buletin informasi perbadanan putrajaya • … · floria’ dengan mempamerkan lebih dari 400,000...

Click here to load reader

Post on 06-Mar-2019

240 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRA JAYA KELUARAN 2 2016

Sidang redaksi Buletin Perbadanan Putrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Seksyen Portal & Multimedia Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my Facebook/putrajaya

[email protected]

Youtube/perbadananputrajaya

Instagram/perbadananputrajaya

Email pertanyaan hendaklah ditujukan kepada:[email protected]

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 Festival pada kali ini bertemakan Keajaiban Dunia Floria dengan mempamerkan lebih dari 400,000 pokok bunga pelbagai spesies

Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF) 2016100 ekor kucing dipamer dan dipertanding-kan2015 di Dewan Seri Melati meriah.

ISI KANDUNGAN KELUARAN 02

Putrajaya Bridge Night Ride (PBNR) 2016Sukan santai waktu malam

Perjanjian Jual Beli Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia Fasa 1seramai 7,872 penjawat awam yang telah berjaya di dalam siri cabutan undi lalu bakal menduduki rumah yang dibeli dengan harga kawalan kerajaan iaitu di antara RM150,000 hingga RM300,000

Sasar 8 Juta PelancongPerbadanan Putrajaya berjaya merekodkan kedatangan 7.3 juta pelancong pada tahun 2016

Pertandingan Seni Suara Merbuk Peringkat ASEAN 2016Anak Angsa diumumkan sebagai pemenang kes-eluruhan suara paling merdu

http://mailto:[email protected]://www.ppj.gov.myhttp://facebook.com/putrajayahttp://twitter.com/putrajayacorphttp://youtube.com/perbadananputrajayahttp://instagram.com/perbadananputrajayamailto:[email protected]://www.ppj.gov.myhttp://facebook.com/putrajayahttp://twitter.com/putrajayacorphttp://youtube.com/perbadananputrajayahttp://instagram.com/perbadananputrajaya

Floria Putrajaya Pamer 400,000 BungaPerbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan sejuta pengunjung datang memeriahkan Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 yang berlangsung dari 27 Mei hingga 4 Jun 2016 di Anjung Floria, Presint 4 di sini. Festival yang memasuki edisi kesembilan ini menampilkan bunga kekwa atau nama saintifiknya Chrysanthemum sebagai bunga utama selain pelbagai lagi jenis bunga-bungaan yang menarik.

Festival pada kali ini bertemakan Keajaiban Dunia Floria dengan mempamerkan lebih dari 400,000 pokok bunga pelbagai spesies, selain tiga tarikan baharu iaitu pameran The Magic of Bonsai & Suiseki, Taman Muzika dan Terrarium Tropical Magic in the Glass. Pada tahun 2015, festival Floria membawa kelainan dengan taman empat musim, namun kali ini festival Floria mengetengahkan tiga kelainan yang menarik perhatian pengunjung antaranya ialah Taman Muzika yang menggunakan teknologi terkini dari Eropah. Acara perasmian festival kali ini telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada 26 Mei, 3 petang.

Buat julung-julung kalinya festival bunga terbesar di Malaysia ini turut menganjurkan Dialog Antarabangsa Floria Diraja Putrajaya pada 27 dan 28 Mei yang menghimpunkan pakar bidang hortikultur dengan masing-masing berpeluang untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman. Festival ini mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan pereka bunga dan arkitek landskap dari pelbagai negara luar termasuk Australia, China dan Sepanyol

yang mengambil bahagian dalam pertandingan rekaan taman dan gubahan. Antara tarikan lain pada edisi kali ini ialah Hutan Mistik, Taman Bunga Kekwa, Dunia Ikan Duyung, Laman Manisan, Bonsai, Taman Kucing, dan bengkel terrarium (seni menanam tumbuhan kecil dalam bekas kaca). Bagi mengurangkan kos penganjuran yang ditanggung oleh kerajaan, Perbadanan Putrajaya mengambil langkah untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama 23 agensi lain bagi meng-anjurkan festival Floria pada kali ini.

