buletin #eakruan bil.1 tahun 2016

16
Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN Edisi ini juga boleh dicapai di pautan hp://www.rurallink.gov.my/info-korporat/media/penerbitan/e-learning-accrual-accounng MEMBANDARKAN LUAR BANDAR KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH EDISI 1, APRIL 2016 Perakaunan Akruan: Global Practice 3 Pencapaian Aktiviti Perakaunan Akruan KKLW 4 KPI Perakaunan Akruan Tahun 2016 6 Penyata Perubahan Gaji SG20 Dikunci Masuk Oleh PTJ: Cabaran Dan Persediaan PTJ 7 Pelaksanaan 1GFMAS Pada 01 Januari 2017: Cabaran Dan Persediaan PTJ 8 Prestasi Pengumpulan Data Aset Dan Liabiliti KKLW Sehingga 31 Disember 2015 9 Pencapaian Aktiviti Operasi Bahagian Akaun Sehingga 31 Disember 2015 10 Kursus Pengukuhan PTJ Ke Arah Pelaksanaan Perakaunan Akruan 11 Bengkel Pengumpulan Maklumat pengguna Dan Peranan (Role) PTJ 13 Kursus Financial Fraud Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 14 Strategi Latihan 1GFMAS 15 Istimewa Edisi ini

Upload: dangthu

Post on 15-Jan-2017

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN

Edisi ini juga boleh dicapai di pautan http://www.rurallink.gov.my/info-korporat/media/penerbitan/e-learning-accrual-accounting

MEMBANDARKAN LUAR BANDAR

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

EDISI 1, APRIL 2016

Perakaunan Akruan: Global Practice 3

Pencapaian Aktiviti Perakaunan Akruan KKLW 4

KPI Perakaunan Akruan Tahun 2016 6

Penyata Perubahan Gaji SG20 Dikunci Masuk Oleh PTJ: Cabaran Dan Persediaan PTJ 7

Pelaksanaan 1GFMAS Pada 01 Januari 2017: Cabaran Dan Persediaan PTJ 8

Prestasi Pengumpulan Data Aset Dan Liabiliti KKLW Sehingga 31 Disember 2015 9

Pencapaian Aktiviti Operasi Bahagian Akaun Sehingga 31 Disember 2015 10

Kursus Pengukuhan PTJ Ke Arah Pelaksanaan Perakaunan Akruan 11

Bengkel Pengumpulan Maklumat pengguna Dan Peranan (Role) PTJ 13

Kursus Financial Fraud Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 14

Strategi Latihan 1GFMAS 15

Istimewa Edisi ini

Page 2: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 2

Seterusnya, dirakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terli-bat dalam menjayakan aktiviti perakaunan akruan sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan dan juga PTJ-PTJ di semua negeri. Komitmen anda amatlah diperlukan dalam menjayakan pelaksanaan perakaunan akruan dan juga dalam pelaksa-naan sistem 1GFMAS menjelang tahun 2017. Adalah di-harapkan #eAKRUAN edisi ini dapat meningkatkan mo-mentum anda semua menjelang Go Live Akruan. Akhir kata…..

SELAMAT MEMBACA!

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi. Bertemu kita sekali lagi pa-da keluaran #eAKRUAN edisi pertama terbitan bulan April 2016. Sepantas kilat masa pergi meninggalkan kita. Sedar tak sedar tahun baru 2016 telah menjengah dan telah melabuhkan tirainya untuk suku tahun pertama. Peneta-pan Key Performance Indicators (KPI) dan Sasaran Kerja Tahunan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah pun selesai. Seperti mana tahun-tahun terdahulu, kita akan terus berusaha dan komited untuk mencapai KPI dan sasaran yang telah ditetapkan. Pada tahun ini aktiviti-aktiviti berkaitan perakaunan akruan akan diteruskan dan yang paling utama adalah aktiviti berkaitan pengumpulan data baki awal aset dan liabiliti serta latihan 1GFMAS kepada semua PTJ KKLW. Latihan pertama 1GFMAS bagi modul Human Capital Management (HCM) telah bermula pada bulan Mac 2016 yang lalu. Latihan HCM akan diteruskan pada bulan April dan Mei 2016. Besarlah harapan agar semua Expert End User (EEU) di setiap PTJ dapat mengikuti latihan 1GFMAS sama ada ianya dianjurkan oleh Bahagian Akaun KKLW atau Pejab-at Perakaunan Negeri iaitu Jabatan Akauntan Negara Negeri/ Cawangan dan seterusnya EEU melaksanakan sesi hands on kepada semua pengguna di setiap PTJ.

