buletin #eakruan bil.3 tahun 2015
TRANSCRIPT
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN
Edisi ini juga boleh dicapai di pautan http://www.rurallink.gov.my/info-korporat/media/penerbitan/e-learning-accrual-accounting
MEMBANDARKAN LUAR BANDAR
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
EDISI 3, DISEMBER 2015
Pencapaian Aktiviti Pejabat Pe-rakaunan KKLW
Pencapaian Aktiviti Perakaunan Akruan KKLW
Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti KKLW
Kursus Pemahaman Malaysia Public Sector Accounting Stand-ard (MPSAS) Anjuran Bahagian Akaun KKLW
Pengenalan Kos Berasaskan Ak-tiviti (Activity Based Costing -ABC)
Pelaksanaan Kos Berasaskan Ak-tiviti (ABC) Kerajaan Persekutuan Malaysia
Pengurusan Gaji dan Elaun di KKLW
Naziran Terimaan
Istimewa Edisi ini
Muka surat 2 Muka surat 2
naan perakaunan akruan dan juga dalam pelaksanaan sistem 1GFMAS menjelang tahun 2017. Adalah diharap-kan #eAKRUAN edisi ini dapat meningkatkan momen-tum anda semua menjelang Go Live Akruan. Akhir ka-ta…..
SELAMAT MEMBACA!
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi. Bertemu kita sekali lagi pada keluaran #eAKRUAN edisi ketiga ter-bitan bulan Disember 2015. Sepantas kilat masa pergi meninggalkan kita. Dalam menghambat tugasan seharian sedar tak sedar kita telah berada di penghujung tahun 2015. Kami percaya anda semua telah berusaha dengan gigih un-tuk mencapai sasaran tugasan dan objektif jabatan yang telah ditetapkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada anda semua. Oleh itu, sebagai santapan minda, edisi kali ini akan mengupas tentang pencapaian aktiviti perakaunan akruan di kementerian ini di samping pencapaian ak-tiviti operasi Pejabat Perakaunan. Setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diraka-
mkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti pe-rakaunan akruan sama ada di peringkat Kemen-terian, Jabatan dan juga Pusat-Pusat Tanggungja-wab di semua negeri. Komitmen anda semua
amatlah diperlukan dalam kita menjayakan pelaksa-
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Go Live
2016
Muka surat 3
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Program Amal Bersama Taska KKLW
28 Oktober 2015
Tahukah anda bila 1GFMAS akan dilaksanakan? Bilakah pula pelaksanaan
Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan
1GFMAS akan dilaksanakan di kesemua jabatan/kementerian Kerajaan
Persekutuan pada 01 Jan 2017. Latihan berkaitan sistem 1GFMAS kepada
Trainers dan End User akan hanya dilaksanakan pada tahun 2016.
Manakala tarikh pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan
akan ditetapkan mengikut tarikh pewartaan Undang-Undang berkaitan
dan selepas satu tempoh percubaan.
