buletin informasi perbadanan putrajaya … 3 2017.pdf · piala dunia sukan touch remaja 2018 serta...

15
1 BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA KELUARAN 3/2017 EDISI BAHARU BULETIN PPj

Upload: buiquynh

Post on 23-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

1

BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA

KELUARAN 3/2017EDISI BAHARU

BULETINPPj

Page 2: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, E-Buletin PPj Bil. 3/2017 menemui lagi para pembaca khususnya warga PPj bagi mengimbas dan merekodkan beberapa peristiwa dan acara penting berkaitan PPj sepanjang bulan Julai hingga September 2017.

Antara lain, edisi kali ini mengetengahkan kesungguhan PPj dalam memastikan standard kebersihan premis-premis makanan di Putrajaya sentiasa berada pada tahap yang amat baik serta mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan termasuk melalui operasi bersepadu pemeriksaan premis makanan yang diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Seri Presiden serta penganjuran Anugerah Medan Selera Bersih Peringkat Putrajaya.

Pemilihan Putrajaya sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi penganjuran beberapa acara sempena Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antaranya polo, ski air dan wakeboard, akuatik (renang perairan terbuka), triathlon, marathon dan lumba basikal (kriterium) telah meningkatkan lagi imej Kota Pentadbiran Negara ini sebagai pusat penganjuran acara sukan bertaraf dunia.Perasmian Majlis Pecah Tanah untuk ‘Malaysia Exposition and Convention Centre’ (MyExpo) oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 26 September 2017 juga merupakan detik bersejarah yang bakal melonjakkan lagi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan serta hab ‘Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions’ (MICE) bertaraf antarabangsa.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang bahan berita bagi penerbitan E-Buletin PPj edisi ini.

Salam hormat,

Tengku Aina

SEPATAH DUA KATAKETUA EDITOR

YM Tengku Aina binti YTM Tengku Ismail Shah

Puan Haryani binti Kaulan

Encik Amran bin Ashaari

Puan Zuraida binti Zainol

Encik Khalilurrahman bin Kamaruz-zaman

Encik Adi Khirman bin Marji

Puan Nur Nisha binti Mohd Idrus

Encik Mohd Faizal bin Ab. Wahab Chu

Puan Anita binti Abu Bakar

Puan Zakiyah binti Adon

Encik Zulhisyam bin Zakaria

Puan Nor Azimah binti Jamaluddin

Encik Mohd Fairus bin Mohd Padzil

Puan Fadhlul Jannah binti Abd Karim

Puan JaneJasmin binti Benjamin Yuen

Encik Rosmaidi bin Rimin

Encik Asmawi bin Ahmad

Puan Norhaliza binti Hanifah

Puan Wan Aslina binti Wan Awang

Encik Muhammad Shurazi bin Sukhur

KETUA EDITOR

EDITOR

URUS SETIA SOKONGAN TEKNIKAL (ICT)

GRAFIK DAN REKA BENTUK

PENULIS

REDAKSISidang

Page 3: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

3

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

ISI KANDUNGAN

PERTANYAAN

• Putrajayabakaljadituan rumah acara FIT Touch World Cup 2018

• JomkePekanSehari@P11

• WargaPutrajayajayakan Larian Obor Sukan SEA 2017

• BukitGambangResort promosi Jelajah Putrajaya Dekat Je

• CyclingNightRide meriahkan World Tourism Day 2017

• MalaysiaExposition And Convention Centre (My-Expo) hab terbesar di rantau Asia Tenggara

4

5

6

7

8

9-10

11

12

13

14

15

• PutrajayaperintisSuper Quick Charging (SQC) EV Bas

• PPjkomitedperiksapremis makanan di Putrajaya

• 3medanseleraPutrajaya terima anugerah

• SUKAJABsatukanahli Krisputra

• BazaarRiaPUSPANITAbantu jana pendapatan

putrajaya

putrajayacorp

perbadananputrajaya

perbadananputrajaya

+perbadananputrajaya

Sidang redaksi Buletin Perbadanan Putrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca.

Email pertanyaan hendaklah ditujukan kepada [email protected]

Bahagian Komunikasi Korporat,Jabatan Perkhidmatan Korporat,Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Page 4: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

4

Putrajaya sekali lagi melakar sejarah dengan pengisytiharannya sebagai lokasi penganjuran “Piala Dunia Federation of International Touch (FIT) Youth Touch” yang bakal dianjurkan pada 8 hingga 11 Ogos 2018 di Taman Equestrian Putrajaya. Pengumuman ini dibuat di Majlis Sidang Media di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail. Turut hadir Pengarah Urusan Fit Malaysia, Mr. Bryan O’Connor.

