cadangan kertas kerja minggu pengurusan diri

18
Kecemerlangan insan istimewa, Kegemilangan bersama Anjuran: Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rancha-Rancha, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, Peti Surat 80355, 87013 Wilayah Persekutuan Labuan.

Upload: nurita-juslin

Post on 09-Aug-2015

995 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Kecemerlangan insan istimewa, Kegemilangan bersama

Anjuran:

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rancha-Rancha,

Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha,

Peti Surat 80355,

87013 Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 2: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

1.0 PENGENALAN Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan murid-murid berkeperluan khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Khas. Penyertaan murid-murid berkeperluan khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar bilik darjah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada semua murid-murid pendidikan khas. Sehubungan dengan itu, satu program telah dirangka bagi mencapai segala harapan untuk murid berkeperluan khas ini. Program tersebut adalah “Minggu Pengurusan Diri”.

Minggu Pengurusan Diri merupakan aktiviti yang dijalankan setiap tahun untuk murid-murid Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Rancha-Rancha. Program ini dijalankan selama satu minggu bagi membantu dan memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas untuk menguruskan diri sendiri dengan bimbingan guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid. Selain daripada pengurusan diri sendiri seperti berpakaian kemas dan bersih, murid-murid juga diberi penekanan terhadap disiplin dan peraturan yang telah digariskan oleh pihak sekolah. Pendedahan ini membantu murid-murid dengan kepelbagaian keupayaan untuk lebih mengahargai diri dan sekaligus menjalani kehidupan bermakna. Selain itu, program ini merupakan kolaborasi bersama dengan Jabatan Kesihatan WP Labuan dan guru-guru aliran perdana. Dengan terjalinnya hubungan antara pihak sekolah dengan agensi luar akan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri murid-murid pendidikan khas untuk bersosialisasi. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Membimbing murid berpakaian dengan betul. 2.2 Menggalakkan murid berpakaian dengan bersih dan kemas. 2.3 Memberi pendedahan tentang penjagaan tubuh badan seperti gigi dan kuku. 2.4 Menggalakkan murid berdisiplin dan mengikut peraturan sekolah. 3.0 KETETAPAN PROGRAM

Tarikh :- 04 – 08 Januari 2013 Hari :- Isnin hingga jumaat Masa : - 7.00 pagi – 12.30 pagi Tempat :- Kelas PPKI

4.0 SASARAN

Semua murid pendidikan khas, PPKI SK Rancha-Rancha, WP Labuan.

Page 3: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Program : En. Jaafar Bin Haji Matusin

( Guru Besar )

Naib Pengerusi Program : Pn. Maimunah Binti Latip ( Penolong Kanan Pendidikan Khas )

Penyelaras Program : Pn. Nurita Binti Juslin ( Ketua Bidang Pengurusan Kehidupan )

Ahli Jawatankuasa : 1. En. Mohd Fahmi Bin Punggot 2. En. Rodhy Edward Jalin 3. Pn. Liza Atiu 4. Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin

Kebersihan dan Kawalan Pelajar

: Semua Guru Semua PPM

6.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

Slot Majlis Perasmian Slot Sehari Bersama Klinik

Pergigian WP Labuan Slot Majlis Penutupan

: Pn. Maimunah Binti Latip

Slot Pemeriksaan Kebersihan Diri (kuku, gigi, leher, tangan dan kaki)

: Guru kelas Usop Guru kelas Upin Guru kelas Ujang

Slot Memberus Gigi selepas rehat

AJK Persediaan Tempat dan

Penyediaan Bahan

: Pn. Nurita Binti Juslin Pn. Maria Goretti Philip

Slot Tayangan Video / Lagu : En. Mohd Fahmi Bin Punggot

Slot Pertandingan

Pertandingan bercerita berpandu.

Pertandingan marathon urus diri.

Pertandingan membina BBM.