Muka surat 2 Muka surat 4
Bahagian Akaun (BA) KKLW selaku agen Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) terus komited dalam menjayakan visi pelaksanaan perakaunan akruan dan telah melaksanakan be-berapa aktiviti Perakaunan Akruan sehingga 31 Ogos 2015. Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JPPA) selaku peneraju pelaksanaan perakaunan akruan di KKLW telah bermesyuarat buat kali per-tama bagi tahun 2015 pada 19 Mac 2015 dengan dipengerusikan oleh Tim-balan Ketua Setiausaha Perancangan KKLW, YBhg. Dato’ Rahim bin Abu Bakar selaku pengerusi ganti. Mesyuarat yang berikutnya diadakan pada suku tahun kedua dengan jayanya pada 04 Jun 2015 dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KKLW, YBhg. Datuk Seri Ibrahim bin Mu-hamad selaku Pengerusi JPPA KKLW. Mesyuarat JPPA dijadual-kan untuk bersidang sebanyak 4 kali setahun. Manakala Mesyuarat Kumpulan Kerja Pengumpulan Data (KKPD) KKLW yang disasarkan sebanyak 4 kali setahun telah berjaya diadakan sebanyak 5 kali dengan dipengerusikan oleh Setiausaha BA KKLW. Mesyuarat KKPD penutup bagi tahun 2015 dijadualkan pada bulan Novem-ber 2015. Takwim latihan dan pengurusan perubahan yang bertujuan mengekalkan momentum ke arah pelaksanaan pe-rakaunan akruan telah dijalankan secara berperingkat sepan-jang tahun 2015. Sehingga penghujung sukuan ketiga tahun 2015, satu sesi latihan Manual Perakaunan Akruan (yang meru-
pakan medium perincian bagi standard perakaunan akruan) dan satu siri kursus MPSAS 1 dan MPSAS 19 telah dilaksanakan kepada pegawai perkaunan di PTJ BA KKLW. Manakala sesi Town Hall bagi menyampaikan amanat pihak pengurusan ata-san JANM telah diadakan sebanyak 3 kali bersama pegawai-pegawai lantikan JANM.
Seterusnya, beberapa aktiviti Pengu-rusan Perubahan telah dil-
aksanakan oleh BA KKLW sehingga 31 Ogos 2015. Satu sesi Dialog Akruan yang melibatkan pegawai daripada Bahagian dan Jabatan di bawah KKLW sebagai pendedahan serta mendapatkan maklum-balas berkenaan pelaksa-naan perakaunan akruan. Manakala satu siri Kursus Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) telah di-adakan kepada warga kerja BA KKLW.
Meninjau satu lagi aspek strategi dalam menghadapi pe-rakaunan akruan iaitu ketersediaan PTJ daripada sudut infra-struktur berdasarkan keperluan spesifikasi komputer yang menepati maksud keperluan sistem-sistem terlibat, JANM telah memperuntukkan sebanyak 419 buah komputer di Baha-gian-bahagian/ Jabatan-jabatan KKLW yang terlibat dalam pen-gurusan kewangan dan perakaunan bagi pelaksanaan Projek 1GFMAS dan eP Next Gen.
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Mi Iso Ginavo
Sambutan Hari Kebangsaan 2015
Perbezaan Perakaunan Akruan dan Perakaunan Asas Tunai Ubahsuai
BIL. AKTIVITI TARIKH PERINCIAN AKTIVITI
SIRI TOPIK/ KERTAS KERJA
1.
MESYUARAT JA-WATANKUASA PELAKSANAAN PERAKAUNAN
AKRUAN (JPPA)
19 MAC 2015
BIL. 1 Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Laporan Ketua Kumpulan Kerja Pengumpulan Data Perancangan Latihan Perakaunan Akruan KKLW
4 JUN 2015
BIL. 2 Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Laporan Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti
2.