Putrajaya telah diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran bertaraf dunia ini selepas kali terakhir penganjurannya di New Zealand dan Australia 13 tahun lepas. Selain itu, Malaysia juga telah dinobatkan untuk menjadi tuan rumah penganjuran Piala Dunia Sukan Touch bagi Kategori Terbuka dan Senior yang dijadualkan berlangsung pada April 2019.

Putrajaya bakal jadi tuan rumah PIALA DUNIA SUKAN TOUCH REMAJA 2018

Aktiviti Komuniti, Sukan dan Komersial

Adalah dijangkakan sebanyak 30 pasukan daripada 11 negara akan mengambil bahagian di mana Malaysia akan diwakili oleh 6 pasukan yang akan bertanding di bawah 6 kategori yang dipertandingkan di bawah umur 18 tahun dan 20 tahun. Angka ini bakal menobatkan kejohanan dunia ini sebagai Sukan Touch Remaja yang terbesar pernah diadakan.

Sukan ‘Touch’ ini merupakan sejenis sukan yang menggunakan teknik menangkap dan membaling bola dan tidak melibatkan sebarang terjahan fizikal yang agresifseperti sukan rugbi tradisional. Sukan ini sesuai dimainkan oleh lelaki dan wanita dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Sukan ‘Touch’ kini kian berkembang dan mula diterima rakyat Malaysia terutamanya di peringkat kanak-kanak dan remaja. Berdasarkan populariti dan publisiti yang semakin meluas, sukan yang diasaskan di Australia pada 1960-an ini berjaya meraih penyertaan dan kini lebih 47 negara menganggotai FIT.

Page 5: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

5

Aktiviti Komuniti, Sukan dan Komersial

Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor telah menyempurnakan majlis perasmian Pekan Sehari@P11 di Kompleks Kejiranan Presint11, Putrajaya. Pekan Sehari@P11 telah mulaberoperasi pada 20 Ogos 2017, pada setiap Ahad bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

Program mingguan ini adalah anjuran Majlis Pembangunan Penjaja & Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya ini melibatkan penyertaan 70 penjaja dan peniaga kecil di mana 60 peratus adalah terdiri daripada warga Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Adnan bin Haji

Jom ke pekan sehari@P11

Mohd Ikshan, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail dan Pengerusi Majlis Pembangunan Penjaja & Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Putrajaya, Tuan Haji Roslan bin Hussin.

Pekan Sehari@P11 dianjurkan untukmemenuhi keperluan penduduk setempat bagi mendapatkan barangan keperluan harian memandangkan kawasan-kawasan perumahan di Presint 11 terletak agak jauh dari pusat komersial utama seperti di Presint 8, 9 dan 15. Selain daripada itu, ia juga memberi peluang perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil Putrajaya untuk menambah sumber pendapatan mereka. Turut diadakan kursus pengendalian makanan, kursus masakan, pertandingan kanak-kanak, pertandingan karaoke dan pameran dari agensi-agensi kerajaan.

Dalam masa yang sama, YB Menteri Wilayah Persekutuan juga turut menyerahkan Sijil Penghargaan Rakan Dagang Kad Ceria Wilayah Persekutuan kepada Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Putrajaya dan Koperasi Komuniti Berhad di atas penglibatan mereka dalam Program Kad Ceria Wilayah Persekutuan. Program Kad Ceria ini adalah inisiatif Kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk di Wilayah Persekutuan melalui pemberian diskaun ke atas barangan/perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan dagang Kad Ceria kepada pemegang-pemegang kad.

Page 6: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

6

Warga Putrajaya jayakanLARIAN OBOR SUKAN SEA 2017Setelah 13 minggu menjelajah ke seluruh negara, Larian Obor KL2017 yang dianjurkan sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), kini melengkapkan siri lariannya di Putrajaya pada 11 Ogos 2017.

Larian berkenaan sebelum ini turut diadakan di beberapa daerah dan negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, Perlis dan Kedah.

Terdahulu, Larian Obor KL2017 dimulakan di Dataran Gemilang pada jam 7.30 pagiapabila obor berkenaan dibawa menaiki belon udara panas oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr Loga Bala Mohan.

Dato’ Sri Loga kemudian membawa obor berkenaan turun dan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk acara larian yang kemudiannya bersama ketua-ketua setiausaha kementerian dan pegawai-pegawai kanan kerajaan diiringi pelari sokongan berlari membawa obor sejauh 1.2 km menuju ke Wisma Tani.