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Page 3: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 3

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Mengapakah Kerajaan Persekutuan memilih untuk melaksanakan Pe-

rakaunan Akruan?

Perubahan kepada ketidakstabilan iklim kewangan dan juga penggera

antarabangsa yang berpunca daripada krisis hutang menyebabkan pem-

buat dasar di seluruh dunia memberikan keutamaan kepada kedudukan

dan maklumat kewangan yang telus.

Perakaunan Akruan telah dikenalpasti sebagai lebih berkeupayaan dalam

memantau liabiliti dan hutang kerajaan yang mana ianya mendedahkan

implikasi sebenar ke atas ekonomi (Ernst & Young, 2011).

Cabaran Dalam Menjayakan Perakaunan Akruan Ke-rajaan - Statistik Kewangan Kerajaan (Government Financial Statistics - GFS) dan Belanjawan sebagai Elemen Utama Sistem Tadbir Urus Kewangan

Satu kajian yang dijalankan oleh pihak Ernst & Young (EY) berkai-tan GFS dan Belanjawan sebagai Elemen Utama Sistem Tadbir Urus Kewangan bagi melihat keupayaan perbandingan antara negara-negara yang melibatkan 4 indikator utama seperti senarai di bawah:

Kajian ini mendapati, kesalinghubungan antara GFS dan

sistem perakaunan negara hanya dilihat oleh lebih

separuh responden (daripada 38 responden) iaitu

51.5%, manakala 48.5% menyatakan bahawa GFS tidak

mempunyai pengaruh ke atas kaedah

memperakaunkan.

Page 4: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 4

Bahagian Akaun KKLW telah disasarkan dengan 4 aktiviti utama yang perlu dilaksanakan dalam tahun 2015 dan mem-

fokuskan pelaksaaan perakaunan akruan iaitu Mesyuarat

Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JPPA),

Mesyuarat Kumpulan Kerja Pengumpulan Data (KKPD),

Latihan dan Pengurusan Perubahan dan Ketersediaan 1GF-

MAS.

Sepanjang tahun 2015, sebanyak 4 kali Mesyuarat JPPA te-

lah dijalankan seperti yang disasarkan, manakala pelaksa-

naan Mesyuarat KKPD dijalankan sebanyak 6 kali berband-

ing sasaran yang ditetapkan sebanyak 4 kali.

Bagi pengurusan perubahan pula, sebanyak 4 sesi Town Hall

dan 3 aktiviti pengurusan perubahan telah dilaksanakan sep-

erti yang disasarkan. Manakala sebanyak 7 latihan dil-

aksanakan berbanding sasaran 4 latihan.

Berbekalkan komitmen yang tinggi dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat, Bahagian Akaun telah melaksanakan semua sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2015 dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat!!!

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

BIL. AKTIVITI TARIKH PERINCIAN AKTIVITI

SIRI TOPIK/ KERTAS KERJA

1. MESYUARAT JK PELAKSANAAN PERAKAUNAN

AKRUAN (JPPA)

19 MAC 2015

BIL. 1 Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Laporan Ketua Kumpulan Kerja Pengumpulan Data Perancangan Latihan Perakaunan Akruan KKLW

4 JUN 2015

BIL. 2 Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Laporan Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti

29 OKT 2015

BIL. 3 Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Laporan Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti

17 DIS 2015

BIL. 4 Laporan Kemajuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Laporan Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti

Penubuhan Pasukan Mengkaji Fungsi & Peranan PTJ KKLW

2. MESYUARAT KUM-PULAN KERJA

PENGUMPULAN DATA KEMENTERI-

AN (KKPD)

29 JAN 2015

BIL. 1 Status Pelaksanaan Data Tanah Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah

06 FEB 2015

BIL. 2 Strategi Pelaksanaan Perakaunan Akruan – Dry Run Laporan Penyelarasan Status Tanah KKLW Laporan Prestasi Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti

18 FEB 2015

BIL. 3 Laporan Dashboard Aset Tak Alih Sehingga 25 Februari 2015

25 MAC 2015

BIL. 4 Status Pelaksanaan Data Tanah dan Bangunan Mini RTC KKLW

21 MEI 2015

BIL. 5 Prestasi Pengumpulan Data ABB dan ABT beserta Panduan Pen-gisian Template ABB dan ABT

