buletin pusat kokurikulum uthm bil 1 tahun 2014

16
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 1/2014

Upload: msuffian

Post on 31-Mar-2016

274 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Bil. 1/2014

Page 2: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

2

SIDANG

REDAKSI

PENAUNG

Prof. Madya. Dr. Ahmad

bin Esa

PENASIHAT

Prof. Madya Nawawi

bin Jusoh

KETUA EDITOR

En. Ismade bin Niam

EDITOR

En. Mahyuzie bin Jenal

En. Rosmaidi bin Shahal

Pn. Nor Azwa

binti Mohammad

PENULIS

Pn. Nor Azila binti Kelewon

PENGARANG

Pn. Siti Khadijah

binti Hj.Md Som

Cik Nur Afifah binti Shahidan

FOTOGRAFI

& GRAFIK

En. Mohd Suffian bin Md Nor

Kata Aluan Ketua Editor

Dari Meja Pengarah

Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi ker-ana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat-lah Pusat Kokurikulum menerbitkan makalahnya yang pertama. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli editorial yang telah berusaha menyiapkan makalah ini sehingga berjaya tanpa mengenal erti jemu.

Memandangkan makalah ini merupakan makalah versi pertama, kami telah beru-saha untuk memberikan yang terbaik kepada para pembaca. Diharapkan juga dengan adanya makalah ini dapatlah di-jadikan sebagai satu rujukan dan pen-genalan mengenai Pusat Kokurikulum UTHM.

Akhir kata, saya ingin mengucap-kan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan makalah ini. Wassalam. ISMADE BIN NIAM Ketua Editor

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, kita merafakkan rasa

kesyukuran kepada Allah SWT yang me-

manjangkan usia, mengurniakan ke-

sempurnaan akal dan memberikan keu-

payaan hingga makalah Pusat Koku-

rikulum ini dapat direalisasikan dengan

jayanya.

Sekalung penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada barisan Ahli

Jawatankuasa Pelaksana makalah ini

kerana berusaha menghasilkan makalah

yang pertama diterbitkan oleh Pusat

Kokurikulum UTHM. Tujuan makalah

tersebut dihasilkan untuk memperkenal-

kan Pusat Kokurikulum yang wujud di

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

dengan lebih terperinci sekaligus

memberikan maklumat mengenai

aktiviti Kokurikulum yang telah

djalankan untuk mahasiswa bagi

memenuhi jam kredit mereka. Di-

harapkan agar makalah ini dapat men-

ingkatkan Pusat Kokurikulum UTHM

menjadi pusat yang lebih produktif.

PROF. MADYA Dr. AHMAD BIN ESA Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Page 3: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

3

Objektif Kualiti

Memastikan semua Kursus Kokuri-

kulum Berkredit ditawarkan pada

setiap semester.

Memastikan 90% pelajar yang men-

gambil kokurikulum lulus dengan

cemerlang dan mencapai tahap teram-

pil dalam penilaian kemahiran in-

saniah.

Memastikan sekurang-kurangnya

90% peralatan untuk pengajaran dan

pembelajaran Pusat dalam keadaan

baik.

Memastikan sekurang-kurangnya

20% pelajar terlibat dalam 4 Teras

Kokurikulum atau minimum 5%

setiap Teras (Kepimpinan, Penguca-

pan Awam, Kesukarelawanan dan

Daya Usaha & Inovasi).

Melaksanakan pemurnian dan

penilaian silabus kursus sekurang-

kurangnya 2 tahun sekali.

Memastikan semua jurulatih terlibat

dalam Bengkel Training Of Trainers

(TOT) sekurang-kurangnya sekali

setahun.

Memastikan pengurusan pentadbiran

dan kewangan selaras dengan prose-

dur dan peraturan universiti

Senarai Staf Pusat Kokurikulum

Fungsi

Melaksanakan Bengkel Training Of

Trainers (TOT) kepada semua tenaga

pengajar/jurulatih kokurikulum yang

diiktiraf oleh Majlis Kokurikulum

Universiti-universiti Malaysia

(UniCC).

Meningkatkan kompetensi tenaga

pengajar/jurulatih dalam pengajaran

dan pembelajaran bagi setiap kursus

kokurikulum berkredit berkaitan.

