERUNTUKAN PELUANG CUTI BELAJAR BERGAJI

PENUH UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH PERTAMA

DAN IJAZAH LANJUTAN

5.4.1 SBPA hendaklah mengkaji Semula Kemudahan Cuti Belajar

Bergaji Penuh yang diluluskan oleh pihak berkuasa kepada

seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian.

5.4.1 Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh yang diluluskan

oleh pihak berkuasa kepada seseorang pegawai untuk

mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh

tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain

elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan

yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa,

dan hendaklah dibuka bukan hanya kepada Kumpulan

Page 20: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 20

Pengurusan dan Profesional (P&P) sahaja malahan juga

kepada Kumpulan Pelaksana.

5.4.2 Cuti ini hendaklah diberikan kepada semua lapisan PA

untuk mengikuti kursus bagi tujuan pembangunan

kompetensi dan untuk kemajuan kerjaya di mana

kelayakan yang diperolehi BOLEH melayakkan pegawai

dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.

5.5 MEWUJUDKAN KUMPULAN EKSEKUTIF DAN

MENGEKALKAN KUMPULAN PELAKSANA

5.5.1 Kumpulan Pelaksana hendaklah dipecahkan kepada dua (2)

kumpulan iaitu ‘Kumpulan Pelaksana’ dan ‘Kumpulan

Eksekutif’. Kumpulan Eksekutif adalah kumpulan baru di

bawah SBPA Pindaan.

5.5.1.1 KUMPULAN PELAKSANA

Kumpulan ini adalah dikekalkan dan ianya

menyamai Kumpulan C di dalam JKK dan

Sokongan ll di dalam SSB/SSM. Skim-skim

perkhidmatan di dalam Kumpulan Pelaksana

hendaklah dikurangkan dengan kelayakan

masuk dipertingkatkan seperti berikut:-

Page 21: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 21

a. Tamat Tingkatan Lima (SPM Pindaan Gred

4B-1); dan

b. Lulus SPM dengan 5 kredit dengan lulus

Bahasa Inggeris (SBPA Pindaan: Gred 4A-1);

atau lulus STPM / STAM / Sijil Politeknik /

Sijil Matrikulasi / Sijil Asasi atau kelayakan

lain yang setaraf (Gred 3A-1).

KUMPULAN EKSEKUTIF :

5.5.1.2 Di bawah JKK, semua skim perkhidmatan

berkelayakan masuk Diploma/STPM telah

diletakkan di dalam ‘Kumpulan B’ dan di bawah

SSB/SSM diletakkan di dalam ‘Kumpulan

Sokongan l’. Maka, di bawah SBPA Pindaan ini,

semua skim perkhidmatan berkenaan hendaklah

diletakkan di dalam Kumpulan Eksekutif.

5.5.1.3 Kumpulan Eksekutif ini adalah gabungan

diantara golongan ‘Separa Profesional’ Gred 2A

(kelayakan Diploma) dan pegawai ‘junior’ Gred 1-

1 dan Gred 1-2 (kelayakan Ijazah).

Kelayakan masuk adalah dengan kelayakan Diploma

(SBPA Pindaan: Gred 2A); dan Kelayakan Ijazah (SBPA:

Gred 1-1 dan Gred 1-2 sahaja).

Page 22: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 22

Pada dasar dan secara umumnya, semu penjawat di

dalam skim perkhidmatan bagi Gred 2A (Kelayakan

Diploma) dan pegawai ‘junior’ di dalam Gred 1-1 dan

Gred 1-2 (Kelayakan Ijazah) menjalankan skop fungsi

tugas dan tanggungjawab yang sama. Pegawai-

pegawai di dalam kumpulan ini mempunyai senarai

tugas yang hampir sama dan mereka secara

bersepadu bekerjasama serta saling bantu membantu

diantara satu sama lain semasa menjalankan tugas-

tugas harian.