Antara orang kenamaan yang tidak melepaskan peluang membawa obor ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim

Acara di Putrajaya

Seman, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Sri Subromaniam dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Selain orang kenamaan, beberapa orang awam turut dipilih untuk menyertai larian berkenaan yang secara tidak langsung menunjukkan semangat kesukanan dan tanda sokongan rakyat Malaysia terhadap temasya sukan dwi tahunan berkenaan.

Kesemua peserta yang menyertai larian berkenaan berlari sejauh 7.7 km di beberapa hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra dan Bangunan Perdana Putra sebelum berakhir di Menara Kementerian Belia dan Sukan. Sukan SEA ke-29 berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN diadakan dari 17 hingga 23 September. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA adalah pada 16 tahun lalu.

Selain Kuala Lumpur, Putrajaya turut menjadi tumpuan KL2017 menerusi penganjuran beberapa acara sukan antaranya, polo, renang dan triathon.

Page 7: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

7

Bukit Gambang Resort promosiJELAJAH PUTRAJAYA DEKAT JEPengunjungkeBukitGambangResort,PahangberpeluanguntukmengenaliprodukpelanconganPutrajaya melalui Program Jelajah Promosi Pelancongan Putrajaya Dekat Je yang diadakan bermula 26 dan 27 Ogos yang lalu.

Program Jelajah ini anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) merupakan salah satu usaha mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan menarik negara yang mempunyai kepelbagaian produk pelancongan. Selain itu, program ini adalah untuk mempromosikan Putrajaya kepada pelancong domestik.

Program kolaborasi antara PPj, Tourism Pahang dan Tourism Malaysia Negeri Pahang mengumpulkan 8 produk dan agen pelancongan Putrajaya dengan 20 agensi pelancongan di negeri Pahang dalam satu sesi Networking dan Product Update pada 25 Ogos. Pelbagai aktiviti lain juga turut diadakan untuk orang ramai di antaranya travel fair, persembahan muzik, kuiz pelancongan dan jualan pakej melancong ke Putrajaya. Promosi setempat ini mensasarkan 5,000 pengunjung di BukitGambangResortpadahujungminggu.

Sejak penubuhan Putrajaya pada tahun 1996, pembangunan Putrajaya secara fizikalnya telahmenunjukkan hasil yang menjadi kebanggaan negara dengan perancangan yang teliti, pembangunan yang teratur serta senibina yang mengkagumkan. Perbadanan Putrajaya sebagai agensi yang mentadbir urus Putrajaya juga giat membangunkan produk-produk pelancongan dan di antara yang popular adalah Cruise Tasik Putrajaya, Skyride Festival Park, Taman Botani, Taman Wetland Putrajaya dan Taman Warisan Pertanian. Pada tahun 2016, direkodkan seramai 9 juta pelawat dan pelancong berkunjung ke Putrajaya.

Program Pelancongan

Page 8: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

8

CYCLING NIGHT RIDE meriahkan WORLD TOURISM DAY 2017Sambutan World Tourism Day (WTD) kali ini dimeriahkan dengan acara WTD 2017 Cycling Night Ride pada jam 9.00 malam, 23 September 2017 (Sabtu) di Putrajaya.

Acara WTD 2017 Cycling Night Ride melibatkan seramai 150 peserta, di mana 40 peserta adalah daripada Warga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC), 30 peserta adalah daripada pengamal media, 20 peserta adalah daripada para pensyarah dan pelajar, 10 peserta adalah dari MATTA dan 50 peserta lagi daripada Perbadanan Putrajaya (PPJ).

WTD 2017 Cycling Night Ride yang berkonsepkan acara bebasikal sejauh 12km ini mendapat sokongan daripada rakan strategic WTD 2017 iaitu Perbadanan Putrajaya (PPJ), Marina Putrajaya Sdn. Bhd., MOTAC Selangor, Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia dan juga Red Aventure.

Program Pelancongan

Page 9: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

9

MALAYSIA EXPOSITION AND CONVENTION CENTRE (My-Expo) hab terbesar di Asia Tenggara

Hebahan Perhubungan Awam

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Majlis Pecah Tanah untuk “Malaysia Exposition and Convention Centre” atau dikenali sebagai MyExpo pada 26 September 2017 yang lalu. Projek ini telah meletakkan penanda aras baharu bagi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, hab perdagangan antarabangsa dan juga pusat tumpuan pelancongan. Dengan penyempurnaan majlis pecah tanah ini, projek MyExpo City secara rasmi akan memulakan fasa pertama pembinaan.

Tapak projek pembinaan MyExpo City ini terletak di Presint 5, Putrajaya bertentangan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Projek ini bakal memberi nafas baharu kepada PICC yang telah berkhidmat sebagai pusat persidangan, konvensyen dan kongres sejak tahun 2003.

Fasa pertama pembinaan MyExpo ini dijangka siap pada sekitar tahun 2020 dan ia bakal diangkat sebagai pusat pameran terbesar di Malaysia, sekaligus menjadi hab MICE terbesar di rantau Asia Tenggara apabila ia digabungkan dengan PICC kelak. Oleh kerana lokasinya yang terletak di Wilayah Diplomatik Presint 5, MyExpo ini juga akan menaik taraf Putrajaya sebagai destinasi yang ideal untuk perniagaan dan aktiviti pelancongan dalam negara mahupun luar negara.

Dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi bukaan lantai kasar (GFA), MyExpo bukan sekadarmenjadi pusat pameran terbesar malah ia juga akan menjadi pusat pameran yang dilengkapi dengan fasiliti berteknologi tinggi dan dapat menampung sebanyak 60,000 orang dalam satu masa. Antara kemudahan yang bakal ditawarkan di MyExpo adlah seperti Dewan Plenari yang boleh memuatkan 5,000 orang, 8 buah dewan pameran yang boleh memuatkan 3,0000 gerai pempamer, 12 Dewan Bankuasi (1000 orang bagi setiap dewan), 4 buah Dewan Seminar (20 orang untuk setiap dewan) dan 2 Dewan Persidangan (300 orang untuk setiap dewan) dan 9 buah bilik mesyuarat (180 orang untuk setiap bilik). Selain itu, MyExpo juga mampu menampung lebih 2,500 ruang parkir termasuk bas-bas pelancongan bagi kemudahan bakal pelanggan nanti.

Page 10: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

10

Hebahan Perhubungan Awam

Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di dalam ucapannya berkata, “Dengan keadaan semasa, negara kita telah berjaya menarik berjuta-juta pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia. Oleh itu, kita perlu meletakkan penanda aras yang lebih tinggi dan baik untuk pada masa akan datang. Saya percaya dan yakin dengan kewujudan MyExpo ini akan menarik lebih ramai pelawat dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.” Beliau juga yakin MyExpo dapat menarik minat penganjur acara, pempamer dan syarikat Korporat kerana lokasi dan fasiliti yang bakal ditawarkan.

Tambah beliau lagi, “Pembangunan Projek MyExpo ini, membawa kita kembali kepada visi yang telah dirangka dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah mencipta pelan-pelan pengukuhan ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM1.3 Trillion bagi mengangkat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sejak 6 tahun kebelakangan ini, sebanyak2.26jutapekerjaanbaharutelahdiwujudkandisampingdapatmengawalkadarinflasidalam senario ekonomi global yang tidak menentu.”

Bagi projek MyExpo ini, ia terdapat dua pelan fasa yang merangkumi Fasa 1A; pusat pameran 5 tingkat, 23 tingkat bangunan termasuklah sebuah hotel bertaraf 4-bintang dengan 30 buah bilik (15 tingkat keseluruhannya) dan helipad. Fasa 1B pula pembinaan sebuah hotel bertaraf 5-bintang. Manakala Fasa 1C MyExpo City adalah sebuah “boutique mall”, taman tema tertutup dan juga pangsapuri akan dibina dalam projek ini.

Melalui projek ini, MyExpo dijangka bakal mewujudkan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan apabila ianya siap kelak. MyExpo bakal diuruskan oleh Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd (Co-X), ia merupakan syarikat yang sama mengurus PICC, Hotel Putrajaya Shangri-La dan Putrajaya Catering Services termasuklah restoran Pot&Pan di PICC dan restoran Putrajaya Seafood.

Untuk yang belum mengetahui tentang projek MyExpo City, ia merupakan projek di bawah Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (PULSE Group),syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya. PULSE Group jugamerupakan organisasi yang menguruskan pelaburan dan mengurus asset-aset milik Perbadanan Putrajaya. Fokus PULSEGroupadalahPerkhidmatanhospitaliti dan pelancongan termasuklah pengangkutan, sektor MICE, Pengurusan acara, pusat ekuestrian dan juga kemudahan rekreasi dan Pengurusan hartanah di Putrajaya.