Tatacara Perakaunan Liquidated Ascertained Damages (LAD) Prestasi Pengumpulan Data Aset Alih (AA)

12 NOV 2015

BIL. 6 Prestasi Pengumpulan Data AA, ATA, AUC, ABB dan ABT

Page 5: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 5

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

BIL. AKTIVITI TARIKH PERINCIAN AKTIVITI

SIRI TOPIK/ KERTAS KERJA

3. LATIHAN & PENGURUSAN PERUBAHAN

02 APRIL 2015

DIALOG Cabaran Dan Isu Dalam Pelaksanaan Perakaunan Akruan

MANUAL AKRUAN MPSAS 1 - Presentation of Financial Statements MPSAS 17 - Property, Plant and Equipment

17 JUN 2015

MANUAL AKRUAN MPSAS 19 - Provisions, Contingent Liabilities and Contingent Assets

TOWN HALL

Sesi 1 : Townhall Bersama Ketua Akauntan KKLW “Strategi Baru Pelaksanaan Perakaunan Akruan“

13-14 JULAI 2015

PENGURUSAN PE-RUBAHAN

Kursus Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK)

08 OGOS 2015

TOWN HALL

Sesi 2 : Townhall bersama Ketua Akauntan KKLW “Latihan Perakaunan Akruan“

28 OGOS 2015

TOWN HALL

Program Transformasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Bersa-ma Ketua Akauntan KKLW

09-11 SEPT 2015

PENGURUSAN PE-RUBAHAN

Kursus Pengukuhan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Ke Arah Pelaksanaan Perakaunan Akruan

10 SEPTEMBER 2015

MANUAL AKRUAN Carta Kod Perakaunan (CAA): Kaedah Penggunaan dan Kesan Pe-rakaunan 1GFMAS : Proses ‘to-be’ Pengenalan kepada Perakaunan Akruan

11 SEPTEMBER 2015

MANUAL AKRUAN Pemahaman MPSAS

TOWN HALL

Sesi #hotcoffee Bersama YBhg. Dato’ Akauntan Negara Malaysia (ANM)

03 DISEMBER 2015

AWARENESS Perbezaan Antara Perakaunan Tunai dan Perakaunan Akruan

04 DISEMBER 2015

AWARENESS Peranan Perakaunan Dalam Penyampaian Perkhidmatan Perakaunan

4. KETERSEDIAAN 10 OGOS 2015

PENUKARAN PC BAGI PELAKSA-NAAN PROJEK

1GFMAS DAN

eP NEXT GEN

BIL. BAHAGIAN/ JABATAN KEPERLUAN

PC

AGIHAN

PC

1

IP KKLW

78 78 (BHG. AKAUN, BHG. KEW, BHG. PEROLEHAN DAN LAIN-LAIN

BHG.)

2 INFRA 30 30

3 KEMAS 171 171

4 JAKOA 95 95

5 PCN 45 45

JUMLAH 419 419

Page 6: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 6

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Tahun 2016 merupakan tahun kritikal bagi Bahagian

Akaun KKLW untuk memastikan semua keperluan bagi

pelaksanaan 1GFMAS di peringkat KKLW yang akan dil-

aksanakan pada tahun 2017. Sehubungan itu, Bahagian

Akaun KKLW disasarkan dengan 6 aktiviti utama kesinam-

bungan daripada aktiviti tahun 2015.

Mesyuarat JPPA dan Mesyuarat KKPD masing-masing dis-

asarkan sebanyak 4 kali iaitu bagi setiap sukuan.

Mesyuarat JPPA Bil. 1/2016 telah diadakan pada 15 Mac

2016 manakala Mesyuarat KKPD Bil. 1/2016 telah diadakan

pada 15 Februari 2016.

Sebanyak 5 latihan disasarkan pada tahun ini dan dimu-

lakan dengan Taklimat Activity Based Costing (ABC) yang

telah disampaikan oleh Tuan Haji Husaini Bin Abu dari Jab-

atan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada 02 Februari

2016. Town Hall pula akan diadakan sebanyak 4 kali dan

Town Hall Bil. 1/2016 telah diadakan pada 22 Mac 2015

dan dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Akaun

FBI : The law enforcement cannot be separated from accounting. You may be surprised when you know that FBI has 1,400 accountants as their special agents.

KKLW, Puan Azida Binti Abdul Aziz.

