buletin keselamatan dan kesihatan anggota pekerja 3/2009
DESCRIPTION
BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN ANGTRANSCRIPT
ANGGOTA PEKERJA METRO PARKING (M) SDN BHD
MAC 2009
Mengenali Khasiat Makanan >2Tips Keselamatan Dalam Talian (On-Line Payment) >3-4
Prosedur Melapor Kemalangan >5Masalah Kesihatan Akibat Penggunaan Komputer >6
Menjadi Pengguna Alam Sekitar Yang Bijak >7Keselamatan Alat Permainan Kanak-Kanak >8
Amalan 3R – Guna Semula >9Secangkir Rasa dan Resepi Sihat >10
Tekanan Darah Meningkat Akibat Membeli Belah >11Makanan Segera dan Kesihatan >12
MAC 2009 Mukasurat 5
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan
Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) telah diwartakan pada tahun 2004
di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta
514). Melalui Peraturan - Peraturan ini, Jawatankuasa Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan dikehendaki:
•Untuk menyiasat aduan, laporan atau apa-apa perkara di tempat
kerja yang dianggap tidak selamat atau sihat kepada majikan.
•Melaksanakan kajian terhadap trend dan statistik kemalangan,
penyakit dan keracunan pekerjaan, dan kajadian berbahaya, dan
seterusnya mengenalpasti langkah-langkah pengawalan.
•Mengkaji semula dasar dan langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan yang diambil di tempat kerja, dan mengemukakan
cadangan kepada majikan mengenai semakan semula sekiranya
perlu.
S enda Internet
MAC 2009 Mukasurat 10
Makanan HalalBERSIHKAN HATI & JIWA
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap jasadyang membesar daripada benda-benda yang haram makaapi nerakalah yang layak baginya.” - Riwayat al-Baihaqi danAbu Nuim. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkankepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul,Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlahamal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yangkamu kerjakan.” (al-Mukminun: 51) “Wahai orang-orangyang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telahkami rezekikan kepadamu...” (al-Baqarah:172)Salam sejahtera kepada semua pembaca majalah Rasa.Alhamdulillah, saya berasa sangat gembira dan bahagiadapat bertemu kembali dengan anda semua. Saya berharapanda juga berkongsi perasaan yang sama apabila memilikiedisi kali ini. Saya memulakan bicara pada pertemuan kaliini dengan sedikit berbeza. Kebetulan bulan Mac ini (ataulebih tepatnya 9hb Mac bersamaan 12 Rabiulawal) adalahbulan Maulidur Rasul, saya teringatkan petikan hadis diatas. Betapa junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.memberi ingatan terhadap umat yang dikasihinya supayaberhati-hati dengan apa yang dimakan termasuklah sumbermakanan itu diperoleh. Di dalam al-Quran juga Allahmemerintahkan kita supaya memakan makanan yang halaldan bersih.Memakan makanan yang haram dan kotor boleh‘menghitamkan’ hati. Hati yang hitam pula sukar menerimailmu dan kebaikan, sukar pula memberi ilmu dan kebaikankepada orang lain. Itulah yang pernah saya dengar di dalamsebuah majlis tazkirah. Subhanallah, begitulah pentingnyamemilih dan memastikan makanan yang halal dan bersihsebelum kita menyuapnya ke dalam mulut dan seterusnyamenjadi darah daging kita. Saya kini menjadi lebih berhati-hati terhadap apa yang saya makan, lebih-lebih lagi setelahmelalui satu pengalaman indah ketika menghadiri kursusESQ 165 baru-baru ini. Kursus ini banyak menginsafkan sayadalam mengenal diri sendiri dan Allah, pencipta yang mahaagung. Kursus ini juga banyak mendorong danmengingatkan saya supaya sentiasa membersihkan hati danjiwa. Saya percaya, makanan halal, bersih dan berkhasiatboleh memberi pengaruh kepada pembentukan peribadiseseorang. Marilah kita berdoa kepada Allah supaya semuarezeki yang kita terima dan makanan yang kita makanadalah yang diberkati-Nya. Salam mesra, semoga berjumpalagi bulan hadapan.
JUMPA LAGI BULAN HADAPAN.
SATAR
BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan selayang | diambil isi
sahaja
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili merah
10 biji cili padi
50gm daun kesum
1/2kg kelapa muda
Daun pisang secukupnya untuk
kelongsong
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
1. Satukan bahan kisar, kelapa muda,
daun kesum, gula dan garam secukup
rasa ke dalam sebuah bekas.
2. Selepas itu masukkan isi ikan
selayang. Gaul rata sehingga sebati.
3. Daun pisang dibentuk menjadi kon.
Ambil sedikit adunan dan masukkan
ke dalam kon tersebut. Sematkan
dengan lidi di hujungnya.
4. Lakukan sehingga kesemua adunan
habis.
5. Selepas itu panggang di atas bara
api. Bila daun pisang sudah
kekuningan. Angkat dan sedia
dihidangkan.
GULAI LEMAK PISANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pisang muda | dikoyak sedikit
kulitnya
dan dipotong bulat
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 batang serai | dititik
5 ekor ikan bilis | dikopek
250ml santan
250ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
1. Masukkan pisang muda, bahan yang
telah dikisar, serai dan ikan bilis ke
dalam periuk berisi air. Kacau sekali
sekala hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan santan. Masak
di atas api yang sederhana. Kacau
hingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan garam
secukupnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Petua
FEBRUARI 2009 Mukasurat 11
Quotation from Tun DrMahathir Mohamad, FormerMalaysian Prime Minister :-
"The weakness of today maybe the strength oftomorrow. A step back maymean many steps forwardlater on“