Page 11: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

11

Perbadanan Putrajaya (PPj) telah melancarkan Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO yang berlangsung di Putrajaya Sentral Presint 7 dengan bertujuan bagi mengurangkan tahap pelepasan karbon sebanyak 40% selari dengan usaha menjadikan Bandar Putrajaya sebagai bandar perintis dalam teknologi hijau menjelang 2025.

Majlis Pelancaran projek ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan dan disaksikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail dan Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun, Mr. Makoto Watanabe.

Projek kolaborasi di antara PPj dan NEDO Jepun ini telah bermula sejak 2015 di mana pihak NEDO telah melantik satu Japanese Consortium yang terdiri daripada Toshiba Infrastructure System & Solutions Corporation, HASETEC Corporation, PUES Corporation dan Oriental Consultants Global Co.Ltd untuk melaksanakan projek ini dengan kerjasama anak syarikat milik penuh PPj iaitu Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn. Bhd. (PAPTT).

Projek bas elektrik dengan teknologi Super Quick Charging (SQC) adalah projek yang pertama seumpamanya dilaksanakan di rantau ASEAN. Sebanyak 3 buah terminal SQC telah dibina di Putrajaya Sentral dan sebuah lagi di Depoh Bas, Presint 14. Sebanyak 8 unit bas elektrik telah beroperasi secara komersial pada 8 Jun 2017 di dua laluan bas sepanjang 23 kilometer di sekitar Putrajaya. Dua lagi unit bas jenis dua tingkat dijangka akan beroperasi pada tahun 2018 di mana bas ini akan digunakan untuk tujuan pelancongan di Putrajaya.

Putrajaya perintis SUPER QUICK CHARGING (SQC) EV BAS

Perancangan dan Pembangunan Bandar

Page 12: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

12

PPj komited periksa premis makanan di PUTRAJAYAPerbadanan Putrajaya (PPj) komited melancarkan operasi bersepadu pemeriksaan premis makanan diketuai oleh Presiden PPj, YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail di Presint 9 dan 11.

Operasi yang melibatkan kekuatan anggota seramai 30 orang ini terdiri daripada Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Komersil, Pembangunan Perniagaan & Pelesenan, Bahagian Alam Sekitar, Tasik & Wetland, Bahagian Senibina & Inspektorat Bangunan dan Jabatan Undang-undang.

Operasi ini bertujuan memastikan premis-premis makanan di Putrajaya sentiasa berada pada tahap kebersihan yang tinggi disamping memastikan tiada berlaku pelanggaran syarat-syarat lain seperti tambahan struktur atau ubahsuai pada premis, halangan-halangan di kaki lima, pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam sistem perlimbahan dan perparitan serta tindakan keatas pengusaha premis makanan yang tidak memiliki atau memperbaharui lesen premis perniagaan atau melanggar syarat yang diberikan sebelum ini.

Sebanyak 7 buah premis makanan telah diperiksa di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Pelesanan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2012 dan Akta Makanan 1983.

Mengikut statistik tahun 2017, sebanyak 345 premis makanan berlesen telah direkodkan. Sebanyak 178 premis telah diberi penggredan ‘A’ dan sebanyak 88 premis diberi penggredan ‘B’ manakala terdapat 79 premis masih belum dibuat penggredan. Sepanjang 2017, PPj telah mengeluarkan sebanyak 55 kompaun, 25 notis amaran dan telah mengarahkan penutupan 1 premis.

PPj sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan premis makanan dari semasa ke semasa untuk memastikan standard premis makanan di Putrajaya ini sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dan mematuhi peraturan sedia ada. Selain itu, orang ramai pula disaran menggunakan kuasa pengguna mereka agar tidak mengunjungi premis-premis yang kotor dan melaporkan aduan premis kotor ke Perbadanan Putrajaya.

Aktiviti Penguatkuasaan (Penguatkuasa, Alam Sekitar & Tasik)

Page 13: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

13

Selera Bersih Peringkat Wilayah Persekutuan dan sekiranya berjaya di peringkat Wilayah Persekutuan, medan selera ini akan dicalonkan untuk bertanding di peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain daripada itu pemenang juga akan dipromosikan di dalam laman web dan laman sosial PPj untuk menarik ramai pengunjung hadir dan menjamu selera.

