buletin ppfg buletin ppfg - official portal of … 8.pdfbuletin ppfg • 1 buletin ppfg...

16
Buletin PPFG • 1 Pusat Pengajian Fizik Gunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN DAN KERJASAMA MAP, UKM KE HKUST, HONG KONG JILID 8, FEBRUARI 2015 TOKYO-TECH AND HITACHI SUMMER SCHOOL 2014 3 RD UKM -FLINDERS NANOTECHNOLOGY SUMMER SCHOOL 2014 PROGRAM TIMBA ILMU DAN PINDAHAN TEKNOLOGI 3 RD UKM-BOURDEAUX WINTER SCHOOL ON NUCLEAR SCIENCE 2014

Upload: truongkien

Post on 08-Mar-2019

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 1

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

BULETIN PPFG

Persidangan Fizik Kebangsaan 2012

LOKIUM PPFG 2014

JARINGAN DAN KERJASAMA MAP, UKM KE HKUST, HONG KONG

JILID 8, FEBRUARI 2015

TOKYO-TECH AND HITACHI SUMMER SCHOOL 2014

3RDUKM -FLINDERS NANOTECHNOLOGY SUMMER SCHOOL 2014

PROGRAM TIMBA ILMU DAN PINDAHAN TEKNOLOGI

3RDUKM-BOURDEAUX WINTER SCHOOL ON NUCLEAR SCIENCE 2014

Page 2: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

2 I Buletin PPFG

SIDANG PENGARANGPenaung:

Dekan FST

Penasihat:Prof.Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir ([email protected])

Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:Hasnoor Ali ([email protected])

Pereka dan Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])

Noor Farahin bt Othman ([email protected])

Jurugambar:Hj Razali Datau ([email protected])

Wartawan Umum:Dr. Mohd Amir Radhi Othman ([email protected])

Hasnoor Ali ([email protected])

Wartawan Fizik:Dr. Sharifah Nabihah Syed Jaafar ([email protected])

Natrah Nasir ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Dr. Siti Aisyah Shamsudin ([email protected])Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Dr. Norsyahidah Mohd Hidzir ([email protected])

Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad ([email protected])Molkhan Miskam ([email protected])

Website:

Tazidi Taibhttp:www.ukm.my/bulppfg

Email: [email protected]

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, akhirnya buletin PPFG Edisi ke 8, 2015 berjaya diterbitkan. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Buletin PPFG atas segala usaha baik yang diberikan bagi menerbitkan buletin ini. Pihak buletin PPFG ingin mengucapkan selamat kembali kepada semua mahasiswa/i PPFG dan UKM yang akan memulakan semester 2 bagi sesi 2014/2015.

Syabas juga diucapkan ke atas kejayaan warga PPFG dalam melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Jaringan dan Kerjasama Makmal Analisis Permukaan (MAP) Ke Hong Kong University of Science And Technology (HKSUT), Tokyo-Teach and Hitachi 2014, Kolokium PPFG 2014, 3rd UKM-Flinders Nanotechnology Summer School 2014, Program Timba Ilmu dan Pindahan Teknologi anjuran Kelab Sains Bahan, Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Universiti Kyoto dan Osaka di Jepun dan 3rd Winter School On Nuclear Science 2014. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada staf akademik dan sokongan yang berjaya menerima dan merangkul pelbagai anugerah di sepanjang tahun 2014. Semua aktiviti dan kejayaan yang dicapai oleh warga PPFG adalah mendukung 6 KRA UKM.

Di kesempatan ini juga pihak PPFG merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas pesawat MAS, MH370, MH17 dan Air Asia QZ8501 serta tidak lupa juga kepada mangsa-mangsa bencana banjir yang melanda negara Malaysia ketika ini. Diharapkan mereka tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian yang menimpa. Jutaan terima kasih juga kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah bertungkus-lumus dalam membantu mangsa bencana banjir sama ada yang dianjurkan oleh pihak UKM, kerajaan, swasta mahu pun NGO. Semoga Allah merahmati mereka semua dan memberi ganjaran yang berlipat ganda atas bantuan yang dihulurkan.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar negara kite Malaysia di lindungi dari segala bencana. Semoga tahun baru 2015 ini akan memberikan lebih kejayaan, keceriaan dan keselamatan kepada seluruh warga PPFG. Semoga lebih terserlah pada masa hadapan.

Semoga Berjaya dan Salam Hormat.

“PENDAULAT AMANAH NEGARA”

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Kata alu-aluan Ketua Editor Buletin PPFG

Dr. Norinsan Kamil OthmanKetua Editor Buletin

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Page 3: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 3

JARINGAN DAN KERJASAMA MAKMAL ANALISIS PERMUKAAN (MAP) KE THE HONG KONG UNIVERSITY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY (HKUST)

Jawatankuasa Makmal Analisis Permukaan (MAP), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), yang diketuai oleh Dr. Norinsan Kamil Othman selaku penyelaras, telah membuat program jaringan dan kerjasama dengan The Hong Kong University of Science and Technology (HKUST), Hong Kong pada 17 - 20 Februari 2014. Delegasi seramai enam (6) orang peserta ini berlepas ke Hong Kong pada 17 Februari 2014.