Festival Floria Putrajaya 2016 dibuka kepada umum mulai 27 Mei hingga 4 Jun dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam dengan tempoh masa bagi hari Jumaat sehingga Ahad dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam. Harga tiket bagi memasuki Floria Diraja Putrajaya 2016 ditetapkan sebanyak RM7.50 bagi pemegang MyKad, RM22 (warga asing) manakala kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas (RM3.50) (pemegang MyKad) serta RM11 (warga asing). Tiket ke Taman Magika ditetapkan sebanyak RM10.50 untuk dewasa manakala RM5.50 bagi kanak-kanak, OKU dan warga emas. Sebanyak 120 lot komersial berkonsepkan Garden Bazaar dan lebih 200 gerai jualan makanan dan minuman serta 150 gerai hasil kraf turut dibuka. Bagi memudahkan pengunjung, kaunter tiket telah dibuka dua hari sebelum festival berlangsung iaitu dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan boleh juga dibeli secara dalam talian bermula 1 Mac dengan melayari laman web www.floriaputrajaya.com.my.

http://www.floriaputrajaya.com.my

Putrajaya Animal Lovers Fiesta(PALoF) Festival Pencinta Haiwan Putrajaya 2016 atau Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF) 2016 kembali lagi pada tahun ini iaitu pada 2 hingga 3 April 2016. Fiesta yang berlangsung di ruang legar Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Rogaizat Bin Abdullah, Naib Presiden, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.

Fiesta ini adalah anjuran bersama Kumpulan Pegawai Muda (KPM) Perbadanan Putrajaya (PPj) dan rakan strategik Kelab Kucing Malaysia (KKM) selaku NGO yang bernaung di bawah Feline International Federation of Europe (FIFE) yang bertujuan sebagai platform untuk mengumpul semua penggemar kucing dan pelbagai jenis haiwan kesayangan / eksotik di dalam dan luar negara berkunjung ke Putrajaya.

Setelah berjaya menarik lebih daripada 10,000 pengunjung pada tahun lepas, Perbadanan Putrajaya berhasrat mengembangkan lagi pertunjukan/pameran ini pada tahun 2016 dengan tambahan pelbagai jenis haiwan

kesayangan dan eksotik sebagai nilai tambah pada acara kali ini.

Selain itu juga, ia memberi peluang khususnya kepada warga Putrajaya dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan berhubung dengan teknik dan kaedah terbaik penjagaan haiwan kesayangan terutamanya kepada kucing seterusnya dapat memupuk sifat kasih sayang dan perasaan mencintai kepada haiwan-haiwan kesayangan tersebut.

Pengisian fiesta yang mengandungi pameran dan pertandingan kucing ini menampilkan pelbagai jenis spesies kucing seperti Maine coon, British short hair, Bengal, Sphnyx, Exotic Persian dan banyak lagi. Lebih 100 ekor kucing dipamer dan dipertandingkan di mana 15 kategori untuk bulu kucing panjang (best of long hair) dan 15 kategori untuk bulu pendek (best of short hair). Pameran dan pertandingan adalah terbuka kepada semua peminat dan pemilik kucing manakala kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti The Best Male, The Best Female, The Best Kitten, The Best Junior, The Best Neuter, Presidents Choice dan Sponsors Choice.

PALoF 2016 juga melibatkan Projek Pengambilan Kucing Angkat serta Slot Program Hello Doktor - bicara bersama doktor dan pakar-pakar haiwan kesayangan. Di samping itu, terdapat juga jualan untuk haiwan-haiwan kesayangan seperti makanan kesihatan, produk/peralatan penjagaan dan aktiviti-aktiviti pendidikan seperti permasalahan haiwan kesayangan serta kempen kembiri kucing dengan harga yang istimewa.

Pameran dan pertandingan diadili oleh juri yang didatangkan khas dari luar negara iaitu Mr. Boris Lupan (Rusia) dan Mr. Kendal Bledsoe (USA). Pemenang membawa pulang sebuah piala, sebuah rumah kucing, aksesori dan makanan kucing serta sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada 3 April 2016, jam 4 petang bertempat di ruang legar Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

PALoF 2016 dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.30 petang dan masuk adalah percuma. Maklumat lanjut boleh hubungi En. Azhar bin Abdullah, Ketua Projek Putrajaya Animal Lovers Fiesta (PALoF) 2016, Perbadanan Putrajaya di talian 03-88877072.