MESYUARAT KUM-PULAN KERJA
PENGUMPULAN DATA KEMENTERI-
AN (KKPD)
29 JAN 2015
BIL. 1 Status Pelaksanaan Data Tanah Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah
6 FEB
2015 BIL. 2
Strategi Pelaksanaan Perakaunan Akruan – Dry Run Laporan Penyelarasan Status Tanah KKLW Laporan Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti
18 FEB
2015 BIL. 3 Laporan Dashboard Aset Tak Alih Sehingga 25 Februari 2015
25 MAC 2015
BIL. 4 Status Pelaksanaan Data Tanah dan Bangunan Mini RTC KKLW
21 MEI 2015
BIL. 5
Prestasi Pengumpulan Data ABB dan ABT beserta Panduan Pengis-
ian Template ABB dan ABT
Tatacara Perakaunan Liquidated Ascertained Damages (LAD)
Prestasi Pengumpulan Data Aset Alih (AA)
3. LATIHAN & PEN-GURUSAN PERU-
BAHAN
2 APRIL 2015
DIALOG Cabaran Dan Isu Dalam Pelaksanaan Perakaunan Akruan
MANUAL AKRUAN
MPSAS 1 - Presentation of Financial Statements MPSAS 17 - Property, Plant and Equipment
17 JUN 2015
KURSUS AKRUAN
MPSAS 1 - Pengenalan kepada Financial Statement MPSAS 19 - Provisions, Contingent Liabilities and Contingent Assets
TOWN HALL
Sesi 1 : Townhall Bersama Ketua Akauntan KKLW
“Strategi Baru Pelaksanaan Perakaunan Akruan“
13-14 JULAI 2015
CHANGE MAN-
AGEMENT
Kursus Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK)
8 OGOS 2015
TOWN HALL
Sesi 2 : Townhall bersama Ketua Akauntan KKLW
“Latihan Perakaunan Akruan“
28 OGOS 2015
TOWN HALL
Program Transformasi JANM Bersama Ketua Akauntan KKLW
Muka surat 2 Muka surat 5
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Muka surat 2
BIL. AKTIVITI TARIKH PERINCIAN AKTIVITI
SIRI TOPIK/ KERTAS KERJA
4. KETERSEDI-
AAN
15 APRIL 2015
MAKLUMAT PERMO-HONAN
PC
BIL. BHGN/ JAB PERMOHONAN PENGGANTIAN
PC
PERMOHONAN PC BARU
1. IBU PEJABAT
KKLW 78 -
2. INFRA 30 -
3. KEMAS 163 8
4. JAKOA 95 -
5. PCN 45 -
10 OGOS 2015
PENUKARAN PC BAGI
PELAKSA-NAAN PRO-JEK 1GFMAS
DAN eP NEXT GEN
BIL. BHGN/ JAB PENGGANTIAN
PC PENGAGIHAN
PC
1. IBU
PEJABAT KKLW 78 78
2. INFRA 30 30
3. KEMAS 163 171
4. JAKOA 95 95
5. PCN 45 45
Muka surat 6
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Sehati Sejiwa Ke Arah Kitar Semula
Perasmian Sudut ‘Go Green’ EKSA
Muka surat 2 Muka surat 7
BIL. JENIS
DATA
KEMENTERIAN/ JABATAN NILAI
(RM ‘JUTA) KKLW/ PCN
(RM ‘JUTA) KEMAS
(RM ‘JUTA) JAKOA
(RM ‘JUTA) INFRA
(RM ‘JUTA)
1 AA 16.42 67.39 20.91 3.49 108.21
2 ATA 26.6 198.45 60.76 51.63 337.44
3 AUC 908.07 3.41 - - 911.48
4 ABB 117.62 1.28 3.01 - 121.91
5 ABT 117.73 0.28 0.01 - 118.02
BIL. JENIS DATA BIL. ASET/ AKAUN NILAI
(RM’ JUTA)
1 ASET ALIH (AA) 327,294 108.21
2 ASET TAK ALIH (ATA) 1,287 337.44
3 ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) 55 911.48
4 AKAUN BELUM BAYAR (ABB) 613 121.91
5 AKAUN BELUM TERIMA (ABT) 294 118.02
Aktiviti pengumpulan data aset dan liabiliti diteruskan
pada tahun 2015 bagi mendapatkan baki awal aset dan
liabiliti pada 01 Januari 2016.
Aktiviti pengumpulan data ini melibatkan kesemua 53 PTJ
KKLW. PTJ yang mempunyai liabiliti dan aset seperti Aset
Alih, Aset Tak Alih, Aset Dalam Pembinaan, Akaun Belum
Bayar dan Akaun Belum Terima dikehendaki untuk
mengemukakan laporan ke Bahagian Akaun pada se-
tiap bulan untuk dilaporkan kepada Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.
Seterusnya data-data yang dikumpulkan melalui pros-
es validasi data untuk membolehkan ianya dimuat
turun dalam 1GFMAS bagi mendapatkan baki awal
aset dan liabiliti kementerian. Sehingga 31 Ogos 2015,
sebanyak 328,930 aset bernilai RM1.475 bilion dan 613
akaun liabiliti berjumlah RM121.91 juta telah
dilaporkan seperti perincian di bawah.
