buletin kkhs oktober 2014

4
Ms 8 Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Oleh: Nurul Wahidah Binti Wahid Anuar, Haslinda Binti Abd Hamid Shah Alam - Women Of Jannah (WOJ) yang merupakan penganjur KLIHF 2014 telah mengadakan majlis apresiasi bagi menghargai pihak kolej komuniti yang telah ber- tugas sepanjang KLIHF 2014 berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Majlis ini telah diadakan pada 29 Oktober 2014 di Kelab Golf Shah Alam. Dato’ Amir Bin Md Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Encik M. Azmi Bin Haji Ruzali, pengarah KKHS turut hadir bagi memeriahkan majlis ini. Semua pensyarah KKHS yang terlibat sebagai pegawai pengiring duta hijab juga turut hadir. Majlis Penghargaan KLIHF 2014 Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bil. 10 Edisi 1 - 31 Oktober 2014 BULETIN OKTOBER 2014 Menarik didalam: Mesyuarat Pengurusan Aset Oleh: Harulnizam Bin Mohamad Batang Kali - Mesyuarat ini telah berlangsung pada 3 Oktober yang lepas. Tujuannya adalah memaklumkan kepada Pengarah KKHS dan KJKK tentang status dan jumlah aset yang terdapat di KKHS. Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Aset KKHS kepada semua ahli mesyuarat. Proses SPA Harta Ms 2 KOPPIS 2014 Ms 3 Kursus Keselamatan Kebakaran Ms 5 Lawatan Tapak AGKK 2014 Ms 4 Taklimat KP SKS Bersama Pelajar Baru Ms 7 Promosi Pengambilan Ms 6 Majlis Penghargaan KLIHF 2014 Ms 8

Upload: kolej-komuniti-hulu-selangor-scribd-rasmi

Post on 20-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edisi 1 - 31 Oktober 2014

TRANSCRIPT

  • Ms 8 Edisi 1 - 31 Oktober 2014

    Oleh: Nurul Wahidah Binti Wahid Anuar, Haslinda Binti Abd Hamid

    Shah Alam - Women Of Jannah (WOJ) yang merupakan penganjur KLIHF 2014 telah

    mengadakan majlis apresiasi bagi menghargai pihak kolej komuniti yang telah ber-

    tugas sepanjang KLIHF 2014 berlangsung pada bulan Jun yang lalu. Majlis ini telah

    diadakan pada 29 Oktober 2014 di Kelab Golf Shah Alam. Dato Amir Bin Md Noor,

    Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Encik M. Azmi Bin Haji

    Ruzali, pengarah KKHS turut hadir bagi memeriahkan majlis ini. Semua pensyarah

    KKHS yang terlibat sebagai pegawai pengiring duta hijab juga turut hadir.

    Majlis Penghargaan KLIHF 2014

    Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my

    K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A

    Bil. 10

    Edisi 1 - 31 Oktober 2014

    BULETIN OKTOBER 2014

    Menarik didalam: Mesyuarat Pengurusan Aset

    Oleh: Harulnizam Bin Mohamad

    Batang Kali - Mesyuarat ini telah berlangsung pada 3 Oktober yang lepas. Tujuannya

    adalah memaklumkan kepada Pengarah KKHS dan KJKK tentang status dan jumlah

    aset yang terdapat di KKHS. Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Aset KKHS kepada

    semua ahli mesyuarat.

    Proses SPA Harta Ms 2

    KOPPIS 2014 Ms 3

    Kursus Keselamatan Kebakaran

    Ms 5

    Lawatan Tapak AGKK 2014

    Ms 4

    Taklimat KP SKS Bersama Pelajar Baru

    Ms 7

    Promosi Pengambilan Ms 6

    Majlis Penghargaan KLIHF 2014

    Ms 8

  • Ms 2 Edisi 1 - 31 Oktober 2014

    Proses SPA Harta

    Oleh: Harulnizam Bin Mohamad

    Batang Kali - Proses SPA harta telah dijalankan bermula 2 Oktober 2014. Tugas-tugas

    pelabelan/penampalan sticker barcode Sistem Pengurusan Aset (SPA) akan berlang-

    sung secara berperingkat-peringkat. Peringkat permulaan, tugas-tugas menampal

    barcode sticker Sistem Pengurusan Aset (SPA) bagi kategori Aset Harta Modal dari

    tahun 2003 hingga tahun 2014. Seterusnya, tugas-tugas menampal barcode sticker

    SPA bagi Kategori Aset Inventori dari tahun 2003 hingga tahun 2014 akan dil-

    aksanakan.

    Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Ms 7

    Taklimat KP SKS Bersama Pelajar Baru Oleh: Siti Noorhani Binti Mohd Kardi

    Batang Kali - Perjumpaan kali pertama bagi Sesi November 2014 ini lebih menyen-

    tuh kepada maklumat pembelajaran dan disiplin para pelajar khususnya kursus SKS.

    Selain itu, perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan masalah yang berkaitan

    dengan kebajikan para pelajar.

  • Ms 6 Edisi 1 - 31 Oktober 2014

    Promosi Pengambilan Oleh: Ana Rohana Pataniah Binti Salahuddin, Effizuraidah Binti Abdul Latip

    Rawang - Unit Pengambilan dan Promosi KKHS telah mengadakan pameran dan pro-

    mosi pada 18&19 serta 25&26 September 2014. Program promosi ini dijalankan di

    pusat membeli belah Tesco Rawang. Seramai 32 orang kakitangan KKHS terlibat da-

    lam promosi ini. Mereka dibahagikan kepada 2 syif sehari dimana 1 syif terdiri da-

    ripada 4 orang staf. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Semoga pro-

    gram ini diteruskan pada masa akan datang.

    Edisi Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Ms 3

    Oleh: Dayang Noor Asmara Binti Abang

    Othman

    Selayang- KKHS telah menghantar seramai

    5 orang pelajar dan 6 pensyarah pengiring

    ke program Kolokium Penyelidikan & Per-

    tandingan Inovasi Wilayah Selangor

    (KOPPIS) 2014 yang dianjurkan oleh Kolej

    Komuniti Selayang (KKSY) pada 2 Oktober

    yang lepas. KKHS telah memenangi 4 pin-

    gat Perak dan 1 pingat Emas. Pingat Perak

    di rangkul oleh pelajar SKS melalui 3 pro-

    jek dan 1 projek oleh pensyarah manakala

    1 pingat Emas diperolehi oleh pensyarah

    SPL. Tahniah dan syabas. KKHS Hebat!!!!

    KOPPIS 2014

  • Ms 4 Edisi 1 - 31 Oktober 2014

    Lawatan Tapak AGKK 2014

    Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Siti Khadijah Binti Othman, Siti Norliana Binti

    Mohd Noor

    Genting Highland - Lawatan tapak ini adalah untuk mencari tempat yang sesuai

    bagi pelaksanaan Majlis Anugerah Gemilang Kolej Komuniti (AGKK) 2014. Lawatan

    secara menyeluruh ini dirancang bagi memastikan program berjalan dengan lancar

    di samping melihat kemudahan yang terdapat di sini. Ia disertai oleh semua ketua

    unit dan dibantu sepenuhnya oleh wakil dari pihak Institut Aminuddin Baki (IAB).

    Program ini dijadualkan akan berlangsung pada bulan Disember akan datang.

    Edisi 1 - 31 Oktober 2014 Ms 5

    Kursus Keselamatan Kebakaran

    Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Syed Hassanein Haiekal Shah Bin Said Amin

    Shah

    Batang Kali - Kursus Keselamatan Kebakaran dan Latihan Keselamatan telah diada-

    kan pada 10 Oktober 2014 bertempat di Makmal Elektrik & Elektronik, Kolej

    Komuniti Hulu Selangor (KKHS). Penganjuran

    kursus ini adalah melibatkan pelajar pro-

    gram Sijil Sistem Komputer dan Sokongan

    (SKS) semester 1 bagi modul SKS1012 -

    Keselamatan Industri dan terbuka kepada

    penyertaan staf KKHS bagi memberi

    pendedahan secara teori dan praktikal kepa-

    da para pelajar tentang pelan tindakan

    kecemasan, pengujian sistem keselamatan

    kebakaran dan latihan keselamatan.