buletin keberhasilan strategik bil. 3
TRANSCRIPT
“Foresighting” dalam penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pendaulat Amanah Negara mempunyai peranan untuk memenuhi harapan pemegang taruh sesuai dengan matlamat penubuhan dan hasrat rakyat yang ingin melihat terbangunnya sebuah universiti kebangsaan. Penyelidikan dan inovasi mempunyai peranan penting untuk merealisasikan falsafah UKM yang menuntut universiti ini mendahului masyarakat dan zamannya. Penyelidikan dan inovasi memungkinkan UKM mengetahui dan meramal perkembangan dan cabaran dunia masa hadapan sesuai dengan hasrat UKM mengilham harapan, mencipta masa hadapan. Penyelidikan dan inovasi juga akan meletakkan UKM tersohor di peringkat kebangsaan, malah ia juga akan berada di kalangan universiti terbaik dunia pada masa akan datang.
Penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi menyokong kepada bidang keberhasilan utama Universiti (KRA). KRA 2 menginginkan kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu. “Foresighting” di kalangan warga penyelidik UKM sangat penting untuk melaksanakan penyelidikan yang memenuhi kehendak dunia akademik, masyarakat dan industri yang tentunya berbeza dengan masa kini. Penyelidikan warga UKM akan dilaksanakan secara bersepadu menggabungkan penyelidik daripada pel-bagai disiplin ilmu akan menghasilkan impak signifikan yang akan mencadangkan penyelesaian dan menjawab kepada masalah kini dan puluhan tahun ke hadapan. Sebagai universiti kebangsaan UKM akan terus menjuarai penyelidikan berkaitan dengan akal budi melayu dan islam dari dahulu, kini dan selamanya. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Bin Mokhtar Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi
4
SIDANG PENGARANG..
Institut Alam dan Tamadun Melayu
HUBUNGI
BULETIN KEBERHASILAN STRATEGIK
BILANGAN 3
JUN 2015
Mesej Pengurusan
Aktiviti & Pencapaian KRA
Puisi KRA
Idea KRA
Retreat Keberhasilan
Strategik
Aktiviti Hebahan KRA
KANDUNGAN...
Pusat Strategi UKM
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89213856
Faks : 03-89214590
www.ukm.my/strategi-ukm
Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada berbentuk
artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat majukan
bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected]
Penasihat
Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd. Marzuki Mustafa
Ketua Editor
Prof. Madya Ir. Dr. Masturah Markom
Editor
Prof. Dr. Mohammad Kassim
Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi
Hj. Zanudin Mohd Daud
Puan Zaimi Makhtar
Puan Nor Saribon Ramli
Editor Bersekutu
Encik Saipulizam Abd. Ghani
Datin Dr. Hajah Saadah Hj. Jaffar
Reka Bentuk
Encik Barudin Baharin
Urus Setia
Encik Ahmad Hazreen Wagiman
Puan Nur Hazimah Abd. Kadir
AKTIVITI HEBAHAN KRA KEPADA
PIHAK BERKEPENTINGAN
Pusat Perubatan UKM
Sesi Teh Tarik bersama pelajar
FGG, FARMASI & FSK
Institut Islam Hadhari
Sesi Teh Tarik bersama pelajar kampus Bangi
Lawatan Strategi ke Fakulti (April - Mei)
Sesi Teh Tarik bersama Pelajar (April - Jun)
Lawatan Strategi ke Institut (Mei - Julai)
1 4
AKTIVITI & PENCAPAIAN AKTIVITI BIDANG
KEBERHASILAN STRATEGIK
Penjualan Baja Kompos dan Bunga Hiasa oleh
Unit Lanskap, Jabatan Pembangunan dan
Penyelenggaraan UKM.
Navin Ravi ,pelajar dari FKAB telah menjuarai tuntas
bicara bagi kursus Junior Start up CMIE 2016 yang
diadakan semasa Hari Keusahawanan pada 4 Jun
2015. Beliau juga telah menyertai SME intership
@University anjuran SME bank.