Hari Sembang Santai Bersama Famili
13 Jun 2015
Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Muka surat 2 Muka surat 8
Kursus anjuran BA KKLW ini telah dilaksanakan dengan jayanya
pada 17 Jun 2015 (Rabu) di Bilik Latihan KEKWA, Aras 3 KKLW
bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Kursus ini merupa-
kan salah satu Key Performance Indicator (KPI) BA KKLW iaitu
menganjurkan Latihan berkaitan MPSAS/ Polisi/ Perakaunan
Akruan sekurang-kurangnya 6 sesi Latihan dalam setahun.
Penceramah yang menyampaikan kursus tersebut telah dida-
tangkan khas dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
iaitu YBrs. Profesor Dr Ruhaya binti Haji Atan C.A.(M), pensyarah
dari Fakulti Perakaunan. Beliau merupakan seorang pensyarah
yang berpengetahuan tinggi dalam Financial Reporting dengan
mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Financial Re-
porting. Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kur-
sus MPSAS di JANM, Putrajaya.
MPSAS 1 menerangkan format penyata kewangan yang dise-
diakan untuk kegunaan pengguna. Asas perakaunan yang
digunakan adalah asas perakaunan akruan di mana transaksi
direkod apabila ianya dilaksanakan sama ada dengan kehadiran
tunai ataupun bukan tunai. Berbeza dengan asas perakaunan
tunai yang masih digunapakai sehingga kini, transaksi direkod-
kan apabila pembayaran secara tunai dilaksanakan. Penyata
kewangan yang disediakan oleh setiap kementerian adalah sep-
erti berikut:
1. Penyata Kedudukan Kewangan;
2. Penyata Prestasi Kewangan;
3. Penyata Aliran Tunai;
4. Penyata Prestasi Belanjawan; dan
5. Nota-Nota Akaun.
MPSAS 19 pula menerangkan objektif standard termasuk
penjelasan berkenaan Provisions, Contingent Liabilities and
Contingent Assets dan seterusnya mengenalpasti keadaan
di mana provisions sepatutnya diiktiraf, cara ukuran dan
pendedahannya. Skop standard ini terpakai untuk semua
kementerian/jabatan kecuali Government Business Enter-
prises (GBEs).
Kursus ini telah berjaya menarik seramai 30 orang peserta
dari Bahagian Akaun KKLW, Bahagian Kewangan KKLW, Jab-
atan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA). Diharapkan selepas ini lebih ramai war-
ga KKLW yang terlibat secara langsung dalam urusan
kewangan kerajaan menyertai kursus seperti ini.
MPSAS 1 —PRESENTATION OF FINANCIAL STATEMENTS MPSAS 19 — PROVISIONS, CONTINGENT LIABILITIES & CONTINGENT ASSETS
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Para
peserta
sedang
khusyuk
mendengar
ceramah
dari
pensyarah
Fakulti
Perakauna
n UiTM
Shah Alam.
YBrs.
Profesor Dr
Ruhaya
binti Haji
Atan
memberikan
ceramah
MPSAS
kepada
peserta
kursus
Muka surat 2 Muka surat 9
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Lembaran Silaturahim Minal Aidil Wal Faiizin
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015
Dalam era transformasi pengurusan awam, sektor awam
telah dituntut untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan secara berterusan dalam menguruskan
penggunaan sumber. Konsep "Pengurusan Baru
Awam" (New Public Sector Management-NPM) ini telah
mendorong transformasi dalam sektor awam untuk menjadi
lebih fokus kepada isu-isu pengurusan dan memberi
penekanan yang lebih dalam kawalan pengurusan.