: En. Rodhy Edward Anak Edward Jalin Pn. Liza Atiu Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad Suddin

Slot Taklimat dan Simulasi / Tunjuk Cara

: Pn. Liza Atiu En. Mohd Fahmi Bin Punggot

Kebersihan dan Kawalan Pelajar

: Semua Guru Semua PPM

Page 4: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

7.0 PERINCIAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA

AJK Nama Tugas / Tanggungjawab

Pengerusi Program

En. Jaafar Bin Haji Matusin Guru Besar

- Pengerusi Minggu Pengurusan Diri tahun 2013.

Naib Pengerusi Pn. Maimunah Binti Latip Penolong Kanan Pendidikan Khas

- Naib Pengerusi Minggu Pengurusan Diri tahun 2013.

- Merancang aktiviti.

- Memastikan semua aktiviti sepanjang minggu berjalan lancar.

- Mengambil maklum kejayaan dan kekangan sepanjang program berlangsung.

- Menyemak kertas kerja.

- Melantik AJK Kerja.

- AJK Protokol.

Penyelaras Program

Pn. Nurita Binti Juslin Guru Pendidikan Khas Integrasi

- Menyelaras Minggu Pengurusan Diri bagi tahun 2013.

- Membantu Naib Pengerusi merancang aktiviti sepanjang Minggu Pengurusan Diri.

- Menyediakan kertas kerja.

- Menyediakan surat jemputan.

- Memaklumkan keberkesanan dan kekangan Minggu Pengurusan Diri.

- Mendokumentasikan perjalanan aktiviti dalam bentuk hardcopy dan softcopy.

Ahli Jawatankuasa

1. En. Mohd Fahmi Bin Punggot 2. En. Rodhy Edward Anak Edward

Jalin 3. Pn. Liza Atiu 4. Cik Ummi Kalsom Binti Mohamad

Suddin

- Mengambil gambar dan merakamkan perjalanan aktiviti.

- Mengacarakan slot / sesi.

- Menyediakan tempat / tapak aktiviti.

- Menyediakan peralatan dan bahan aktiviti.

AJK Kebersihan dan Kawalan Pelajar

Semua guru Semua PPM.

- Memastikan tapak aktiviti bersih dan selamat sebelum dan selepas aktiviti berlangsung.

- Memastikan peralatan yang digunakan oleh para peserta selamat digunakan.

8.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

8.1 Aktiviti memberus gigi selepas waktu rehat. 8.2 Taklimat / ceramah tentang penjagaan diri. 8.3 Simulasi memakai pakaian dan kasut. 8.4 Memeriksa kebersihan diri ~ tubuh badan (kuku, gigi, leher, tangan dan kaki). 8.5 Program Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan.

Page 5: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

8.6 Kekemasan diri ~ melipat baju dan menggosok pakaian. 8.7 Pertandingan bercerita berpandu 8.8 Pertandingan Marathon Urus Diri 8.9 Pertandingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) 8.10 Tayangan video tentang pengurusan diri.

9.0 TENTATIF PROGRAM Berikut adalah tentatif Minggu Pengurusan Diri bagi tahun 2013 :-

TARIKH AKTIVITI

04.02.2013 Isnin

Perhimpunan pagi.

Perasmian Minggu Pengurusan Diri.

Pemeriksaan kuku.

Aktiviti memberus gigi.

Tayangan Video tentang pengurusan diri.

05.02.2013 Selasa

Pemeriksaan kuku.

Pendidkan Muzik ~ Lagu-lagu tentang pengurusan diri.

Pengenalan kepada pakaian (uniform sekolah, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform serta pakaian pengawas).

Aktiviti memberus gigi.

Sesi latihan ~ Sebut dan Padan, tunjuk dan sebut serta surih perkataan.

Mewarna gambar.

Pendedahan tatacara sebelum, semasa dan selepas makan.

Tunjuk cara mencuci tangan, mencuci muka dan menggunakan tandas.

06.02.2013 Rabu

Pemeriksaan kuku.

Pengenalan tentang disiplin dan peraturan sekolah.