Menawarkan kursus kokurikulum

berkredit holistik bagi melahirkan

mahasiswa/i kompeten dalam Kema-

hiran Insaniah.

Merancang, menyelaras, melaksana

dan memantau aktiviti kokurikulum.

Merancang pembangunan prasarana

dan menyediakan kelengkapan yang

kondusif.

Memupuk semangat perpaduan dan

menjana pengembangan ilmu dalam

kalangan mahasiswa/i dan masyara-

kat.

Menyediakan peluang kepada maha-

siswa/i untuk mengembangkan bakat

dan potensi diri dalam aktiviti kokuri-

kulum.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan ini adalah janji kami dalam

menawarkan perkhidmatan berkualiti.

Menyediakan peralatan dan prasarana yang kon-

dusif dan lengkap (100%) semasa aktiviti, pen-

gajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Memastikan tenaga pengajar yang terlibat den-

gan pengajaran dan pembelajaran adalah terlatih

dan diiktiraf oleh UniCC.

Memproses permohonan aktiviti pelajar yang

kurang daripada RM1000 dalam tempoh sem-

inggu dan permohonan melebihi RM1000 dalam

tempoh sebulan dari tarikh permohonan.

Memastikan semua pelajar berpeluang mendaf-

tar kursus kokurikulum mengikut minat masing-

masing berdasarkan kuota yang ditetapkan se-

cara atas talian.

Memastikan setiap aduan pelajar diproses dalam

tempoh seminggu dari tarikh aduan diterima.

Memastikan setiap aktiviti pelajar dipantau oleh

sekurang-kurangnya seorang pegawai pengiring.

Memastikan segala tuntutan jurulatih dan pelajar

yang lengkap diproses dalam tempoh 10 hari

bekerja.

Memastikan senarai tampal markah pelajar akan

dipaparkan di papan kenyataan Pusat Kokuriku-

lum dua minggu selepas peperiksaan akhir ber-

mula.

Memastikan pengurusan organisasi yang telus,

adil dan mesra pelanggan

Nama Jawatan No. Tel EMAIL @uthm.edu.my

Tempoh Mula Perkhidmatan Di

Pusat Kokurikulum

Prof. Madya Dr. Ahmad bin Esa

Pengarah 07-4537480 ahmad 2013

Nor Azwa binti Mohammad

Setiausaha Pejabat 07-4537481 azwa 2011

Prof. Madya Nawawi bin Jusoh

Timbalan Pengarah 07-4537011 nawawi 2012

Mahyuzie bin Jenal

Ketua Jabatan 07-4537485 mahyuzie 2012

Rosmaidi bin Shahal

Pen. Pengawai Tadbir 07-4537483 rosmaidi 2011

Mohd. Suffian bin Md. Nor

Juruteknik 07-4537484 msuffian 2011

Ismade bin Niam

Pembanu Tadbir (P/O) 07-4537759 ismade 2011

Nor Azila binti Kelewon

Pembanu Tadbir (P/O) 07-4537759 norazila 2011

Nur Afifah binti Shahidan

Pembanu Tadbir (P/O) 07-4537484 nurafifah 2011

Siti Khadijah binti Hj. Md. Som

Pembantu Am Pejabat 07-4537484 skhadija 2011

Page 4: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

4

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan beliau di UTHM bermula pada

tahun 01 Januari 1999 yang pada ketika itu dikenali

sebagai Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)

dan seterusnya bertukar menjadi Kolej Universiti

Teknologi Tun Huseein Onn (KUiTTHO).

Kini, KUiTTHO telah diiktiraf sebagai Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan beliau masih

lagi setia berkhidmat dengan memegang jawatan

sebagai Pengarah Pusat Kokurikulum dan juga Ahli

Senat UTHM.