Delegasi disambut oleh Pegawai Saintifik Kanan, Material Characterization and Preparation Facility (MCPF) HKUST, Prof. Lu Tao Weng. Program bermula dengan sesi perbincangan meja bulat di antara kedua-dua pihak. Pelbagai perkara dibincangkan dari segi penyelidikan, pengurusan instrumentasi dan makmal serta penyelenggaraan. Menurut Prof. Weng, mewujudkan sesuatu polisi adalah penting bagi memandu halatuju pengurusan sesebuah makmal penyelidikan. Penetapan polisi yang dimaksudkan adalah dari segi peranan makmal penyelidikan dalam memberi bantuan dan sokongan instrumentasi kepada penyelidik.

Delegasi MAP telah diberi peluang melawat ke Surface Science Laboratory. Blok ini menempatkan instrumen penyelidikan seperti X-Ray Photoelectron Spectrometer (XPS), Time of Flight - Secondary Ion Mass Spectrometer (TOF-SIMS). Seterusnya, para delegasi dibawa pula ke Thin Film and Magnetic Charaterisation Laboratory. Makmal ini menyediakan perkhidmatan instrumentasi berkaitan Spreading Resistance Probing (SRP) dan Electrochemical Capacitance Voltage Profile (ECV), Half Effect Measurement System, Thin Film Deposition dan Vibrating Sample Magnetometer.

Sepanjang lawatan, taklimat dan penerangan terperinci telah disampaikan oleh Juruteknik Kanan MCPF, Encik Nick Ho. Hasil daripada jaringan dan kerjasama ini, beberapa perkara berkaitan pengurusan makmal perlu diberi perhatian.

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Perbincangan kolaborasi penyelidikan.

Lawatan makmal XPS.

Prof. Lu Tao Weng menerima cenderahati dari pihak MAP, UKM.

Perkara asas yang perlu ditekankan adalah dari segi polisi yang mana pengurusan makmal penyelidikan perlu menjadi tulang belakang dalam menyokong dan membantu aktiviti penyelidikan. Dengan polisi yang jelas, penyelidik dan perkhidmatan instrumentasi dapat dapat bekerjasama bagi menghasilkan penerbitan penyelidikan yang berimpak tinggi.

Page 4: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

4 I Buletin PPFG

TOKYO-TECH AND HITACHI 2014 Oleh: Norinsan Kamil Othman

Seminar “Nuclear Lecture Course in Malaysia on Nuclear Plant Design & Management by Tokyo-Tech and Hitachi” telah diadakan pada 17hb – 21hb Mac 2014 bertempat di Puri Pujangga, UKM.

Program selama 5 hari ini adalah adalah anjuran bersama antara UKM, UNITEN, Tokyo Institute of Technology (Tokyo-Tech) dan Hitachi (Jepun). Objektif program ini adalah untuk menyebarkan pengetahuan dalam bidang kejuretaraan nuklear bagi merekabentuk reaktor nuklear dan pengurusannya, memantapkan pengetahuan asas, serta sebagai platform bagi memperbanyakkan penyelidik dan saintis dalan bidang sains nuklear dan kejuruteraan di Malaysia.

Seramai 50 orang peserta yang berlatarbelakangkan akademik, penyelidik dan pelajar telah menyertai seminar ini. Seminar ini telah disampaikan oleh pakar-pakar dari Tokyo-Tech dan Hitachi; iaitu Prof. Dr. Masaki Saito (Tokyo-Tech), Prof. Dr. Tsuneo Futami (Tokyo-Tech), Prof. Dr. Takaharu Fukuzaki (Tokyo-Tech), Prof. Madya Dr. Yoshihisa Matsumoto (Tokyo-Tech), Mr. Kazuhiro Yoshikawa (Hitachi), Mr. Seiichi Matsumura (Hitachi), Mr. Kazue Okumura (Hitachi) dan Mr. Atsushi Yukita (Hitachi).

Antara pengisian yang terkandung dalam seminar ini adalah light water reactor (LWR) concept; LWR plant system; reactor component, structural design and materials; radiation safety; nuclear reactor operation; nuclear reactor management; stress corrosion cracking; plant seismic design; LWR waste management; decommissioning and Fukushima waste treatment; dan safety and security.

Sesi fotografi bersama peserta dan penceramah dari Hitachi, Jepun.

Peserta sedang mendengar ucaptama.

Perbincangan pihak pengurusan PPFG dengan wakil Hitachi.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Dr. Sahrim Ahmad pada 17hb Mac 2014.

Page 5: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 5

KOLOKIUM PPFG 2014 Oleh: Noor Farahin Othman

Kolokium PPFG 2014 telah diadakan dengan meriahnya di Kondo Istana, Langkawi pada 6 Jun – 8 Jun 2014 anjuran Jawatankuasa Ko-kurikulum dan Seminar PPFG. Seramai 60 orang telah menyertai Kolokium PPFG 2014 ini yang terdiri daripada staf akademik dan sokongan serta ahli keluarga masing-masing. Rombongan telah bertolak pada Khamis (5 Jun 2014) jam 10 malam bagi peserta yang menaiki bas. Sebanyak 2 bas yang telah disediakan oleh pihak jawatankuasa. Para peserta tiba di tempat penginapan pada keesokan hari jam 2 petang dan melakukan aktiviti bebas pada hari berkenaan.

Aktiviti bermula pada 7 Jun 2014 jam 9 pagi dimana para peserta dibawa untuk melawat kilang proses minyak gamat, Makam Mahsuri, Idaman Suri, Beras Terbakar, Dataran Helang dan sebagainya. Para peserta juga berpeluang melawat ke Geopark, Pulau Kasut, berpeluang bagi burung helang makan dengan menaiki bot. Keistimewaan Hari Keluarga pada tahun ini adalah mengadakan Pertandingan Fotografi Kolokium PPFG 2014.