Pertandingan bercerita berpandu.

Simulasi memakai baju dan mengikat kasut.

Membimbing murid minum dan makan dengan betul.

Kelas dan Bilik Urus Diri ceria.

Pertandingan membina BBM.

07.02.2013 Khamis

Slot Program bersama Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian). **Pengisian program disediakan oleh Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian).

08.02.2013 Jumaat

Pemeriksaan kuku.

Pertandingan marathon urus diri.

Aktiviti memberus gigi.

Pengenalan kepada bahan dan peralatan membersihkan rumah dan pakaian.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang (Pertandingan).

Page 6: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Tiada.

~ Hadiah murid – hasil kerja murid yang terpilih. ~ Cenderahati – bahan sedia ada 11.0 PENGESAHAN Disediakan oleh, ……………………………………… ( NURITA BINTI JUSLIN ) Guru Pendidikan Khas PPKI-BP Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Rancha-Rancha, WP Labuan Tarikh: …………………………………

Disemak oleh: ………………………………………… ( MAIMUNAH BINTI LATIP ) Penolong Kanan Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi, SK Rancha-Rancha, WP Labuan. Tarikh: ……………………………….

Disahkan oleh: ………………………………………… ( JAAFAR BIN HAJI MATUSIN ) Guru Besar, SK Rancha-Rancha, WP Labuan Tarikh: ……………………………….

Page 7: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh:

04.02.2013 (Isnin) Matapelajaran:

URUS DIRI Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG Masa:

07.00 – 12.30 Bilangan Masa:

10 Jumlah Murid:

/ 16

Tajuk/Tema : MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Tunjang Utama

: Ketrampilan diri

Standard Kandungan

: 2.1 2.2

Mengamalkan penjagaan kebersihan diri Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian

Standard Pembelajaran

: 2.1.2 2.2.2

Latihan amali Menjaga kebersihan pakaian

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i) Mendengar dan memahami arahan guru.

ii) Menjaga kebersihan anggota tubuh badan terutamanya kuku dan gigi. iii) Memakai pakaian dengan betul. iv) Mencuci tangan dan muka dengan betul dan bersih. v) Menggunakan tandas dengan betul.

Aktiviti P&P : 1. Perhimpunan pagi.

Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan (dewan sekolah) untuk mengikuti perhimpunan pagi.

Semua murid kembali ke kelas PPKI setelah tamat perhimpunan pagi.

Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas akan memastikan semua murid berada di dalam kelas masing-masing.

Ketua Kelas memaklumkan kepada guru kelas ketidakhadiran murid PPKI.

2. Perasmian Minggu Pengurusan Diri

Semua murid dikumpulkan di dalam kelas Usop dan Upin untuk mengikuti Perasmian Minggu Pengurusan Diri.

Perasmian program dilakukan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Semua murid mendengar amanat dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu pengurusan diri daripada Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Semua guru memberikan ucapan dan harapan agar semua murid memberikan kerjasama.

Semua murid dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan, iaitu kumpulan BERSIH, kumpulan KEMAS dan kumpulan CERIA.

Pelantikan “Penghulu” dan “Penghuluwati” Minggu Pengurusan Diri bagi tahun 2013.

3. Pemeriksaan kuku.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan (Bersih, Kemad dan Ceria).

Murid diberi penerangan tentang cara dan teknik memotong kuku dengan betul.

Murid diberi penerangan tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi ketika memotong kuku.

Murid yang berkuku panjang akan diberi peralatan memotong kuku (penyepit kuku).

Semua murid yang berkuku panjang dari ketiga-tiga kumpulan dikumpulkan dan diarahkan memotong kuku dengan pengawasan guru.

Murid yang tidak tahu memotong kuku akan dibantu dan dibimbing

Page 8: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

oleh guru dan pembantu pengurusan diri.

Semua murid diarahkan mencuci tangan dengan bersih selepas memotong kuku dan mengeringkan tangan selepas mencuci tangan.

4. Aktiviti memberus gigi

Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi.

Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas.

Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan.

Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan.

5. Tayangan Video / Slide.

Semua murid dikumpulkan di kelas Usop dan Upin mengikut kumpulan masing-masing.

Semua murid diminta memberi tumpuan terhadap tayangan video / slaid.

Semua murid bersoal jawab dengan guru tentang video / slaid yang telah dipertontonkan.

Murid yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah sebagai peneguhan.

Nilai : Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan EMK : Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi,

Pendidikan Muzik BBM : Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat

gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi :

Page 9: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Tarikh:

05.02.2013 (Selasa) Matapelajaran:

URUS DIRI Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG Masa:

07.00 – 12.30 Bilangan Masa:

10 Jumlah Murid:

/ 16

Tajuk/Tema : MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Tunjang Utama

: Ketrampilan diri

Standard Kandungan

: 2.1 2.2

Mengamalkan penjagaan kebersihan diri Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian

Standard Pembelajaran

: 2.1.2 2.2.2

Latihan amali Menjaga kebersihan pakaian

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; (i) Mendengar dan memahami arahan guru.

(ii) Menjaga kebersihan anggota tubuh badan terutamanya kuku dan gigi. (iii) Memakai pakaian dengan betul. (iv) Mencuci tangan dan muka dengan betul dan bersih. (v) Menggunakan tandas dengan betul.

Aktiviti P&P : 1. Pemeriksaan kuku.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan.

Guru kelas Usop, Upin dan Ujang akan memeriksa kuku murid.

Murid yang berkuku panjang diarahkan memotong kuku bersama-sama dengan seliaan guru.

Murid yang tidak tahu memotong kuku akan diberi tunjuk ajar memotong kuku dengan betul.

2. Pendidikan Muzik

Semua murid dikumpulkan di dalam kelas Usop dan Upin untuk mengikuti Pendidikan Muzik.

Pendidikan Muzik bertemakan tentang kebersihan dan pengurusan diri.

3. Pengenalan kepada pakaian.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan.

AJK Slot Taklimat dan Simulasi / Tunjuk Cara akan menunjukkan kepada semua murid pakaian-pakaian yang dipakai ke sekolah iaitu terdiri daripada uniform sekolah, baju sukan (Pendidikan Jasmani), baju unit beruniform dan pakaian pengawas sekolah.

Murid diterangkan tentang kesan positif memakai pakaian sekolah.

Murid ditunjukkan cara memakai pakaian dengan tertib yang betul.

Murid yang tidak boleh memakai pakaian akan dibimbing oleh guru.

4. Aktiviti memberus gigi

Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi.

Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas.

Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan.

Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan.

5. Sesi Latihan dan Pengukuhan:-

Semua murid dikumpulkan di kelas Usop dan Upin mengikut kumpulan masing-masing.

Semua murid melakukan aktiviti Sebut dan Padan, Tunjuk dan Sebut serta Surih Perkataan. Aktiviti ini berbeza mengikut tahap /

Page 10: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

kategori murid.

Semua murid diberi lembaran kerja ~ mewarna gambar. 6. Tatacara Makan

Semua murid diberi penerangan tentang tatacara sebelum, semasa dan selepas makan.

Murid yang beragama Islam diminta membaca doa makan. Murid yang tidak tahu membaca doa akan dibimbing oleh guru.

Murid diminta melakonkan semua tatacara makan yang betul.

Murid yang tidak beradab dan tidak mematuhi tatacara sebelum, semasa dan selepas makan akan dibimbing secara berkumpulan atau individu.

7. Latihan / Amali: (i) Mencuci Tangan dan Muka

Semua murid diberi penerangan secara terperinci tentang mencuci tangan dan muka serta menggunakan tandas.

Semua murid diberi tunjuk cara mencuci tangan dan muka dengan betul oleh guru.

Semua murid diminta mencuci tangan dan muka secara individu tanpa bimbingan guru.

Murid yang tidak boleh mencuci tangan dan muka dengan betul akan dibimbing oleh guru.