PENDIDIKAN

2007 - Doktor Falsafah Pendidikan Teknik &

Vokasional Di Universiti Tun Hussien Onn

Malaysia

1998 - Sarjana Pendidikan Di Universiti Teknologi

Malaysia

1991 - Diploma Pendidikan Di Maktab Pergurusan

Temenggong Ibrahim

1989 - Sarjana Ekonomi Di Universiti Utara

Malaysia

Selayang Pandang

Pengarah Pusat Kokurikulum

JAWATAN PENTADBIRAN YANG PERNAH DISANDANG

Timbalan Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar

Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya

Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Teknikal

AKTIVITI PROFESIONAL / PENGIKTIRAFAN

Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun Perkhimatan Di UTHM

Anugerah Khidmat Cemerlang 2008

Nama : Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa

Tarikh Lahir : 22 Ogos 1965

Tempat Lahir : Gelang Patah, Johor

Fakulti : Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokalsional

Jawatan : Profesfor Madya

Page 5: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

5

STAF PUSAT KOKURIKULUM

PengarahProf. Madya Dr. Hj. Ahmad

b. Esa

(DS54)

BAHAGIAN PENTADBIRAN

& KEWANGAN

BAHAGIAN

AKADEMIK

Pembantu Tadbir (P/O)

Cik Nur Afifah bt.

Shahidan (N17)

Ketua Jabatan Kokurikulum

En. Mahyuzie b. Jenal (DS45)

Pembantu Tadbir (P/O)

Pn. Nor Azila bt.

Kelewon (N17)

Pembantu Am Pejabat

Pn. Siti Khadijah bt.

Hj. Md. Som (N1)

Penolong Pegawai Tadbir

En. Rosmaidi b. Shahal

(N27)

Juruteknik (Elektrik)

En. Mohd Suffian b.

Md. Nor (J17)

Pembantu Tadbir (P/O)

En. Ismade b. Niam (N17)

Setiausaha Pejabat

Pn. Nor Azwa bt.

Mohammad (N27)

STRUKTUR ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Timbalan PengarahProf. Madya Nawawi b.

Jusoh

(DS54)

BERDIRI DARI KIRI : SITI KHADIJAH, MOHD. SUFFIAN, ISMADE, ROSMAIDI, NUR AFIFAH

DUDUK DARI KIRI : NOR AZWA, PROF. MADYA NAWAWI, PROF. MADYA DR. AHMAD, MAHYUZIE, NOR AZILA

Page 6: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

6

Konsert “Old Meets

Modern” - Choir X Mod-

ern Music UTHM 2013

Diadakan di Dewan

Tunku Ibrahim Ismail

(DTII), UTHM pada 30

Mei 2013. Anjuran

Kursus Kokurikulum

Muzik Moden & Koir.

Seramai 23 Ahli Muzik

Moden & 18 Ahli Koir

yang dibimbing oleh Pn.

Norzalinda bt Za’aba.

Lawatan Pusat Kokurikulum UTHM Ke IPTA Di

Sekitar Lembah Klang

10 Hingga 12 Disember 2013 – Lawatan ini

bertujuan untuk pertukaran idea & maklumat

mengenai pengurusan kokurikulum. Melihat

prasarana & kemudahan yang disediakan serta

mengeratkan silatulrahim

Bengkel Persediaan Hari

Kokurikulum 2013

(Gempak Koku 2013)

Bengkel ini telah diadakan di

Seri Costa Hotel, Melaka pada

20 hingga 22 Septamber 2013.

Peserta-peserta terdiri

daripada pelajar-pelajar kursus

kokurikulum berkredit &

dipantau oleh staf-staf dari

Pusat Kokurikulum serta

pengajar.

Snap To Pulau Tio-

man

26 hingga 28 April

2013 - Kursus

Kokurikulum Fotografi

Seksyen 1 telah

menganjurkan program

ini yang telah disertai

oleh 23 orang pelajar

dibimbing oleh

pengajar Mohd Hanas

bin Mohd Jaafar.

Program Perintis Anak

Desa Cemerlang

18 hingga 20 Mei 2012.-

Program Perintis Anak Desa

Cemerlang telah dianjurkan

oleh Kursus Khidmat

Masyarakat Seksyen 10 di

Bukit Baru, Melaka. Program

disertai oleh 34 orang

pelajar berserta pengajar

Encik Azhar bin Abd Majid.

Bengkel Pembangunan

Kursus Baharu

Berteraskan Kemahiran

13 hingga 15 Nov 2013 -

Bengkel ini telah

diadakan di Best

Western Prima Inland

Sea Resort, Port

Dickson, Negeri

Sembilan

Seminar Kuliah Kerja Nyata

2013

15 Oktober 2013 - telah

dianjurkan oleh Pusat

Kokurikulum UTHM yang

telah disampaikan oleh

Profesor Dr Suratman, M.Sc

Wakil Rektor Penulisan &

Pengabdian Kepada

Masyarakat dari Universitas

Gadjah Mada, Indonesia.