Disamping itu juga, usaha ini dilihat mampu untuk mewujudkan persaingan sihat diantara medan selera-medan selera di bawah PPj. Dengan adanya penganjuran sebegini akan mendorong kepada pengusaha-pengusaha Medan Selera di Putrajaya untuk terus berusaha menjaga kebersihan premis makanan sehingga mampu memenangi di peringkat Kebangsaan. Medan Selera Laman Perdana, Presint 1 pernah memenangi tempat ketiga di Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.

Bagi menunjukkan komitmen PPj dalam aktiviti keselamatan makanan dan dalam misi menjadikan Putrajaya kawasan bersih, indah serta merealisasikan aspirasi semua premis makanan di Putrajaya bergred A, PPj juga akan menganjurkan Pertandingan Premis Bersih Peringkat Putrajaya 2017 yang akan melibatkan 250 premis dalam pelbagai kategori seperti kategori restoran, kafeteria kerajaan, kantin sekolah dan kiosk serta restoran 24 jam (tidak termasuk jenis francais). Penilaian akan dijalankan bermula pada bulan September 2017 dan pemenang bakal membawa hadiah lumayan.

Tiga medan selera di Putrajaya telah dinobatkan sebagai medan selera terbersih di Majlis Anugerah Medan Selera Bersih Peringkat Putrajaya 2017 yang diadakan di Dewan Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 . Julung kali dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Azizi Haji Ahmad Termizi mewakili Presiden Perbadanan Putrajaya.

Tujuan penganjuran Pertandingan Anugerah Medan Selera Bersih Peringkat Putrajaya 2017 adalah untuk mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pengendali makanan tentang kepentingan amalan kebersihan dalam penyediaan makanan khususnya gerai makan di medan selera Perbadanan Putrajaya.

Tiga (3) daripada enam(6) medan selera di Putrajaya telah disenarai pendek dan dinilai semenjak bulan Mac hingga Mei yang lalu. Penilaian mengambil kira dari aspek kebersihan makanan, keselamatan makanan, keceriaan gerai, perlimbahan dan perparitan serta pengurusan sisa makanan premis makanan.

Hasil daripada penilaian yang telah dijalankan, Juara pertandingan Medan Selera Bersih Peringkat Putrajaya 2017 dimenangi oleh Medan Selera Laman Perdana dan membawa pulang RM2,000.00. Bagi tempat kedua dimenangi oleh Medan Selera Presint 9 yang membawa pulang RM1,000.00 dan tempat ketiga dimenangi oleh Medan Selera Putra, Presint 1 yang membawa pulang RM800.00.

Juara bagi Anugerah Medan Selera Bersih Peringkat Putrajaya 2017 akan dicalonkan untuk bertanding di Pertandingan Anugerah Medan

3 MEDAN SELERA PUTRAJAYA TERIMA ANUGERAH

Aktiviti Penguatkuasaan (Penguatkuasa, Alam Sekitar & Tasik)

Page 14: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

14

TAHNIAH!!!! Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan (JB) JOHAN KESELURUHAN SUKAN ANTARA JABATAN PERBADANAN PUTRAJAYA (SukaJab17) KRISputra

Keputusan penuh kedudukan jabatan-jabatan bagiSUKAN ANTARA JABATAN PERBADANAN PUTRAJAYA 2017

Program KrisPutra

Bil Kedudukan Jabatan

Tenpin Boling

Dart Futsal Lelaki

Futsal Wanita

Bola Tampar

Bola Jaring

Sepak

Takraw

Bola Sepak

BadmInton Ping Pong

Sukan Air

Karom Mata Keseluruhan

1 Jabatan Kejuruteraan & Penyelenggaraan, J(B)

6 5 2 4 4 5 4 2 4 5 5 6 52

2 Jabatan Perkhidmatan Bandar, J(P)

2 2 6 6 6 2 5 6 5 3 6 2 51

3 Jabatan Perkhidmatan Korporat, J(K)

5 6 5 3 3 1 6 4 6 2 2 5 48

4 Jabatan Kewangan, Jabatan Audit & Jabatan Undang-undang, J(WAU)

4 4 4 5 5 3 2 5 3 1 4 4 44

5 Jabatan Perancangan Bandar, J(R)

3 3 1 2 1 6 3 1 1 6 3 3 33

6 Jabatan Lanskap & Taman, J(L)

1 1 3 0 2 4 1 3 2 4 1 1 23

Page 15: BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA … 3 2017.pdf · Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018 serta lokasi ... hentian ikonik seperti Masjid Tuanku Mizan ... Sambutan World Tourism

15

Program PUSPANITA

Bazaar Ria PUSPANITA bantu jana pendapatan