buletin kkhs mei 2014

Upload: kolej-komuniti-hulu-selangor-scribd-rasmi

Post on 10-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edisi 1 - 31 Mei 2014

TRANSCRIPT

  • Ms 24 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Oleh: Norzita Suzalin Binti Mohd Ali, Noor Faizah Binti Abdullah

    Batang Kali - Seramai 11 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah diada-

    kan pada 9 Mei yang lalu. Para peserta terdiri dari penduduk sekitar Batang Kali dan

    dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan Norzita Suzalin Binti Mohd Ali merupakan

    pengajar bagi kursus ini manakala Puan Noor Faizah Binti Abdullah bertindak sebagai

    penyelaras kursus. Peserta di ajar adunan dan teknik yang betul dalam penyediaan

    kek tersebut.

    Kursus Pembuatan Kek White Macadamia

    Diterbitkan oleh: Unit Multimedia & Sumber (UMS) Kolej Komuniti Hulu Selangor, No 43-57 jalan Kelah 2, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor Tel: 03-60571717 Faks: 03-60571718 Email: www.kkhse.edu.my

    K O L E J K O M U N I T I H U L U S E L A N G O R , K E M E N T E R I A N P E N D I D I K A N M A L A Y S I A

    Bil. 5

    Edisi 1 - 31 Mei 2014

    BULETIN MEI 2014

    Menarik didalam: Majlis APC 2013

    Oleh: Ahmad Tarmizi Bin Md Nor

    Putrajaya - Pada 26 Mei yang lalu telah diadakan

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 di

    Dewan Zaaba, KPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh

    Dato Haji Nasir Bin Mat Dam, Timbalan Ketua Se-

    tiausaha (Pembangunan), Sektor Pengajian Tinggi.

    Ketua Pengarah JPKK, Dato Amir Bin Md Noor juga

    hadir memeriahkan majlis. Tahniah!!!

    Kursus English For Me Ms 2

    Kursus Masakan Berlauk Ms 3

    Lawatan Tapak Pejabat MP

    Ms 4

    Kursus Masakan Korea Ms 5

    Kursus Nasi Arab Ayam Mandey

    Ms 6

    Kursus Homemade Fishball

    Ms 7

    Kursus Bantal Patchwork Ms 8

    Kursus Tahsin Solat Ms 9

    Perasmian KK Pekan Ms 10

    Appreciation Day Ms 12

    Bengkel SPPA Ms 15

    Kursus Kek Keju Leleh Ms 14

    Mesyuarat Bersama UPSI Ms 16

    Mesyuarat Karnival Pendidikan

    Ms 17

    Kursus Pembuatan Roti Ms 19

    Kejohanan Bola Jaring Ms 18

    Kursus Pembuatan Pizza Ms 20

    Lawatan Pameran di KLCC

    Ms 21

    Majlis Perpisahan Staf Ms 23

    Kursus My 1st Magic Ms 22

    Kursus Pembuatan Kek White Macadenia

    Ms 24

  • Ms 2 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Kursus English For Me

    Oleh: Noorulhuda Binti Md Tolah

    Batang Kali - Pada 3 Mei yang lalu, telah diadakan kursus English For Me yang dis-

    ertai oleh 20 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Fauziah Binti

    Aalif dan Puan Noorulhuda Binti Md Tolah pula sebagai penyelaras. Para peserta

    terdiri dari penduduk sekitar Batang Kali dan dari seluruh daerah Hulu Selangor.

    Peserta di ajar teknik dan sebutan yang betul dalam berkomunikasi dalam Bahasa

    Inggeris. Para peserta memberikan respon yang baik dan berminat untuk menyertai

    kursus yang lain pada masa hadapan.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 19

    Majlis Perpisahan Staf

    Oleh: Ahmad Tarmizi Bin Md Nor

    Batang Kali - Satu majlis perpisahan staf telah diadakan pada 9 Mei yang lalu. Majlis

    ini diadakan untuk meraikan 2 orang kakitangan KKHS yang akan bertugas di tempat

    baru iaitu Puan Noreles Binti Ali yang akan berpindah ke Kolej Komuniti Segamat,

    Johor manakala Encik Mohd Hafidzie Bin Bani pula akan berpindah ke Kolej Komuniti

    Jempol, Negeri Sembilan. Ribuan terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang

    mereka curahkan selama bertugas di KKHS.