(ii) Penggunaan Tandas (Tandas Duduk / Tandas Mencangkung)

Semua murid diberi penerangan tentang tandas duduk dan tandas mencangkung.

Semua murid ditunjukkan kad imbasan tandas duduk dan tandas mencangkung.

Semua murid dberi pendedahan mengenai tatacara penggunaan tandas duduk dan mencangkung dengan betul.

Semua murid diminta membuat simulasi secara individu.

Murid yang tidak boleh melakukan amali akan diberi bimbingan secara individu oleh guru.

Nilai : Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan EMK : Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi,

Pendidikan Muzik BBM : Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat

gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi :

Page 11: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Tarikh:

06.02.2013 (Rabu) Matapelajaran:

URUS DIRI Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG Masa:

07.00 – 12.30 Bilangan Masa:

10 Jumlah Murid:

/ 16

Tajuk/Tema : MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Tunjang Utama

: Ketrampilan diri

Standard Kandungan

: 2.1 2.2

Mengamalkan penjagaan kebersihan diri Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian

Standard Pembelajaran

: 2.1.2 2.2.2

Latihan amali Menjaga kebersihan pakaian

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i. Mendengar dan memahami arahan guru.

ii. Menjaga kebersihan anggota tubuh badan terutamanya kuku dan gigi. iii. Memakai pakaian dengan betul. iv. Mencuci tangan dan muka dengan betul dan bersih. v. Menggunakan tandas dengan betul.

Aktiviti P&P : 1. Pemeriksaan kuku.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan.

Guru kelas Usop, Upin dan Ujang akan memeriksa kuku murid.

Murid yang berkuku panjang diarahkan memotong kuku bersama-sama dengan seliaan guru.

Murid yang tidak tahu memotong kuku akan diberi tunjuk ajar memotong kuku dengan betul.

2. Disiplin dan Peraturan Sekolah. Semua murid dikumpulkan di dalam kelas Usop dan Upin untuk

diberi penerangan oleh guru tentang disiplin dan peraturan sekolah.

3. Marathon Urus Diri Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

Ketua kumpulan akan memastikan semua ahli kumpulan mencukupi.

Semua murid diberi penerangan tentang peraturan dan aktiviti yang perlu dijalani di dalam Marathon Urus Diri.

4. Latihan / Amali:

(i) Memakai baju dan seluar

Semua murid diberi penerangan secara terperinci tentang mencuci tangan dan muka serta menggunakan tandas.

Semua murid diberi tunjuk cara mencuci tangan dan muka dengan betul oleh guru.

Semua murid diminta mencuci tangan dan muka secara individu tanpa bimbingan guru.

Murid yang tidak boleh mencuci tangan dan muka dengan betul akan dibimbing oleh guru.

(ii) Mengikat Kasut (Bertali)

Semua murid diberi penerangan tentang tandas duduk dan tandas mencangkung.

Semua murid ditunjukkan kad imbasan tandas duduk dan tandas mencangkung.

Semua murid dberi pendedahan mengenai tatacara penggunaan tandas duduk dan mencangkung dengan betul.

Semua murid diminta membuat simulasi secara individu.

Murid yang tidak boleh melakukan amali akan diberi bimbingan secara individu oleh guru.

Page 12: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

5. Minum dan Makan (Waktu Rehat Murid ~ 9.00-9.30 pagi) Semua murid berkumpul di kantin sekolah. Semua murid diminta mengimbas kembali aktiviti pada sesi lepas

iaitu tatacara sebelum, semasa dan selepas makan. Murid dan guru makan bersama di kantin sekolah. Semua murid dipantau ketika makan. Penutup ~ Murid-murid yang tidak dapat mematuhi tatacara

makan dengan betul diberi peneguhan.

6. Aktiviti Memberus Gigi.

Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi.

Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas.

Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan.

Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan.