Aktiviti Pengurusan Perubahan pula disasarkan untuk diada-kan sekali dan dicadang akan diadakan pada bulan Septem-ber 2016 dan aktiviti pengesahan data baki awal aset dan liabiliti disasarkan sebanyak 2 kali iaitu pada 29 Julai 2016 dan 13 Januari 2017. Manakala aktiviti pengumpulan data baki awal aset dan liabiliti diteruskan pada setiap bulan bagi Cut Off Date (COD) 25hb pada setiap bulan.

Page 7: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 7

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Pada 29 Februari 2016 hingga 04 Mac 2016, Pasukan

Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) telah menganjur-

kan Kursus Train the Trainer (TTT) Human Capital Man-

agement (HCM) 1GFMAS bagi memastikan sasaran untuk

melatih Modul HCM kepada semua Pusat Tanggungjawab

(PTJ) dapat dilaksanakan. Kursus ini dihadiri oleh pegawai

dari Bahagian Akaun dan Bahagian Kewangan KKLW yang

terlibat secara langsung dalam proses pembayaran emolu-

men.

Mulai tahun 2017 fungsi kunci masuk SG20 dalam 1GF-

MAS akan dilaksanakan di PTJ. Selaras dengan tujuan ter-

sebut, Bahagian Akaun KKLW telah menganjurkan Kursus

Latihan Expert End User (EEU) Sistem 1GFMAS bagi Modul

HCM Siri 1 Tahun 2016 untuk memberi gambaran kese-

luruhan Modul HCM serta memberi pendedahan kepada

semua PTJ KKLW (Zon Lembah

Klang) untuk membuat aktiviti

kunci masuk SG20 dalam modul

tersebut.

Pertambahan fungsi di peringkat

PTJ ini secara tidak langsung akan

menimbulkan pelbagai cabaran

kepada PTJ. Antara cabaran dan

persediaan yang perlu dihadapi oleh

PTJ adalah dari segi:

Page 8: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 8

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Pada masa kini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

menggunakan Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan

Kerajaan (GFMAS) bagi proses pembayaran dan

mengakaunkan kutipan hasil kerajaan. Sistem GFMAS

digunakan di peringkat Pejabat Perakaunan manakala Sistem

Perancangan Dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB)

dan sistem eTerimaan digunakan di peringkat Pusat

Tanggungjawab (PTJ). Bagi mengoptimumkan kemampuan

fungsi GFMAS, JANM komited membangunkan sistem yang

lebih bersepadu iaitu 1GFMAS yang akan digunakan di per-

ingkat PTJ dan juga Pejabat Perakaunan dan memenuhi

keperluan pelaksanaan perakaunan akruan.

Pelaksanaan 1GFMAS dapat mempercepatkan proses pem-

bayaran bil di PTJ memandangkan larian bayaran dilakukan

selepas diperakukan di PTJ tanpa perlu melalui proses kelu-

lusan oleh Pejabat Perakaunan. Dari aspek pelaporan pula,

PTJ dapat menjana laporan yang tepat, dipercayai dan

dilaporkan secara real time. Secara tidak langsung ini dapat

membantu pengurusan membuat keputusan dengan cepat.

Selain daripada itu, PTJ hanya akan menggunakan satu sistem

sahaja bagi urusan bayaran dan terimaan berbanding dua

sistem digunakan pada masa kini. PTJ juga turut mendapat

manfaat daripada pelaksanaan sistem 1GFMAS dari aspek

ICT kerana mendapat bekalan komputer dengan perisian

terkini mengikut spesifikasi yang diperlukan untuk sistem 1GF-

MAS kepada pengguna 1GFMAS kelak.

Pelaksanaan 1GFMAS di peringkat PTJ menghadapi beberapa

cabaran seperti kekosongan perjawatan yang tidak diisi dan

pegawai kurang pengetahuan berkenaan 1GFMAS. Ketidakha-

diran pegawai mengikuti latihan berkaitan modul dalam 1GF-

MAS akan membuatkan pegawai kurang terdedah kepada sis-

tem tersebut. Hal ini seterusnya menyebabkan pegawai ku-

rang bersedia untuk menggunakan sistem baru kerana telah

selesa dengan penggunaan sistem sedia ada. Risiko kecekapan

juga dijangka pada peringkat awal memandangkan sistem ini

merupakan sistem baru yang akan digunakan oleh PTJ.