Pegawai-pegawai di dalam SBPA Pindaan - Gred 2A,

terutamanya di dalam Gred 2A-4 dan Gred 2A-6

adalah terdiri pegawai yang telah lama berkhidmat,

berbakat, berpengalaman luas dan telah berkhidmat

di pelbagai kementerian/ jabatan/agensi.

Pegawai-pegawai tersebut dapat berkongsi bakat dan

pengalaman bersama-sama dengan pegawai ‘junior’

Gred 1-1 dan Gred 1-2. Justeru, ini akan memberi

kebaikan dan impak yang tinggi kepada pegawai

‘junior’ Gred 1-1 dan Gred 1-2 apabila mereka

dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan yang lebih

tinggi.

Page 23: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 23

5.5.2 Kumpulan Pelaksana wajar dipecahkan kepada dua (2)

kumpulan iaitu ‘Kumpulan Pelaksana’ dan ‘Kumpulan

Eksekutif’. Justifikasi akan cadangan ini adalah seperti

berikut:-

KUMPULAN PELAKSANA :

5.2.2.1 Modal insan di dalam perkhidmatan awam perlu di

pertingkatkan seiring dengan modal insan di sektor

swasta dimana kelayakan masuk minima adalah

Kelayakan SPM.

5.2.2.2 Gred 5 sebagaimana di dalam SBPA tidak perlu

diwujudkan di dalam SBPA Pindaan ini. Ini adalah

memandangkan kelayakan minima bukan lagi

diperingkat tamat Tingkatan 3 tetapi akan

dipertingkatkan kepada tamat Tingkatan 5 dengan

Gred 4B-1.

KUMPULAN EKSEKUTIF :

5.2.2.3 Kumpulan Eksekutif wajar diwujudkan kerana

pegawai-pegawai di dalam kumpulan ini merupakan

pegawai di dalam peringkat pertengahan.. Mereka

juga adalah pembimbing kepada Kumpulan Pelaksana

berdasarkan kepada bakat dan pengalaman yang

dimiliki.

Page 24: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 24

5.2.2.4 Pegawai-pegawai di dalam kumpulan ini

menjalankan tugas-tugas operasi dan melaksanakan

semua dasar yang telah ditentukan oleh pihak

pengurusan atasan supaya matlamat kementerian/

jabatan/ agensi dilaksanakan dan dicapai

sepenuhnya.

5.2.2.5 Dari segi tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai

di dalam Kumpulan Eksekutif ini, sebagaimana

pegawai-pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan

Profesional (P&P) juga dikehendaki untuk menghadiri

pelbagai mesyuarat di peringkat kementerian /

jabatan / agensi bagi mewakili kementerian/ jabatan/

bahagian/ seksyen masing-masing. Mereka terlibat

secara lansung dalam semua perbincangan dan

membuat keputusan di dalam mesyuarat berkenaan.

Mereka juga sering memberikan taklimat dan

penerangan di dalam sesuatu mesyuarat / majlis dan

kepada para pelawat/tetamu dari Kementerian /

jabatan / agensi lain.

5.2.2.6 Ini akan memberi laluan kerjaya kepada penjawat

Kumpulan Eksekutif berkenaan dan peluang untuk

meningkat ke gred jawatan yang lebih tinggi lagi

berdasarkan bakat dimiliki.

Page 25: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 25

5.2.2.7 Pegawai –pegawai ‘junior’ Gred 1-1 dan Gred 1-2

apabila dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan

yang lebih tinggi, akan memberi kebaikan dan impak

yang tinggi memandangkan mereka telah

berpengalaman di dalam tugas-tugas operasi dan

penyeliaan.

5.6 SBPA TIDAK MENGAMBIL KIRA KECEMERLANGAN DAN

KELEBIHAN PEGAWAI TELAH LULUS ARAS 4 PTK

5.6.1 Perlu mengambilkira kelebihan yang dimiliki oleh pegawai

yang telah lulus dengan cemerlang PTK.

5.6.2 Prinsip Kenaikan Gaji Tahunan tidak mengambil kira

kelebihan Pegawai yang telah lulus dengan Aras 4.

Penghargaan keatas pegawai yang terlibat telah dinafikan.

