cadangan penambahbaikan pengurusan makmal

11
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN MAKMAL A. KEADAAN FIZIKAL MAKMAL  Susunan dan label alatan  Kebersihan dan keceriaan di dalam makmal   Kebersihan dan keceriaan stor makmal  Kebersihan dan keceriaan di koridor makmal   Susunan sudut-sudut khas  Keseluruhan bahagian makmal berfungsi  Papan kenyataan & pengisian  Hasil kerja pelajar - Buku skrap  Model/gamba r/poster dll   Akuarium/baha n awet  Carta pencapaian mata pelajaran sains  Koridor di makmal sains   Sebelum : tiada sebarang mural di sepanjang koridor makmal sains sekolah ini. Selepas penambahbaikan : mural ‘Kitaran hidup katak’ telah dilukis untuk mencantikkan  laluan di makmal sains sekolah ini. Saya dapati ramai murid termasuk guru yang suka akan mural ini. Mural ini begitu sesuai dengan matapelajaran Sains sekolah rendah.

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 16-Oct-2015

1.142 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

sce3112

TRANSCRIPT

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN MAKMAL

A. KEADAAN FIZIKAL MAKMAL Susunan dan label alatan Kebersihan dan keceriaan di dalam makmal Kebersihan dan keceriaan stor makmal Kebersihan dan keceriaan di koridor makmal Susunan sudut-sudut khas Keseluruhan bahagian makmal berfungsi Papan kenyataan & pengisian Hasil kerja pelajar - Buku skrap Model/gambar/poster dll Akuarium/bahan awet Carta pencapaian mata pelajaran sains

Koridor di makmal sains Sebelum : tiada sebarang mural di sepanjang koridor makmal sains sekolah ini.Selepas penambahbaikan : mural Kitaran hidup katak telah dilukis untuk mencantikkan laluan di makmal sains sekolah ini. Saya dapati ramai murid termasuk guru yang suka akan mural ini. Mural ini begitu sesuai dengan matapelajaran Sains sekolah rendah.

Papan kenyataan di makmal sains Sebelum : papan kenyataan di makmal sains tidak begitu menarik.Selepas penambahbaikan : papan kenyataan telah dihias cantik agar makmal nampak ceria dan menarik minat murid.

B. PENYIMPANAN STOK

Tujuan penyimpanan stok makmal sains adalah untuk memastikan stok yang diterima, disimpan dalam keadaan teratur dan sistematik. Stok ini merangkumi semua peralatan dan bahan sains. Sebelum ini, makmal sains Sekolah Kebangsaan Pauh tidak mempunyai buku stok. Jadi untuk penambahbaikan makmal sains, maka saya telah berusaha mewujudkan buku-buku stok. Penyimpanan dan kawalan stok peralatan dan bahan sains adalah secara spesifik seperti tercatat dalam prosedur. Guru perlu pastikan stok makmal sains disemak dan dikemaskini sekurang-kurangnya enam bulan sekali.Di dalam stor makmal, terdapat almari, laci, kabinet dan rak untuk menyimpan peralatan dan radas sains.Setiap rak mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya supaya mudah membuat pemeriksaan stok.

Antara buku stok yang saya wujudkan ialah : Buku stok penggunaan alat Merekod penggunaan alatan dan radas sains yang diperlukan untuk setiap sesi pdp. Buku stok peralatan makmal Merekod radas dan bahan yang baru dibeli serta memasukkan ke stor sains mengikut bilangan dan spesifikasinya. Seterusnya, mengemaskini butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima. Rekod pergerakan alat Merekodkan peralatan dan bahan sains yang dipinjam oleh guru-guru.Merekodkan pemindahan peralatan dan bahan sains dari makmal.Merekodkan penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan dan bahan sains. Buku rekod peralatan rosak/hilang Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.

C. PROSEDUR PELUPUSAN

Di makmal sains terdapat banyak bahan sains yang digunakan untuk membuat ujikaji dan eksperimen. Setelah selesai eksperimen, bahan sisa dan toksik tersebut perlulah dilupuskan. Bahan sisa toksik tadi tidak boleh dibuang ke dalam sistem saliran atau longkang. Ia akan menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam sekitar. Guru perlulah memastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul.

Cara-cara pelupusan yang sesuai : Pencairan merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem salirandengan air yang banyak. Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabelkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran.

Rawatan secara kimia Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkansebelum dibuang.Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini.

Pembuangan bersama-sama sampah Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.

Penanaman Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan.

Sumber tertutup Sumber yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekalatau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu disyaki merbahaya atau bocor, pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.