  • Ms 18 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Kursus My 1st Magic

    Oleh: Haslinda Binti Abd Hamid, Rosni Binti Hamat

    Batang Kali - Seramai 96 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah

    diadakan pada 28 Mei yang lalu. Para peserta terdiri dari penduduk sekitar Ba-

    tang Kali dan dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan Haslinda Binti Abd Hamid

    dan Puan Rosni Binti Hamat bertindak sebagai penyelaras kursus. Shahril Fuyoo

    Magic merupakan tenaga pengajar bagi kursus ini. Peserta di ajar teknik yang

    betul dalam melakukan silap mata.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 3

    Oleh: Noreles Binti Ali

    Batang Kali - Seramai 10 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Ulu Yam telah

    menyertai kursus ini pada 8 Mei yang lalu. Mereka telah diajar tentang cara penye-

    diaan dan hiasan untuk masakan berlauk. Puan Noreles Binti Ali telah menjadi

    pengajar kursus ini dan bertindak sebagai penyelaras kursus. Para peserta mem-

    berikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang kursus berlangsung.

    Kursus Masakan Berlauk

  • Ms 4 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Lawatan Tapak Pejabat MP

    Oleh: Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip

    Batang Kali - Seramai 4 orang pegawai dari pejabat ahli parlimen Hulu Selangor

    telah melakukan lawatan tapak ke KKHS pada 9 Mei yang lalu. Lawatan ini diketu-

    ai oleh ahli jawatankuasa pusat Malaysian Indian Congress (MIC), S. Vell Pari.

    Beliau disambut oleh pengarah KKHS, Encik M. Azmi Bin Haji Ruzali, KJPSH, Ustaz

    Kamaruzzaman Bin Mohamed Ranip dan beberapa pegawai kanan KKHS. Lawatan

    ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama pada masa akan datang.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 17

    Lawatan Pameran di KLCC

    Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Wan Fadhilah Binti Wan Abu Bakar

    Batang Kali - Pelajar SKS 3 bersama 2 orang pensyarah telah mengadakan lawatan

    kerja ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 28 Mei yang lalu. Tujuan

    lawatan ini bersempena The Digital Education Show Asia 2014. Lawatan ini adalah

    untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang teknologi terkini yang

    digunakan dalam system pendidikan di Asia.

  • Kursus Pembuatan Pizza

    Oleh: Nurul Ain Binti Othman, Norazlinun Binti Muhamad

    Batang Kali - Seramai 40 orang peserta dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

    telah mengikuti kursus pembuatan aneka pizaa yang telah diadakan pada 27

    Mei yang lalu. Kursus ini diadakan di Bilik Masakan KKHS yang dikendalikan

    oleh Puan Nurul Ain Binti Othman dan Puan Norazlinun Binti Muhamad pula se-

    bagai penyelaras. Peserta di ajar adunan dan teknik yang betul dalam penye-

    diaan aneka pizza ini. Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang

    baik sepanjang kursus ini berlangsung.

    Ms 16 Edisi 1 - 31 Mei 2014 Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 5

    Kursus Masakan Korea

    Oleh: Haslinda Binti Abd Hamid

    Batang Kali - Seramai 44 orang peserta telah menghadiri kursus masakan korea

    pada 10 Mei yang lalu. Mereka telah diajar tentang cara penyediaan dan hiasan un-

    tuk masakan kimchi, beef bulgogi, pajeon dan miyeok guk oleh chef Hisham Bin Sa-

    huri. Puan Haslinda Binti Abd Hamid telah bertindak sebagai penyelaras kursus. Para

    peserta memberikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlang-

    sung.