Oleh itu, PA berkenaan hendaklah diberikan dua (2) Hadiah

Kenaikan Gaji.

5.6.3 JPA perlu menilai semula prinsip KGT pegawai yang telah

lulus dengan Aras 4 PTK dalam SSM.

Page 26: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 26

5.5 TUKAR LANTIK KE SKIM PERKHIDMATAN YANG LEBIH

TINGGI UNTUK PEGAWAI YANG MEMILIKI KELAYAKAN

IJAZAH ATAU LULUS KPSL DAN MENGITIRAF BAKAT SERTA

PENGALAMAN BERKHIDMAT

5.5.1 Cadangan ini adalah sebagai ‘Strategi Lautan Biru’ dimana

bakat, pengalaman dan inovasi PA diiktiraf untuk

kenaikkan ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi

sebagaimana disarankan oleh YAB Perdana Menteri.

5.5.2 Ramai PA di dalam kumpulan ini yang telah memiliki

kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian / Diploma

Lepasan Ijazah / Sarjana semasa berkhidmat dan

golongan ini telah menyahut seruan kerajaan yang

menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat keatas

semua PA.

5.5.3 Mereka telah mengikuti pelbagai bidang kursus seperti

Undang-undang, pentadbiran, sumber manusia, kewangan

dan sebagainya dengan menggunakan sumber kewangan

sendiri dan terpaksa mengambil cuti belajar tanpa /

separuh gaji dengan menempuh pelbagai rintangan atau

halangan disebabkan telah berkeluarga dan mempunyai

tanggungan

Page 27: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 27

5.5.4 YAB Perdana Menteri sering menyatakan bahawa pekerja

yang berbakat dan pengetahuan yang tinggi akan diberi

pengiktirafan. Oleh itu, kerajaan sedang berusaha untuk

membawa pulang rakyat Malaysia yang sedang berkhidmat

di luar Negara, iaitu melalui Talent Corporation .

5.5.5 Selain memiliki kelayakan dan pengalaman luas PA

berkenaan wajar ditukar lantik menjawat jawatan lebih

tinggi tanpa mengira kedudukan dan gred jawatan hakiki

sekarang.

5.5.6 Pegawai-pegawai Gred 2A-1/4/6 di dalam Kumpulan

Eksekutif yang telah memiliki kelayakan Ijazah atau lulus

KPSL hendaklah ditukar lantik ke skim perkhidmatan yang

lebih tinggi.

5.5.7 Proses tukar lantik hendaklah fleksibel dengan mengambil

kira gred sekarang, bakat dan tempoh pengalaman

berkhidmat.

5.5.8 Contoh jawatan yang perlu ditukar lantik ke skim

perkhidmatan yang lebih tinggi adalah Skim Perkhidmatan

Penolong Pegawai Tadbir Perkhid. Gunasama

Persekutuan.

5.5.9 Pegawai-pegawai Gred 2A-1/4/6 di dalam Kumpulan

Perkhidmatan Bersepadu yang telah memiliki kelayakan

Page 28: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 28

Ijazah atau lulus KPSL hendaklah ditukar lantik ke skim

perkhidmatan yang lebih tinggi. Proses tukar lantik

hendaklah fleksibel dengan mengambil kira gred sekarang

dan tempoh mengalaman berkhidmat. Ini juga merupakan

‘Strategi Lautan Biru’ dimana PA yang berkelayakan dan

berpengalaman luas ditukar lantik menjawat jawatan yang

lebih tinggi tanpa mengira kedudukan dan gred jawatan

hakiki sekarang.

5.5.10 Ramai PA di dalam kumpulan ini yang telah memiliki

kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian/ Diploma

Lepasan Ijazah/ Sarjana semasa berkhidmat dan golongan

ini telah menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan

pembelajaran sepanjang hayat keatas semua PA. Mereka

telah mengikuti pelbagai bidang kursus seperti Undang-

undang, pentadbiran, sumber manusia dan kewangan

dengan menggunakan sumber kewangan sendiri dan

terpaksa mengambil cuti belajar tanpa gaji/ separuh gaji,

disamping penempuh pelbagai rintangan atau halangan

disebabkan telah berkeluarga.