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Junior (bawah 21 tahun) dan kategori Senior (21 tahun ke atas) serta ianya ditaja oleh Pengerusi Jawatankuasa Ko-kurikulum dan Seminar PPFG, Prof. Madya Dr. Khoo Kok Siong. Pada sebelah malam pula, majlis makan malam diadakan di Restoran Wan Thai Langkawi dan dirasmikan oleh Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir. Majlis telah bermula dengan meriahnya sambil mengadakan cabutan bertuah yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa pada malam itu. Hari terakhir iaitu pada 8 Jun 2014 (Ahad), para peserta telah menaiki feri menuju ke jeti Kuala Perlis.

Ahli Jawatankuasa Ko-kurikulum dan Seminar PPFG berharap dengan mengadakan program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan akademik dan kakitangan sokongan serta ahli keluarga yang lain dan Inshaallah diharapkan akan diadakan lagi program seperti ini pada tahun akan datang.

Lawatan ke tempat pemprosesan minyak gamat.

Sesi bergambar peserta bersama keluarga.

Penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah.

Page 6: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

6 I Buletin PPFG

Oleh: Siti Aisyah Shamsudin 3rd UKM FLINDERS NANOTECHNOLOGY SUMMER SCHOOL 2014

Summer School dalam bidang Nanoteknologi yang dicadangkan merupakan kesinambungan daripada perbincangan ketika lawatan Dekan dan Timbalan Dekan FST ke Flinders University, Australia pada 2011. Lanjutan daripada program tersebut, program UKM-Flinders Nanotechnology Summer School 2013 telah diadakan pada tahun 2013 dan sekali lagi pada tahun ini 2014, UKM-Flinders terus berganding bahu bagi menganjurkan program Summer School buat kali ke-3 yang diberi nama 3rd UKM-Flinders University Nanotechnology Summer School 2014. Hasil daripada perbincangan kedua-dua pihak, UKM akan menghantar 5 siswazah (PhD) ke Universiti Flinders pada 2014, manakala Universiti Flinders akan menghantar 5 orang prasiswazah pada

Kuliah adalah berkaitan topik terkini dalam bidang nanoteknologi seperti nanobiomimetik, nanokomposit, titik quantum, nanoemulsi, aplikasi nanoteknologi dalam persekitaran dan tenaga, nano tiub karbon dan grafin. Kuliah telah diberikan oleh Prof. Dr. Joe Shapter (Flinders University), Prof. Dr. David Lewis (Flinders University), Dr. Andrew Blok (Flinders University), Prof. Dr. Shahidan Radiman (FST, UKM), Prof. Dr. Elias Saion (UPM) dan Assoc. Prof. Dr. Khiew Poi Sim (University of Nottingham). Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini yang datang dari dalam dan luar UKM. Ia diharapkan akan dapat menjadi wadah terbaik untuk ahli akademik, pelajar dan penyelidik untuk berhimpun dan berkongsi maklumat.

Sesi bergambar bersama peserta.

Sesi penyampaian sijil peserta. Peserta sedangan mendengar ucaptama.

Page 7: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 7

PROGRAM TIMBA ILMU DAN PINDAHAN TEKNOLOGI Oleh: Norinsan Kamil Othman

Pada 19 hingga 24 Oktober 2014 yang lalu, Kelab Sains Bahan UKM telah menghantar wakil seramai 6 orang pelajar, 2 orang pensyarah dan seorang penolong pegawai sains bagi mewujudkan hubungan antarabangsa dengan Universiti Kyoto di Jepun. Program ini merupakan program pengantarabangsaan yang pertama anjuran Kelab Sains Bahan bersama Universiti Kyoto, Jepun. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar terutamanya pelajar Kelab Sains Bahan mengendalikan program di peringkat antarabangsa di samping dapat memperkenalkan Kelab Sains Bahan dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Peserta dapat merasai sendiri persekitaran pembelajaran di Universiti Jepun dengan mengikuti kelas Prof Mikihito Takenaka, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Kimia Polimer di Universiti Kyoto, Kampus Katsura. Beliau telah berkongsi ilmu tentang Sintesis Blok Kopolimer (Directed Self-Assembly of Block Copolymer). Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mengendalikan sendiri instrumen seperti AFM dan TEM di bawah seliaan Mr. Kaoru Yamaguchi dan Ms. Wang Yi Ching, pelajar Universiti Kyoto di bawah seliaan Prof Mikihito serta menganalisis data yang diperoleh daripada ujikaji yang telah dijalankan.

Program ini dapat mengembangkan minda dan melatih diri peserta untuk berfikiran secara terbuka melalui pertukaran pendapat dan sesi soal jawab bersama pelajar dan pensyarah Universiti di Jepun.

Secara keseluruhannya aktiviti ini memberikan pengalaman dan ilmu yang sangat berharga kepada semua peserta yang mengikuti Program Timba Ilmu dan Pindahan Teknologi ini. Selaras dengan dasar Pandang ke Timur negara kita, terdapat banyak teknologi, sistem dan budaya yang baik yang boleh dijadikan contoh untuk diaplikasikan di negara kita, Malaysia. Sepanjang program ini, para peserta sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama, menghormati orang di sekeliling, bertolak ansur dan berani dalam membuat pilihan. Sikap

kebanyakan warga Jepun yang menghormati orang lain dan menghormati diri sendiri memberikan kesan yang positif kepada peserta program. Selain itu, permasalahan yang timbul sepanjang program berlangsung melatih diri peserta untuk bersabar dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik seterusnya merapatkan lagi ukhuwah di antara peserta yang terdiri daripada pelajar, penolong pegawai sains dan pensyarah.