Disebalik cabaran dan kekurangan yang dihadapai, semua peg-

awai di PTJ hendaklah bersedia menghadapai apa juga

kemungkinan kelak dan bersama-sama menerima perubahan

ke atas sistem perakaunan sedia ada. Together we make it hap-

pen!!!

Page 9: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 9

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Aktiviti pengumpulan data ini melibatkan kesemua 53 PTJ

KKLW. PTJ yang mempunyai liabiliti dan aset seperti Aset

Alih, Aset Tak Alih, Aset Dalam Pembinaan, Akaun Belum

Bayar dan Akaun Belum Terima dikehendaki untuk

mengemukakan laporan ke Bahagian Akaun pada setiap

bulan untuk dilaporkan kepada Jabatan Akauntan Negara

Malaysia.

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 390,314 aset ber-

nilai RM1.480 bilion dan 632 akaun liabiliti berjumlah

RM124.66 juta telah dilaporkan seperti perincian di bawah:

BIL. JENIS DATA BIL. ASET/

AKAUN

NILAI

(RM’ JUTA)

1 ASET ALIH (AA) 388,894 108.95

2 ASET TAK ALIH (ATA) 1,112 413.50

3 ASET DALAM PEMBINAAN

(AUC)

53 854.95

4 AKAUN BELUM BAYAR (ABB) 632 124.66

5 AKAUN BELUM TERIMA (ABT) 255 102.93

BIL.

JENIS

DATA

KEMENTERIAN/JABATAN

NILAI

(RM ‘JUTA) KKLW/PCN

(RM ‘JUTA)

KEMAS

(RM ‘JUTA)

JAKOA

(RM ‘JUTA)

INFRA

(RM ‘JUTA)

1 AA 22.88 60.95 21.63 3.49 108.95

2 ATA 26.60 240.10 95.17 51.63 413.50

3 AUC 851.54 3.41 - - 854.95

4 ABB 119.70 1.05 3.91 - 124.66

5 ABT 102.62 0.30 0.01 - 102.93

Page 10: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 10

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Sehingga 31 Disember 2015, pencapaian aktiviti Operasi Bahagian Akaun KKLW sebagai Pejabat Perakaunan adalah seperti berikut:

Page 11: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 11

Kursus tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 – 11

September 2015 (Rabu – Jumaat) di Hotel Heritage, Cameron

Highlands, Pahang. Kursus ini telah berjaya menarik 90 peser-

ta dari pelbagai PTJ di bawah Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah seluruh negara. Secara tentatifnya, ter-

dapat 6 sesi ceramah dan 1 sesi bersama Akauntan Negara

Malaysia (ANM).

HARI PERTAMA (RABU 9 SEPTEMBER 2015)

SESI 1: ‘CERMIN DIRI: ANGGUN PESONA’

Sesi pertama dimulakan dengan ceramah bertajuk ‘Cermin

Diri: Anggun Pesona’ oleh Coach Abdul Aziz bin Kassim C.A.(M),

seorang penceramah motivasi dari Figure Dynamic Training &

Consultancy Sdn. Bhd. Rata-rata peserta tertarik dengan in-

tipati yang disampaikan oleh Coach Aziz terutamanya berke-

naan darjah motivasi seseorang terhadap perubahan dalam

persekitaran digambarkan dalam 4 senario berbeza. Sebagai

contoh, sekeping papan dengan panjangnya 50 kaki, lebarnya

3 kaki dan tebalnya 8 kaki diletakkan di atas 2 bangunan di

mana senario pertama adalah ‘bangunan Tinggi’, kedua ‘hujan

ribut’, ketiga ‘bangunan terbakar’ dan keempat ‘bayi atas

bangunan yang terbakar’.

SESI 2: ‘PERSEPSI MINDA: ½ PENUH VS ½ KOSONG; ½

MASAK VS ½ MENTAH’

Ceramah Coach Aziz bersambung pada sesi kedua iaitu sebe-

lah malam dengan tajuk ‘Persepsi Minda: ½ penuh vs ½

kosong; ½ masak vs ½ mentah’. Para peserta didedahkan

dengan konsep ‘Circle of Control’ di mana 60% dalam kawalan

sendiri, 30% dalam tangan orang lain – mempengaruhi orang

lain manakala 10% lagi tidak dapat dikawal dan luar jangka.

Model jurang ADKAR (Awareness, Desire, Knowledge, Ability

dan Refringement) menjelaskan turutan sesuatu perubahan

berlaku. Personaliti tidak boleh berubah tetapi keterampilan

boleh berubah.