  • Ms 6 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Kursus Nasi Arab Ayam Mandey Oleh: Haslinda Binti Abd Hamid, Rosni Binti Hamat

    Batang Kali - Seramai 54 orang peserta telah menghadiri kursus masakan nasi arab

    ayam mandey pada 11 Mei yang lalu. Mereka telah diajar tentang teknik dan cara

    penyediaan serta hiasan yang betul untuk masakan arab ini oleh chef Hisham Bin

    Sahuri. Puan Haslinda Binti Abd Hamid dan Puan Rosni Binti Hamat telah bertindak

    sebagai penyelaras kursus. Para peserta memberikan respon yang baik dan bermi-

    nat untuk menyertai kursus yang lain pada masa hadapan.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 21

    Kursus Pembuatan Roti

    Oleh: Nurul Ain Binti Othman

    Batang Kali - Pada 24 Mei yang lalu, kursus pembuatan roti telah didakan di Bilik

    Masakan KKHS. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada penduduk sekitar

    Batang Kali dan daerah Hulu Selangor telah menghadiri kursus ini. Puan Nurul Ain

    Binti Othman telah menjadi tenaga pengajar dan penyelaras bagi kursus ini. Peserta

    di ajar adunan dan teknik yang betul dalam penyediaan roti ini. Para peserta mem-

    berikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.

  • Ms 20 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Kejohanan Bola Jaring

    Oleh: Nurul Sheema Binti Kamaruzaman

    Batang Kali - Kejohanan Bola Jaring Kolej Komuniti Negeri Selangor telah di-

    adakan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) pada 24 Mei

    yang lalu. Kolej Komuniti Hulu Selangor menjadi tuan rumah kejohanan kali ini.

    Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah menjadi johan pertandingan kali ini mana-

    kala Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) mendapat naib johan. Kolej Komuniti

    Hulu Selangor (KKHS) pula mendapat tempat ketiga. Syabas KKHS!!!

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 7

    Kursus Homemade Fishball Oleh: Nurul Ain Binti Othman, Sarinah Binti Malek

    Batang Kali - Seramai 42 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah diada-

    kan pada 15 Mei yang lalu. Para peserta terdiri dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

    dan dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan Nurul Ain Binti Othman merupakan

    pengajar bagi kursus ini dan Puan Sarinah Binti Malek bertindak sebagai penyelaras

    kursus. Peserta di ajar adunan dan teknik yang betul dalam penyediaan fishball ini.

    Para peserta memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang kursus ini

    berlangsung.

  • Ms 8 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Kursus Bantal Patchwork

    Oleh: Seri Wati Binti Said

    Batang Kali - Pada 15 Mei yang lalu, telah diadakan kursus bantal patchwork di

    Bilik Jahitan KKHS. Puan Seri Wati Binti Said merupakan tenaga pengajar kursus

    ini. Para peserta diajar teknik jahitan dan sulaman yang betul untuk

    menghasilkan bantal patchwork ini. Para peserta memberikan respon yang baik

    dan berminat untuk menyertai kursus yang lain pada masa hadapan.

    .

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 23

    Mesyuarat Karnival Pendidikan

    Oleh: Dayang Noor Asmara Binti Abang Othman

    Batang Kali - Susulan lawatan kerja ke Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

    (FPPM) UPSI, mesyuarat Karnival Pendidikan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi

    KKHS telah diadakan pada 23 Mei yang lalu. Mesyuarat ini bertujuan memberikan

    maklumat hasil lawatan kerja ke UPSI dan memberikan gambaran awal tentang kar-

    nival ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh KJKK, Encik Muhamad Azlin Bin

    Ismail manakala Puan Dayang Noor Asmara Binti Abang Othman pula memben-

    tangkan aturcara dan tentatif program ini. Penerangan tentang tugas dan skop kerja

    ahli jawatankuasa pada karnival tersebut dimurnikan di dalam mesyuarat pertama

    ini.