5.5.11 Contoh jawatan yang perlu ditukar lantik ke skim

perkhidmatan yang lebih tinggi adalah Skim Perkhidmatan

Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan Gunasama

Persekutuan. Cadangan dan justifikasi tukar lantik adalah

seperti di Para 4.0 di bawah ini.

Page 29: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 29

5.6 PENSTRUKTURAN BARU SKIM PERKHIDMATAN -

PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI

TADBIR PERKHIDMATAN GUNASAMA PERSEKUTUAN (PPT-PGP)

KEPADA PEGAWAI TADBIR KORPORAT PERKHIDMATAN

GUNASAMA PERSEKUTUAN (PTK - PGP)

5.6.1 Pada masa ini laluan kerjaya bagi PPT-PGT hanya terhad

kepada Gred N36.

5.6.2 Namun, beberapa skim perkhidmatan laintelah

mempunyai laluan kerjaya masing-masing. Beberapa skim

perkhidmatan perlu distruktur semula. Oleh itu, Skim

Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Perkhidmatan

Gunasama Persekutuan hendaklah distruktur dan dinaik

taraf.

5.6.3 Pada masa sekarang, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) yang

sedang berkhidmat di Badan-badan Berkanun dan PBT

yang telah memiliki kelayakan Ijazah atau lulus Peperiksaan

KPSL boleh dilantik memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai

Tadbir kerana Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir

sememangnya telah diwujudkan di semua Badan-badan

Berkanun dan PBT.

5.6.4 Walau bagaimana pun, Penolong Pegawai Tadbir

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (PPT- PGP) yang

sedang berkhidmat di semua Kementerian, Jabatan dan

Page 30: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 30

Agensi Persekutuan tidak berpeluang untuk meningkat ke

skim perkhidmatan yang lebih tinggi.

5.6.5 Apabila jawatan Pegawai Tadbir Am (PTA) dijumudkan oleh

pihak JPA, maka PPT- PGP tidak langsung berpeluang untuk

meningkat ke skim perkhidmatan yang lebih tinggi.

5.6.6 Satu skim perkhidmatan baru hendaklah diwujudkan bagi

membolehkan PPT – PGP meningkat ke skim perkhidmatan

yang lebih tinggi lagi dan oleh itu JPA hendaklah

mewujudkan Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir

Korporat Gred MK1-1, MK1-2, MK1-4, MK1-5 dan M1-6

(SSM: Gred MK41/42, MK44, MK48, MK52 dan MK54)

untuk Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

5.6.7 Proses tukar lantik hendaklah fleksibel dengan mengambil

kira gred sekarang samada gred kenaikan pangkat atau

gred lantikan, tempoh perkhidmatan dan

bakat/pengalaman.

5.6.8 PPT - PGP yang berada di dalam gred kenaikan pangkat

N36 hendaklah ditukar lantik ke Gred 1-4 dan Gred N32 ke

Gred 1-2. PPT – PGP yang berada di dalam gred lantikan

N27 atau N32 tetapi tidak memenuhi syarat akan ditukar

lantik ke Gred 1-1 atau kekal di dalam gred asal secara khas

untuk penyandang (KUP) sehingga memenuhi syarat.

Page 31: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 31

5.6.9 JPA hendaklah menyediakan ‘Road Map’ yang bersuaian

untuk perjawatan PTK-PGP sebagaimana ‘Road Map’ untuk

perjawatan PTD.

5.6.10 Memorandum Cadangan Untuk Mewujudkan Skim

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat telah

dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan

Perdana Menteri, KSN dan KPPA. Bersama-sama ini

disertakan sekali lagi memorandum berkenaan untuk

tindakan JPA.

5.6.11 Cadangan ini adalah lanjutan dan sebagai mematuhi

keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam di dalam

Perbicaraan No. 21 Tahun 1981, yang telah memutuskan

bahawa:-

“Para 31: Mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji

semula kedudukan Skim Perkhidmatan Pegawai Kerja

(kini Penolong Pegawai Tadbir) dengan tujuan

menaikkan taraf skim itu kepada paras yang lebih

tinggi”.