Sesi fotografi bersama pelajar Universiti Kyoto, Jepun.

Prof Mikihito Takenaka menerima cenderahati dari pihak UKM.

Bersama peserta.

Page 8: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

8 I Buletin PPFG

LENSA PPFG

Kem Motivasi dan Kerja Lapangan Sarjana Sains Keselamatan Sains dan Nuklear, 2-4 Mei 2014

Perbincangan dalam Kumpulan Advanced Nondestructive Assays Application Training, 29 April 2014

Majlis Jasamu Dikenang PPFG, 24 Disember 2014

Page 9: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 9

LENSA PPFG

Kolokium PPFG 2014

Majlis Mesra Siswi, Ibubapa, Pensyarah dan Kakitangan Sains Nuklear 2014Majlis Mesra Siswi, Ibubapa, Pensyarah dan Kakitangan Sains Nuklear, 3 November 2014

Kem Motivasi dan Kerja Lapangan Sarjana Sains Keselamatan Sains dan Nuklear, 2-4 Mei 2014

Page 10: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

10 I Buletin PPFG

3RD UKM - BOURDEAUX WINTER SCHOOL ON NUCLEAR SCIENCE 2014

‘3rd UKM-Bourdeaux Winter School on Nuclear Science 2014’ telah diadakan pada 8 - 10 Disember 2014 yang lalu anjuran Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi. Siri kuliah dalam bidang Sains dan Teknologi Nuklear ini telah diadakan untuk kali yang ketiga yang merupakan sebahagian daripada aktiviti pengisian Surat Persetujuan Kerjasama (LoI) yang ditandatangi antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan University of Bourdeaux pada tahun 2011. Hasil daripada beberapa siri perbincangan yang diadakan di antara wakil University of Bourdeaux dan kakitangan akademik Fakulti Sains dan Teknologi UKM, akhirnya “From Theory to Sustainable Application” dipilih untuk dijadikan tema bagi siri kuliah untuk kali ini.

UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan Negara yang telah menjadikan Tenaga Nuklear sebagai satu Nic Utama penyelidikan telah mengorak langkah dengan mengadakan MOU dengan AELB dan akan diikuti beberapa siri MOU dengan Agensi Nuklear Malaysia (pembaharuan MOU), Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Badan Tenaga Atom Nasional Indonesia (BATAN), Korea Nuclear Agency dan Hitachi Corporation, termasuk University Bordeaux di Perancis dan Texas A&M University, USA, KAIST di Korea dan Tokyo Tech di Jepun. Untuk memastikan bahawa ilmu dan pengetahuan terkini bidang sains nuklear dan teknologi ini diadaptasi dalam kurikulum Program Sains Nuklear, maka siri kuliah ini diadakan bagi memberi manfaat dalam menyalurkan maklumat dan pengetahuan terkini bidang tersebut kepada pelajar sarjana dan kakitangan akademik FST, di UKM.

Siri kuliah ini disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah universiti, graduan bidang sains nuklear, pelajar pascasiswazah sains, pegawai penyelidik yang berkaitan dengan industri nuklear, pengurus dalam bidang ini (termasuk dari Agensi Nuklear Malaysia dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom). Pelajar program Sarjana Sains (Keselamatan Sinaran dan Nuklear) diwajibkan mengikuti siri kuliah ini sepenuh masa, dan menjadi sebahagian daripada penilaian untuk 2 kursus wajib program sarjana ini, iaitu kursus STSN6012 Saling tindak Sinaran dengan Jirim dan STSN6212 Kuantiti dan Pengukuran.

Siri kuliah ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad pada hari pertama sebelum sesi kuliah bermula. Siri kuliah ini membuka peluang latihan semula (retooling) kepada ahli akademik untuk meneroka bidang kejuruteraan nuklear khasnya yang berkaitan loji nuklear, disamping memenuhi konsep melatih pelatih.

Oleh: Siti Aisyah Shamsudin

Seperti yang diketahui umum, pendedahan mengenai bidang ini mempunyai prospek pekerjaan di seluruh dunia (terdapat renaisans dalam Tenaga Nuklear di seluruh dunia termasuk beberapa Negara Arab dan Asia Tenggara) kepada pelajar yang baru graduasi agar mereka boleh meneruskan pengajian dalam bidang ini. Dalam kata lain siri kuliah ini juga menggalakkan tercetusnya “critical mass” penyelidik dan saintis dalam bidang kejuruteraan nuklear di seluruh negara. Dianggarkan, sebuah loji nuklear memerlukan 200 jurutera nuklear, 500 ahli sains nuklear dan sehingga 200 penyelidik di universiti bagi membangunkan beberapa aspek penyelidikan nuklear bagi membantu kemapanan industri ini. Bilangan ini tidak termasuk bidang yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan Loji Tenaga Nuklear.

Seramai 3 orang pensyarah luar negara iaitu dari University of Bourdeaux dan University of Strasbourg (Perancis), serta Nanyang Technological University (Singapore) dan 2 orang pensyarah tempatan iaitu dari Universiti Malaya mewakili universiti masing-masing telah memberikan siri kuliah untuk kali ketiga ini. Mereka adalah Prof. Philippe Quentin daripada NTU , Singapore, Prof. Claude Guet daripada U. Bordeaux , Perancis, Prof. Abel Majid Noureddine daripada U. Strasbourg, Perancis, Prof. Dr. Hasan Abu Kassim, dan Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin daripda Universiti Malaya.