PPj Sasar 8 Juta Pelancong

Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan kehadiran lapan juta pelancong dari dalam dan luar negara ke Putrajaya pada tahun 2016 menerusi langkah penambahbaikan terhadap semua produk pelancongan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, usaha penambahbaikan dan pembaharuan itu dilakukan berdasarkan pandangan orang ramai yang mahu nafas baharu dapat diberikan terhadap setiap tarikan pelancongan di Putrajaya. Beliau memberitahu, bagi mencapai sasaran lapan juta pelancong juga, PPj menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Tourism Malaysia dalam usaha mempromosikan Putrajaya sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik tempatan.

PPj berjaya merekodkan kedatangan 7.3 juta pelancong pada tahun lalu menerusi penganjuran beberapa program yang sinonim dengan Putrajaya. Oleh sebab itu, PPj masih mengekalkan penganjuran beberapa program

tahunan seperti Floria Diraja Putrajaya, Fiesta Belon Udara Panas dan Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) kerana masing-masing mempunyai tarikan tersendiri terhadap industri pelancongan negara, ketika ditemui selepas, di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Hasim melepaskan delegasi PPj yang disertai oleh 40 kakitangannya yang akan ke seluruh negara dan Singapura serta Thailand bagi memperkenalkan produk pelancongan di Putrajaya kepada orang ramai pada Majlis Pelepasan Jelajah Promosi Putrajaya 2016.

Menurut Datuk Seri Hasim, PPj juga melaksanakan promosi di luar negara seperti di Jerman, Britain dan China pada tahun ini yang merupakan satu usaha terbaharu pihaknya untuk mempromosikan Putrajaya ke peringkat antarabangsa. Kehadiran pelancongan ke Putrajaya bukan sahaja dapat memperkenalkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi juga menyumbang kepada pendapatan negara.

Sebanyak 7,872 pembeli Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Putrajaya (Fasa 1) menandatangani Perjanjian Jual & Beli pada 11 April 2016 bertempat di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Perjanjian Jual Beli ini dijangka akan selesai sepenuhnya secara berperingkat sehingga akhir bulan April 2016 bagi PPA1M Palma, Seruling, Selasih, Larai, Jintan, Melinjau dan seterusnya Pudina, Ketumbar dan Kasturi.

Keseluruhan pembangunan PPA1M Putrajaya fasa 1 ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2017 di mana seramai 7,872 penjawat awam yang telah berjaya di dalam siri cabutan undi lalu bakal menduduki rumah yang dibeli dengan harga kawalan kerajaan iaitu di antara RM150,000 hingga RM300,000, dengan keluasan 1000kp, 1200kp dan 1500kp.

Keutamaan PPA1M adalah diberikan kepada pemohon atau penjawat awam yang masih belum mempunyai rumah pertama dan

mereka ini bekerja atau tinggal di Putrajaya dengan pendapatan isi rumah bawah RM10,000.

Perbadanan Putrajaya juga sedang giat melaksanakan 17,500 unit PPA1M yang dibangunkan dalam 3 fasa pembangunan. Siri cabutan seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2016 kelak yang melibatkan juga pemohon-pemohon yang belum berjaya sebelum ini.

Dalam masa yang sama juga, KSN turut memaklumkan bahawa permohonan PPA1M Putrajaya fasa ke 3 akan dibuka semula oleh Perbadanan Putrajaya, bagi memberi peluang kepada penjawat awam yang masih belum memohon untuk mendapatkan PPA1M Putrajaya. Walau bagaimanapun kesemua penjawat awam Putrajaya perlulah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Untuk pertanyaan lanjut sila email di [email protected] atau hubungi 03-80008000 sambungan 7282 / 7691 / 7687.

7,872 PEMBELI TANDATANGAN PERJANJIAN JUAL BELI PPA1M

PUTRAJAYA FASA 1

Juara Dunia Ironman 70.3 sebanyak dua kali, Craig Alexander dari Australia dan Radka Alexander mewakili Republik Czech, menjuarai kategori lelaki dan wanita Ironman 70.3 Putrajaya 2016, di sini hari ini. Alexander mencatatkan 3 jam, 55 minit dan 36 saat untuk mengatasi dua pencabar terdekatnya, Josh Amberger dari Australia dan Stuart Hayes dari Great Britain yang masing-masing mencatatkan 3:59:05s dan 4:01:25s. Ia benar-benar satu pengalaman manis untuk menang kepada Alexander selepas saingan di Subic Bay, Filipina baru-baru ini dengan bahang panas terasa semasa berada dalam air dan melakukan kayuhan. Beliau mengekalkan konservatif semasa renang dan cuba mengekalkan rentak semasa melakukan kayuhan serta beraksi dengan baik semasa larian.