5.6.12 Pada masa ini ramai dikalangan Penolong Pegawai Tadbir

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan (PPT - PGP) yang

sedang berkhidmat telah memiliki kelayakan Ijazah atau

lulus Peperiksaan KPSL dan telah lama berada di gred-gred

Page 32: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 32

kenaikan pangkat N36 dan N32 serta gred lantikan N27.

Semua PPT – PGP berkenaan hendaklah ditukar lantik ke

Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Korporat di dalam

Perkhidmatan Gunasama Persekutuan.

3.6.13 Pengwujudan perjawatan baru ini akan memperkemaskan

lagi struktur perjawatan dan dapat mengelakan

pertindihan tugas-tugas di semua kementerian, jabatan

dan agensi persekutuan. Dengan ini akan

mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

awam.

5.6.14 JAWATAN STANDARD SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI

TADBIR KORPORAT

Secara umumnya, skop bidang tugas-tugas utama

dan Jawatan Standard bagi Skim Perkhidmatan

Pegawai Tadbir Korporat Perkhidmatan Gunasama

Persekutuan adalah seperti berikut:

- Pengurusan Pentadbiran dan Organisasi;

- Pengurusan Sumber Manusia;

- Pengurusan Kewangan;

- Pengurusan Aset dan Stor; dan

Page 33: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 33

- Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan.

5.6.15 Semua PTK - PGP sememangnya telah menjalan- kan tugas-

tugas diatas semasa menjawat jawatan PPT-PGP di semua

Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan.

5.7 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR

KORPORAT/PENGURUSAN

5.7.1 Jawatan Pegawai Tadbir Korporat (PTK) yang baru ini tidak

akan mengakibatkan sebarang penambahan jawatan dan

pengambilan/ penambahan kakitangan baharu. Justeru,

Jabatan Perkhidmatan Awam hendaklah menstruktur

semula perjawatan di semua kementerian/ jabatan/agensi

bagi mengelakkan sebarang birokrasi dan pertindihan

tugas yang mana akan dapat menjimatkan wang rakyat.

5.7.2 Pegawai Tadbir Korporat (PTK) hendaklah ditempatkan di

semua kementerian, jabatan dan agensi persekutuan.

Setelah proses tukar lantik dilaksanakan, PPT yang ditukar

lantik ke jawatan PTK hendaklah terus dikekalkan di

penempatan sedia ada sekarang supaya mereka dapat terus

melaksanakan pelbagai tugasan sedia ada.

Page 34: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 34

5.7.3 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR KOPORAT DI

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN AGENSI-AGENSI

DIBAWAHNYA.

5.7.3.1 Telah dilaporkan baru-baru ini bahawa sebanyak

27 kesatuan dan persatuan guru sebulat suara

menolak cadangan penempatan Pegawai Tadbir

dan Diplomatik (PTD) dalam sistem pengurusan

dan pentadbiran di Kementerian Pelajaran dan

semua agensi di bawahnya, iaitu di JPN, Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD), Institut Pendidikan Guru

(IPG), Kolej Matrikulasi, Institut Aminuddin Baki

(IAB) dan sekolah-sekolah.

5.7.3.2 Pada masa ini, ramai Penolong Pegawai Tadbir

(PPT) bertugas di Kementerian Pelajaran dan

semua agensi di bawahnya. Penempatan PPT

berkenaan didapati telah dapat membantu dan

mempertingkatkan sistem pengurusan dan

pentadbiran, dimana PPT menjalankan tugas-

tugas operasi berkaitan dengan pengurusan

pentadbiran, sumber manusia, kewangan,

aset/stor, pembangunan dan penyelenggaraan.

Semua PPT berkenaan bertugas di dalam ’satu

pasukan’ bersama-sama dengan pelbagai

peringkat Pegawai Pendidikan (Guru).