HARI KEDUA (KHAMIS 10 SEPTEMBER 2015)

SESI 3: ‘CARTA KOD PERAKAUNAN: KAEDAH DAN KESAN

PERAKAUNAN’

Sesi ketiga adalah berkaitan ‘Carta Kod Perakaunan: Kaedah

Penggunaan dan Kesan Perakaunan’ yang disampaikan oleh

Puan Nurul Hiedayah binti Azman C.A.(M), Penolong Pengarah

dari Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi

(BPOPA), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Pu-

trajaya. Para peserta didedahkan kepada cara penggunaan

Carta Kod Perakaunan apabila Perakaunan Akruan melalui

1GFMAS yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2017.

Kod perakaunan akruan adalah sedikit berbeza dari kod

perakaunan sedia ada dengan pengenalan kepada kod-kod

perakaunan baharu yang dikelaskan mengikut kriteria

pengiktirafan sesuatu transaksi iaitu BELANJA, HASIL, ASET

dan LIABILITI.

SESI 4: ‘PROSES TO-BE’

Sesi keempat meliputi process-to-be dalam 1GFMAS yang

disampaikan oleh Cik Nor Azlina binti Junid C.A.(M), Timba-

lan Ketua Akauntan dari Bahagian Akaun, Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Penerangan secara

terperinci berkenaan semua proses yang terlibat dalam sis-

tem 1GFMAS seperti Bayaran, Terimaan, Gaji, dan Pukal

telah disampaikan. Selain itu, peserta turut didedahkan

kepada struktur pelaporan di kementerian dimana Bahagi-

an Akaun akan mengeluarkan laporan kewangan setiap

bulan/tahun iaitu Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata

Prestasi Kewangan, Penyata Aliran Tunai, Penyata Prestasi

Belanjawan dan Nota-Nota Akaun mengikut format dalam

Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS).

SESI 5: ‘PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN AKRUAN’

Sesi kelima bertajuk Pengenalan Kepada Perakaunan Akru-

an disampaikan oleh Profesor Dr. Ruhaya binti Haji Atan C.A.

(M) dari Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA

(UiTM) Shah Alam. Dalam ceramah tersebut, peserta

didedahkan kepada pengenalan asas perakaunan akruan

yang akan digunapakai oleh Kerajaan Persekutuan Malay-

sia. Oleh kerana peserta didatangkan dari pelbagai skim

perkhidmatan, penceramah telah menggunakan pendeka-

tan berbeza dengan penerangan dan contoh yang mudah

difahami oleh semua peserta.

Paling dinanti-nantikan adalah ketibaan YBhg. Dato’ Haji

Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia pada

jam 7.45 malam di perkarangan Hotel Heritage. Turut

hadir bersama mengiringi beliau ialah Encik Azal bin Adzhar

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Page 12: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 12

C.A.(M), Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan

Pengurusan (BPPP) dan Puan Nik Hapsah binti Nik Hassan

C.A.(M), Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Pe-

rakaunan. Puan Azida binti Abdul Aziz C.A.(M), Ketua

Akauntan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

turut hadir pada waktu tersebut sejurus selepas menghadiri

Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Pasca Kabinet di pe-

jabat kementerian pada hari yang sama. Para tetamu, pen-

ceramah dan peserta diraikan dalam Majlis Makan Malam

yang dianjurkan oleh Bahagian Akaun KKLW.

HARI KETIGA (JUMAAT 11 SEPTEMBER 2015)

SESI 6: ‘#hotcoffee BERSAMA YBHG. DATO’ ANM’

Sesi #hotcoffee bersama YBhg. Dato’ Akauntan Negara Ma-

laysia (ANM), dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

dan lagu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Uca-

pan aluan disempurnakan oleh Puan Azida binti Abdul Aziz

C.A.(M), Ketua Akauntan KKLW dan seterusnya amanat dari

YBhg. Dato’ Haji Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia. Antara amanat yang disampaikan adalah seperti

berikut:

Warga perakaunan di bawah skim JANM perlulah kom-peten iaitu mematuhi peraturan kewangan dan pe-

rakaunan agar warga perakaunan tidak dipersalahkan

apabila timbul isu dan berlaku teguran dalam prosedur

kewangan;

Sesi media bersama Ketua Audit Negara (KAN) mem-bangkitkan kesalahan kementerian/jabatan dalam men-

guruskan pembayaran/terimaan/projek di mana ter-

dapat 319 teguran yang terbahagi kepada 6 teguran

punitive dan 313 teguran pembetulan. Kesilapan beru-

lang masih tinggi;