Sumber terbuka Sisanya hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan dicurahkan dengan air yang banyak atau dengan membuangkannya ke dalam tong sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusan sisa pepejal mestilah tidak lebih daripada 10 mikrocurie seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif, maka bekas bagi mengisinya mestilah diuji supaya pencemaran secara tidak sengaja tidak berlaku.

Pelupusan bahan sisa A. Gas - Gunakan almari wasap untuk membuangnya. B. Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan dituang ke dalam sink. Cecair yang mudah terbakar hendaklah dibuangkan ke dalam botol kosong dan dibakar di luar makmal.JANGAN SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink. C. Pepejal - Bagi pepejal yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas sisa. D. Kaca - Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang kaca mestilah diadakan. E. Haiwan yang dibelah - ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas digunakan untuk mencegah lalat dan renga, F. Semaian hidupan seni- semua semaian mestilah dicampur dengan formalin sebelum membuangnya.

D. PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMALAspek keselamatan di dalam makmal amat penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan perkara yang tidak diingini berlaku. Kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dapat mengurangkan kemalangan di makmal. Keselamatan makmal merupakan tanggungjawab siapa? Jawapannya, pihak sekolah, guru dan pelajar sendiri seharusnya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan di makmal sains. Antara keselamatan yang perlu ditekankan di dalam makmal ialah: Peti pertolongan cemas Alat pemadam api Pelan laluan kecemasan Latihan kebakaran Carta bantuan kecemasan Peraturan keselamatan makmal Sistem penjagaan makmal teratur (gas, air dan elaktrik) Peralatan keselamatan diri Peredaran udara dalam makmal Utamakan keselamatan diri di dalam makmal Penggunaan baju makmalPeti pertolongan cemas Sebelum : peti pertolongan cemas berada di dalam stor makmalSelepas penambahbaikan : peti pertolongan cemas yang telah lengkap, diletakkan di hadapan makmal. Isi kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Peti pertolongan cemas mestilah mengandungi item berikut: a. Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz).

b. Kapas yang telah disteril.

c. 1 gulung kapas.

d. Plaster luka.

e. Plaster berpelekat.

f. Penyepit dan gunting.

g. Sabun dan tuala.

h. Botol pencuci mata.

i. Krim antiseptik atau (paraffin gauze).

j. Larutan antiseptik

Alat pemadam api Sebelum : alat pemadam diletakkan di luar makmal sainsSelepas penambahbaikan : alat pemadam api ini telah diubah ke dalam makmal dan diletakkan berdekatan dengan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900mm dari atas lantai. Pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat memadamkan banyak jenis api. Jabatan bomba telah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjukcara serta memastikan alat pemadam ini diperiksa oleh pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun.

Selain alat pemadam api jenis ABC, saya turut tambahkan baldi yang berisi pasir (bersih dan kering) di sudut hadapan makmal. Ia sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain.

Pelan laluan kecemasan Sebelum : tiada pelan laluan kecemasan di makmal sains ini kerana ianya telah tertanggal.Selepas penambahbaikan : menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami. Saya juga telah mempamerkan pelan laluan kecemasan di dinding makmal berhampiran dengan pintu. Seterusnya mengadakan latihan kecemasan (dengan kerjasama Unit Keselamatan Sekolah) untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan.

Peredaran udara dalam makmal Sebelum : tingkap makmal tidak dibuka semasa pdp dijalankan.Selepas penambahbaikan : setiap kali pdp sains, guru perlu minta murid membuka semua tingkap. Makmal mesti mempunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas atau menghidu asap yang beracun.

Carta bantuan kecemasan Sebelum : tiada carta bantuan kecemasan di dalam makmal.Selepas penambahbaikan : menyediakan carta bantuan kecemasan di dalam makmal dan memastikan guru dan murid-murid memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan dan tindakan segera untuk memberi pertolongan cemas bila perlu.

Peraturan keselamatan makmal Sebelum : tiada carta peraturan keselamatan di dalam makmal.Selepas penambahbaikan : satu senarai peraturan keselamatan makmal telah ditampal di tempat yang mudah dilihat oleh murid. Semua pengguna makmal sains perlu mematuhi peraturan supaya makmal menjadi satu tempat yang selesa dan selamat. Ini juga akan memastikan pdp yang dijalankan dalam makmal menjadi lebih efektif.

Petunjuk Sebelum : tiada petunjuk dipamerkan di dalam makmal.Selepas penambahbaikan : satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran besar telah diletakkan di atas (siling) makmal. Ini bertujuan untuk mengingatkan murid-murid tentang keselamatan diri ketika berada di dalam makmal.