Seminar ini telah dihadiri oleh

semua pengajar-pengajar

kursus kokurikulum di UTHM

Pra Bengkel Pemban-

gunan Kursus Kokuriku-

lum Baharu Berteraskan

Kemahiran

23 - 24 Oktober 2014. Pra

bengkel ini telah dihadiri

oleh staf-staf akademik

FPTV UTHM yg diadakan

di Pejabat Pusat

Kokurikulum

R

ente

tan

aktiv

iti s

epan

jang

tahu

n 20

13

Bengkel Pembangunan

Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Seni Liberal (Liberal Art) &

Brass-Band UTHM

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM pada 12 hingga 14

April 2013 di Vistana Hotel, Kuala Lumpur

yang dihadiri oleh staf-staf UTHM & Timbalan

Setia Negeri Johor

Bengkel Training of Train-

ers Sem 1 Sesi 2013/2014

30 Ogos hingga 1 Sept 2013

– Bengkel ini telah diadakan

di M Suites Hotel, Johor

Bahru. Peserta-peserta

dihadiri oleh pengajar-

pengajar kursus kokuirkulum

berkredit UTHM

Page 7: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

7

Program Kemahiran Golf

11 Mei 2012 - Program

Kemahiran Golf telah dian-

jurkan untuk melatih dan

mengajar pelajar mengenai

golf. Program ini dianjurkan

oleh Kursus Golf Seksyen 3

di St Rhodes, Chaah yang

disertai oleh 28 orang

pelajar berserta pengajar

En Nor Fauzi bin Hamid.

Jejak Huffaz

19 hingga 20 Mei - Pro-

gram Jejak Huffaz

dianjurkan oleh Kursus

Kemahiran Al Quran

Seksyen 2 dengan di Kuala

Lumpur dan disertai oleh

33 orang pelajar berserta

pengajar Ustaz Kamal Izhar

bin Kamarul Zaman.

Bengkel Sasaran Kerja

Tahunan

Pusat Kokurikulum 2013

Bengkel ini telah diadakan di

M Suites Hotel, Johor Bahru.

Peserta-peserta terdiri

daripada staf Pusat

Kokurikulum UTHM

Lawatan Sambil Belajar Ke Kejohanan MASUM

2013

10 - 12 Mei 2013- Kursus Hoki Seksyen 1

mengadakan lawatan pertandingan hoki MASUM

2013 di UNISZA. Ianya telah disertai oleh 27orang

pelajar berserta pengajar Encik Firdaus Bin

Mohamad

Kejohanan Futsal MTUN

2013

22 hingga 24 Disember

2013 - Kejohanan ini disertai

oleh pelajar-pelajar kursus

kokurikulum di universiti-

universiti MTUN Malaysia

yang terdiri daripada UTHM,

UniMAP, UTEM & UMP

yang dianjurkan oleh Pusat

Kokurikulum UTHM. Kejo-

hanan futsal ini telah ber-

langsung di Gelanggang

Futsal Kastam Batu Pahat,

Johor

Persahabatan Bola

Baling

27 hingga 28 April -

Perlawanan Persaha-

batan Bola Baling ber-

sama UKM Bangi,

Selangor telah diada-

kan di UKM dan

disertai oleh 29 orang

pelajar berserta

pengajar En Ramli bin

Jusoh.

Bengkel Pemurnian Buku Panduan

Kokurikulum 2013

Bengkel ini telah diadakan pada 19

hingga 21 Jun 2013 di Vistana Hotel, Kuala Lumpur yang peseta-

pesertanya terdiri daripada Pengajar-

pengajar kursus kokurikulum berkredit

UTHM

Bengkel Bengkel Manual Prosedur Kerja & Fail Meja (MPKFM) Pusat Kokuriku-

lum UTHM

10 hingga12 Mei 2013 - Dihadiri oleh staf-staf Pusat

Kokurikulum UTHM bertujuan mengemaskini &

menambahbaik MPKFM setiap staf . Diadakan di

Hang Tuah Heritage Hotel, Melaka.