Ucapan penutup siri kuliah ini diberi oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Industri Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. Rusli Daik diikuti dengan penyerahan saguhati buat seluruh pensyarah yang terlibat dalam menjayakan siri kuliah ini. Tidak dilupakan sijil penghargaan diserahkan kepada setiap peserta dan sesi bergambar peserta bersama pensyarah diadakan sebelum masing-masing bersurai. Secara keseluruhannya, siri kuliah ini mendapat sambutan penuh bukan sahaja daripada dalam UKM malah daripada agensi-agensi luar dan universiti-universiti lain. Diharapkan siri kuliah ini dapat diteruskan untuk kali keempat pada tahun hadapan.

Sesi fotografi Winter School.

Page 11: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 11

PENGASAS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Sumber dari ‘zulfanafdhilla.com.’

Oleh: Rusli Yahya

Banu Musa bersaudara hidup pada abad ke-9 iaitu (803 - 873). Mereka adalah ilmuan yang sangat aktif berkarya di Bayt al-Hikmah Baghdad Irak semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun dari kerajaan Abasiah. Banu Musa terdiri daripda tiga bersaudara iaitu Abū Ja’far iaitu Muhammad ibn Musa ibn Shakir, Abu al-Qasim, Ahmad ibn Musa ibn Shakir dan al-Hasan ibn Musa ibn Shakir, tiga ulama Iran yang tinggal dan bekerja di Baghdad. Mereka dikenali sebagai pengasas mesin automatik dan alat-alat mekanikal. Kitab Al- hiyal adalah merupakan warisan yang telah ditinggalkan oleh banu musa bersaudara didalam perkembangan teknik dan arkitektur Islam.

Semasa kecil ayah banu musa bersaudara telah menyerahkan mereka kepada orang-orang terpelajar untuk menimba ilmu, sehinggalah mereka menjadi cendiakawan islam. Abū Ja’far iaitu Muhammad ibn Musa ibn Shakir hidup diantara 807 hingga 873 adalah merupakan saudara tua dalam keluarga ini. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Astronomi, Teknik, Geometri dan fizik. Abu al-Qasim, Ahmad ibn Musa ibn Shakir pula pakar dalam bidang teknik dan mekanik manakala al-Hasan ibn Musa ibn Shakir (810- 873) mempunyai kepakaran dalam bidang rekacipta dan geometri.

Kitab Al- hiyal yang di tulis oleh banu musa bersaudara banyak menerapkan prinsip Geometri dan fizik. Dalam kitab ini terdapat seratus peranti mekanikal dan terdapat tujuh model air pancut dipamerkan. Penemuan sistem pembuatan air pancut ini telah memberi kesan yang besar dalam senibina Islam.

Karya Banu musa bersaudara tidak terbatas pada pembinaan Air pancut tetapi telah menulis hampir 20 buah buku yang kebanyakan nya telah hilang. Pelbagai penemuan baru telah diperkenalkan diantaranya ialah dalam bidang teknologi kejuruteraan dimana kaedah penggunaan Injap untuk membuka dan menutup dengan sendiri telah diperkenalkan ini boleh didapati didalam kitab Al- HIyal “ The book of Ingenius Device”.

Peralatan mesin automatik dan peralatan mekanik lain telah dicipta oleh Banu Musa bersaudara seperti seruling, peranti mekanik, lampu auto dan alat muzik mekanik yang dikenali “hyropowered Organ “ digunakan sehingga abad ke -19.

Dalam bidang Astronomi kitab Harakat al-falak al-Ula yang ditulis oleh Muhamad telah menafikan kewujudan sfera ke -9 yang difikirkan oleh Ptolemy. Banu musa bersaudara banyak membuat pemerhatian terhadap matahari dan bulan. Hasil dari pemerhatian tersebut mereka telah mengukur jumlah hari dalam setahun ialah 365 hari dan 6 jam.

Kitab marifat masakhat al-ashkal satu lagi karya penting mereka iaitu mengukur satah dan angka sfera dimana telah memberi nilai sebenar luas dan isipadu bukannya secara nisbah sebagaimana orang yunani telah lakukan sebelum ini. Kerja-kerja asas geometri ini yang sering dipetik oleh ahli matematik Islam dan Eropah.

Antara Karya-karya terpilih beliau adalah:

Qarasṭūn, a treatise on weight balance.

On mechanical devices, a work on pneumatic devices, ditulis oleh Ahmad.

A book on the description of the instrument which sounds by itself, about musical theory.

Book on the mathematical proof by geometry that there is not a ninth sphere outside the sphere of the fixed stars, by Ahmad.

Book on the construction of the astrolabe.

Self-trimming lamp dari sumber http://en.wikipedia.org/.

Page 12: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

12 I Buletin PPFG

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah banyak diperkatakan mengenai kaedah penulisan ilmiah yang baik dan berkesan. Ini termasuklah penulisan untuk artikel dalam jurnal berimpak tinggi, buku, prosiding dan lain-lain bentuk penerbitan. Namun perbincangan hanya terhad kepada bahagian-bahagian utama dalam setiap bentuk penulisan. Sebagai contoh bagi artikel untuk jurnal bahagian utama ialah tajuk, abstrak, pengenalan, bahan dan kaedah, keputusan, perbincangan, kesimpulan, penghargaan dan rujukan. Salah satu aspek penting dalam penulisan ilmiah ialah kepengarangan dan ini jarang dibincangkan secara mendalam dan terbuka. Kertas ini membincangkan beberapa aspek penting yang boleh digunakan sebagai panduan apabila kita ingin memutuskan nama penyelidik untuk disenaraikan sebagai pengarang dan siapa yang sepatutnya dimasukkan dalam Penghargaan.