Terus tingkatkan nilai integriti dan elak salah laku. Isu tindakan disiplin telah dibincangkan dan tindakan tata-

tertib telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan JANM;

Institut Perakaunan Negara Centre of Professional De-velopment (IPN-CPD) telah ditubuhkan bagi mening-

katkan kemahiran profesional melalui peperiksaan oleh

badan-badan perakaunan profesional seperti Associa-

tion of Chartered Certified Accountants (ACCA), Char-

tered Institute of Management Accountants (CIMA) dan

Certified Practising Accountants (CPA) Australia. JANM

menyediakan penajaan yuran peperiksaan dan tusyen

dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Shah Alam;

dan

Rebut peluang untuk menjadi ahli badan-badan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA dan CPA Australia. Keahl-

ian Malaysia Institute of Accountants (MIA) adalah di-

wajibkan bagi urusan kenaikan pangkat dan dimohon daftar

secepat mungkin.

Warga perakaunan telah berpeluang untuk berdialog dengan

YBhg. Dato’ ANM, satu peluang yang julung kali diperolehi.

SESI 7: ‘MALAYSIAN PUBLIC SECTOR ACCOUNTING STAND-

ARD (MPSAS)’

Ceramah seterusnya bertajuk Pemahaman Malaysia Public Sec-

tor Accounting Standard (MPSAS) oleh Profesor Dr. Ruhaya binti

Haji Atan C.A.(M). Peserta didedahkan kepada pengetahuan asas

berkenaan standard yang akan digunapakai apabila Perakaunan

Akruan dilancarkan.

Secara keseluruhannya, kursus tersebut telah berjalan dengan

lancar dan mendapat sambutan yang amat baik dari semua PTJ

di bawah KKLW. Diharapkan kursus seperti ini dapat diteruskan

pada tahun hadapan dengan melibatkan lebih ramai lagi pega-

wai dan staf KKLW menghadiri Latihan yang dianjurkan oleh

Bahagian Akaun KKLW.

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Page 13: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 13

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Pada 01 September 2015 (Selasa), bertempat di Makmal Komputer Aras 10, KKLW

satu taklimat serta pengumpulan maklumat pengguna dan peranan (role) 1GFMAS

yang merangkumi pengguna GFMAS,eSPKB dan eTerimaan telah dianjurkan oleh Ba-

hagian Akaun KKLW bersama wakil 7 PTJ KKLW.

Taklimat serta pengumpulan data dan peranan (role) ini bertujuan untuk dimuatnaik

ke dalam sistem Production 1GFMAS pada bulan Oktober hingga Disember 2015

sebelum go-live pada tahun 2017. Selain itu wakil 7 PTJ KKLW yang hadir juga diberi

penerangan jelas serta tatacara berkaitan Peranan (Role) bagi semua Modul 1GFMAS,

Authorization Matrix dan User Maping mengikut PTJ masing-masing. Wakil-wakil PTJ

KKLW juga diajar untuk consolidate semua maklumat PTJ masing-masing dan cara

membuat semakan setting formula secara automatik bagi

mengunci masuk maklumat pengguna. Untuk makluman,

maklumat yang diperolehi ini telah dihantar ke pihak Unit

Authorization, BPTM, Jabatan Akauntan Negara Malaysia

(JANM)

Secara keseluruhan taklimat ini Berjaya mendapat kerjasama

sepenuhnya daripada wakil 6 PTJ KKLW dan setiap PTJ telah

menghantar sekurang-kurangnya 2 orang wakil dengan

jumlah keseluruhan yang hadir adalah 17 orang termasuk

seorang wakil Bahagian Akaun En. Noor Rashid Bin Abd Rah-

man yang bertindak sebagai moderator serta tenaga pengajar.

Pihak KKLW menyediakan 20 buah komputer bagi tujuan Pengumpulan Data tersebut

QUOTE FOR

TODAY:

“The world as we have created it,

is a process of our thinking.

It cannot be changed without changing

our thinking.”

~ Albert Ein-stein

Why so serious..???