Sementara itu, Vodickova, yang menjuarai kategori wanita pada 2014, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 4:22:16s. Dia melakukan empat minit lebih pantas untuk mendahului lawannya, Liz Blatchford dan Kate Bevilaqua, kedua-duanya dari Australia. Blatchford dan Bevilaqua masing-masing melakukan catatan 4:26:05s dan 4:36:18s.

Alexander juara Ironman Putrajaya 2016

Keputusan Lima Terbaik: Lelaki: 1. Craig Alexander (AUS) 3 jam 55 minit 36 saat 2. Josh Amberger (AUS) 359:05s 3. Stuart Hayes (GBR) 401:25s 4. Brad Kahlefeldt (AUS) 403:15s 5. Adam Gordon (NZL) 404:48s Wanita: 1. Radka Alexander (CZE) 4 jam 22 minit 16 saat 2. Liz Blatchford (AUS) 426:05s 3. Kate Bevilaqua (AUS) 436:18s 4. Beth Gerdes (USA) 436:24s 5. Kathryn Haesner (NZL) 439:23s.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga menyertai acara ini dan dapat menamatkan 1.9 km (renang), 90 km (kayuhan basikal) dan 12.1 km (larian) dengan catatan masa 7 jam, 36 minit dan 51 saat. Juara dalam acara lelaki dan wanita, masing-masing menerima hadiah wang tunai US$3,000 (RM11,674), naib juara US$2,000 (RM7,783) dan US$1,250 (RM4,864) bagi pemenang tempat ketiga.

Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurkan Program Pelancongan Putrajaya Dekat Je ke Sekolah-sekolah di Putrajaya dalam usaha mempromosikan Putrajaya sebagai salah satu destinasi pelancongan unggul di sini. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putrajaya dan Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB).

Objektif utama program ini dianjurkan adalah bertujuan merakyatkan destinasi pelancongan Putrajaya kepada warga Putrajaya khasnya pelajar-pelajar sekolah di Putrajaya selaras dengan hasrat YB Menteri Wilayah Persekutuan yang ingin melihat semua warga Putrajaya melawat dan merasa bangga dengan keindahan destinasi pelancongan di Putrajaya.

Deligasi jelajah promosi Pelancongan Putrajaya Dekat Je disambut meriah oleh Guru Besar Sekolah Presint 8(1), Puan Hjh. Naemah binti Ismail, guru-guru serta pelajar-pelajar sekolah.

Pengisian aktiviti promosi Pelancongan Putrajaya Dekat Je adalah sesi persembahan kebudayaan, iringian muzik kombo PPj, kuiz pelancongan, edaran poster dan risalah pelancongan serta edaran cenderamata kepada warga/pelajar sekolah.

Deligasi jelajah promosi Pelancongan Putrajaya Dekat Je ini akan menaiki bas

Pelancongan Putrajaya yang direka khas oleh PPj dengan kerjasama Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (Nadi Putra). Bas ini akan digunakan pada setiap program siri jelajah termasuk Jelajah Pelancongan Putrajaya ke 4 Zon di seluruh Malaysia. Bas ini turut dihiasi dengan gambar ikon-ikon pelancongan menarik di Putrajaya. Turut serta dalam program ini adalah kakitangan PPj, Kombo PPj, Marina Putrajaya, Taman Equestrian, PICC, FLORIA Sdn Bhd dan taman-taman Putrajaya.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pn. Hjh Roaini binti Jaafar dan semua Guru Besar serta Pengetua Sekolah.

Menerusi siri program ini, sebanyak 6 sekolah telah dipilih sebagai lokasi jelajah iaitu SK Presint 8(1), SK Presint 9(1), SK Presint 11(1), SK Presint 16(1), SMK Presint 11(1) dan SMK Presint 16(1). PPj mensasarkan seramai 500 orang warga/pelajar sekolah pada setiap kali program diadakan. Program Jelajah Pelancogan Putrajaya Dekat Je ini akan berterusan bermula Mac hingga Disember 2016.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Adi Khirman Hj. Marji di talian 03-88877736 atau email [email protected]

PROGRAM PELANCONGAN PUTRAJAYA DEKAT JE

KE SEKOLAH-SEKOLAH PUTRAJAYA

Suara merdu dimiliki seekor burung merbuk yang dibeli dengan harga RM35,000 milik peserta dari Kelantan berjaya menambat hati juri, sekali gus diumumkan pemenang Piala Presiden pada Pertandingan Seni Suara Merbuk (Peringkat ASEAN) 2016, di sini, semalam.