Pemilihan Nama Pengarang

Seseorang pengarang sepatutnya menggunakan ejaan nama yang sama untuk semua penerbitannya. Ini bagi mengelakkan kekeliruan jika ejaan nama atau aturan nama, iaitu nama yang diberi dan nama keluarga, yang berlainan digunakan.

Bagi orang Asia, dibolehkan menggunakan nama yang diberikan sebagai nama utama dan nama keluarga atau bapa sebagai nama kedua. Sebagai contoh Ahmad bin Musa boleh menggunakan nama Ahmad bin Musa, M. Ahmad iaitu mengikut nama orang Asia. Pengarang juga boleh menggunakan A. Musa iaitu mengikut cara menulis nama di barat. Setelah dipilih satu cara nama ditulis, maka eloklah nama tersebut digunakan dalam semua artikel yang akan ditulis pada masa akan datang.

Sumbangan Bermakna

Nama dan tertib aturan nama pengarang dalam sesuatu manuskrip kadang-kadang boleh menjadi rumit jika tidak dibincang dengan telus bersama ahli kumpulan penyelidikan masing-masing. Pengarang sesuatu artikel mestilah mereka yang telah menyumbang secara bermakna dalam sesuatu hasil penyelidikan yang dilaporkan. Sumbangan bermakna yang dimaksudkan di sini adalah sumbangan intelektual yang merupakan kepakaran khusus individu. Semua pengarang yang disenaraikan juga mesti berupaya mempertahankan kandungan artikel yang diterbitkan.

Berapakah bilangan pengarang yang dibenarkan untuk sesuatu artikel? Tiada had dalam bilangan pengarang asalkan setiap pengarang memberi sumbangan intelektual dalam kajian tersebut. Dalam uji kaji yang besar seperti di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), bilangan pengarang boleh mencapai hampir tiga ribu orang. Apa yang penting ialah setiap pengarang telah memberi sumbangan yang bermakna dalam hasil yang dilaporkan. Sumbangan bermakna adalah hasil fikiran yang diberikan berasaskan pengkhususan seseorang penyelidik. Kerja dalam makmal atau lapangan menggunakan teknik yang biasa dan diketahui secara meluas bukanlah sumbangan bermakna yang dimaksudkan di sini.

Sebagai contoh, katakan seorang penyelidik A ingin menjalankan satu penyelidikan dan meminta pembantu B untuk menyediakan bahan dan menjalankan beberapa pencirian biasa di makmal. Setelah mendapat data daripada hasil ujian oleh pembantunya (B), penyelidik A boleh menulis satu manuskrip dengan nama beliau (A) sebagai pengarang dan nama pembantu B dimasukkan dalam bahagian Penghargaan.

Oleh: Norinsan Kamil OthmanKEPENGARANGAN DALAM PENULISAN ILMIAH

Prof. Dato’ Dr. Roslan

Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor

Page 13: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 13

Oleh: Norinsan Kamil OthmanKEPENGARANGAN DALAM PENULISAN ILMIAH

Artikel mereka telah diterbitkan pada tahun 1998 dalam The Astrophysical Journal. Adam Reiss yang merupakan pengarang pertama dan Brian Schmidt pengarang terakhir dalam artikel yang mempunyai 18 orang pengarang telah diberikan Hadiah Nobel. Sementara 16 lagi pengarang tidak menerima hadiah tersebut. Jelas di sini jawatan kuasa Hadiah Nobel yang meneliti artikel ini mendapati dua orang penyelidik ini telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan projek ini. Lazimnya pengarang yang telah menjalankan sebahagian besar kajian dan menulis deraf awal manuskrip adalah pengarang pertama sementara pengarang lain disenaraikan sebagai pengarang seterusnya. Dalam kes Hadiah Nobel Fizik 2011, Brian Schmidt merupakan ketua kumpulan penyelidikan yang mengilhamkan projek dan mencari dana untuk menjalankan projek tersebut dan nama beliau yang terakhir dalam artikel tersebut. Jelas di sini aturan nama pengarang adalah penting dan perlu dibincangkan supaya semua yang terlibat berpuas hati dan mencerminkan sumbangan masing –masing.

Sekiranya bilangan penyelidik adalah terlalu ramai kaedah lain boleh digunakan untuk menyusun nama pengarang. Sebagai contoh, dalam artikel yang diterbitkan oleh CERN dengan beribu penyelidik yang terlibat, nama pengarang disenaraikan mengikut susunan abjad. Kaedah ini lebih sesuai kerana bilangan pengarang yang ramai.

Pengarang untuk Surat-menyurat

Biasanya penyelidik yang paling senior atau ketua penyelidik bertindak sebagai pengarang untuk surat-menyurat dan menyerahkan manuskrip kepada jurnal. Nama pengarang untuk surat-menyurat ditanda dalam manuskrip dengan jelas. Ini membolehkan pihak jurnal menghubungi seorang pengarang sahaja untuk semua urusan penilaian dan penerbitan. Pengarang untuk surat-menyurat juga boleh dihubungi oleh pembaca setelah artikel diterbitkan pada masa akan datang. Oleh itu adalah penting untuk memastikan pengarang surat-menyurat boleh dihubungi lama setelah artikel diterbitkan dan mempunyai alamat yang lengkap pada artikel. Kebanyakan komunikasi hari ini adalah melalui email dan alamat email pengarang utama perlu disertakan.