Treking Final Camp 2012

Seramai 214 pelajar dan 6 orang pengajar telah

menyertai Treking Final Camp dari 11 hingga 13

Mei. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kursus Treking dengan kerjasama

Jabatan Kokurikulum PKQ yang diadakan di Kampus

UTHM.

Program Keusahawanan

Seksyen 5

11 hingga 13 Mei - Kursus Keusahawanan Seksyen 5

telah menganjurkan program keusahawanan

disekitar Bandaraya Johor Bahru dan disertai oleh 30

orang pelajar berserta pengajar Encik Mohd

Halimi b Kolan.

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2013

Page 8: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

8

Larian Antarabangsa Jam-

batan Sultan Mahmud

2013 & Lawatan Ke Majlis

Sukan Negeri Terengganu

27 hingga 29 Sep - Seramai

17 orang pelajar Kursus

Kokurikulum Olahraga &

Pengajarnya Puan Marina

binti Shazan Amir telah

menyertai acara larian ini di

Kuala Terengganu

Program Tunas

Harapan

16 hingga 17 Nov-

Program anjuran

Kursus Kokurikulum

Khimat Masyarakat

Seksyen 8. Seramai

37 orang pelajar &

pengajar En

Zoolhilmi bin Ahmed

di Ayer Itam

Program “Basic Photogra-

phy DSLR)

12 Okt - Program ini telah dianjurkan oleh Kursus Fotografi Seksyen 1.

Program ini telah dijalankan di Sekitar Kampus dan disertai oleh 34 orang

pelajar berserta pengajar En Mohd. Hanas bin Mohd.

Jaffar

Shooting At Pasir

Lanun

02 Hingga 03 Nov - Program ini dianjurkan

oleh Kursus Kokurikulum Vidoegrafi

seramai 33 orang pelajar & pengajarnya En Mohd Norasri bin

Ismail

Lawatan Ke Bukit

Tinggi, Pahang

22 - 24 Nov -

Seramai 34 orang

pelajar & pengajar

En Jaafar bin

Mohamad Kursus

Kokurikulum

Fotografi Seksyen 2

“Keluarga Sakinah”

19 - 20 Dis 2013.

Program ini diadakan

di Dewan Al-Farabi,

masjid UTHM.

Seramai 34 orang

pelajar & pengajar

Haji Baharudin bin

Haji Yamah

“Mahasiswa Pen-

yayang”

22 hingga 23 Nov -

Kursus Khidmat

Masyarakat Seksyen 8

telah menganjurkan

program ini di Zoo

Negeri Johor. Seramai

35 orang pelajar &

pengajar En Azhar bin

Abd Majid

Teater Zaiton Ini Kisah

Hitamku

11 Dis - Seramai 35 orang pelajar Kursus Kokurikulum

Teater yang menjayakan teater ini. Dibimbing oleh

pengajar En Rosdi bin Ab-dullah bertempat di Dewan-

Tunku Mahkota Ismail UTHM

Program Dari Hati Ke Hati

16 Nov - Program ini

diadakan di Pusat Jagaan

Persatuaan Kanak-Kanak

Terencat Akal Johor Bahru

dianjurakn oleh kursus

kokurikulum Khidmat

Masyarakat Seksyen 11.

Seramai 37 orang pelajar

terlibat & pengajar Dr Mohd

Haziman bin Wan Ibrahim

“We Love, We Care,

We Share”

16 - 17 Dis 2013 - Telah diadakan Pro-gram Anak Angkat Di Kampung Bukit Pulau, Melaka. Kursus Khai-mad Masyarakat Sek-

syen 2 Seramai 38 orang pelajar & penga-

jar En Mahyuzie bin Jenal

Pertandingan Novel-

ties Golf 2013

11 Dis 2013 - Lokasi Padang Golf St.

Rhodes Club, Chaah, Johor. Seramai 39 orang pelajar yang

menyertai serta pengajar En Mohamad

bin Ismail

Program “Snap To Taman

Negara Kuala Tahan”

15-17 Nov - Anjuran Kur-sus Kokurikulum Fotografi

Seksyen 1 seramai 33 orang pelajar 7 pengajar

En Mohd Hanas bin Mohd Jaffar di

Jerantut Pahang Darul Makmur

Jejak Qari & Qariah

26 hingga 27 -

Anjuran Kursus

Kokurikulum Taranum

Seksyen 1. Seramai

31 orang pelajar

menyertainya &

pengajar Ust Abdul

Aziz bin Ahmad

Festival Teater Negeri

Johor 2013

13 hingga 14 Sep - Seramai 6 orang pelajar

dan pengajar Encik Rosdi bin Abdullah telah

menyertai Festival Teater ini . Festival ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan

& Kesenian Negara

R

ente

tan

aktiv

iti s

epan

jang

tahu

n 20

13

Page 9: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

9

Program Aspirasi

Keusahawanan 2013

18 hingga 19 Dis 2013 –Program ini telah

dianjurkan oleh Kursus kokurikulum

Keusahawanan Seksyen 1 dengan disertai seramai

39 orang pelajar & pengajar Pn Hajah

Sarebah binti Warman

Lawatan Muzik Moden

UTHM 2013

06 Dis 2013 - Dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Muzik Moden di ASWARA Kuala

Lumpur. Program ini disertai oleh 37 orang pelajar berserta pengajar Pn

Nurzalinda binti Za’aba

Pemantapan In-

saniah

16 hingga 17 Nov 2013 — Kursus

Pengucapan Awam Seksyen 1 telah menganjurkan

program ini pada di Bandar Melaka yang disertai oleh 34 orang

pelajar dan tenaga pengajar Pn Suriayati

binti Baharom

Kursus Kejurulatihan

Taekwondo

18 hingga 19 Dis - Kursus Kokurikulum

Taekwondo Seksyen 2 telah mengadakan

Kursus Kejurulatihan Taekwondo di Dewan

Serbaguna UTHM. Seramai 33 orang

pelajar menyertainya serta tenaga pengajar Master Sashidaran A/L

Ramasamy

Pertandingan Tenis “Man

Double”

16 Nov 2013 - Kursus Tenis Seksyen 1 & 2 telah

menganjurkan pertandingan tenis disekitar Kampus.

Sebanyak 73 orang pelajar berserta pengajar En Hafiz bin Mohd Zaini menyertai

pertandingan ini.

Bengjkel Penulisan Novel Kursus Apresiasi Penuli-

san Kreatif

15 Dis 2013 - Dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum

Apresiasi Penulisan Kreatif diadakan di Muzium Sastera Melaka. Seramai 27 orang

pelajar menyertai serta pengajar Pn Hasniza binti

Haji Mustafa

Konsert Memori 2013

14 Dis 2013 Program ini dianjurkan oleh Kursus

Kokurikulum Muzik Moden & Koir. Diadakan di Dewan Kuliah A UTHM. Seramai

70 orang pelajar yang menjayakan konsert ini

turut dibantu oleh pengajar Pn Nurzalinda binti Za.aba

Kejohanan Bolasepak

Terbuka 9 Sebelah

07 hingga 08 Dis 2013. Program kejohanan

bola sepak telah dianjurkan oleh Kursus

Bolasepak disekitar Kampus UTHM. Ianya disertai oleh 33 orang

pelajar berserta pengajar Encik Mohd Hazrul Fadli bin Mohd

Yusoff.

Let’s Explore The Uni-

verse

23 Nov - Bertempat di Planetarium & Bakai

Cerap Teluk Kemang. Seramai 31 orang

pelajar Kursus Kokurikulum Ilmu Falak Seksyen 1 & pengajar En Masiri bin Kaamin

telah menjayakan program ini

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2013

Jom Silat (Let’s Learn &

Be Smart)

14 Dis 2013 — Kursus Kokurikulum Silat Cekak

Hanafi telah menganjurkan program ini di Sekitar

UTHM & disertai oleh 34 orang pelajar berserta

pengajar En Khairulakmal Hj Kamaludin

Perkhemahan Per-

dana Pengakap Ke-

lanasiswa

13 - 15 Dis 2013.