Page 35: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 35

5.7.3.3 Sehubungan itu, adalah wajar Pegawai Tadbir

Korporat ditempatkan di Kementerian Pelajaran

dan semua agensi di bawahnya. Ini adalah

memandangkan semua PPT yang layak ditukar

lantik ke Skim Pegawai Tadbir Korporat akan

dikekalkan di penempatan sekarang dan dengan

peningkatan ke skim perkhiidmatan yang baru

nanti sudah tentu prestasi dan komitmen kerja

mereka akan meningkat kearah mempertabat

perkhidmatan awam dan sistem pendidikan

negara.

5.7.3.4 Maka tidaklah perlu penempatan PTD di

Kementerian Pelajaran dan semua agensi di

bawahnya, memandangan penjawat PTK akan

dapat melaksanakan segala skop fungsi tugas-

tugas operasi di dalam sistem pengurusan dan

pentadbiran, sebagaimana yang telah dilakukan

oleh PPT sekarang ini.

5.7.3.4 CADANGAN PENEMPATAN PEGAWAI TADBIR

KORPORAT/PERSEKUTUAN DI PDRM DAN DI

KEMENTERIAN PERTAHANAN

(i) Pada tahun 2010, konsep penugasan semula

telah dilaksanakan dalam pasukan PDRM

apabila 7,000 pegawai dan anggota Polis

Page 36: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 36

yang sebelum itu bertugas di pejabat/balai,

ditugaskan semula membuat tugas-tugas

hakiki polis tanpa perlu membuat

pengambilan anggota polis baharu. Pihak

JPA telah menempatkan hampir 7,000

orang Pembantu Tabdir (PT) bagi

menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan

kewangan di semua Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) dan Balai Polis.

(ii) Lanjutan dari itu dan sebagai

kesenambungan dari penempatan PT-PT

berkenaan, maka adalah wajar Pegawai

Tadbir Korporat ((PTK) ditempatkan di Ibu

Pejabat Polis (Bukit Aman), semua Ibu

Pejabat Polis Negeri, IPD, Pusat Latihan Polis

dan Kontigen-kontigen/Kem-kem Polis.

Maka, perjawatan untuk semua peringkat

gred Jawatan PTK ini perlu diwujudkan oleh

JPA untuk mempertingkatkan prestasi dan

imej PDRM.

(i) Di Kementerian Pertahanan penempatan

PPT amat diperlukan terutama sekali di

Markas-Markas Formasi ATM. Penambahan

dan bebanan tugas serta pelbagai cabaran

yang dihadapi ditambah lagi proses

Page 37: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 37

Transformasi yang giat memerlukan taraf

jawatan PPT sedia ada perlu dipertingkakan.

(ii) Kebanyakan tugas-tugas yang dahulunya

dilaukan oleh PPT telah diambilalih oleh

pihak tentera kerana jawatan PPT adalah

rendah dan tidak seiring dengan gred

pegawai tentera yang telah dinaikkan dari

masa ke semasa.

(iv) Sewajarnya pegawai tentera ini

melaksanakan tugas utama mereka dan

pegawai awam melaksanakan tugas mereka

seperti pentadbiran awam, pengurusan

kewangan, pengurusan pembangunan/

projek dan sebagainya. Apabila taraf PPT

telah dijatuhkan grednya maka pengisian ini

diambil oleh pegawai tentera. Semasa Skim

Gaji Kbinet dan sebelumnya taraf N27

setaraf dengan Kapten, N32 setaraf dengan

Major dan N36 adalah setarf dengan Lt. Kol.

Apabila SSB dan SSM diperkenalkan maka

pegawai tentera telah dimasukkan di

kumpulan P&P, sedangkan PPT sedia ada

dianggap tidak setanding dengan pegawai

tentera.

Page 38: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 38

(iii) Terdapat beberapa kes tidak mengikut

peraturan serta penyelewengan telah

berlaku kerana mereka tidak terlatih dan

mereka sepatutnya melaksanakan tugas

utama mereka.