7. Keceriaan Kelas dan Bilik-Bilik Khas PPKI. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diberi penerangan tentang aktiviti yang perlu

dilakukan di dalam slot keceriaan kelas dan bilik-bilik khas PPKI. Kumpulan murid ditugaskan di kawasan (kelas/bilik khas) yang

telah ditentukan.

8. Pertandingan Membina BBM. Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diberi penerangan tentang peraturan pertandingan. Setiap kumpulan diberikan bahan dan peralatan yang mencukupi. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru pembimbing masing-

masing.

Nilai : Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan EMK : Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi,

Pendidikan Muzik BBM : Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat

gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi :

Page 13: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Tarikh:

07.02.2013 (Khamis) Matapelajaran:

URUS DIRI Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG Masa:

07.00 – 12.30 Bilangan Masa:

10 Jumlah Murid:

/ 16

Tajuk/Tema : MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Tunjang Utama

: Kebersihan Diri

Standard Kandungan

: 2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran

: 2.1.2 Latihan amali menjaga kebersihan diri

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i) Menerima, mendengar dan memahami arahan guru.

ii) Mengetahui tentang kebersihan dan penjagaan gigi. iii) Bersosialisasi.

Aktiviti P&P : Program Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan. Plak skor untuk pertandingan kebersihan mulut. Latihan memberus gigi. Ceramah kesihatan pergigian. Pameran. Persembahan boneka.

Nilai : Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan EMK : Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi,

Pendidikan Muzik BBM : LCD, komputer bimbit, boneka, replika gigi dan berus gigi, cermin muka,

kit kebersihan gigi, replika makanan ringan dan buah-buahan. Refelksi :

Page 14: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Tarikh:

08.02.2013 (Jumaat) Matapelajaran:

URUS DIRI Kelas:

- USOP - UPIN - UJANG Masa:

07.00 – 11.30 Bilangan Masa:

8 Jumlah Murid:

/ 16

Tajuk/Tema : MINGGU PENGURUSAN DIRI PPKI Tunjang Utama

: Ketrampilan diri

Standard Kandungan

: 2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran

: 2.2.1 Latihan amali menjaga kebersihan diri

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat; i) Membersihkan kuku tanpa bimbingan guru.

ii) Menerima, mendengar dan memahami arahan guru. iii) Memberus gigi dengan betul. iv) Mengetahui kesan positif dan negatif menjaga kebersihan rumah dan

pakaian. Aktiviti P&P : 1. Bacaan Yasin.

Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan pagi bersama semua guru untuk membaca surah yasin (bagi pelajar muslim).

Murid yang bukan muslim berada di dewan sekolah untuk sesi pendidikan moral bersama guru-guru pendidikan moral.

2. Pemeriksaan kuku.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan.

Guru kelas Usop, Upin dan Ujang akan memeriksa kuku murid.

Murid yang tidak menjaga kuku dengan bersih diarahkan untuk mencuci tangan dengan bersih.

3. Pertandingan Cerita Berpandu.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan.

Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk bercerita.

Cerita Berpandu merupakan refleksi murid terhadap keseluruhan program “Minggu Pengurusan Diri”.

4. Aktiviti Memberus Gigi.

Semua murid berkumpul di kelas Ujang untuk mengambil berus dan ubat gigi daripada AJK Memberus Gigi.

Murid melakukan aktiviti memberus gigi di hadapan kelas.

Murid dibimbing untuk menyimpan peralatan memberus gigi di tempat yang telah disediakan.

Murid yang tidak mengikuti peraturan ketika memberus gigi akan diberi peneguhan.

5. Peralatan Membersihkan Rumah dan Pakaian.

Semua murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing. Semua murid diperkenalkan dengan bahan serta peralatan untuk

membersihkan rumah dan pakaian. Semua murid diberi penerangan tentang kepentingan

membersihkan kawasan di dalam dan di luar rumah. Semua murid diberi penerangan tentang kepentingan

membersihkan pakaian. Semua murid diberi penerangan tentang kesan negatif tidak

membersihkan rumah dan memakai pakaian yang tidak bersih. Lembaran kerja ~ murid diminta mewarnakan bahan dan

peralatan untuk membersihkan rumah serta pakaian. Nilai : Kerjasama, kebersihan, mematuhi arahan EMK : Kerohanian, sikap dan nilai, Teknologi maklumat dan komunikasi,

Page 15: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Pendidikan Muzik BBM : Kad imbasan, pemotong kuku, video, tv, komputer bimbit, berus dan ubat

gigi, kad imbasan, pensel warna, uniform sekolah, pakaian sukan, pakaian pengawas dan pakaian unit beruniform.