Program UKM Idea oleh Bahagian Keselamatan UKM
ExxonMobil - UKM STEM Exploration Journey-
Sustainable Energy
UKM telah menyerahkan buku dan komputer kepada
SK Limau Kasturi, Gua Musang Kelantan
PUISI KRA
UKM Dari Rakyat Kepada Rakyat
UKM dari rakyat kepada rakyat
Kini telah menjengah usianya ke-44
Bersama pimpinan bijaksana
Tangkas menduga suara hati warganya
Maka lahirlah 6 bidang keberhasilan utama
Graduan resah dan bimbang
Industri kilan tak sudah
KRA 1 memacu anak bangsa berjati diri
Pamer kompeten dan gagah berdiri
Berdaya saing dan berinovatif
Universiti Penyelidikan kebanggaan kita
Rakyat berharap akan manfaatnya
KRA 2 memacu penyelidikan signifikan
Hasilnya membangun ekonomi dan sosial
Rakyat tersenyum sihat sejahtera
UKM bersinar di pentas dunia
Jaringan luas namun berlompong
KRA 3 memacu perkongsian pintar berimpak tinggi
Memperkukuh kerterlibatan strategik
Ke arah kecemerlangan bitara
Warga UKM ribuan angkanya
Keluh resah semakin bertambah
KRA 4 memacu kemuafakatan proaktif
Menambah nilai dan membangun institusi cemerlang
Melahirkan warga kerja setia dan berintegriti
Mengoptimum sumber bukan kebiasaan
Bahang defisit terasa warga UKM
KRA 5 memacu strategi menjana kekayaan
Aset dan kepakaran dioptimumkan
Pembaziran dan pemborosan dihentikan
Bangunan UKM usang dan baharu
Keluhan dan kilanan tiada sudahnya
KRA 6 memacu prasarana dan persekitaran ilmu kondusif
Perancangan dan pemantauan diperkasa
Bersama menjaga dan pelihara
UKM mengilham harapan mencipta masa depan
Inilah institusi kebanggaan kita
Keranamu kami menjadi bangsa berilmu
Tegar dan berani mencabar kelaziman
Bersama panji pendaulat amanah Negara
Ciptaan: Encik Rajan A/L Munusamy
IDEA KRA
Encik Mursidi Ahamad Puan Anna Kustyana Encik Najib Adun
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Idea KRA telah diadakan
pada 16 Februari 2015 di Bankuasi, Bangunan Canselori. Peraduan Idea
KRA diadakan semasa Program Bicara KRA 1 (Naib Canselor bersama
Staf Pengurusan & Profesional dan Pelaksana) yang telah diadakan pada
19 Januari 2015 bertujuan memberi peluang kepada semua staf untuk
memberi idea, cadangan serta penambahbaikan berkenaan KRA.
Prof. Madya Dr. Doris Padmi Datin Roziawati Razali
Encik Firdaus Banhawi Puan Fatimah Othman Encik Zamri Ismail
En. Norasrul Aswar Yahya Cik Suhaini Md Noor
3
Program UKM bersama Pengetua-pengetua
sekolah berasrama penuh (SBP) telah diadakan
pada 26 Mac 2015.
RETREAT KEBERHASILAN STRATEGIK
Retreat Keberhasilan Strategik
Pengurusi Task Force KRA Bil.2
telah diadakan pada 17 & 18
April 2015 bertempat di Nilai
Spring Resort Hotel, Negeri
Sembilan. Retreat ini diadakan
4 bulan sekali untuk melapor
dan membincangkan perkara-
perkara berkenaan KRA oleh
setiap Pengerusi KRA.
UKM Career Expo 2015 telah diadakan pada 7-8 April
2015 di DECTAR daln telah dirasmikan oleh YB Dato’
Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II .
Kumpulan Sinaran PPUKM telah dinobatkan sebagai
Juara Keseluruhan KIK IPTA 2015 yang telah diadakan di
USIM pada 14 hingga 16 April 2015.
Program Bistara STEM 2015, ExxonMobil - UKM STEM
Exploration Journey Camp on Sustainable Energy telah
diadakan pada 30 Mei hingga 4 Jun 2015.
2