(iv) Masalah ini boleh diatasi sekiranya taraf

gred PPT yang ditempatkan di formasi ATM

dan juga di Kementerian sendiri dapat

dinaikkan kepada Ged 42, 44 dan 48. PTD

tidak mahu ditempatkan bersama tentera

kerana ini akan menimbulkan konflik ’siapa

yang berkuasa’ dalam ATM, begitu juga

dengan PDRM. Oleh itu, menaikan gred PPT

yang bertugas di Markas-markas formasi

yang sesuai merupakan jalan keluar kepada

kemelut ini.

(v) Melalui kenaikan gred ini maka ia akan

memberikan peluang kepada PPT untuk

melaksanakan tugas-tugas yang sewajarnya

dilakukan oleh pegawai awam.

Melaksanakan jawatan PPT sebagai Skim

Pekhidmatan Bersepadu merupakan jalan

yang sebaik-baiknya untuk menyelesaikan

masalah ini. Rujuk Lampiran A dan B untuk

Page 39: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 39

kajian skop tugas yang dilaksanakan oleh

PPT di Kemantarian Pertahanan.

5.8 MEMPERKASAKAN KUMPULAN PENGURUSAN &

PROFESIONAL (P&P).

5.8.1 Kumpulan ini hendaklah bermula dari Gred 1-3 (SSM: Gred

48) hingga Gred 1-6 (SSM: Gred 54) bersuaian dengan skop

fungsi tugas dan tanggung jawab yang dilaksanakan oleh

kumpulan ini. Ianya adalah untuk mempertingkatkan taraf

kumpulan ini memandangkan pegawai-pegawai Kumpulan

P&P adalah golongan yang terlibat dengan membuat dasar-

dasar di dalam sesuatu kementerian/ jabatan/agensi.

5.8.2.1 Contohnya, jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

hendaklah bermula dari Gred M1-3 (SSM: Gred M48)

memandangkan tugas-tugas PTD adalah merancang,

merangka, menganalisa dan mengawal dasar-dasar

kerajaan di sesuatu kementerian/jabatan/agensi.

Page 40: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 40

5.9 CADANGAN MEWUJUDKAN ‘TRIBUNAL PERKHIDMATAN

AWAM’ DAN ‘MAJLIS PERUNDINGAN PEKERJA JPA –

CUEPACS’.

5.9.1 Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan semula Tribunal

Perkhidmatan Awam untuk membolehkan setiap PA yang

mempunyai masaalah berhubung dengan skim

perkhidmatan,kenaikan pangkat, gred gaji, elaun dan lain-

lain kemudahan menyuarakan segala masalah mereka

dengan merujuk terus kepada tribunal ini. Tribunal ini yang

dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecuali semestinya akan

membuat keputusan yang tidak dipengaruhi oleh mana-

mana pihak yang perkepentingan. Tribunal ini adalah

sebuah badan perundangan yang berkecuali dimana PA

mempunyai satu saluran khusus untuk memgemukakan

sebarang masalah yang dihadapi dan sebagai sebuah

badan perundangan yang berkecuali, tribunal ini akan

memberikan suatu keputusan yang adil setelah

menimbangkan dengan teliti dari pihak-pihak yang

berkaitan.

5.9.2 Sekarang ini, PA yang mempunyai sebarang masalah

berhubung dengan skim perkhidmatan, kenaikan pangkat,

gred gaji, elaun dan lain-lain kemudahan dikehendaki

merujuk kepada JPA. JPA sebagai ‘agensi pusat’ yang

berkempentingan (interested party), maka adalah tidak

sesuai JPA dirujuk dan membuat keputusan untuk

Page 41: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 41

menyelesaikan sebarang masalah PA memandangkan

segala keputusan dari JPA sering dipertikaikan dan tidak

dapat diterima oleh PA berkenaan.

5.10 MEWUJUDKAN MAJLIS PERUNDINGAN PEKERJA

JPA/CUEPACS

5.10.1 Suatu ‘Majlis Perundingan Pekerja JPA – CUEPACS’ perlu

diwujudkan segera untuk membincangkan hal-hal

berkaitan dengan Skim-skim Perkhidmatan, Gaji, Elaun

dan Kemudahan-kemudahan Penjawat Awam.