Perkhemahan ini

dianjurkan oleh

Kursus Kelanasiswa

Seksyen 1 Seramai

21 orang pelajar &

Pengajar PM Dr Haji

Mustaffa bin haji

Ibrahim di Hutan

Rekreasi Taman

Botanikal Ayer Keroh

Melaka

Program Pemangkin

Produktif Muslim

20 Dis 2013 - Telah

dianjurkan oleh Kursus

Kokurikulum Imam &

Muazzin di Dewan Al-

Farabi Masjid Pusat

Islam UTHM. Seramai

29 orang pelajar

menyertai serta

pengajar En Mohd Lotfi

bin Solihin

Page 10: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

10

Core

tan

Akt

ivit

i P

usa

t K

oku

riku

lum

UT

HM

Page 11: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

11

Coreta

n A

ktiviti Pu

sat K

oku

rikulu

m U

TH

M

Page 12: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

12

Co

reta

n K

arn

iva

l G

emp

ak

Ko

ku 2

013

Page 13: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

13

Coreta

n K

arn

ival G

emp

ak K

oku

20

13

Page 14: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

14

KRONOLOGI Pusat Kokurikulum

05 Apr. 2011 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 1/2011

telah mempersetujui dan meluluskan penubuhan

Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia.

15 Apr. 2011 - Pekeliling Pendaftar telah menjadikan Pusat Sukan

sebagai sebuah PTJ sendiri di mana Encik Azli bin Puddin

sebagai Pengurus Pusat Sukan. Ini bermakna Pusat

Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK) telah dipisahkan

kepada dua PTJ iaitu;-

1. Pusat Kokurikulum & Kebudayaan (PKK)

2. Pusat Sukan (PSU)

Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan seterusnya

beroperasi di kabin manakala Pusat Sukan berpindah ke

stadium.

14 Dis. 2011 – Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil.18/2011 telah

bersetuju meluluskan cadangan pemindahan Unit

Kebudayaan dari Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan

ke Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar.

12 Mac 2012 – Pusat Kokurikulum telah beroperasi di bangunan

baru bersebelahan kolam renang.

Pusat Kokurikulum bertanggungjawab dalam

mengurus dan mengendalikan Kursus Kokuriku-

lum Berkredit (KKB). Oleh itu, Pusat Kokurikulum

telah mewujudkan 8 teras utama dan lebih 80

kursus diperkenalkan. Malah, terdapat lebih 80

orang tenaga pengajar dan jurulatih dalam men-

gendalikan kursus-kursus tersebut. Pelajar yang

mengambil kokurikulum pula melebihi 3000

orang pada satu-satu masa.

Page 15: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

15

Latar Belakang Pusat Kokurikulum

Pusat Kokurikulum dahulunya dikenali sebagai Pusat Kokuri-

kulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK), Universiti Tun Hussein

Onn Malaysia (UTHM) yang telah ditubuhkan melalui gabun-

gan daripada Jabatan Kokurikulum dan Pusat Sukan dan Kebu-

dayaan melalui kelulusan pihak pengurusan tertinggi KUiTTHO

pada 1 Januari 2005. Pada peringkat awal, Jabatan Kokuriku-

lum merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk

menyelaras aktiviti kokurikulum akademik pelajar. Pusat Sukan

dan Kebudayaan menyelaras aktiviti-aktiviti sukan dan kebu-

dayaan pelajar dan staf. Oleh kerana universiti berhasrat un-

tuk mengoptimumkan sumber sedia ada bukan sahaja sumber

kewangan tetapi juga sumber guna tenaga maka kedua-dua

pusat ini digabungkan menjadi satu iaitu Pusat Kokurikulum,

Sukan dan Kebudayaan.

Secara amnya misi Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan

adalah untuk melahirkan warga universiti yang seimbang dari

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui

penawaran program akademik kokurikulum yang berkualiti

serta pembangunan persekitaran sukan dan kebudayaan yang

kondusif bagi memartabatkan UTHM di peringkat antara-

Jabatan/unit yang terdapat di PKSK adalah seperti berikut:

Jabatan Kokurikulum

Unit Sukan

Unit Kebudayaan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Pentadbiran Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan

diterajui oleh Pengarah dan dibantu oleh Ketua Jabatan,

Jabatan Kokurikulum, Ketua Unit Sukan, Ketua Unit

Kebudayaan dan Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan di

samping staf sokongan yang lain.

Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan telah mengang-

gotai dan menjadi ahli yang aktif dalam Majlis Kebudayaan

Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Majlis Sukan

Universiti-universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis

Kokurikulum Universiti-universiti Malaysia (UniCC).

Page 16: BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014

16

PUSAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

86400 PARIT RAJA

BATU PAHAT, JOHOR.

TEL: 07-4537759/7481/7484

FAKS: 07-4536808