Isu kepengarang boleh menjadi mudah jika semua penyelidik memahami peranan masing-masing. Pengarang hantu dan pengarang hadiah harus dielakkan. Semua pengarang yang disenaraikan haruslah telah memyumbang secara intelektual dalam artikel yang diterbitkan. Diharapakan artikel ringkas ini dapat memberi panduan dalam hal kepengarangan dan menjadikan proses menyenaraikan nama pengarang satu proses yang mudah dan dapat diterima oleh semua.

Sebaliknya, jika pembantu B telah menambah baik kaedah penyediaan, mengubah cara ujian yang dijalankan serta memberi sumbangan intelektual untuk menjayakan objektif penyelidikan tersebut, maka nama pembantu B perlu dimasukkan sebagai salah seorang pengarang. Seterusnya, jika penyelidik A setelah dibantu oleh pembantu B mendapati hasil kajian itu perlu diteliti oleh penyelidik C. Setelah diteliti penyelidik C menyatakan bahawa hasil tersebut adalah biasa dan tiada input intelektual yang signifikan diberikan oleh C, maka nama penyelidik A dan pembantu B dimasukkan sebagai pengarang dan nama penyelidik C dimasukkan di dalam Penghargaan. Walau bagaimanapun jika penyelidik C memberikan input yang bermakna seperti menghuraikan secara terperinci mekanisme yang baru ditemui dalam penyelidikan tersebut, maka nama penyelidik C perlu dimasukkan sebagai salah seorang pengarang.

Jelas apa yang dimasudkan di sini ialah pengarang sesuatu artikel perlulah mereka yang telah memberi sumbangan intelektual dalam sesuatu penyelidikan. Individu yang telah mendapatkan geran, dana dan sumber untuk sesuatu penyelidikan tetapi tidak memberi sumbangan intelektual untuk menjayakan penyelidikan tersebut tidak perlu dimasukkan sebagai pengarang sebaiknya lebih sesuai dimasukkan dalam bahagian Penghargaan.

Dalam artikel penyelidikan, setiap pengarang menyumbang kepada bahagian tertentu, sama ada menjalankan uji kaji, menganalisis data yang diperolehi dan sebagainya. Adalah agak sukar bagi seorang penyelidik untuk menguasai semua kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan satu penyelidikan yang lengkap. Oleh itu setiap pengarang hanya menyumbang sebahagian daripada keseluruhan kajian. Walau bagaimanapun semua pengarang bertanggung terhadap keseluruhan kandungan artikel yang diterbitkan dan memastikan apa yang dilaporkan adalah benar terutama bahagian kepakaran setiap individu tersebut. Ada jurnal yang memerlukan setiap pengarang menyatakan sumbangan masing-masing secara terperinci dalam bahagian Penghargaan supaya lebih telus. Individu yang telah memperbaiki bahasa dan persembahan sesuatu artikel tidak perlu disenaraikan sebagai pengarang tetapi lebih sesuai dimasukkan dalam Penghargaan.

Aturan Nama Pengarang

Pemilihan siapakah yang menjadi pengarang pertama, kedua dan seterusnya juga boleh menjadi rumit jika tidak dibincangkan bersama kumpulan penyelidikan. Satu contoh menarik ialah, hadiah Nobel Fizik 2011 telah diberikan kepada tiga orang penyelidik. Dua daripada mereka iaitu Adam Reiss dan Brian Schmidt adalah dalam kumpulan yang sama.

Page 14: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

14 I Buletin PPFG

SAINTIS MUDA - DR. MOHD AMIR RADHI OTHMAN Oleh: Asma Hamsan

Boleh Dr. ceritakan sedikit latar belakang serta pendidikan Dr.?Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 2/1/1984. Bapa saya adalah seorang pengetua sekolah dan beliau sering bertukar tempat bertugas disekitar daerah Kuala Pilah. Kami mendiam di Taman Desa Permai Juasseh, Kuala Pilah, oleh itu saya juga bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (1991-1996) dan seterusnya di tingkatan satu saya bersekolah di Sekolah Agama Rendah Pelangai, Kuala Pilah, kemudian berpindah ke sekolah dimana ibu saya mengajar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir untuk tingkatan dua dan tiga.

Saya kemudiannya mendapat tawaran untuk belajar di Sekolah Sains Muar, Johor, di tingkatan empat dan lima. Seterusnya saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama setahun. Kemudian, saya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep) Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tamat pada 2006. Pada tahun itu juga saya berkerja sementara di syarikat swasta selama tiga bulan sebelum masuk ke dalam UKM sebagai tutor. Seterusnya saya melanjutkan pengajian diperingkat Doktor Falsafah di University of Wollongong, New South Wales, Australia dalam bidang fizik sinaran dan tamat pada tahun 2012.

Boleh Dr. terangkan sedikit mengenai latar belakang keluarga?Saya adalah anak kedua daripada enam orang adik beradik. Kedua-dua ibu dan bapa saya adalah guru. Saya berkahwin dengan Izazuliati Mat Nawi sebelum menyambung pengajian di Australia dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apakah bidang kepakaran Dr.?Dalam fizik sinaran bidang pengkhususan kepakaran saya adalah simulasi berkomputer, tetapi kini lebih tertumpu kepada peyimpanan tenaga dalam superkapasitor bersama Prof. Mohamad Deraman.

