buletin linus
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

MESYUARAT PEGAWAI MEJA JABATAN PELAJARAN NEGERI BERSAMA
PEGAWAI FASILINUS NEGERI MELAKA
e-buletin linus LINUS : LAKSANA IMPIAN NEGARA UNTUK SUKSES BILANGAN 14
Pada Khamis, 2 Ogos 2012 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Lesong Batu telah
diadakan satu mesyuarat pegawai meja bersama pegawai FasiLINUS negeri Melaka. Mesyuarat tersebut
telah dianjurkan oleh Unit Bahasa dan Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri
Melaka dengan dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPN Melaka iaitu Encik Ahmad
Kamal Bin Ramtan. Diantara pegawai-pegawai dari JPN Melaka yang hadir termasuklah Encik Mat Hassan
bin Abdullah (Penolong Pengarah Bahasa Melayu), Puan Rogayah binti Omar (Penolong Pengarah Pemulihan
Khas), Encik Harun bin Mahbut (Pegawai Meja Literasi), Encik Salleh bin Sawabi (Pegawai Meja Numerasi)
dan Pegawai Tadbir NKRA JPN. Selain itu, pegawai meja literasi dan numerasi dari setiap PPD turut hadir
pada mesyuarat tersebut bersama-sama semua pegawai FasiLINUS daerah masing-masing. Sepanjang
mesyuarat tersebut berlangsung, beberapa perkara telah dibincangkan termasuklah pelaporan murid LINUS
dan LINUS Tegar Tahun 1 hingga Tahun 3, 2012 dari setiap daerah, pelaporan justifikasi murid LINUS dan
LINUS Tegar Kohort 1 (Tahun 3) beserta tindakan pihak PPD dan sekolah serta perancangan pelan tindakan
dari setiap daerah bagi menyelesaikan masalah murid LINUS dan LINUS Tegar terutamanya bagi murid
Kohort 1 (Tahun 3) yang masih berbaki di daerah masing-masing.
BILANGAN 14 1

TAKLIMAT PENYELARASAN MINGGUAN PRESTASI MURID LINUS
PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI KOHORT 1, TAHUN 3 (SELEPAS SARINGAN 8)
Pada Rabu, 29 Ogos 2012 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan PPD Alor Gajah satu taklimat penyelarasan
laporan mingguan prestasi murid LINUS program literasi dan numerasi tahun 3 telah diadakan. Taklimat ini
adalah kali kedua diadakan pada tahun ini sebagai kesinambungan kepada taklimat penyelarasan kali
pertama yang telah diadakan pada 3 Julai 2012 yang lalu. Berbeza dengan taklimat kali pertama, taklimat
pada kali ini turut melibatkan Guru Penolong Kanan HEM disamping Setiausaha/Penyelaras LINUS sekolah.
Taklimat tersebut telah dianjurkan oleh Unit Akademik (LINUS) di bawah kelolaan Pegawai FasiLINUS.
Berbanding 25 buah sekolah pada taklimat sebelumnya, taklimat pada kali ini hanya melibatkan 20 buah
sekolah yang masih mempunyai murid LINUS dan/atau murid LINUS tegar Kohort 1 (Tahun 3). Semua
penyelaras/setiausaha LINUS sekolah-sekolah yang terlibat bersama-sama GPK HEM masing-masing telah
hadir pada taklimat tersebut. Pada taklimat tersebut mereka telah diminta untuk menyedia dan membawa
bersama justifikasi pelajar LINUS Kohort 1 (Tahun 3) sekolah masing-masing untuk dibentangkan.
Berdasarkan maklumbalas yang diterima dari pihak sekolah, diantara masalah utama murid-murid
berkenaan ialah ketidakhadiran berpanjangan, masalah kesihatan dan masalah keciciran. GPK HEM
sekolah turut dilibatkan dalam taklimat ini bagi memastikan pihak sekolah sentiasa peka terhadap masalah
tersebut serta dapat mengambil tindakan yang wajar untuk mengatasinya.
BILANGAN 14 2
Sumber : http://nkra.moe.gov.my
(Slide Pembentangan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0)
TAHUKAH ANDA?

Tel : 06-5562994 / 2821 / 2871
Faks : 06-5563735
E-mel : [email protected]
Blog : linusmelaka.blogspot.com
PEGAWAI FASILINUS
Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah
78000 Alor Gajah
Melaka
GAMBAR TAKLIMAT PENYELARASAN MINGGUAN PRESTASI MURID LINUS KALI KE-2/2012
BILANGAN 14 3
I
N
F
O
L
I
N
U
S Sumber : http://nkra.moe.gov.my
(Slide Pembentangan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0)