  • Ms 22 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Mesyuarat Bersama UPSI

    Oleh: Dayang Noor Asmara Binti Abang Othman

    Tanjung Malim - KKHS telah mengadakan satu lawatan kerja ke Fakulti Pen-

    didikan & Pembangunan Manusia (FPPM) UPSI pada 22 Mei yang lalu. KKHS te-

    lah di wakili oleh KJKK, Encik Muhamad Azlin Bin Ismail manakala FPPM diwakili

    oleh Dr. Rosnidar Binti Mansor, Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi. Satu

    mesyuarat telah diadakan untuk menyelaraskan kerja dan tugas sempena Karni-

    val Pendidikan Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi yang akan diadakan di

    KKHS pada bulan Oktober nanti. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan

    dan idea demi manjayakan program ini nanti.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 9

    Kursus Tahsin Solat

    Oleh: Ab Aziz Bin Omar, Norlailatulazmila Binti Nurul Zaman, Siti Khadijah

    Binti Othman

    Batang Kali - Kursus ini merupakan antara kursus yang ditawarkan di KKHS. Kursus

    ini telah berlangsung pada 18 Mei yang lepas. Seramai 40 orang peserta yang terdiri

    dari penduduk sekitar Batang Kali dan sekitar daerah Hulu Selangor. Peserta diajar

    tatacara dan teknik yang betul dalam mengerjakan solat dan bacaan di dalam solat

    berjemaah.

  • Ms 10 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Perasmian KK Pekan

    Oleh: Siti Khadijah Binti Othman, Ahmad Tarmizi Bin Md Nor

    Pekan - Pada 17 Mei yang lalu, telah diadakan perasmian Bangunan Kolej

    Komuniti Pekan yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato

    Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen

    Pekan. KKHS telah menghantar 6 orang pelajar yang menganggotai pasukan

    stompers Kolej Komuniti Malaysia. Mereka telah tiba sehari lebih awal untuk

    menjalani latihan bersama pelajar stompers yang lain. Majlis turut dimeriahkan

    dengan kehadiran Menteri Pendidikan 2, YB Dato Seri Idris Bin Jusoh, Ketua

    Pengarah JPKK, Dato Amir Bin Md Noor dan Pengarah Bahagian Kebajikan Pela-

    jar (BKnP) JPKK, Encik Ishanuddin Bin Hussin serta tetamu kenamaan yang lain.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 15

    Bengkel SPPA Oleh: Muhamad Azlin Bin Ismail, Harulnizam Bin Mohamad

    Batang Kali - Pada 20-23 Mei yang lalu telah diadakan Bengkel Sistem Pemantauan

    Pengurusan Aset (SPPA). Bengkel ini bertujuan mengemaskini semua aset alih di

    KKHS. Selain itu, beberapa aset alih yang rosak dan tidak dapat digunakan telah

    disenaraikan bagi tujuan proses pelupusan aset. Bengkel ini dikendalikan oleh KJKK,

    Encik Muhamad Azlin Bin Ismail dan dibantu oleh Pegawai Aset KKHS, Encik Harulni-

    zam Bin Mohamad.

  • Ms 14 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Kursus Kek Keju Leleh Oleh: Herdawati Binti Ahmad, Fairuz Binti Osman

    Batang Kali - Seramai 22 orang peserta telah menyertai kursus ini yang telah diada-

    kan pada 18 Mei yang lalu. Para peserta terdiri dari penduduk sekitar Batang Kali

    dan dari seluruh daerah Hulu Selangor. Puan Fairuz Binti Osman merupakan

    pengajar bagi kursus ini manakala Puan Herdawati Binti Ahmad bertindak sebagai

    penyelaras kursus. Peserta diajar tentang adunan dan teknik yang betul dalam

    penyediaan kek keju leleh tersebut. Para pelajar memberikan respon yang baik ter-

    hadap kursus ini.

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 11

  • Ms 12 Edisi 1 - 31 Mei 2014

    Appreciation Day Oleh: Siti Khadijah Binti Othman, Aishah Binti Hussin

    Batang Kali - Pada 23 Mei yang lalu, satu program yang dinamakan Appreciation Day

    telah dilaksanakan di KKHS. Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Perwakilan

    Pelajar (JPP) KKHS bersempena sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap

    tahun. Acara sukaneka seperti bawa bola ping pong dalam sudu, bowling kelapa dan

    makan buah epal telah berlangsung dengan jayanya. Penyertaan di kalangan pen-

    syarah dan staf amat menggalakkan. Secara tidak langsung program ini merapatkan

    lagi hubungan di antara pensyarah dan staf dengan pelajar KKHS. Syabas JPP KKHS!!!

    Edisi 1 - 31 Mei 2014 Ms 13