Di bawah transformasi pengurusan baru, adaptasi teknik
sektor swasta ke sektor awam digunakan secara popular
untuk mencapai agenda NPM dan menjadi salah satu pem-
baharuan yang utama. Penggunaan pelbagai teknik pe-
rakaunan yang digunakan di sektor swasta telah digunapa-
kai oleh sektor awam seperti balance scorecard, petunjuk
prestasi utama (Key Performance Indicator-KPI), penguru-
san berasaskan aktiviti, dan aktiviti berasaskan kos telah
mengubah imej sektor awam daripada pengurusan statik
dan tidak cekap kepada gaya pengurusan awam yang lebih
dinamik dan fleksibel.
Penggunaan teknik perakaunan seumpama ini yang juga
dirujuk sebagai "inovasi perakaunan" bertujuan untuk
meningkatkan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan
sektor awam. Salah satu aspek yang penting dalam inovasi
perakaunan yang telah mendapat perhatian di antara para
penyelidik ialah penggunaan teknologi baru iaitu Kos Be-
rasaskan Aktiviti (Activity Based Costing-ABC). ABC adalah
satu kaedah meletakkan kos kepada produk atau perkhid-
matan berdasarkan sumber-sumber yang digunakan.
Idea sistem ABC telah diperkenalkan oleh Cooper (1988);
dan Cooper dan Kaplan (1988) bagi maksud pengukuran kos
yang lebih baik. ABC pada mulanya direka bagi kegunaan
industri sektor swasta terutamanya bagi syarikat-syarikat
pembuatan sebagai penyelesaian alternatif untuk mengatasi
gangguan pengekosan hasil maklumat oleh sistem
pengekosan tradisional. Walau bagaimanapun, seperti yang
dilaporkan oleh Kaplan (1994), teknik ABC juga telah
digunakan dalam sektor perkhidmatan sejak tahun 1980-an.
Maklumat pengenalan ABC seperti di atas boleh dirujuk di http://www.ukessays.com/essays/accounting/costing-system-at-malaysian-government-agencies-accounting-essay.php#ixzz3qxk3AcIy
Muka surat 10
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Kerajaan Persekutuan Malaysia telah menggunakan Sistem
Perakaunan Mikro (SPM) dalam sistem pentadbiran kerajaan
melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3
(1992) bagi kaedah pengekosan. Sistem ini menyediakan
kaedah atau proses untuk menyusun, mengira dan
menganalisis jumlah kos sebenar pengeluaran bagi setiap
aktiviti dan program kerajaan. Walau bagaimanapun, SPM
telah digantikan dengan pengenalan kepada ABC iaitu satu
sistem yang telah dibangunkan oleh JANM sejak tahun 2005
dan telah berjaya dilaksanakan pada awal tahun 2012.
Pada tahun 2012, sistem ABC telah diperkenalkan untuk
kegunaan JANM termasuk semua cawangannya di seluruh
Malaysia. Sistem ABC telah disepadukan dengan Sistem
Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (GFMAS)
yang merupakan sistem utama perakaunan kerajaan. ABC
akan diperluaskan ke semua kementerian dan jabatan Kera-
jaan Persekutuan di bawah langkah strategik pelaksanaan
perakaunan akruan.
Maklumat pengenalan ABC seperti di atas boleh dirujuk di http://www.ukessays.com/essays/
accounting/costing-system-at-malaysian-government-agencies-accounting-
essay.php#ixzz3qxk3AcIy
Muka surat 2 Muka surat 11
Bermula bulan Januari 2015, Bahagian Akaun Kementerian Kewangan telah menyerahkan sebahagian tugasan Pengurusan Gaji dan Elaun kepada Bahagian Akaun KKLW. Bahagian Akaun akan mengambil alih tugasan dalam mengunci masuk Penyata Perubahan Gaji SG20 dan menyemak serta meluluskan pem-bayaran gaji dan elaun di Kementerian. Pengurusan bayaran ini meli-batkan 6 PTJ di Lembah Klang iaitu Bahagian Kewangan KKLW, INFRA, KEMAS Ibu Pejabat, KEMAS Wilayah Persekutuan, JAKOA Ibu Pejabat dan Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur.