Pemilik burung, Adnan Mahmood, 62, membawa pulang piala bersama sijil penyertaan selepas burung merbuk yang diberi nama Anak Angsa diumumkan sebagai pemenang keseluruhan suara paling merdu. Selain itu juga, dia yang berasal dari Tumpat, Kelantan menduduki tempat pertama pertandingan bagi Kategori B (Burung Merbuk Suara Sederhana).

Menurut Adnan berkata, burung berkenaan dibeli dari Thailand setahun yang lalu serta pernah menyertai 30 pertandingan seni suara burung yang dianjurkan dan semuanya diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Bagaimanapun, kejuaraan pada kali ini merupakan kejayaan paling besar kerana pertandingan ini adalah antara peringkat yang tertinggi.

Anak Angsa Paling Merdu

Pertandingan Seni Suara burung Merbuk (Peringkat ASEAN) 2016 turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menerima 1,237 penyertaan burung merbuk menjadikan ia bilangan terbanyak dalam acara seumpamanya di Malaysia. Penyertaan itu terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Menceritakan mengenai burung merbuk kesayangannya, Adnan berkata, dia pernah menerima tawaran sehingga RM80,000 daripada peminat burung yang ingin membeli Anak Angsa dantetap tidak akan menjual burung merbuk tersebut kerana terlalu menyayanginya.

Hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail yang telah menyempurnakan majlis perasmian pertandingan tersebut.

Aktiviti sukan berbasikal bukan perkara baharu, malah sehingga hari ini sukan tersebut tetap mendapat tempat di hati peminat apatah lagi apabila ia diselitkan dengan pelbagai elemen menarik terutama acara pada waktu malam yang lebih santai.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Putrajaya Bridge Night Ride (PBNR) 2016 yang disertai kira-kira 2,200 peserta dari dalam dan luar negara. Acara kayuhan malam tersebut menggabungkan semua peminat sukan berbasikal dari seluruh negara termasuk pelancong asing. Malah, acara ini juga turut menampilkan beberapa jenis basikal seperti road bikes, mountain bikes, fixie bikes, folding bikes serta basikal tua.

Acara ini juga merupakan kali kedua penganjurannya dan ia memberi peluang kepada semua peserta untuk menikmati keindahan Putrajaya pada waktu malam terutama di jambatan, landskap, geometri bangunan yang dilimpahi cahaya pelbagai warna.

Putrajaya Bridge Night Ride (PBNR) 2016 - Sukan Santai Waktu Malam

Peserta kayuhan Putrajaya Bridge Night Ride (PBNR) 2016 ini telah lepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dataran Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, acara sukan itu juga dilihat mampu merancakkan promosi mengenai lokasi-lokasi menarik terutamanya lapan buah jambatan yang menjadi penghubung kepada setiap lokasi penting di kawasan ini. Selain itu, peserta juga dapat merasai dan menikmati keindahan dengan cara meronda basikal dalam kawasan pusat pentadbiran kerajaan dengan selamat di samping memperoleh pengalaman yang baru.

PBNR beri peluang kepada peserta nikmati keindahan malam Putrajaya di jambatan, landskap, geometri bangunan yang dilimpahi dengan cahaya pelbagai warna.

Sesi Town Hall Meeting (THM)

Button 108: Button 109: Button 110: Button 111: Button 112: Button 113: Button 114: Button 115: Button 73: Button 74: Button 96: Button 97: Button 98: Button 99: Button 116: Button 117: Button 118: Button 119: Button 120: Button 121: Button 16: Button 41: Button 1010: Button 79: Button 122: Button 71: Button 72: Button 1011: Button 80: Button 123: Button 124: Button 126: Button 127: Button 128: Button 130: Button 131: Button 132: Button 133: Button 134: Button 1014: Button 136: Button 1013: Button 82: