buletin imam edisi khas sos: #1
DESCRIPTION
Edisi Khas sempena Roadshow Palestin: Searching for SolahuddinTRANSCRIPT
RUANGAN EDITORIAL
Assalamualaikum.
IMAM Jr Edisi Khas ini diter-
bitkan hasil kerjasama IMAM
Eire SC dengan ISMA Ireland
bersempena Road Show Pales-
tine Eropah; Search for Sala-
huddin.
InsyaAllah tujuan IMAM JR
Edisi Khas diterbitkan adalah
untuk meningkatkan lagi kese-
daran dan pengetahuan tentang
isu Palestine.
Kami dari pihak editorial ber-
harap keluaran-keluaran ini
bermanfaat bagi semua pem-
baca.
-Sidang Editorial IMAM Jr EK
Kelebihan Amalan Bersedekah secara Saintifik
Kenapa Palestine?
Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di ka-
wasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di
dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad
pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan
Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa
ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sis-
tematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia
moden. (...bersambung di dalam…)
ISI KANDUNGAN
KENAPA PALES
TINE???
Apakah Kempen 5?
Program RSP: SOS di Ireland
JR imam Islamic medical association of Malaysia journal
EDISI KHAS
KELUARAN PERTAMA
Kenapa Palestine?
Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi
bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. Tragedi Deir
Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra
Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah
satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa
dan umat Islam hanya mampu menonton, mengu-tuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang
rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi
boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini
akan terus bermaharajalela.
Namun begitu masih ramai di kalangan
umat Islam di seluruh dunia samada di negara-
negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif
terhadap permasalahan Palestin yang merupakan
isu terbesar umat di abad ini.
Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu
Palestin?
Isu Palestin adalah isu umat Islam seja-
gat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam
dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan meru-
pakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt.
Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim,
Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa
dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Bumi ini
telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi,
Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan
bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat
Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Pal-estin terus dinaungi keamanan dan keadilan di
bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun
kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dino-dai dengan kekejaman tentera salib. Namun Pal-
estin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al
Ayyubi yang berketurunan Kurdi.
Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat ba-
hawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Pales-
tin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Is-
lam sejagat?
Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah
penduduk asal Palestin?
Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta
sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat
Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500
tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi
Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah
mereka pengasas bumi istimewa ini. Tidak kita
nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman
Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan
mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Ro-
man disebabkan kefasadan tangan dan kaki
mereka sendiri sehingga mereka semua dising-
kirkan dari bumi rebutan ini.
Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui ba-
hawa Islam adalah pemerintah Palestin yang pal-
ing lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis
yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20
Masihi.
(...Part 1 of 3…)
Kelebihan Amalan Bersedekah Secara Saintifik
PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpenda-
pat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan men-
jadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu
diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli
akademik sebagai jurnal berpengaruh.
Ulrich Mayr juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu
bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan.
Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga
menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong
selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai
sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.
Kajian Ulrich Mayr dan dibantu dua orang pakar ekonomi itu dilakukan ke atas 19 sukarelawan
wanita dan dibekalkan sebanyak AS$100 (RM347). Kemudian pengkaji-pengkaji ini meneliti aktiviti
otak dengan menggunakan pengimbas Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI)`
Apabila wang tersebut disahkan telah diterima, maklumat tersebut segera mengaktifkan ba-
hagian otak untuk rasa seronok. Bahagian-bahagian itu ialah caudate nucleus dan nucleus accumbens
yang diketahui sebagai bahagian untuk rasa seronok. Kajian tersebut juga menunjukkan jika sukarela-
wan itu terpilih untuk mengedarkan wang tersebut, contohnya, menjadi wakil untuk memberikan wang
sedekah kepada rumah anak yatim, ia akan meningkatkan lagi rasa seronok.
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa bahagian otak yang teraktif itu jugalah bertanggung-
jawab untuk rasa seronok seperti memakan manisan, hubungan kelamin, perlindungan, dan juga rakan
taulan. Ini semua adalah dikaitkan sebagai keperluan asas seorang manusia.
Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah
tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.
Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok.
Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa
seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh har-
tanya.
1. Raise Awareness
2. Give Hands 3. Boycott Zionist Sponsors
4. Spread the Word
5. Make Du’a
Road Show Palestin (RSP) adalah merupakan program tahunan anjuran Aman Palestin dan Sek-
retariat Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Ia adalah bertujuan untuk:
i. Menanam kesedaran tentang kepentingan isu Palestin kepada warga Malaysia di Luar Negara
melalui perkongsian pengalaman aktivis yang bekerja di medan.
ii. Menunjukkan satu laungan suara kalangan para pelajar Malaysia di Luar Negara dalam mem
bantu mangsa keganasan rejim Israel di Palestin yang kini hidup sebagai pelarian di tanah air
sendiri.
iii. Mengumpulkan sumbangan untuk membantu saudara-saudara se-Islam kita di bumi Palestin
yang terjajah demi membebaskannya.
Untuk pengetahuan, Aman Palestin Malaysia Berhad (AP) akan ke Gaza dua kali dalam setahun
kerana AP mempunyai cawangannya sendiri di dalam Gaza.Tahuni ini, AP memilih Eropah sebagai desti-
nasi setelah New Zealand, Australia, Mesir, India, Korea, Jepun, Jordan dan Indonesia. Dari keluasan
eropah, AP memilih Ireland sebagai destinasi pertama!
ISMA Ireland dengan kerjasama IMAM Ireland bakal menganjurkan Road Show Palestin
Eropah (RSP Eropah), bertemakan 'Searching For Solahuddin (SOS)' di lokaliti Ireland. Kempen 5
untuk Palestine akan berlangsung selama sebulan di seluruh Eropah supaya masyarakat Eropah teruta-
manya warga Malaysia dapat menanam kefahaman dan meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin
ini.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Kempen 5 untuk Palestin:
Kutipan derma online dan di setiap universiti
Jualan makanan di UCD, Hospital Beaumont dan RCSI
Pertandingan Memasak Sisters
IMAM Journal special edition RSP:SOS2011
Kuiz Cakna Palestin- disertakan bersama IMAM Journal
Pertandingan Poster
Jualan Buku-buku Aman Palestin
Road Show Talk: Intifadah Palestin - Jejak Generasi Solahuddin
Sesi Bersama Pakar,
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
Fiqh Perubatan, Kerjaya Perubatan dan Misi Kemanusiaan.
JOM SERTAI KAMI!! Generasi Salahuddin itu perlu dicari dari dalam diri kita sendiri!!
RSP: Searching for Solahuddin Ireland
Dibawakan kepada anda oleh