Pengerusinya adalah YAB Perdana Menteri, manakala

seorang wakil CUEPACS dan wakil JPA dilantik sebagai

‘Setiausaha Bersama’ majlis ini dan kedua-dua pihak

mempunyai wakil/ahli yang sama bilangannya.

5.10.2 Dimasa hadapan majlis ini adalah badan yang perlu dirujuk

jika ada sebarang cadangan keatas skim perkhidmatan,

gaji, elaun dan lain-lain kemudahan. Persetujuan majlis ini

diperlukan sebelum pihak kerajaan memperkenalkan

sesuatu struktur saraan baru kepada penjawat awam.

5.10.3 Didapati, apabila pihak JPA sendiri yang menyediakan

SBPA, terutamanya urusan gaji maka sudah tentu wujud

konflik kepentingan (conflicts of interest), memandangkan

pegawai-pegawai JPA adalah golongan yang juga akan

Page 42: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 42

mendapat faedah dan manfaat dari SBPA itu. Sudah tentu

keadaan sedemikian boleh/akan mewujudkan pelbagai

tomahan dan tanggapan negatif, terutama dari kumpulan-

kumpulan lain yang berkepentingan (interested parties)

seperti CUEPACS, kesatuan-kesatuan sekerja dan para PA

sendiri.

5.10.4 Seterusnya, sekurang-kurangnya lima (5) orang wakil

CUEPACS dan juga wakil-wakil dari beberapa kesatuan di

bawah gabungana CUEPACS hendaklah dilantik

menganggotai ‘Majlis Perundingan Pekerja JPA –

CUEPACS’ untuk mengkaji, menyemak dan

memperakukan segala cadangan sebelum dipertimbang

dan diluluskan oleh pihak kerajaan, khususnya YAB

Perdana Menteri.

5.11SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR

DIJADIKAN “SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU”

5.11.1 Jawatan Penolong Pegawai Tadbir diklasifikasikan sebagai

MK bagi mengasingkan jawatan ini daripada jawatan-

jawatan lain seperti dalam skim yang sama contohnya

Pem. Kesetiausahaan, Pegawai Rekod, Pegawai

Penguatkuasa dan sebagainya (N).

Page 43: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SISTEM BARU · PDF file4.5.1 Jadual Gaji untuk semua gred skim perkhidmatan dari yang ... (di dalam SSM gelaran jawatan adalah Pembantu Am Pejabat dan Pemandu

KEPAK Page 43

5.11.2 Perlu dinaikkan Gred Penolong Pegawai Tadbir untuk

mengimbangi jawatan P&P dalam Pasukan Keselamatan

(ATM dan PDRM) yang sepatutnya melaksanakan core

bussines mereka masing-masing.

5.11.3 Mencadangkan jawatan Penolong Pegawai Tadbir dijadikan

Skim Perkhidmatan Bersepadu MK1-1, MK1-2, MK1-4,

MK1-5 dan M1-6 (SSM: Gred MK41/42, MK44, MK48,

MK52 dan MK54) untuk Perkhidmatan Gunasama

Persekutuan.

5.11.4 Semua perkhidmatan di dalam Gred 2A ini hendaklah juga

dijadikan sebagai ‘Skim Perkhidmatan Bersepadu’,

sebagaimana ‘Skim Perkhidmatan Pendidikan’ di dalam

SBPA (PP Bil. 13 Tahun 2011), supaya tidak wujud ‘double

standard’ dalam perkhidmatan awam. Contoh skim-skim

yang mempunyai Skim Perkhidmatan Bersepadu ialah

Skim Perkhidmatan Bersepadu Pembantu Perubatan dan

Skim Perkhidmatan Bersepadu Penolong Pegawai

Pendaftaran/ Pegawai Pendaftaran dan sebagainya.

DISEDIAKAN OLEH: KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENANJUNG MALAYSIA BERTARIKH: 14 FEBRUARI 2012