Apakah yang telah dicapai dalam bidang kepakaran tersebut?Dalam bidang fizik sinaran, secara simulasi berkomputer dan melalui perbandingan dengan kajian eksperimen yang terdahulu, saya telah mencadangkan untuk dosimeter MOSFET berkerja secara linear dalam apa jua tenaga sinaran gama, ia perlulah di lapik dengan tiga jenis penapis. Pemilihan tiga jenis penapis ini terdiri daripada logam berat sebagai pelembap kuat, logam sederhana berat sebagai pelembap utama dan bahan grafit sebagai penuras elektron delta.

Apakah bidang tumpuan yang lain, selain bidang kepakaran?Semasa berlajar di peringkat Doktor Falsafah saya didedahkan dengan fizik interaksi foton dan zarah. Perkara ini menarik minat saya. Saya berpendapat menceburi bidang tersebut secara teori adalah menarik kerana berpotensi tinggi dan dalam masa yang sama tidak memerlukan kos penyelidikan awal yang tinggi.

Adakah yang dapat disumbangkan di UKM?Saya harap saya dapat menyumbang sesuatu yang menarik dan tersendiri dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya dalam kursus yang saya kendalikan. Dalam bidang penyelidikan pula sudah semestinya saya ingin beri sumbangan yang besar dalam bidang kepakaran dan kesukaan saya, yang mana akan memperkuatkan bidang ilmu tersebut di UKM.

Apakah perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Pada masa ini kebanyakan masa penyelidikan adalah membantu Prof Mohamad Deraman dalam penyelidikan beliau.

Apakah pendapat Dr. tentang perkembangan Sains dan Teknologi masa kini?Perkembangan Sains dan Teknologi pada masa kini banyak menyelesaikan masalah masyarakat. Jika perkembangan ini dipandu secara betul oleh pembuat undang-undang, maka keburukan yang datang bersamanya dapat dikurangkan. Contohnya dalam menuju kearah sumber tenaga nuklear untuk penjaan elektrik, pembuat undang-undang perlulah memikirkan segala bentuk bencana yang mungkin datang sebagai contoh pelan tindakan kebocoran nuklear. Tindakan-tindakan kecemasan yang dapat dilakukan termasuklah pemantauan dos sinaran menggunakan dosimeter tidak-bergantung-tenaga pada masa kebocoran untuk menjangkakan tahap pencemaran terhadap hidupan, tumbuhan dan alam sekitar.

Dr. Mohd Amir Radhi

Othman

Page 15: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

Buletin PPFG • 15

LAMAN WEB PERKHIDMATAN INSTRUMENTASI

Kumpulan Inovatif dan Kreatif Quantum (KIK Quantum), telah membangunkan satu laman web perkhidmatan instrumentasi di Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG). Laman web ini dibangunkan bermula Nov 2013 dan beroperasi pada Mac 2014. Tujuan utama pembangunan web ini adalah bagi memudahkan pengguna membuat carian maklumat berkaitan instrumentasi penyelidikan.

Sebanyak 32 buah instrumen penyelidikan terdapat di PPFG dan jumlah ini melibatkan 526 orang pengguna dalaman. Permasalahan yang timbul sebelum ini adalah berkenaan kesukaran pengguna untuk mendapatkan maklumat instrumentasi.

Oleh: Azlan Shah Mustafa

Pertama, carian maklumat am operator instrumen seperti nama operator, nombor bilik, dan nombor telefon. Kedua, maklumat am instrumen seperti pengenalan instrumen, caj perkhidmatan dan cara membuat tempahan.

Quantum telah membuat pengumpulan maklumat berkaitan dan kesemuanya telah dimuatkan ke laman web. Pengguna boleh layari www.ukm.my/instrumenppfg untuk mendapatkan maklumat, dan dalam masa yang sama pengguna boleh membuat tempahan melalui pautan borang yang disediakan.

Konvensyen KIK peringkat fakulti, Quantum telah mendapat tempat ke dua kategori pengurusan dan tempat ke empat secara keseluruhan.

Lamanweb instrumen PPFG.

Peserta KIK PPFG.

Page 16: BULETIN PPFG Buletin PPFG - Official Portal of … 8.pdfBuletin PPFG • 1 Buletin PPFG PusatPengajian FizikGunaan BULETIN PPFG Persidangan Fizik Kebangsaan 2012 LOKIUM PPFG 2014 JARINGAN

16 I Buletin PPFG

BERSARA WAJIBProf. Madya Dr. Ahmad Suhaimi Abdullah

En. Rosli Zainudin

KAKITANGAN AKADEMIK BARUEn. Muhamad Ashraf Azman (Fizik)

Pn.Syazwani Mohd Fadzil (Sains Nuklear)

PENSYARAH KEMBALI BERTUGASDr. Nurul Shazana Bt Abdul Hamid (Fizik)

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pn. Siti Ziton Md Salih (telah berkhidmat selama 7 tahun di PPFG) – bertukar ke Pejabat Dekan

Cik Hafizah Bazal Ahmad (7 tahun di PPFG) – menamatkan perkhidmatan pada 5 Januari 2015

KELAHIRAN CAHAYA MATA

En. Yusri Adzir En. Molkhan Miskam

Pn. Munira Hasan

NAIK PANGKAT En. Azwani Ali – C22

Pn.Hani Azlin Hussin Saukat – C44

TAKZIAHAllahyarham Prof. Madya Dr. Ahmad Puaad Othman kembali kerahmatullah pada

2 April 2014.

ANUGERAH PINGAT JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)Prof. Dr. Mohamad Deraman

ANUGERAH PEWARIS HARAPAN KELUARGA MITHALI (YADIM) Dr. Norinsan Kamil Othman

Penghargaan dan Takziah