ENTITI YANG BERPERANAN DALAM
PENGURUSAN GAJI & ELAUN (KECUALI ANGKATAN TENTERA
MALAYSIA)
Tanggungjawab berkaitan semakan dan pengauditan Penyata Kira-Kira Wang Tunai (KKWT) dan Naziran Terimaan ke atas 39 Pejabat Pemungut di bawah KKLW telah diserahkan sepenuhnya kepada BA KKLW mulai 01 Januari 2015 selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP)139 yang memperuntukkan: ‘kewajipan Akauntan Jabatan Mengakaun Sendiri, tertakluk kepada penye-liaan am Pegawai Pengawal, dipertanggungkan dengan tanggungjawab Akauntan Negara bagi memastikan penyemakan dan penyeliaan terimaan dilaksanakan’
Penyemakan, penyeliaan dokumen dan Naziran Terimaan perlu dijalankan untuk memastikan penerimaan Hasil atau Amanah Persekutuan diperakaunkan dengan sempurna dan dipungut tepat pada waktunya bagi mengelakkan ketirisan, kehilangan, penipuan atau kecuaian. Manakala Naziran Terimaan merupa-kan lawatan yang dijalankan ke Pejabat Pemungut bertujuan untuk menilai kawalan dalaman yang dilaksanakan serta pem-atuhan terhadap peraturan yang berkuatkuasa bagi sistem ter-imaannya. Naziran Terimaan merangkumi tiga (3) aspek iaitu:
Rancangan Tahunan Naziran Terimaan
Maklumat daripada semakan Dokumen Terimaan
Arahan Khas daripada Pegawai Pengawal
Menjadi tanggungjawab pegawai perakaunan yang telah diwakilkan kuasa oleh Pegawai Pengawal untuk tugas-tugas kewangan dan pe-rakaunan, meningkatkan kecekapan dan memantapkan pengurusan kewangan terutamanya dalam pengurusan terimaan kerajaan bagi mengelakkan ketirisan, kehilangan, penyalahgunaan wang awam serta kecuaian. Pegawai Perakaunan perlu memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh Pegawai Pengawal dalam penguru-san kewangan dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Check and Bal-ance yang mantap akan memastikan hasrat ini tercapai.
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Bahagian Akaun Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wila-
yah (KKLW) telah ditubuhkan secara rasminya mulai 01 April
2014. Penubuhan ini adalah selaras dengan langkah Dasar
Strategi (Strategy Policy Measure) untuk mengukuhkan sektor
awam iaitu salah satu daripada 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik
(IPS) dalam merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB).
Bahagian Akaun adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan
perakaunan dan kewangan, pengurusan sistem perakaunan dan
penyediaan maklumat serta laporan kewangan yang tepat. Ba-
hagian Akaun juga dipertanggungjawabkan melaksanakan pen-
gurusan perubahan yang melibatkan perubahan budaya kerja,
peningkatan kemahiran dan kompetensi modal insan serta
pemikiran sebagai persediaan dalam memperkasakan pegawai
awam berikutan perubahan landskap perakaunan Kerajaan
Persekutuan.
Bahagian Akaun sebagai sebuah Pejabat Perakaunan menjalankan fungsi operasi berkaitan
pengurusan emolumen seperti berikut:
BAHAGIAN AKAUN
KEM. KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
ARAS 4, NO.47 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62100 PUTRAJAYA
Kami boleh dihubungi di alamat berikut:
Tel : 03-8891 5787
Faks : 03-8891 5861
E-mail: [email protected]
K EM ENT ER IAN KE MA JU AN L UA R B AND AR DA N WI LAY AH
Untuk maklumat lanjut berkenaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan sila layari web www2.anm.gov.my
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW
Muka surat 12
FU
NG
SI P
EJ
AB
AT
PE
RA
KA
UN
AN