Chill up your life here at

“FUN FACT CORNER”

Page 14: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 14

FINANCIAL FRAUD bersama

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

P ada 16 Disember 2015 (Rabu) seramai 35

orang peserta terdiri daripada wakil

PTJ/Agensi KKLW yang dijemput serta wakil

bahagian di Kementerian sendiri telah

menghadirkan diri dalam menjayakan taklimat

“FINANCIAL FRAUD” bertempat di Dewan

Serbaguna Aras B1, KKLW. Taklimat yang julung

kali dianjurkan Bahagian Akaun melalui kerjasa-

ma pihak SPRM tersebut berjaya menarik minat

audien yang hadir untuk mengetahui dengan

lebih jelas berkenaan maksud jenayah penipuan

dalam urusniaga kewangan serta kesan-

kesannya kepada kehidupan.

Peserta juga dijelaskan secara terperinci akta-

akta yang diguna pakai serta hukuman yang

boleh dikenakan. Taklimat yang berlangsung

sehari itu berpeluang mendidik orang ramai

agar lebih peka dan melindungi diri daripada

terlibat dengan Jenayah “Financial Fraud” ini.

“Penipuan adalah sa-

tu jenayah dan juga

merupakan pelang-

garan undang-

undang sivil. Kebanyakan pelaku

jenayah Financial fraud ini

mempunyai pengetahuan khusus

dan niat yang jahat atas tujuan

peribadi...”

MATLAMAT UTAMA

SURUHANJAYA

PENCEGAHAN RASUAH

Seksyen 2

Rang Undang-Undang SPRM

Akta ini menyatakan:

(a) Menggalakkan integriti dan keber-

tanggungjawaban pentadbiran

sektor awam dan swasta dengan

menubuhkan suatu badan pencega-

han rasuah yang bebas & ber-

tanggungjawab; dan

(b) Mendidik pihak berkuasa awam,

pegawai awam dan orang awam

tentang rasuah dan kesan buruknya

terhadap pentadbiran sektor awam

dan swasta dan komuniti

Tips : secara umumnya jika tawaran

itu adalah terlalu baik untuk menjadi

kenyataan, orang ramai dinasihatkan

supaya berhati-hati & perlu membuat

pengesahan kesahihan

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Page 15: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Muka surat 2 Muka surat 15

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Bil. Tarikh Kursus EEU HCM Tempat PTJ/ Pengguna

1. 16 hingga 18 Mac 2016 - Siri 1

Makmal Komputer KKLW

6 PTJ di Lembah Kelang dan Pegawai di Bahagian Akaun KKLW

2. 18 hingga 20 April 2016 – Siri 2

Makmal Komputer KKLW

9 PTJ di Luar Kawasan Lem-bah Kelang

3. 17 hingga 19 Mei 2016 – Siri 3

Makmal Komputer KKLW

9 PTJ di Luar Kawasan Lem-bah Kelang

Page 16: Buletin #eAkruan Bil.1 Tahun 2016

Bahagian Akaun Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wila-

yah (KKLW) telah ditubuhkan secara rasminya mulai 01 April

2014. Penubuhan ini adalah selaras dengan Langkah Dasar

Strategik (Strategy Policy Measure) untuk mengukuhkan sektor

awam iaitu salah satu daripada 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik

(IPS) dalam merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB).

Bahagian Akaun adalah bertanggungjawab terhadap pengurusan

perakaunan dan kewangan, pengurusan sistem perakaunan dan

penyediaan maklumat serta laporan kewangan yang tepat. Ba-

hagian Akaun juga dipertanggungjawabkan melaksanakan pen-

gurusan perubahan yang melibatkan perubahan budaya kerja,

peningkatan kemahiran dan kompetensi modal insan serta

pemikiran sebagai persediaan dalam memperkasakan pegawai

awam berikutan perubahan landskap perakaunan Kerajaan

Persekutuan.

BAHAGIAN AKAUN

KEM. KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

ARAS 4, NO.47 PERSIARAN PERDANA

PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN

62100 PUTRAJAYA

Kami boleh dihubungi di alamat berikut:

[email protected]

Tel : 03-8891 5787

Faks : 03-8891 5861

E-mail: [email protected]

K EM ENT ER IAN KE MA JU AN L UA R B AND AR DA N WI LAY AH

Untuk maklumat lanjut berkenaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan sila layari web www2.anm.gov.my

Diterbitkan Oleh BAHAGIAN AKAUN KKLW

Muka surat 16

Al Capone: Some FBI accountants brought down Al Capone in

1931. This Chicago crime boss was charged of income

tax evasion even though many people believe that he

was subjected to crime such as murder and bootlegging.