cabaran malaysia bagi menjamin kedaulatan negara

Upload: thinagaran-gunasegaran

Post on 14-Apr-2018

439 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Cabaran Malaysia Bagi Menjamin Kedaulatan Negara

    1/1

    .Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara (SOALAN KBKK) (TING.5)

    (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin

    kedaulatan negara ( 5markah)

    Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan negara ialah ancaman anasir-anasir

    luar yang cemburu dengan keharmonian negara Malaysia . Seterusnya , cabaran dalammengekalkan perpaduan kaum di Malaysia . Selanjutnya , cabaran bagi memupuk nilai-nilai

    patriotisme dalam diri generasi muda agar kedaulatan negara terjamin . Selain itu , cabaran

    untuk memastikan ekonomi negara yang kukuh seterusnya dapat menjadikan negara Malaysia

    sebagai negara yang kuat dan akhir sekali cabaran mengekalkan persefahaman antara kaum di

    Malaysia .

    (b) Nyatakan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ( 5 markah)

    Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah dengan menyediakan angkatan

    tentera yang kuat dan mempertingkatkan kecanggihan teknologi dalam bidang pertahanan .

    Seterusnya ,mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royang yang mampu

    mengekalkan perpaduan kaum . Selanjutnya , mengadakan sambutan hari kemerdekaanperingkat sekolah di sekolah masing-masing dan mengadakan pameran biografi tentang

    pejuang-pejuang yang gugur di medan perang demi mempertahankan negara. Selain itu ,

    menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat dengan aktiviti yang mendatangkan keuntungan

    ekonomi seperti berniaga . Akhirnya , mengadakan perbincangan antara kaum dalam

    menyelesaikan sesuatu masalah .