Refelksi :

Page 16: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Rujukan: SKRR/WPL/K01/48/PPKI/006/SM (2) Tarikh : 29 Januari 2013

Dr. Nors’adah Binti Abdul Aziz Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan WP Labuan, Peti Surat 80832, 87018 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. (U/P : Klinik Pergigian WP Labuan) Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SEHARI BERSAMA KLINIK PERGIGIAN

WP LABUAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi SK

Rancha-Rancha akan mengadakan Program Sehari Bersama Klinik Pergigian WP

Labuan sempena Minggu Pengurusan Diri seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 07 Februari 2013 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Kelas Pendidikan Khas, SK Rancha-Rancha, WP Labuan

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput pihak tuan untuk bersama-

sama menjayakan program ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh

berhubungan dengan Pn. Maimunah Binti Latip (Penolong Kanan Pendidikan

Khas) di talian 0135546897. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

JAAFAR BIN HAJI MATUSIN Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan

Sk Fail

Page 17: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

MINGGU PENGURUSAN DIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK RANCHA-RANCHA, WP LABUAN

Tempoh : 04 – 08 Februari 2013 Tempat : Kelas Pendidikan Khas, SK Rancha-Rancha WP Labuan Kumpulan Sasaran : 15 orang murid

6 orang guru 1 orang Pembantu Pengurusan Murid

TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI

04.02.2013 Isnin

Perhimpunan pagi.

Perasmian Minggu Pengurusan Diri.

Pemeriksaan kuku.

Tayangan Video tentang pengurusan diri.

Aktiviti memberus gigi.

05.02.2013 Selasa

Pemeriksaan kuku.

Pendidkan Muzik ~ Lagu-lagu tentang pengurusan diri.

Pengenalan kepada pakaian (uniform sekolah, pakaian pendidikan jasmani, pakaian unit beruniform serta pakaian pengawas).

Aktiviti memberus gigi.

Sesi latihan ~ Sebut dan Padan, tunjuk dan sebut serta surih perkataan.

Mewarna gambar.

Pendedahan tatacara sebelum, semasa dan selepas makan.

Tunjuk cara mencuci tangan, mencuci muka dan menggunakan tandas.

06.02.2013 Rabu

Pemeriksaan kuku.

Pengenalan tentang disiplin dan peraturan sekolah.

Pertandingan bercerita berpandu.

Simulasi memakai baju dan mengikat kasut.

Membimbing murid minum dan makan dengan betul.

Kelas dan Bilik Urus Diri ceria.

Pertandingan membina BBM.

07.02.2013 Khamis

Program bersama Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian). **Pengisian program disediakan oleh Klinik Kesihatan WP Labuan (Pergigian).

08.02.2013 Jumaat

Pemeriksaan kuku.

Pertandingan marathon urus diri.

Aktiviti memberus gigi.

Pengenalan kepada bahan dan peralatan membersihkan rumah dan pakaian.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang (Pertandingan).

Page 18: Cadangan Kertas Kerja Minggu Pengurusan Diri

Dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan / Puan EN. JAAFAR BIN HJ. MATUSIN

GURU BESAR

Ke Majlis Sehari Bersama Klinik Pergigian WP Labuan

Sempena Minggu Pengurusan Diri Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rancha-Rancha

2013

Seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 07 Februari 2013 Hari : Khamis

Masa : 08.00 hingga 11.00 pagi Tempat : Kelas Pendidikan Khas, SK Rancha-Rancha